Manuskrip ni dah lama kak Reen simpan ,cuma belum siap sepenuhnya. Harap-harap pembaca tak bosan membacanya.
BAB
1
"Abang Ady……bagilah Alya nak
tengok drama Korea pula."Rengek Puteri
Alya Maisarah manja. Sudahlah sekarang drama Korea
kesukaannya sedang keudara. Ady Ikram pula buat hal. Nak balik ke rumah untuk
menonton drama kesukaanya itu, jangan haraplah. Cari gaduh dengan kakaknya
saja. Alih-alih dia yang salah.
"Tak
boleh! Abang Ady nak
tengok rancangan lain . Alya duduk situ
senyap-senyap. Tak habis-habis nak tengok drama Korea." Ady
Ikram menggengam erat remote control.
"Tadi
abang Ady dah
tengok cerita abang Ady, bagilah
Alya tengok rancangan
kesukaan Alya pula." Alya masih
lagi memancing Ady
Ikram dengan kemanjaannya. Tadi Alya
sibuk membantu mak tuk
membuat cucur bawang. Baru sekarang dia berpeluang menonton
drama kesukaanya itu.
"Suka
abang Ady la
nak tengok berapa
kali pun, Alya jangan
sibuk. Nak tengok pergi balik
rumah Alya ."Ady Ikram menjeling
Puteri Alya Maisarah.
Alya mendekati
Ady Ikram. Dia menghulurkan
tangan untuk mencapai
remote control yang berada
di tangan Ady Ikram. Cepat
saja Ady Ikram
mengangkat remote control tinggi-tinggi. Puteri Alya
Maisarah yang montel itu terjengket-jengket untuk
mencapai remote control ditangan
Ady Ikram. Bila terasa penat dia
duduk di sofa.
"Mak tuk ! Tengok
abang Ady ni, dia
buli Alya." Adu Alya
pada mak tuk
yang sedang berada
didapur. Itu pilihannya yang terakhir.
"Ady! Kenapa Ady suka
sangat buli Alya?" Sergah mak
tuk dari arah
dapur. Sepinggan besar cucur
bawang kesukaan Alya
Maisarah dan Ady Ikram dibawa keluar
ke ruang tamu . Diikuti oleh
mak Nab yang
sedang menatang dulang
dan diletakkannya diatas
meja kopi. Mak
Nab ialah pembantu rumah mak
tuk .
Alat
kawalan tv dirampasnya
dari tangan Ady Ikram bila dilihatnya Ady
Ikram terleka memandang
mak tuk . Ditukarnya semula
siaran drama Korea
yang sedang keudara. Ady
Ikram menumbuk udara
melepaskan geram. Kalah lagi , gerutu
Ady Ikram dalam hati.
"Ady tak
sukalah dengan budak
gemuk ni mak
tuk . Suka sangat ikut
kemana saja Ady
pergi. Ady malu dengan
kawan-kawan Ady. Mereka ejek
Alya gemuk ni , girlfriend Ady. Mak
tuk tahu apa
makna girlfriend dalam bahasa
melayu?" Tanya Ady Ikram. Matanya menjeling
Alya Maisarah yang
sedang merenung cucur
bawang kesukaannya.
"Ady oi….mak tuk
ni lagi terror bahasa
omputih tu
daripada Ady. Tak payahlah
Ady nak lawan tokeh." Kata mak
tuk sambil menyekeh
kepala Ady. Perlahan saja
mak tuk sekeh
kepala cucunya Ady, bukan sakit
pun. Bukan Ady Ikram tak tahu dulu mak tuknya adalah Pengarah Syarikat.
"Ady bukan apa
mak tuk, Ady
tak sukalah dikenenkan
dengan budak Alya
gemuk ni." Ady menjuihkan
mulutnya pada Alya
Maisarah .
"Amboi
Ady! Sedapnya mulut Ady mengata Alya. Ingat
Ady tu handsome sangatlah
ya!" Marah mak tuk
pada Ady Ikram .
"Tapi
Ady tak sukalah.
Kawan-kawan Ady kata
Ady nak kahwin
dengan Alya. Apa kes
nak kahwin dengan
Alya gemuk ni." Rungut Ady
Ikram lagi sambil menjuihkan
bibirnya.
" La…yang hang susah
hati sangat tu pasai
apa? Kalau kawan-kawan
ejek Alya ni nak jadi bini Ady apalah
salahnya? Bukan Ady nak
nikah betui pun…. cucu oi. Ady tu
muda lagi. Mana boleh
menikah, salah Ady
oi." Tergelak mak tuk. La mak tuk ni dah keluar bahasa utara
pula. Tahulah mak tuk pandai bercakap dalam berbagai bahasa dan loghat. Ady Ikram
masamkan mukanya bila mendengar mak
tuk ketawakannya. Alya Maisarah hanya menundukkan
kepalanya. Terasa sangat dengan
kata-kata Ady Ikram tadi.
" Ha! Alya….. kenapa tunduk
saja tu? Makanlah cucur
bawang kesukaan Alya tu. Sengaja
mak tuk buat
lebih untuk Alya
dan Ady . Alya tak
payahlah ambil hati
dengan budak Ady
ni. Budak Ady ni
bukannya betul sangat." Sampainya hati
mak tuk kata
aku tak betul. Sekarang ni
cucu mak tuk
tu siapa? Aku
ke Alya?Gerutu Ady
Ikram dalam hati.
Alya
mencapai cucur bawang
kesukaannya. Dimakannya
dengan tertib. Gaya perempuan
melayu terakhir konon. Berbulu mata
Ady tengok Alya. Tahulah
lembut kalau tidak
tak adalah asyik kena buli
dengan kakaknya Marina
gedik tu.
"Ady… apa tunggu
lagi, makanlah . Atau Ady
dah tak suka
makan cucur bawang
mak tuk ke? Saja
mak tuk buat
banyak sebab mak
tuk tahu Ady
dan Alya sukakan
cucur bawang." Lagi-lagi budak
gemuk tu yang
mak tuk sebut,
tak ada orang
lain dah ke nak sebut ?Marah
Ady Ikram dalam
hati.
"Sukaaa mak tuk
. Ady nak makanlah
ni." Ady mengambil sebiji
cucur bawang sambil
menjeling Alya. Apasallah
budak gemuk ni
suka sangat berumah
tangga dirumah mak
tuk? Macamlah rumah sendiri
tak ada. Pagi, petang siang
dan malam muka
budak gemuk ni
saja yang aku
jumpa, rungut Ady Ikram dalam
hati. Mana boleh kata
depan mak tuk, silap-silap tak boleh
makan cucur bawang
mak tuk yang
paling sedap ni
"Alya….
tolong hulurkan air
milo tu dekat abang
Ady ," perintah mak tuk. Boleh
dikatakan perintahlah . Mak
tuk kan suka
guna kuasanya dirumah
ini. Siapa yang berani membangkang
kuasa mak tuk. Cari
nahas! Masa muda
dulu pernah jadi
boss syarikat, sehingga kini
perangai memerintah tu
tak hilang. He..he..he…kalau mak
tuk tahu aku
tengah kutuk dia , mati
aku kena dengan
mak tuk, gerutu Ady Ikram dalam
hati.
Alya
Maisarah dengan cermat menghulurkan mug yang berisikan
air milo kepada
Ady Ikram . Ady Ikram menyambut
mug yang berisi
air milo yang dihulurkan
oleh Alya Maisarah
tanpa mengucapkan terima kasih. Dijegilkannya biji
mata pada Alya
adalah.
"Amboi
Ady….baik punya bahasa
no, bukannya nak
ucapkan terima kasih
pada Alya." Tegur mak
tuk. Pantang mak tuk
kalau tak tahu
nak ucapkan terima
kasih. Puteri Alya Maisarah
tersenyum pada Ady
Ikram.
"Terima kasih Alya." Matanya
dijegilkan pada Alya Maisarah
bila mak tuk
memandang ke tempat lain. Alya
kerdipkan matanya berkali-kali. Konon-konon buat
manja dengan Ady
Ikram. Ingat lawa sangatlah
tu…..menyampah, bisik Ady
dalam hati.
" Mak
tuk….Ady nak ke padang
bola sekejap, nak main
bola dengan kawan-kawan
Ady." Ady Ikram berdiri dan membetulkan seluar pendek yang
dipakainya.
"La…..tak
mau makan lagi
ka Ady?" Tanya mak
tuk.
"Tak
ada selera Ady
nak makan dengan budak gemuk ni
mak tuk." Mulutnya dijuihkan.
"Tak ada
seleralah kononnnnn….. dah nak
licin satu pinggan ni
baru cakap tak
ada selera. Ady toksah dok loyar buruk
sangatlah," balas mak tuk sambil menampar lembut lengan Ady Ikram. Ady Ikram
ketawa mengekek mendengar
kata-kata mak tuknya. Lucu pula dirasakannya.
"Ady
pergi padang bola
sekejap mak tuk," beritahu Ady
Ikram.
"Pergilah Ady. Jangan balik
lewat sangat. Maghrib ni nak pergi ke Masjid." Pesan mak tuk.
"Baiklah mak tuk, jawab Ady
Ikram.
"Nak
ikut abang Ady ,"
Alya Maisarah sudah bangun
untuk mengikut Ady ke
padang bola. Dia
memang suka melihat
Ady bermain bola.
"Tak payahlah
nak ikut abang
Ady! Dekat sana tu
semuanya budak lelaki.
Alya tu budak
perempuan tahu tak? Duduk
saja dirumah!" Marah Ady
Ikram.Tak boleh tengok
orang bergerak sikit,
mulalah nak mengekor. Tak
sukalah dengan budak gemuk ni!
"Mak
tuk…." panggil Alya Maisarah lembut. Alya
ni pun satu, suka
sangat mengadu dengan
mak tuk…mahunya Ady
tak meradang.
"Ady….bawalah Alya
tu. "Arah mak tuk. Mak
tuk dah guna
kuasa memerintah dia.
"Buat
apa nak bawa
budak Alya ni
mak tuk? Ady tak
naklah mak tuk. Buat
malu Ady saja
bawa Alya pergi
ke padang bola. Ady nak
main bola bukan
nak jadi penonton
dipadang tu."
"Apa
yang nak dimalukan
Ady?" Tanya mak tuk.
"Tak
pernah dibuat orang
bawa budak perempuan
pergi padang bola ," jawab Ady
Ikram. Alya ni pun
pasal apalah mengada
sangat nak ikut.
Duduk sajalah dirumah, bentak Ady Ikram dalam hati.
"Kalau tak ada
orang buat….. Adylah
yang buat." Gelak mak tuk pula. Lawak
sangatlah tu, getus Ady
Ikram dalam hati.
"Kalau
macam ni Ady
tak jadi pergilah , baik Ady
tidur saja." Ady berjalan masuk
ke biliknya. Dihempas pintu biliknya
kuat-kuat. Tanda protes.
"Nak
lepas geramlah tu," bisik Alya
Maisarah. Ingat mak tuk
nak heran.
"Mak tuk…..abang Ady marahkan Alya ke?" Tanya Alya.
"Dak aish, sajalah
tu! Sat lagi elok
baliklah tu. Alya toksah
dok risau no. "Pujuk mak tuk.
"Alya tok
sah dok peduli
dekat Ady tu. Makanlah lagi. Alya suka makan cucur
bawang yang mak tuk buat ni kan?" Mak tuk pujuk Alya Maisarah. Kesian anak
ini sering terpinggir oleh keluarganya.
"Budak Ady ni
pun satu. Petang-petang tidur , nak bagi otak dia bengap kut?" Bebel mak
tuk.
BEST.....
ReplyDeleteAmboi?! Baby mio semua ckp "bestkan"?<_>……heheheheheh... ^_^
Delete