BAB 4
Tentu Muhammad Rayyan
Hafiz telah melihat
cara Lisa Adrianna
membetulkan tudungnya . Aduh… malunya aku.
Sudahlah dia suka meniup
ke atas untuk membetulkan
tudungnya. Sempat Lisa Adrianna
menjelirkan lidahnya pada
Muhammad Rayyan Hafiz
sebelum kereta mereka
bergerak. Puas hatinya
dapat kenakan lelaki
itu.
Kini
kereta yang di pandu
oleh pemandu encik
Samad bergerak lancar . Kereta yang
bersesak tadi sudah
mula berpecah menuju
ke destinasi masing-masing.
Sesekali Lisa
Adrianna menguap. Mengantuknya…. Lisa
melelapkan matanya. Belum sempat
dia melelapkan matanya
kedengaran bunyi sms
masuk ke handphonenya.
Lisa Adrianna membuka
smsnya. Oh….dari encik berhati kering tu
rupanya, bisik Lisa dalam
hati
“Beraninya
awak buat macam
tu pada saya. Kalau
saya dapat awak …. teruklah awak
saya kerjakan .” Ugut Muhammad
Rayyan Hafiz.
Lisa
Adrianna membalas sms
Muhammad Rayyan Hafiz. Smsnya
berbunyi begini.
“Suka sayalah … saya nak
jelirkan lidah saya
pada siapa pun. Awak
sibuk apa pasal? Awak
tu gatal...pandang saya
macam tak makan
sebulan."
Muhammad
Rayyan Hafiz membalas
balik sms Lisa Adrianna.
“Suka sayalah nak
pandang siapa pun. Yang
awak perasaan saya
pandang awak tu
buat apa?”Kata Muhammad
Rayyan Hafiz.
Lisa
membalas sms Rayyan
Hafiz sekali lagi.
“
Mestilah saya perasan
sebab awak sedang
memandang saya . Kalau
awak ada didepan
saya dah lama
saya cucuk mata
awak jadi buta.”Lisa ni pun satu suka nak naikkan darah
Rayyan Hafiz.
Selepas
menekan butang send terus
Lisa Adrianna menutup
handphonenya. Rasakan tak
dapatlah Muhammad Rayyan
Hafiz mengganggu aku
lagi, getus Lisa dalam
hati. Lisa Adrianna melelapkan
matanya bila terasa
matanya sudah mula
layu . Beberapa kali dia
menguap kerana terlalu
mengantuk.
Akhirnya dia
tertidur dengan nyenyaknya. Lisa Adrianna
hanya tersedar bila
di kejutkan oleh ibunya.
“Lisa…bangun
sayang , kita
dah sampai . Jom turun , “ ajak
puan Fatimah. Lisa Adrianna
turun dari kereta
dan mengeliat kecil
untuk menghilangkan badannya
yang lenguh kerana
sejak beberapa jam
ini asyik duduk
saja.
“Rumah siapa
ni ibu?” Soal
Lisa Adrianna pada
puan Fatimah. Ini bukan
rumah ibu dan
bapa angkatnya. Rumah bapa
angkatnya hanyalah rumah
teres semi-D. Tetapi rumah
ini adalah rumah
banglow. Lisa Adrianna memandang
di sekeliling rumah itu.Cantik…..penuh dengan pokok bunga. Di
pagar terdapat nama
VILLA KASEH. Ini
mesti nama arwah
isteri bapa saudara
abah.
“Mulai
hari ini Lisa
akan tinggal di sini, “ Ucap puan Fatimah sambil memeluk Lisa Adrianna.
“Rumah
siapa ni ibu ,” soal
Lisa Adrianna lagi. Besar
gila rumah ini. Kayanya bapa saudara abah tu, Bisik Lisa
.
“Inilah
rumah bapa saudara
abah , abah sebagai pemegang
amanah saja.” Terang puan Fatimah
lagi.
“ Wah!
Hebatlah abah Lisa
ni,” puji Lisa Adrianna.
“Lisa…”panggil
abahnya lembut .
“Ya
abah…,jawab Lisa Adrianna
sambil menghampiri abahnya yang
sedang berdiri di sebelah
kereta.
“
Tolong abah angkat
beg-beg Lisa ini , “arah
encik Samad .
“Baiklah abah. Sorry…Lisa terlupa
nak tolong abah
tadi. Teruja sangat nak
tengok rumah abah
ni, “ jawab Lisa Adrianna.
“Bukan
rumah abah la sayang
tapi
rumah kita, ingat
tu rumah kita … termasuklah rumah
Lisa . Selagi anak saudara
abah tak ditemui
kita boleh tinggal
disini . Lisa bukan orang
lain…Lisa anak abah juga. Ingat
tu Lisa . Abah tak
pernah anggap Lisa
orang asing dalam
rumah ini.” Kata encik
Samad sambil mengusap
kepala Lisa Adrianna. Walaupun Lisa
Adrianna adalah anak
angkatnya tetapi sayangnya
pada Lisa tak
ubah seperti Lisa
tu anak bongsunya. Sayang sangat-sangat.
“Terima
kasih abah. “Jawab Lisa
Adrianna terharu kerana
dirinya dianggap sebahagian dari
keluarga ini. Bagaimana pula
dengan Shila dan
abang Amran. Adakah
mereka juga sudi
menerima dia sebagai
sebahagian dari mereka.
Abang
Amran, Lisa tak kisah sangat
sebab sejak dia
masuk ke dalam keluarga
ini abang Amran
sudah dapat menerima diri
Lisa sebagai adiknya . Kak
Shila pula agak
berlainan sikapnya dengan
abang Amran. Sikapnya
agak kasar dan
seringkali menyakiti Lisa
Adrianna.
Lisa Adrianna
tidak pernah mengadu
pada sesiapa pun
yang dirinya selalu
disakiti oleh kak
Shila. Adat menumpang….. biarlah
dia mengalah dengan
kak Shila . Siapalah dia
nak mengadu kepada abah
dan ibu angkatnya.
Lisa
Adrianna membantu abahnya dan
pak Din membawa
masuk beg-begnya ke dalam
rumah. Ibunya telah lama
masuk ke dalam rumah.
“Rumahku
syurgaku, “ jerit Lisa Adrianna . Seronoknya dapat
balik ke rumah. Dapat bersama ibu
dan abah semula.
“
Lisa …. kenapa menjerit
ni? Tanya puan
Fatimah pada Lisa
Adrianna. Terkejut dia bila
tiba-tiba saja Lisa
Adrianna menjerit . Tak senonoh
betul anak dara
aku ni, bisik puan
Fatimah.
“Sorry ibu! Lisa teruja
sebab dah ada
didepan ibu dan
abah. Dapatlah Lisa makan
sedap-sedap mulai hari
ini.” Jelas Lisa Adrianna.
“ Kalau
ya pun janganlah
menjerit macam tu
sayang. Terkejut ibu. Nasib
baiklah jantung ibu
ni masih elok
lagi. Buatnya ibu
kena serangan jantung
tadi, putihlah mata Lisa
nak makan sedap-sedap.” Kata Puan
Fatimah.
“Ibu…maafkan Lisa. Lain
kali Lisa tak
buat lagi.”Dipeluk ibunya takut
kalau terjadi apa-apa
pada ibunya , pada
siapalah lagi dia
nak bermanja . Sudahlah dia
tidak mempunyai sesiapa
lagi dalam hidupnya. Hanya ibu
dan abahnya tempat
dia bergantung harap. Jika
kehilangan mereka hidupnya
sudah tak bermakna
lagi.
“Apahal
pula dua beranak
ini asyik berpeluk
dari tadi, “ tanya abahnya
yang baru saja
masuk ke dalam rumah .
“Anak
dara abang ni
menjerit mengalahkan tarzan
panggil bini dia. Terkejut Imah
mendengarnya. Nasib baik jantung
Imah ni kuat
lagi. Kalau tidak Imah
dah kojol kerana
terkejut tadi.” Terang puan
Fatimah pada encik
Samad yang baru saja
duduk di sebelahnya..
“ Lisa
jangan buat lagi
macam tu.” Nasihat encik
Samad. Risau juga kalau
terjadi sesuatu pada
isterinya. Isteri kesayangannya pula tu.
“Lisa
tak akan buat
lagi macam tu abah. Lisa
sayangkan ibu dan
abah. Lisa tak nak
apa-apa terjadi pada
abah dan ibu. Lisa
dah tak ada
siapa-siapa lagi. Hanya pada
abah dan ibu
saja Lisa tumpang
bermanja.” Lisa Adrianna bangun
dan duduk ditengah-tengah antara
ibu dan abahnya. Tangannya dipaut
kebahu abah dan
ibunya.
“Sayang abah
dan ibu , “kata Lisa
Adrianna. Sesungguhnya dia amat
menyayangi mereka berdua.
Dia bertuah kerana
mempunyai ibu dan
abah angkat yang
mengasuh dan merawatnya
dengan baik sejak
dari kecil. Lisa
Adrianna di ambil dari
rumah anak yatim
sejak dia berumur
empat tahun lagi.
Sejak
hari itu dia
sudah dianggap sebagai
anak kandung mereka. Dia
tidak pernah dibezakan
dari abang Amran
dan kak Shila. Hanya
kak Shila yang
suka bermusuh dengannya. Tidak pernah berpuas hati dengan
apa yang dilakukannya.
Seorang
wanita keluar ke ruang
tamu sambil menatang
dulang berisikan minuman sejuk.
Pembantu rumah agaknya, bisik hati
Lisa Adrianna.
“Lisa..kenalkan ini
mak Siti , pembantu di sini. Kak
Siti ini anak
bongsu saya Lisa
Adrianna.” Lisa Adrianna bersalaman
dengan mak Siti.
“Apa
khabar mak Siti? Sudah
berapa lama mak
Siti bekerja di sini?”Soal
Lisa Adrianna ramah.
“Sudah lama
juga . Dulu mak Siti
bekerja dengan arwah Tan Sri
Fuad. Mak Siti
pun dah tak
ada siapa-siapa lagi.
Perkahwinan mak Siti
pun tak dikurniakan
dengan anak. Setelah suami
mak Siti meninggal
dunia mak Siti
terus tinggal di sini.
“Rumah
mak Siti di belakang
villa kasih. Arwah Tan Sri
Fuad yang hadiahkan
untuk mak Siti. Ke mana
lagi mak Siti
nak pergi sedangkan
mak Siti dah
tak ada sesiapa."
“Tak apalah
mak Siti, mulai
hari ini mak
Siti boleh anggap
Lisa adalah anak
mak Siti. Setuju? “Tanya Lisa
Adrianna. Lisa Adrianna sangat pandai mengambil hati mak Siti. Mak Siti
memandang puan Fatimah
dan encik Samad.
Takut dimarahi oleh
majikannya.
"Bolehkan ibu?" Soal Lisa
Adrianna pada ibunya.
best....
ReplyDeleteBest
ReplyDelete