Reenzarini

Friday 8 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 2



BAB 2

          "Op!!  Maafkan  saya  awak,  tadi  tu  saya  terkejut  sebab awak  sergah  saya. Sebab itulah saya cakap  yang  bukan-bukan. Insya-Allah  awak…saya  akan  bayar  balik  gantirugi  barang  yang  saya  dah  rosakkan  itu.” Janji  Lisa  Adrianna. Salah  aku  juga  bukan  salah  orang  lain. Kenapalah  aku  suka  kelam  kelibut. Cubalah  bertenang. Nak  bertenang  apa….25  ribu  babe  mana  aku  nak  cekau  duit  sebanyak  tu. Ingat aku anak tokeh ke ada duit sebanyak itu.Gumam Lisa Adrianna dalam hati.

            Okey! Lisa! Bertenang…bertenang….dadanya diurut perlahan.Nak ambil feel la konon-konon.
                                               
          “Jadi awak boleh bayar sekarang ?” Tanya Rayyan Hafiz. Sengaja  dia  nak  menyusahkan  gadis  itu. Selagi  tak  sakitkan  hati  gadis  itu,hatinya  takkan  puas. Siapa suruh dia buat aku macam musuh. Nak dekat pun susah!
           
         “ Agak-agaklah  awak…….  kalau  nak  saya  bayar  sekarang  pun.  Boleh  tak  awak  berikan  saya  masa  untuk  mengumpulkan  duit  dulu. Saya  belum  bekerja . Dimanalah  saya  nak  cekau  duit  sebanyak  itu . Kalau  setakat  lima  ribu  tu  saya  adalah  awak  . Tapi  nak  cari  RM  25 ribu  tu  lambatlah  sikit  saya  nak  kumpulkan .  Saya  bukannya  orang  kaya ,” beritahu  Lisa  Adrianna. Duit  sebanyak  5 ribu  itu  pun  hasil  dia  bekerja  sambilan  selama  ini.

          “Saya  tak  kira  saya  nak  awak  bayar   sekarang  juga. Kalau  tidak  saya  akan  dakwa   awak.” Sakit  hatinya  bila  gadis  itu  seperti  tidak  mengenali  dirinya. Sedangkan  dulu  gadis  itu  mengatakan  dia  telah  jatuh  cinta  pada  dirinya. Kini buat tak tahu pula. Siapa yang tak geram, desis hati Rayyan Hafiz.

           Selama  hampir  lima  tahun  ini  dia  cuba  mendekati  gadis  itu  tetapi  gadis  itu  selalu  saja  mengelak  darinya.  Salah  dirinya  juga  kerana  telah  meminta  gadis  itu  jangan  munculkan  diri  didepannya  lagi.
            Bila  gadis  itu  mengelak  darinya  dia  pula  yang  sakit hati dan merindui  gadis  itu.Dah kena sumpahan diri sendiri agaknya aku ni?Gumam Rayyan Hafiz dalam hati.  Kini  bila  gadis  itu  didepan  matanya,  dia  tak  akan  melepaskan  peluangnya  untuk  meraih kembali cinta gadis  itu. Jilat ludah? Biarlah yang aku jilat itu ludah aku bukan ludah orang lain.

         “Awak…tolonglah  bagi  saya  masa.  Saya  janji  saya  akan  bayar  balik  secepat  mungkin. “ Mohon  Lisa  Adrianna lembut.

          Baiklah….awak  pegang  kotak  ini.” Lisa  Adrianna  memegang  kotak  yang  terjatuh  tadi seperti yang diminta oleh lelaki itu. Rayyan  Hafiz  menangkap  gambar  Lisa  Adrianna.  Sebagai  bukti  kesalahan  Lisa  Adrianna , kata  Rayyan  Hafiz.
      
          “Ingat!  Kalau  awak  tak  bayar  , saya  akan  dakwa  awak . Jangan  cuba  nak  lari  dari  saya. Saya  ada  bukti  kesalahan  awak.   Saya  akan  jadi  bayang  awak  mulai  hari  ini.” Muhammad Rayyan  Hafiz  cuba  menakutkan  Lisa  Adrianna.

         “Terima  kasih  awak ,” ucap  Lisa  Adrianna. Fuh!  Lega . Sekarang  barulah  dia  dapat  bernafas  dengan  baik. Sejak  tadi  terasa  paru-parunya  tersumbat  hingga  dia  susah  untuk  bernafas. Boleh mati aku kalau selalu macam ni, bisik Lisa Adrianna dalam hati.

            “Apa  nama  awak?”  Sergah  lelaki  yang  berlagak  didepannya  itu .  Siapa  lagi  kalau  bukan  Muhammad  Rayyan  Hafiz .

            "Oh! Pocot orang gila!" Latah Lisa Adrianna kerana sekali lagi disergah oleh Rayyan Hafiz.Dia ni pun suka sangat terperanjatkan orang, marah Lisa dalam hati.

            " Apa awak cakap?"Tanya Rayyan Hafiz. Serius  gila  muka lelaki  di depannya tu.

            "Tak….tak…..saya nak cakap nama saya Lisa Adrianna. Janganlah sergah saya macam tadi tu,Terperanjat saya tahu tak. Saya ni ada lemah semangat. Tak pasal-pasal mati terus saya kerana terkejut." Macamlah  dia  tak  tahu  nama  aku. Takkanlah  dah  lupa  ingatan  kut? Gerutu  Lisa  Adrianna dalam  hati.

            “Awak  ni  boleh  tak  kalau  saya  tanya  tu  jawab  dengan  segera. Dari  tadi  saya  tengok  awak  asyik  berangan  saja. “ Rayyan  Hafiz  mengomel  bila  Lisa  Adrianna  lambat  menjawab  pertanyaannya. Bibirnya hamper menguntumkan senyuman bila melihat telatah Lisa tadi. Nasib baik dia cepat-cepat matikan senyumannya itu.
                                                                                
           “Nama  saya  Lisa  Adrianna  awak.” Jawab  Lisa  Adrianna sekali lagi..

           “Bagi  saya  handphone  awak ,” arah  Muhammad  Rayyan  Hafiz  lagi.

           “Awak  nak  buat  apa  dengan  handphone  saya?” Tanya  Lisa  Adrianna. Jangan-jangan  dia  nak  aku  ganti  dengan  handphone  antik  aku  tu. Oh! Tidak!!!

         “Bagi  sajalah  handphone  awak  tu  pada  saya. Jangan  banyak  tanya  boleh  tak.” Sergah  Rayyan  Hafiz. Dia  tak  suka  Lisa  Adrianna  yang  suka  menjawab  saja  kerjanya. Kalau  dulu …Lisa  akan  tunduk  saja  bila  dia  marah. Nampaknya  sudah  banyak  perubahan  yang  berlaku  hampir  lima  tahun  ini. Aku kena bekerja keras untuk menambat hatinya semula.

           Lambat-lambat  Lisa  Adrianna  mengeluarkan  handphone  dari  beg  sandangnya.  Di hulurkan  telefon  itu  pada  lelaki didepannya  itu . Handphone  kesayangan  dia  pula  tu.

           "Awak….  tolonglah  jangan  ambil  handphone  saya, hanya  itulah  harta  yang  saya  ada. Awak  tolonglah  pulangkan  kembali  handphone  saya," rayu  Lisa  Adrianna.

             “Ini  telefon  ke  apa? Apasal  teruk  sangat  telefon  bimbit  awak  ni” Tanya  Rayyan  Hafiz . Telefon  ditangannya  dibelek.  Teruk  sangat  telefon  ditangannya  itu. Sudahlah  model  lama  diikat  dengan  getah  pula  tu.  Tak  ada  duit  ke  nak  beli  yang  terkini,  omel  Muhammad Rayyan  Hafiz  dalam  hati. Nanti aku hadiahkan handphone yang lagi canggih,desis Rayyan Hafiz. Bibirnya menguntumkan senyuman.
              Dia  tahu  selama  ini  gadis  itu  selalu  membuat  apa  saja  pekerjaan  yang  halal  asalkan  dapat  menambah  pendapatannya. Setiap  kali  bermula  cuti  sem , gadis  itu  akan  bekerja  untuk  menambah  pendapatannya. Teruk sangatkah kehidupan Lisa tu?

            Lisa  Adrianna  menjeling  Rayyan  Hafiz  didepannya  itu. Memanglah  telefonnya  itu  buruk  tapi  itu  adalah  hadiah  dari  ayah  angkatnya  semasa  dia  mendapat  keputusan  cemerlang  dalam  SPM. Dah lima tahun pun handphone itu tentulah model lama.
                                                                
            Dia  sangat  sayangkan  telefon  bimbitnya  itu.  Dijaganya  baik-baik  seperti  menjaga  nyawanya. Dia tak pernah peduli kalau ada yang menghina handphone itu.
                                                                                   
          Rayyan  Hafiz  menyerahkan  semula  handphone  itu  pada  Lisa  Adrianna. Tak  tahu  bagaimana nak  mengunakannya. Mana boleh lawan dengan handphonenya yang  tercanggih.
               
             "Terima  kasih  awak…..  kerana  memulangkan  kembali  telefon  antik  saya ni."Cepat  saja  dia  mencapai  semula  telefon  yang  dihulur  oleh  Rayyan dan diciumnya sekali. Mana  tahu  nanti  lelaki  itu  mengubah  fikiran  dan  ingin  mengambil  telefon  antiknya  semula.
         
             “Awak  bagi  nombor  telefon  awak  pada  saya, “ kata  Muhammad  Rayyan  Hafiz . Satu-satu  Lisa  Adrianna  menyebut  nombor  telefonnya.  Rayyan  Hafiz  memasukkan  nombor  telefon  Lisa  ke  dalam  handphonenya. Kemudian  dia  membuat  panggilan  ke telefon  Lisa  Adrianna.

             Terdengar  bunyi  deringan  handphone  Lisa  Adrianna. 

             Lisa Adrianna  menjawab  panggilan  telefonnya. Bukan  teruk  sangat  telefonnya  masih  ada  kamera walaupun  tak  canggih. Saja  nak  kutuk  telefon  aku. Semalam  telefonnya  terjatuh sebab  tu  diikatnya  dengan  getah, tak  sempat  nak  baiki  lagi.

       “Hello…siapa  bercakap  tu?” Tanya  Lisa  Adrinna.

        “Saya  yang  telefon  awak , “ jawab  Rayyan  Hafiz. Lisa  Adrianna  memandang  wajah didepannya.Hish!! Ingatkan  siapalah  yang  telefon  aku. Dia rupanya. Hampeh!

       “ Apa  nama  awak ?” Tanya  Lisa  Adrianna.

          Rayyan  Hafiz  merenung  wajah  manis  Lisa  Adrianna. Kelembutan  gadis  itu  masih  sama  seperti  dulu. Dia  mengeluh  sebelum  menyebut  namanya. Tahulah  kau  pernah  terkejut  dan  malu  dengan  peristiwa  dulu…  tapi  takkanlah  sampai  lupa  ingatan  kut ?  Sampai  nama  aku  pun  kau  dah  lupa,  getus  Rayyan  Hafiz  dalam  hati.

          “Nama  saya  Muhammad  Rayyan  Hafiz.  Jangan  awak  lupa  pula  nama  saya.”  Rayyan  Hafiz  mengambil  kotak  yang  dipegang  oleh  Lisa  Adrianna  tadi.
                                                                                        
        “Ini  sebagai  barang  bukti. “Beritahu Muhammad  Rayyan  Hafiz  pada  Lisa  Adrianna  sebelum  berlalu  pergi  menuju  kearah  keluarganya.  Cewah….berlagak  macam  dulu  juga. Lisa  perhatikan  Rayyan  Hafiz  memeluk  seorang  wanita  yang  kelihatan  masih  anggun  dan  bergaya  walaupun  sudah  agak  berusia.. Mungkin  mamanya  kut ?  Alahai…yang  aku  sibuk  nak  ambil  tahu  tu  buat  apa? Ibu  aku  pun  apa  kurangnya  masih  lagi  bergetah.

          Ibu  dan  abah  dah  lama  menanti  aku  sejak  tadi. Ini  Rayyan  punya  pasallah  hingga  aku  terlambat  nak  jumpa  abah  dan  ibu. Lisa  Adrianna  berhati-hati  menuju  kearah  abah  dan  ibu  angkatnya. Tak  mahu  kejadian  tadi  berulang  semula.
                                                                    
          Walaupun  mereka  hanyalah  keluarga  angkatnya  tapi  dia  sangat  menyayangi  mereka  berdua.  Mereka  berdua  juga  melayannya  dengan  baik. Hanya  pada  mereka  berdua  dia  meraih  kasih  dan  sayang.

            Sudah lama  Lisa  Adrianna  tidak  pulang  ke Malaysia. Setiap kali cuti….  dia  akan  bekerja  di sana.  Semua  itu  dilakukannya  untuk  mencari  duit poket. Walaupun  mendapat  bantuan dari  abahnya  tetapi semua itu tak mencukupi untuk membeli segala keperluannya  disana. Keluarga  angkatnya  bukanlah  dari  keluarga  bangsawan.  Tapi  taklah  terlalu  susah hingga  tak  mampu  menyara  kehidupannya  di sana.
                                                                  
            Cuma  Lisa  Adranna  tidak  suka  meminta-minta  dari  mereka.  Selagi  boleh  bekerja  di waktu  lapang  dia  akan  bekerja. Bukan  dia  seorang  saja  yang  membuat  kerja  sambilan….masih  ramai  lagi  yang  bekerja  sambilan  untuk  menambah  pendapatan  mereka.  

          “ Abah….ibu…” panggil  Lisa  Adrianna  sambil  bersalam  dengan  abah  dan  ibunya. Selepas  itu  bertubi-tubi  pipinya  dicium  oleh  ibu  angkatnya. Ubat untuk  melepas rindu.

          “Rindunya  Lisa  pada  abah  dan  ibu, “kata  Lisa  Adrianna  sambil  memeluk  ibunya.  Air mata  kegembiraan  mengalir  di pipinya. Dia  kembali  dengan  kejayaan. Kejayaan  yang  diraih  setelah  sekian  lama  belajar  untuk  mencapai  kejayaan. Alangkah  bahagianya  dia  seandainya  ibubapanya  masih  hidup.
               
            Rayyan Hafiz memerhatikan Lisa yang sedang bersalaman dengan seorang lelaki dan seorang wanita. Kelihatan mereka seperti orang kaya tapi kenapa Lisa selalu buat kerja sambilan.Hatinya ingin tahu tentang Lisa.

2 comments:

  1. Thank you baby mio.Andalah yg paling setia menjadi pembaca nombor satu kak Reen.Sekurang-kurangnya adalah semangat kak Reen untuk terus menulis. Jiwa kak Reen lebih kurang sama dengan heroin dlm novel kak Reen.Maklumlah menulis dari hatikan......
    Juga terima kasih pada pembaca lain yg sudi membaca novel edisi sebelum di edit ini.

    ReplyDelete