Reenzarini

Monday 6 January 2014

BILA CINTA MULA BERBISIK 12



 BAB 12

            Melihat kapal terbang yang berlepas sebentar tadi membuatkan air mata Alya mengalir lagi. "Abang pergi membawa hati Alya."Bisik Alya perlahan.
               
                "Alya….Alya……" panggil Nina Karina sambil mengoncang bahu Alya perlahan. Masih ada air mata yang mengalir dipipi Alya.
               
                "Alya……kita dah sampai. Jom turun." Ajak Nina Karina bila dilihatnya Alya sudah membuka mata. Hakimi sedang menurunkan beg - beg yang berada di tempat menyimpan barang. Seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi sedang menunggu di pintu rumah bersama dengan seorang lagi wanita yang sudah dikenalinya sejak kecil lagi.. Besarnya rumah abang Kimi. Getus Alya dalam hati.
               
                Alya menghampiri mak Som yang sedang berdiri di pintu masuk.
               
                "Mak Som…..apa khabar ? "Tangan mak Som disalam dan diciumnya penuh hormat. Suatu ketika dulu Alya juga pernah rapat dengan Hakimi. Diri Hakimi juga telah dianggap seperti abang kandungnya. Mereka terpisah setelah Hakimi melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
               
                "Putri Alya Maisarah ke ni?" Tanya mak Som.
               
                "Ya , mak Som.Saya Alya." Jawab Alya sambil memeluk mak Som.
               
                "Dah cantik Alya sekarang. " Puji mak Som.Diri Putri Alya Maisarah dibeleknya .
               
                "Macam dulu juga mak Som, tak ada apa yang berubah." Jawab Alya Maisarah malu-malu kerana dipuji oleh mak Som.
                "Jemputlah masuk Alya. Inilah rumah abang Kimi." Hakimi menyampuk perbualan ibunya dengan Alya.
               
                "Ini pula anak abang Kimi." Bayi yang berada didalam dukungan seorang wanita diambil Hakimi dan dicium bertalu-talu
               
            "Rindunya anak abah."Kata Hakimi sambil mencium pipi gebu anaknya.Nina Karina turut mendekati Hakimi dan mengambil anaknya dari dukungan Hakimi.
               
                "Mama pun rindukan anak mama yang comel ini." Diciumnya pipi gebu itu.
               
                "Apa  nama dia kak Nina?" Pipi gebu itu di cuitnya perlahan.
               
                "Qalish Haikal."Jawab Nina Kirana.
               
                "Comelnya anak kak Nina ni, nanti bila besar mesti handsome macam abahnya." Alya cuit lagi pipi gebu Qalish Haikal.
               
                Eii! Kalau abang Kimi dengar nanti perasan pula dia.Bisik Nina Karina perlahan. Kemudian mereka tergelak sambil memandang Hakimi yang baru saja muncul dari luar.
               
                "Dah berapa bulan Qalish ni kak Nina?"Tanya Alya Maisarah.
               
                "Baru lima bulan Alya. Itu yang kak Nina malas nak tinggalkan Qalish lama-lama. Tapi kalau dah terpaksa, terpaksalah kak Nina tinggalkan juga. Mujurlah mak ada di sini ,bolehlah dia tengokkan Qalish. Nak harapkan pembantu rumah semasa ketiadaan kak  Nina, kak Nina memang tak berani nak tinggalkan Qalish. Dah macam-macam cerita yang kak Nina dengar.Sebelum terjadi biarlah kak Nina berhati-hati."
            Usai makan malam Alya duduk menonton televisyen di ruang rehat bersama keluarga Hakimi.
               
                "Apa  sebenarnya  yang  telah terjadi pada Alya? Tanya abang Kimi. Kalau Alya perlukan bantuan abang Kimi. Abang akan bantu Alya. Di mana suami Alya?" Soal Hakimi ingin tahu.

               
            "Dia dah bertolak ke UK." Jawab Alya Maisarah.
               
                "Kenapa Ady Ikram seorang saja yang pergi, sedangkan setahu  abang , Alya akan ke sana dengan Ady Ikram." Soal Hakimi.

            "Kami bernikah sebab datin Aminah tak nak Ady Ikram lepas laku semasa berada di luar Negara. Sebab tu datin Aminah nak sangat kami menikah." Panjang lebar Alya menceritakan segala apa yang berlaku padanya.
               
                "Ady Ikram tinggalkan Alya semasa di KLIA. Dokumen atau passport untuk Alya langsung tak pernah Ady Ikram ambil untuk Alya. Nama Alya juga tak ada dalam senarai pelajar yang akan belajar di sana. Dia tak pernah pun menghantar permohonan untuk Alya."
               
                "Tak patut Ady Ikram buat macam tu."Hakimi terasa begitu kesal dengan sikap Ady Ikram.
               
                "Tapi sebelum Ady Ikram pergi dia sempat berikan Alya kad ATM dan kad kredit  tanpa had pada Alya. Ady minta Alya belajar saja di sini.  Segala perbelanjaan Alya dia akan masukkan dari masa ke semasa. Dia juga minta Alya cari rumah untuk di sewa."Terang Alya pada mereka.
               
            "Susah-susah sangat Alya tinggal saja di sini, " Nina Karina pula bersuara.
                "Betul cakap sayang tu. Alya tinggal saja bersama dengan kami di sini. "Hakimi juga bersetuju dengan cadangan isterinya.

           
            "Terima kasih semua. Alya telah buat keputusan untuk mencari rumah sewa. Kalau boleh Alya nak cari rumah yang berdekatan dengan tempat belajar Alya nanti. Sudah sampai masanya Alya belajar hidup berdikari. "

           
            "Abang Kimi bimbang nak biarkan Alya tinggal sendiri." Hakimi menyuarakan kebimbangannya pada Alya.
               
                "Insya-Allah! Alya akan selamat. Janganlah abang bimbangkan Alya." Alya tak mahu dirinya bergantung harap pada sesiapa pun. Biarlah dia menjalani hidup ini sendirian. Akan di tunggunya kepulangan Ady Ikram. Apa saja keputusan Ady Ikram dia akan terima dengan hati yang terbuka. Tak mampu lagi berharap pada yang tak sudi. Biarlah segalanya terlerai.
               
                "Jika itu kata Alya, abang Kimi tak tahu nak cakap apa lagi. Semoga hidup Alya akan diberkati oleh Allah."Walaupun masih bimbangkan Alya tapi dia harus menghormati pendirian Alya itu.
               
                "Satu saja Alya nak minta dengan abang dan mak Som."Pinta Alya.
               
                "Alya harap abang Kimi dan mak Som rahsiakan tentang Alya . Alya tak mahu orang kampung kita tahu Alya tak jadi pergi ke luar Negara. Alya takut berita ini akan sampai ke pengetahuan keluarga Alya dan keluarga Ady Ikram.
               
                "Baiklah ! Abang akan rahsiakan. Mak pun jangan beritahu sesiapa Alya berada di KL."Mak Som hanya mengganggukkan kepalanya. Tak tahu apa nak cakap lagi. Kasihan anak ini sering di ketepikan oleh keluarga sendiri.
            Hakimi telah berjaya mencari sebuah rumah teres berdekatan dengan tempat Alya belajar. Alya telah mendaftar di sebuah kolej swasta. Alya menggunakan duit yang telah Ady Ikram masukkan padanya.Sudah hampir sebulan dia tinggal sendirian. Jika ada kelapangan dia akan berkunjung ke rumah abang Hakimi.Mujurlah Hakimi sudi menjadi penjaganya.Semua urusan Alya diuruskan oleh Hakimi dan Nina Karina.
               
                Kini Alya telah  disahkan hamil lapan minggu. Mujur juga dia tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma  muntah di waktu pagi saja. Itu adalah perkara  biasa bagi wanita yang sedang hamil,kata doktor yang merawat. Selain itu tak adalah dia mengidam nak makan yang bukan-bukan. Baru lagi kut!
               
            Mungkin anak dalam kandungannya tahu dia hidup sendirian. Cuma kadangkala lidahnya teringin nak makan puding karemal. Sedangkan selama ini dia bukannya suka makan  makanan manis. Mungkin ini boleh dikatakan mengidam kut.Bisik Alya dalam hati.
               
                Balik saja dari kuliah , Alya singgah dikedai kek.Sejak semalam tekaknya seperti nak makan pud ing karemal. Diperhatikannya senarai puding yang dipamer di situ. Hanya tinggal satu saja puding yang ada di situ.Belum sempat dia menunjukkan pada pekedai di situ. Sudah ada tangan yang mengambil kotak plastic itu. Matanya terkebil-kebil memandang puding karemal di tangan lelaki itu.
               
                "Kak…… ada lagi tak puding karemal macam encik ni beli?" Tanya Alya Maisarah lembut. Nak menangis pun ada sebab tak dapat nak makan puding karemal. Agaknya inilah rasanya yang orang selalu cakap perempuan mengidam.
               
                "Minta maaf dik! Puding karemal tu dah habis.Adik datanglah minggu depan kerana orang yang membuat puding tu bercuti. Minggu depan baru dijual. Adik pilihlah puding lain. Puding yang lain pun sedap." Terang kakak tu lagi.
               
            "Tak  mengapalah kak! Saya hanya teringin nak makan puding karemal tu." Alya berlalu keluar dari kedai kek itu dengan wajah kehampaan.Mengapalah hari ini mengada-ngada pula nak makan pudding karemal.
               
            "Dekat mana nak cari lagi puding karemal macam tu?"Bisik Alya perlahan. Tiba di satu tempat dia duduk di kerusi batu yang ada di situ.
               
            "Abang….. Alya teringin  nak makan puding karemal.Anak kita nak makan puding karemal."Bisik Putri Alya Maisarah.Air mata mengalir di pipinya. Sedih,sudahlah sendirian teringin pula nak makan benda yang tak ada.

2 comments: