Reenzarini

Monday 6 January 2014

BILA CINTA MULA BERBISIK 11



BAB 11

            Sudah dibuktikan pada Qaisar, dia bukan penakut kerana telah bersama dengan Alya. Nafkah zahir dan batin pada Alya sentiasa dipenuh. Hanya tinggal sebulan saja lagi masa yang dia ada sebelum dia bertolak ke luar Negara. Ady Ikram masih belum dapat menerima pernikahannya dengan Alya. Masih terasa dirinya menjadi mangsa dalam pernikahan itu.
               
                Sekarang , Ady Ikram dan Alya sudah tinggal di KL sementara menunggu tarikh untuk berangkat ke luar Negara. Makan minum Ady Ikram sentiasa dijaga oleh Alya. Tapi hati Alya sentiasa sakit dengan setiap kata-kata yang keluar dari bibir Ady Ikram. Sampai bila Alya harus menerima kebencian dari Ady Ikram?
**********
            Kini sudah tibalah masanya untuk Ady Ikran dan  Putri Alya  Maisarah berangkat keluar Negara. Berbagai pesanan diberikan oleh datin Aminah dan datuk Sulaiman. Ibu dan ayah  Alya semakin rapat dengan Alya sejak mereka bernikah.
               
                Pemergian mereka ke KLIA hanya di hantar oleh pemandu Datuk Sulaiman. Ady Ikram yang melarang kerana konon tak sanggup berpisah dengan datuk Sulaiman dan datin Aminah. Semasa  sedang menuju ke ruang bagasi. Ady Ikram menghulurkan kad bank pada Alya.
               
                "Apa ni bang?" Tanya Alya. Kad yang dihulur oleh Ady Ikram dibiarkan tanpa di sambut.
               
                " Ini nafkah aku pada kau,setiap bulan aku akan masukkan sebanyak dua ribu untuk perbelanjaan kau.di sini."Kad itu telah di daftarkan atas nama isterinya.
               
            "Untuk  apa  bang? Bukankah kita akan tinggal serumah? Abang  peganglah  kad ini. Alya pun ada simpanan sendiri. Lagi pun segala perbelanjaan dan yuran pengajian Alya , abang dah uruskan. Alya tak perlukan apa-apa melainkan hidup aman bersama abang. " Hatinya berdebar-debar sejak tadi. Janganlah ada sesuatu yang menjadi perosak perhubungan mereka,doa Alya dalam hati.

            Kad itu Ady Ikram masukkan ke dalam satu sampul surat. Dihulurkannya kepada Alya Maisarah. "Sebenarnya Alya …..aku tak pernah pun daftarkan nama kau di sana. Segala dokumen tentang diri kau aku sengaja batalkan.Aku tak nak pergi ke sana dengan kau."Kejujuran Ady Ikram mengatakannya membuatkan hati Alya hancur berderai.
               
                "Sampai hati abang buat Alya macam ni. Apa salah Alya. Alya pun punya cita-cita macam abang juga." Air mata jatuh membasahi pipi Alya yang gebu. Hatinya sakit menerima semua itu.
               
                "Kau yang paksa aku buat semua ni Alya. Aku dah kata aku tak nak menikah dengan kau tapi kau terima juga lamaran dari mak tuk dan tuk ayah." Perasaan sakit hatinya diluahkan pada Alya tanpa mengambil kira hati Alya yang terluka.
               
                Pengumuman masuk ke balai berlepas sudah kedengaran. "Aku nak gerak sekarang. Kau jagalah diri kau baik-baik. Sepanjang aku di sana , kau jangan balik ke kampung. Kau carilah rumah untuk di sewa. Pakailah berapa saja duit yang ada untuk menampung pengajian kau d sini. Setiap bulan aku akan masukkan duit belanja untuk kau." Beg yang berada di sisinya dipegang. Sampai masa untuk dia masuk ke balai berlepas. Terasa lapang dadanya dapat meluahkan perasaan hati pada Alya.
               
                "Abang tak risau ke nak tinggalkan Alya sendirian di sini ? Alya hanya lapan belas tahun bang. Macam-macam boleh terjadi pada Alya. Langsung  tak  ada perasaan belas kesian abang pada Alya?" Air mata  semakin  lebat  menuruni  pipi gebunya . Air mata sudah membasahi pipinya.
               
            "Kau carilah rumah sewa . Setiap bulan aku akan masukkan duit perbelanjaan untuk kau. Kau pilihlah kolej  yang ada di sini. Kemudian kau boleh teruskan pengajian kau ." Ady Ikram bercakap macamlah perkara itu mudah dilakukan. Sedangkan Putri Alya Maisarah hanyalah berumur 18 tahun ,apalah yang dia tahu.
               
                "Baiklah! Kalau itu yang abang nak. Alya tak akan merayu pada abang lagi. Alya dah tak mampu berharap lagi. Sakit hati ini bang, sakit. Tolong pastikan bila abang kembali nanti, abang akan ceraikan  Alya. Tak guna kita teruskan pernikahan ini. Kita uruskah perceraian kita bila abang dah kembali ke sini. Alya tunggu bila masanya dah tiba."Tangan Ady Ikram di capai dan diciumnya lama. Terdiam Ady Ikram mendengar kata-kata dari Alya. Tak disangkanya Alya akan meminta cerai darinya. Tak pernah pun terfikir dalam hatinya hendak menceraikan Alya.Kenapa hatinya terasa sedih dengan permintaan Alya itu.
               
                "Ampunkan Alya dan halalkan segala makan dan minum Alya sepanjang Alya menjadi isteri abang. Ampunkan Alya jika sepanjang pernikahan kita ada layanan Alya yang terkurang." Matanya sudah kabur dengan air mata yang mengalir. Tubuh Ady Ikram di peluk dan bibirnya melekap di bibir Ady Ikram buat kali terakhir.
               
            "Selamat tinggal bang. Semoga abang akan bahagia sepanjang ketiadaan Alya. Alya  berjanji, bila sampai masanya nanti Alya akan pulangkan kembali kebebasan abang. Sekaranglah masanya. Bebaslah abang ke mana saja abang nak pergi. Tidak ada sesiapa lagi yang akan mengganggu abang mulai hari ini. Pastikan abang akan ceraikan Alya bila masanya dah tiba. Selamat berangkat bang. Alya akan sentiasa mendoakan abang dari jauh. Selamat tinggal. "

            Beg yang berada berhampirannya ditarik hingga kelibatnya kini menjauhi Ady Ikram.Walaupun langkahnya mula goyah tapi diteruskan juga melangkah hingga jauh dari Ady Ikram. Hinggalah dia teserempak dengan satu pasangan.
               
                "Ini Putri Alya Maisarah kan?"Tanya lelaki itu. Alya hanya memandang lelaki didepannya. Cuba mengingati dimana dia pernah berjumpa lelaki itu.
                "Encik siapa?" Soal Alya  Maisarah sambil mengesat air matanya. Tabahkanlah hati ya- Allah.
                "Alya tak ingat ke? Ini Kimi anak  mak cik Som. Abang Kimi sekampung dengan Alya."Hakimi masih cuba untuk mengingatkan Alya tentang dirinya.
               
                "Abang Kimi ke? Lah! Lama tak jumpa. " Mujurlah Alya terserempak dengan Hakimi.Nampaknya Allah masih sayangkannya.
               
            "Sejak abang Kimi kahwin,  Alya  jarang  nampak abang  balik  ke kampung. "Ujar Alya Maisarah.

            "Adik beradik abang Kimi pun dah berhijrah ke tempat lain.  Mak pun dah tinggal dengan abang Kimi. Kalau  ada  kenduri kendara atau sakit demam  barulah abang Kimi bawa mak balik ke kampung."Senang hati Alya bila ada yang mengenalinya. Terima kasih ya-Allah.Tak lupa dia memanjatkan syukur kepada Allah.
               
                "Bulan lepas bila abang Kimi balik ke kampung , abang Kimi dengar orang kampung cakap Alya dah  menikah dengan cucu datuk Sulaiman. Dengar khabar Alya nak study dekat luar Negara? Betul ke? "Soal Hakimi.
               
                "Betul….semua tu betul tapi sekarang Alya tak jadi nak study dekat luar Negara. Alya sedang  mencari rumah sewa. Abang Kimi tahu tak mana-mana rumah yang nak disewakan? Alya  nak sewa."
               
                "Kenapa Alya nak sewa rumah? Bukankah Alya nak sambung belajar ke luar Negara?"Soal Hakimi.
                "Nanti Alya ceritakan pada abang Kimi. Alya perlukan sebuah rumah sekarang ni."Matanya mula bergenang dengan air mata bila bercakap tentang pengajiannya di luar Negara.Impian yang kini sudah musnah gara-gara suaminya.
               
                "Lupa pula nak kenalkan. Ini wife abang, Nina Karina." Hakimi  memperkenalkan isterinya pada Alya.
            Cantik orangnya. Memang  sepadan dengan Hakimi yang kacak. Alya bersalaman dengan Nina Karina.
               
                "Sayang….ini Alya, orang kampung abang." Tangan Hakimi masih menggenggam jari jemari isterinya.
            Bahagianya mereka. Alangkah bahagianya dia andainya Ady Ikram sudi menerima dirinya seadanya.
               
                " Sayang tahu tak dekat mana ada rumah yang nak di sewa? "Soal  Hakimi pada Nina Kirana.
               
                "Nina cadangkan Alya ikut kita balik ke rumah. Lagi pun boleh Alya berjumpa dengan mak. Dekat rumah nanti kita cerita panjang." Cadang Nina Karina. Dia percaya ada sesuatu yang berlaku pada Alya kerana kerana sebentar tadi Alya sedang menangis. Tak salah rasanya kalau dia membantu hamba Allah yang sedang dalam kesusahan.Bisik hati Nina Karina.

            "Baik juga tu." Hakimi juga bersetuju dengan cadangan yang diberi oleh isterinya.
               
                "Alya ikut abang Kimi dan kak Nina balik ya!" Hakimi berharap permintaannya akan di tunaikan oleh Putri Alya Maisarah.Dia juga pasti Alya mempunyai masalah.
               
                "Baiklah abang Kimi. Alya pun dah tak ada tempat nak pergi." Semoga masih ada bahagia dalam hidupnya. Tangan Nina Karina digenggamnya.
                "Terima kasih kak Nina. Terima kasih kerana ada yang masih sudi menerima Alya."Ucap Alya. Air mata yang sudah berhenti mengalir sejak tadi mengalir semula dipipi yang gebu itu.
               
                "Dahlah tu. Jangan menangis lagi. Sampai di rumah nanti kita bincang lagi. Sekarang Alya ikut kami balik. Apa yang dapat kami bantu kami akan bantu." Tubuh Alya di peluk oleh Nina Karina. Cuba memberikan kekuatan buat Alya.Dia juga perempuan ,dia tahu hati perempuan lembut dan mudah terluka.
**************
            Ady Ikram telah pun berada di dalam penerbangan . Hatinya terasa kekosongan.Kini dia mula terasa kehilangan. Kini tahulah dia , dia tidak boleh berpisah dengan  Putri Alya Maisarah.         
               
        Selama tiga bulan bersama Alya, hatinya tenang. Alya sentiasa memastikan segala keperluannya dijaga dengan baik. Dia sentiasa dilayan seperti raja.Walau pun beberapa minggu ini Alya selalu tidak sihat tapi dia sengaja membiarkan Alya merawat dirinya sendiri. Alya juga sudah semakin kurus sejak beberapa minggu yang lalu. Makan pun Alya semakin tidak berselera. Wajah Alya juga semakin berseri dan cantik. Walaupun tanpa mekap Alya nampak sangat cantik dimata Ady Ikram.  Belum jauh penerbangannya dia sudah rindukan Alya Maisarah.Bagaimana hidupnya nanti tanpa Alya?
               
            Terbayang semula layanannya pada Alya. Walau bagaimana pun layanannya pada Alya tetapi Alya sentiasa tersenyum padanya. Kenapa dia tergamak meninggalkan Alya. Kesian Alya. Di tinggalkan begitu saja. Bagaimana Alya hendak menjalani hidupnya sendirian. Sepatutnya dia sediakan rumah untuk Alya tinggal sebelum pergi. Kenapalah dia bodoh sangat , tidak memikirkan semua itu. Semoga Alya selamat sepanjang dia berada di luar Negara.  Akan ditebus segala kesilapannya sejak menjadi suami Alya Maisarah bila dia pulang nanti.

Harap maaf sebab kak Reen dah lama tak jenguk blog. Sibuk nak siapkan manuskrip Awak !!Prince charming saya ke?Hari ini kak Reen luangkan masa sekejap sebab kak Reen ada dekat hotel one station ,Kota Bharu. Hantar anak dara kak Reen yang akan belajar dekat Kota Bharu. Esok dah nak balik ke Perlis. 

 

No comments:

Post a Comment