Reenzarini

Monday, 6 January 2014

Bila cinta mula berbisik 13



BAB 13

        Satu bungkusan plastik dihulurkan padanya.Putri Alya Maisarah berpaling ke sebelahnya.Seorang lelaki sedang berdiri di situ. Cepat dihapuskan air mata di pipinya.Malu dilihat orang.
               
           "Ambillah! Abang tengok adik teringin nak makan tadi. "Qaisar masih menghulurkan bungkusan plastik kepada Alya Maisarah.
               
                "Tak mengapalah bang . Saya boleh cari di kedai lain." Jawab Putri Alya Maisarah.
               
                "Ambillah , abang ikhlas nak bagi pada adik." Alya masih teragak-agak nak ambil. Tapi dia langsung tak kenal dengan lelaki itu.
               
                "Aduh! Dah lenguh tangan abang ni. Sampai bila baru adik nak ambil ni?" Tanya  Muhammad Qaisar.
               
                "Tapi saya tak kenal abang. Entah-entah abang ni orang jahat ke? "Jawab Alya Maisarah.
               
                "Adik ambil ini." Kad pengenalannya dihulurkan pada gadis di depannya itu." Alya Maisarah mengambil dan meneliti nama yang tertera di kad pengenalan lelaki itu.
               
                "Muhammad Qaisar, nama abang ke ni?" Tanya Alya sambil merenung wajah di depannya.
           
            "Bukan…..abang ni pati, saja abang pinjam dengan kawan tadi, "jawab Qaisar sambil gelak.            "Memanglah ic abang, takkan nama orang lain pula? Tengok ini gambar abang kan?" Gambar di atas kad  pengenalan itu ditunjukkan pada gadis itu.
               
                Bekas yang berisikan puding karemal itu di letakkan di atas bangku  batu di sebelah gadis itu.
            "Apa kata kita makan sama-sama? Banyak ni, tak habis saya nak makan seorang diri." Ajak  Putri Alya Maisarah. Baik hati pula nak pelawa orang yang tak dikenali.
               
                "Boleh juga! Abang pun belum minum petang ni. Jom kita masuk ke restoran itu." Tunjuk Muhammad Qaisar. Putri Alya Maisarah  bergerak mengikut Muhammad Qaisar masuk ke restoran itu. Mereka memesan segelas milo panas dan makan bersama puding karemal.
               
            Sedapkan puding karemal ni? "Tanya Alya sambil menyuap sesudu lagi puding karemal ke mulutnya.
               
            "Emm…….memang  sedap. Abang suka makan puding karemal ni."
               
                "Nama adik siapa?"Tanya Muhammad Qaisar.
               
                "Putri Alya Maisarah," jawab Alya sambil menyuap puding karemal ke mulutnya.Sedapnya, bisik Alya dalam hati.
               
               
                "Selalu family adik panggil apa?"Tanya Muhammad Qaisar ingin tahu.
               
             "Mereka panggil Alya." Jawab Alya, masih lagi menyuap puding karemal yang penghabisan. Sudah 2 potong  puding karemal di makannya. Cukup la   untuk hari ini.
               
                "Kalau macam tu abang panggil Putri. Boleh?" Tanya Muhammad Qaisar.
               
                "Ikut suka abanglah nak panggil apa pun,semua tu nama saya "jawab Putri Alya Maisarah.
               
                "Saya dah kenyang. Biar  saya belanja abang hari ini." Apalah sangat kalau setakat dua gelas milo panas dan sebungkus nasi ayam buat makan malamnya. Sejak hamil dia perlu menjaga pemakanannya. Dia berazam selepas bersalin nanti dia nak kuruskan badannya.
               
               "Eh! Tak  payahlah  Putri  belanja  abang. Putri temankan abang minum petang pun dah besar rahmatnya." Sungguh dia terhibur bila berbual dengan Putri. Awal-awal lagi Putri dah beritahu Qaiser dia telah bersuami dan sedang hamil anak sulung. Sekarang suaminya sedang belajar di luar Negara.
               
            "Saya nak balik dulu. Dah petang ni. Jumpa lagi." Beg plastik lebihan puding karemal tadi dihulurkan pada Muhammad Qaisar.
               
                "Putri bawa saja balik lebihan puding karemal  ni. Masih banyak lagi dalam kotak plastic tu. Nanti malam kalau lapar , Putri  boleh makan" Ujar Muhammad Qaisar.
               
                "Baiklah! Saya balik dulu." Putri Alya Maisarah  melambaikan tangannya pada Qaisar.
               
                "Putri! Biar abang hantarkan Putri balik. Bahaya balik seorang diri." Laju saja dia  berlari ke keretanya yang diparkir tak jauh dari situ. Diberhentikan keretanya di depan Putri yang sedang menunggu teksi.
            "Jom ! Abang hantar Putri, dah nak malam ni." Ajak Qaisar.
               
                "Tak mengapalah , saya boleh balik sendiri." Ditolaknya pelawaan dari Qaisar dengan baik. Terasa bersalah jika balik bersama Qaisar sedangkan dia masih  isteri Ady Ikram. Tadi tu sebab dah teringin sangat  nak makan pudding karemal. Kebetulan sebuah teksi baru saja muncul  di depannya.  Cepat saja  Alya Maisarah  menahan teksi itu. 
               
                "Saya balik dulu,terima kasih kerana belanja saya makan ini." Plastik baki pudding karemal itu ditunjukkan pada Muhammad Qaisar sebelum masuk ke dalam teksi.
                Muhammad Qaisar masih lagi memerhati teksi yang semakin menjauh meninggalkannya. Ada sesuatu yang membuatkan dia merasa ragu-ragu dengan pemandu teksi itu. Laju saja dia masuk ke dalam kereta dan mengikut teksi itu yang semakin laju meninggalkannya.
               
            Hari juga semakin gelap. Keretanya juga laju mengikut teksi itu dari belakang. Matanya hanya ditumpukan pada teksi itu.Dia tidak mahu kehilangan jejak teksi itu.
               
            Teksi itu sudah memperlahankan kelajuannya dan membelok ke lorong yang gelap dan sunyi. Qaisar juga membelok mengikut teksi itu jauh di belakang tapi masih boleh melihat kelibat teksi itu.Lampu keretanya sudah dipadamkan supaya pemandu teksi itu tidak perasan dengan kehadiran keretanya di belakang .
               
            "Eh! Kenapa masuk ke sini? Rumah saya bukan di sini. Kenapa bawa saya ke sini. Ini bukan jalan ke rumah saya." Putri Alya Maisarah sudah takut kerana tempat itu gelap dan dia tidak tahu ke mana pemandu teksi itu membawanya. Teksi kini sudah berhenti di pertengahan lorong yang gelap. Hanya cahaya lampu dari teksi yang menerangi tempat itu.
               
                Alya  Maisarah membuka pintu dan keluar dari teksi itu. Dia cuba melarikan dirinya dari pemandu teksi itu.Pemandu teksi itu kini sudah semakin menghampirinya.
               
                "Tolong! Tolong! Jangan apa-apakan aku. Aku hamil. Jangan apa-apakan anak aku, kau nak duit kau ambillah duit ini, "jerit Alya Maisarah.
               
                "Kau ambillah apa saja yang kau nak, tapi jangan apa-apakan aku dan  anak aku. Lepaskan aku!" Tangan Putri Alya Maisarah sudah memukul pemandu teksi itu dengan tangannya. Tapi apalah dayanya yang lemah.Badannya terus dihimpit ke teksi.
               
                "Bodohlah kalau aku nak lepaskan perempuan muda dan cantik macam kau ni. Baik aku puaskan nafsu aku ni! Tubuh kau ni gebu pula tu." Tangan lelaki itu menarik baju Alya hingga menampakkan sebahagian tubuhnya yang putih dan gebu. Bertambah  gelora nafsu  yang sedang bermaharajalela dalam diri lelaki itu.
               
                "Tolong! Jangan apa-apakan aku dan anak aku. "Jerit Alya yang sudah dalam ketakutan. Pipinya dipukul berkali-kali oleh lelaki itu.
               
            Badan Alya Maisarah yang semakin lemah  sudah ditindih oleh lelaki itu. Meraung Alya bila teringatkan apa yang akan terjadi jika diperkosa oleh lelaki itu. Cuba melindungi perutnya dari asakan lelaki itu. Terasa menyesal kerana tak menerima ajakan Qaisar tadi.
               
                 Tiba-tiba saja tubuh pemandu teksi itu tersungkur jatuh ditendang dari belakang.
               
          "Binatang!! Berani kau kacau bini orang yang sedang hamil. Kau ni memang sampah masyarakat. Lebih baik kau mati saja dari menyusahkan orang." Jerkah Qaisar. Hangat betul hatinya melihat gadis yang baru dikenalinya diperlakukan sebegitu. Besi pengunci stereng dipegangnya kejap.
               
                "Hoi! Siapa kau nak ganggu aku hah! 'Jerkah pemandu teksi itu.
               
                "Kau tanya siapa aku? Jantan tak guna!" Besi pengunci stereng di layangkan ke lengan pemandu teksi itu. Menjerit kesakitan lelaki itu. Mungkin lengan lelaki itu telah patah. Badan lelaki itu dibelasah hingga lembik.
                Muhammad Qaisar mengikat tangan pemandu teksi itu dengan tali pinggangnya dan di ikat ke pintu teksi.  Kunci teksi di ambilnya. Polis dihubungi untuk datang mengambil pemandu teksi yang telah di tangkapnya tadi. Sesudah itu dihampirinya Putri Alya Maisarah yang sudah pengsan.
               
            "Putri! Putri! Bangun putri. " Panggil Qaisar. Pipi gebu Putri  yang sudah kemerahan kerana dipukul pemandu gila itu diusap lembut.
 Tidak mahu menambah kesakitan di pipi Putri yang kelihatan lebam.Sakit hatinya melihat Putri diperlakukan seperti itu.
               
                "Abang Qaisar! Tolong Putri abang Qaisar! Putri takut! "Tubuh Muhammad Qaisar di peluk dalam ketakutan. Matanya dipandang sekeliling. Bila terpandangkan wajah pemandu teksi itu,terus dipeluk tubuh Qaisar kejap.
               
                "Jangan bimbang Putri.  Putri dah selamat sekarang. Abang dah hubungi polis . Sekejap lagi polis akan datang. Putri masuk ke dalam kereta  abang dulu." Jaket ditubuhnya di tanggalkan dan disarungkan ke tubuh Putri yang terdedah. Dicempungnya Putri yang lemah untuk berdiri. Di masukkan Putri ke dalam kereta yang di parkir tidak jauh dari situ. Enjin kereta di hidupkan dan penghawa dingin kereta di pasang.Lampu kereta dipasang. Bibir Putri yang luka dilapnya dengan tissue paper dari dalam keretanya.
               
                "Putri tidur ya! Abang tunggu polis dekat luar. Tak elok abang tunggu dalam ni .Tak pasal-pasal kena tangkap dengan pencegah maksiat kalau duduk berdua dalam kereta." Jaket yang tersarung di tubuh Putri di betulkannya supaya tidak mendedahkan kulit Putri yang putih itu..
               
            "Hoi ! Lepaskan aku." Jeritan dari pemandu teksi jahat membuatkan Qaisar cepat-cepat  menghampiri penjahat itu.
               
                "Woi! Kau boleh diam tak? Kau nampak ni? Kau nak aku pecahkan kepala kau." Qaisar mengacahkan besi pengunci stereng ke kepala penjahat itu. Hangat hatinya melihat kelakuan penjahat ni. Kalau diikutkan kata hatinya ingin saja di bunuhnya lelaki itu. Buat menyemak dunia saja. Kereta peronda  polis muncul tak lama kemudian. Qaisar menyerahkan kunci teksi pada anggota polis yang datang itu.
               
                Muhammad Qaisar meminta kebenaran untuk membawa Putri Alya Maisarah ke klinik. Dia tahu Putri Alya Maisarah terperanjat dengan apa yang berlaku. Putri di tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Bila ditanya apakah hubungan Putri Alya Maisarah dengannya.Dia mengatakan bahawa dia adalah abang Putri .

            Setelah memberi keterangan pada polis, Muhammad Qaisar kembali semula ke wad yang menempatkan Putri Alya Maisarah.

            Nampaknya malam ini dia akan bermalam di wad menemani Putri Alya Maisarah. Pada mamanya diceritakan apa yang berlaku. Mamanya berpesan supaya membawa Putri Alya Maisarah ke rumah mereka bila keluar dari wad nanti.
               
                Dompet Putri Alya Maisarah dibukanya semula. Semasa mengambil ic Putri tadi dia perasan ada gambar seseorang yang dikenalinya. Gambar seorang lelaki yang sedang tersenyum diambilnya dan diamatinya lama.Ady Ikram,detiknya dalam hati.

            "Apakah hubungan mereka berdua? Diselongkarnya beg dompet Putri lagi. Kad perkahwinan Ady Ikram dan Putri Alya Maisarah terdapat di dalam dompet itu. Kini sahlah Putri  adalah isteri Ady Ikram. Isteri yang dikatakan tidak dicintai oleh Ady Ikram.

           

No comments:

Post a Comment