BAB
3
"Mama tak apa-apa Qis. Di mana
abah? Tanya Datin Azalea bila dilihatnya kelibat Datuk Monsein tiada di situ.
"Abah dan
ayah Qis pergi ke bilik mayat untuk menguruskan mayat arwah Azlan. Azlan
dah tak ada mama," tangis Hajaratul Qistina.
"Ya- Allah! Anak mama."Sedih
hatinya bila teringatkan Azlan. Azlan sudah dianggapnya seperti anak sendiri
sejak berkenalan dengan anaknya Ekmal Qaisy.
"Sabarlah Lea. Dah janjinya
dengan Allah setakat ini saja. Kita doakan saja dia akan di tempatkan berada
bersama orang-orang yang beriman."Pujuk puan Sofiah.
"Mama …….mari kita
tunggu abang Ekmal di depan bilik bedah,"Ajak Hajaratul Qistina. Tanpa
menanti jawapan dari mama mertuanya terus Hajaratul Qistina menolak kerusi roda
ke bilik bedah. Hatinya sejak tadi hanya pada Ekmal.Mama mertuanya masih
membisu dan kesedihan.
Sudah sejam mereka berada di depan
bilik bedah. Tetapi pembedahan yang dijalankan ke atas Ekmal masih belum tamat.
Hajaratul Qistina sempat membaca
bacaan Yassin yang sudah di hafalnya sejak dulu.
Siapa waris Muhammad Ekmal Qaisy?
Tanya seorang jururawat yang baru saja muncul di pintu bilik bedah.
"Saya isterinya, " jawab
Hajaratul Qistina.
"Doktor nak jumpa dengan puan,"
beritahu jururawat itu pada Hajaratul Qistina.Kebetulan Datuk Mohsein dan haji
Tahir baru saja tiba di situ.
"Kenapa Qis? "Soal Datuk
Mohsein.
"Doktor nak jumpa waris abang
Ekmal, "jawab Hajaratul Qistina.
"Saya ayah Ekmal,
"beritahu Datuk Mohsein pada jururawat itu.
"Silakan ikut saya. Tapi hanya
dua orang saja yang boleh masuk berjumpa dengan doktor."
"Sein masuklah dengan Hajar.Kami
tunggu di sini." Kata haji Tahir.
Hajaratul Qistina berjalan masuk ke
dalam sebuah bilik bersama dengan Datuk Mohsein.Hatinya berdoa semoga suaminya
selamat.
Doktor yang bertugas mempersilakan
mereka duduk.
"Saya Datuk Monsein ,abah
kepada Ekmal Qaisy." Datuk Mohsein memperkenalkan diri pada doktor yang
menjemput mereka masuk ke sebuah bilik.
"Bagaimana dengan keadaan anak
saya doktor."Tanya Datuk Mohsein.
"Kecederaan yang dialami oleh
anak Datuk sangat parah. Maafkan kami,kami dah cuba sedaya upaya untuk
menyelamatkan anak Datuk. Tapi Allah yang lebih menyayanginya."
"Innalillah……."ucap Datuk
Mohsein dengan sebak.Air mata bergenang di matanya.Jatuh membasahi pipinya.
Tiba-tiba saja Hajaratul Qistina
melorot jatuh ke lantai. Kakinya lemah tak dapat nak berdiri lagi. Berita yang
baru di sampaikan oleh doktor itu amat mengejutkannya.
"Qis……Sabar nak.Allah lebih
menyayangi Ekmal nak. Redhalah dengan pemergiannya." Datuk Mohsein membantu menantunya duduk di kerusi
berdekatan.
"Abah…..abang Ekmal dah
tinggalkan Qis, abah. Abang Ekmal dah janji akan sama-sama sambung belajar
dengan Qis. Kenapa abang Ekmal pergi meninggalkan Qis abah,"raung
Hajaratul Qistina. Dia tidak dapat menahan sedihnya lagi. Jiwanya terasa turut
terbang melayang.
"Qis……mengucap nak,jangan macam
ni. Kesian dekat arwah Ekmal kalau Qis terus macam ni.Sabar ya Qis." Pujuk
Datuk Mohsein. Cuba dikutkan hatinya menempuh dugaan yang Allah berikan
padanya.
Kini barulah Hajaratul Qistina sedar
dia sudah mempertikaikan kehendak Allah.Dia mengucap di dalam hati. Tapi air
matanya terus mengalir walaupun tanpa suara. Hatinya tetap sedih mengenangkan
suaminya kini telah tiada.
"Terima kasih doktor di atas
segala usaha dan bantuan dari doktor untuk menyelamatkan anak saya. Boleh kami
melihat jasadnya." Tanya Datuk Monsein bila dilihatnya Hajaratul Qistina
sudah mula bertenang.
"Boleh ,sila ikut saya."
Jawab doktor itu. Orang berada dalam
kesedihan , tak perlulah nak ikut peraturan segala.
Datuk Monsein membantu menantunya
keluar dari bilik itu. Mereka di bawa masuk ke sebuah lagi bilik.
Terdapat satu jasad yang telah
ditutup dengan kain putih.
"Ini jasad anak Datuk. Kalau
ada saudara yang nak melihatnya, saya benarkan."Doktor itu meninggalkan
mereka sendirian.
Menggigil tangan Datuk Mohsein
semasa membuka kain penutup berwarna putih itu.Setelah kain itu dibuka,terserlahlah
wajah bersih Ekmal, anak lelaki tunggalnya.
"Abang….."tangis Hajaratul
Qistina.
"Qis, tunggu sini sekejap. Abah
nak bawa mama masuk tengok Ekmal." Serak suara Datuk Mohsein.Siapa yang
tak sedih bila anak kesayangan pergi meninggalkannya. Tak akan kembali lagi
buat selama-lamanya.
"Abanggg……"disembamkannya
muka ke dada suaminya yang sudah tak bernyawa lagi.Ampunkan Qis. Qis halalkan
segala-galanya abang. Semoga abang di tempatkan bersama mereka yang beriman.
Qis akan sentiasa mendoakan untuk abang. Pergilah abang dengan aman."
"Qis ingat pesan abang.Qis akan
jaga diri Qis baik-baik. Janganlah abang bimbang. Semoga perjalanan hidup Qis
nanti tak banyak berliku."Pipi Ekmal yang masih panas diciumnya.Selepas
ini dia sudah tidak dapat menyentuh dan bertemu dengan suaminya lagi.
"Ekmal……anak mama. Kenapa Ekmal
tinggalkan mama."Tangis Datin Azalea.
Hajaratul Qistina memberikan laluan
supaya mama mertuanya dapat melihat Ekmal untuk kali terakhir.
Wajah anaknya
Ekmal, Datin Azalea sentuh. Diusapnya pipi itu dan air mata di pipinya
disapu supaya kering.Pipi anaknya dikucup sepuas hati.Datuk Mohsein turut
memeluk dan mencium anaknya. Kesedihan mereka hanya Allah yang tahu.
"Pergilah anakku dengan
aman,"bisik Datuk Mohsein di telinga anaknya.Bilik itu dipenuhi dengan
sedu sedan mereka.Walaupun dia cuba menahan supaya tak menangis tetapi air mata
tetap mengalir laju di pipinya.
"Qis….."panggil Datin Azalea.
"Ya mama……"Tubuh mama
mertuanya dihampiri. Air mata yang mengalir dibiarkan menitis.
"Ekmal dah pergi….. kasihannya
menantu mama.Tak sempat nak rasa bahagia."Tubuh menantunya dipeluk.
"Mulai hari ini Qis bukan saja
menantu mama tapi anak perempuan mama." Mereka berpelukan dan menangis
hiba.Sedih dengan kehilangan orang yang disayangi.
"Lea….. Qis…..jangan menangis
lagi. Lepaskanlah Ekmal pergi dengan aman."Tegur Datuk Mohsein.
Masuk haji Tahir dan isterinya ke
dalam bilik itu. Haji Tahir membaca ayat-ayat suci al-quran semasa mendekati
jasad Ekmal.
"Hajar…..sabar ya nak. Ini
adalah dugaan dari Allah." Nasihat haji Tahir.
Tubuhnya dipeluk oleh emaknya. Air
mata memang sejak tadi tak henti-henti mengalir.
"Kita uruskan jenazah Ekmal
supaya boleh di bawa balik ke KL sekali dengan jenazah Azlan,"cadang Datuk
Mohsein. Walaupun kakinya terasa lemah tapi cuba dikuatkannya juga kaki itu
untuk melangkah.
Pada abangnya Mustapha, sudah
dikhabarkan berita tentang kematian Ekmal.Segala urusan pengalian kubur akan
diserahkannya pada abangnya,Mustapha.
Setelah urusan memandi dan
mengapankan kedua-dua jenazah Ekmal dan Azlan selesai,mereka terus kembali ke
KL.
Jenazah
dikebumikan ditanah perkuburan Islam berhampiran rumah keluarga Ekmal di KL.
Tanah perkuburan sudah lengang.
Hanya keluarga yang terdekat yang masih berada di situ.
"Hajar…… kita balik nak,"ajak
emaknya.
"Mak…..Hajar nak temankan abang
Ekmal. Hajar tak nak balik mak."Air mata yang sudah kering tadi jatuh
semula di pipinya.
"Ya- Allah Hajar, mengucap nak.
Tak baik Hajar macam ni. Berdosa Hajar."Nasihat puan Sofiah.
"Qis…..jom kita balik
nak,"ajak mak long
suaminya."Qis hanya mengelengkan kepalanya. Enggan berganjak dari
situ. Mereka semua bersedih melihat kemurungan Hajaratul Qistina.
"Qis tak nak mak long ,Qis nak
tunggu abang Ekmal. Abang dah janji nak pergi sambung belajar dengan Qis, mak
long. Sekejap lagi abang Ekmal datang mak long."Dia masih duduk merenung dua
kubur yang masih merah itu.Wajahnya sayu.Hatinya keliru.
"Kenapa dengan anak aku ni , Pah?
Dah gilakah anak aku ni Pah?"Tanya Puan Sofiah pada puan Syarifah. Kakak ipar
Datuk Mohsein.
"Sabarlah kak Sofiah. Qis ni hanya
keliru saja. Mungkin dia terkejut dengan apa yang terjadi pada Ekmal?"Pujuk
Puan Sharifah.
"Abang…."panggil puan Sofiah.
"Kenapa dengan Hajar ni bang?"
Tanya puan Sofiah. Dia pula yang naik takut melihat riak wajah anaknya Hajar.
Haji
Tahir mendekati isterinya.
"Kenapa
Fiah?" Tanya haji Tahir.
"Abang tengoklah
Hajar ni bang. Saya ajak balik pun dia tak nak balik. Nak tunggu arwah Ekmal
juga." Beritahu hajah Sufiah pada haji Tahir.
"Hajar……."panggil
haji Tahir lembut. Hajar masih diam tak beriak.Matanya masih merenung kubur
yang masih merah itu.
Haji Tahir membisikkan
ayat-ayat suci di telinga anaknya. Perlahan dia menepuk belakang Hajar.
Hajaratul Qistina tersentak.
"Hajar….jom balik
nak. Hajar pun dah letih. Jom ikut ayah balik, "ajak haji Tahir.
"Ayah…..Hajar nak
tunggu abang Ekmal. Abang Ekmal dah janji nak hidup bersama dengan Hajar."
"Mengucap Hajar.
Ekmal dah meninggal. Dia tak akan kembali lagi." Pujuk haji Tahir.
"Jom! Hajar ikut ayah balik,
Esok kita datang lagi,"tangan Hajar ditariknya supaya bediri.
"Ayah janji tau esok kita
datang lagi. Abang Ekmal…..Lan, esok Qis datang lagi."Dia mengikut ayahnya
dengan langkah yang lemah. Matanya masih memerhati kubur suaminya. Air mata
membasahi pipinya. Tidak dipedulikannya ,tudung yang dipakainya sudah senget.
SEDIH.
ReplyDelete