Reenzarini

Sunday, 12 January 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 2



BAB 2
            "Jom sayang! Abang dah nak bersiap balik ke KL. Tadi Azlan dah sms nak bertolak sekejap lagi."Tubuh isterinya masih berada di dalam pelukannya.

            Bibirnya  melekap lama di bibir isterinya. Semoga terubat kerinduan mereka selama dua hari ini. Hajaratul Qistina sudah menangis di dadanya. Masih enggan melepaskannya pergi.Hati Ekmal juga berat untuk berpisah dengan isterinya.

            "Sayang…..dua hari tak lama. Nanti sayang datanglah bersama keluarga sayang melawat abang. Abang tak akan ke mana-mana lagi selepas ini. Abang janji."Air mata isterinya diusap lembut.Hatinya sendiri sedih untuk berpisah dengan isterinya.

            Kereta yang membawa Ekmal Qaisy dan keluarganya sudah beredar setengah jam yang lalu. Kini dia menangis kerana terlalu sedih berpisah dengan suaminya. Walaupun dua hari saja tapi hatinya keresahan.

            Sedang dia melayan kesedihannya di ruang tamu. Handphone di tangannya berbunyi.

            "Ekmal……"Cepat saja dijawabnya panggilan itu.


            "Assalamualaikum abang……"Dengan suara serak kerana menangis Hajaratul Qistina memberi salam.

            "Waalaikumussalam! " Jawab satu suara di sana. Suara yang tak dikenalinya.

            "Encik siapa? Di mana suami saya?" Tanya Hajaratul Qistina. Gugup suaranya.

            "Saya sarjan Hassan, saya nak maklumkan tuan punya handphone ini kemalangan. Sila datang ke wad kecemasan, hospital Alor Setar dengan segera."

            "Kemalangan! Bagaimana dengan suami saya dan keluarganya tuan?" Soal Hajaratul Qistina lagi.Mengigil tangannya usah di cakapkan lagi.

            " Semua mangsa agak kritikal. Bersabarlah puan. " Setelah talian diputuskan  terus longlai Hajaratul Qistina jatuh ke lantai.

            "Hajar…….kenapa ni," jerit emaknya bila dilihatnya anak yang dipanggil Hajar itu longlai terduduk di lantai..

            "Abang…….tengok anak kita ni, kenapa dengan Hajar ni bang, "jerit emaknya.

            "Emak……abang Ekmal kemalangan mak. Hajar  nak jumpa abang Ekmal mak."Tangis Hajaratul Qistina membuatkan seisi rumah gempar dengan berita itu..

            "Ya-Allah !Dia ada di mana Hajar?" Tanya ayahnya. Cemas.


            "Mereka ada dekat Hospital Alor Setar. Di wad kecemasan, ayah."Jawab Hajaratul Qistina sambil menangis.

            "Cepat , kita pergi sekarang. Hajar siapkan beg pakaian Hajar."Laju  Hajaratul  Qistina berlari naik ke atas untuk menyiapkan pakaiannya. Sekejap saja dia sudah berada di dalam kereta.

            Rumah mereka yang masih berselerak di tinggalkan pada saudara mara. Air mata Hajaratul Qistina jatuh membasahi pipi. Mengenangkan suami dan mertuanya yang tak diketahui apa keadaan mereka menambahkan hatinya resah.Bibirnya tak berhenti-henti berzikir dan berdoa.

            Ya-Allah! Selamatkan suamiku dan keluarganya. Janganlah kau pisahkan kami berdua. Doa Hajaratul Qistina dalam hati.

            "Bersabar Hajar…….doa banyak-banyak semoga suami dan keluarga Ekmal selamat." Nasihat ayahnya. Sedangkan dia sendiri dalam resah bila tahu keluarga menantunya kemalangan.

            Tak jauh dari Alor Setar mereka melihat kereta ayah mertuanya yang sudah tidak seperti kereta lagi. Kereta itu kemalangan dengan sebuah bas. Bertembung secara berdepan.Ngeri sekali melihatkan rupa kereta itu.

            "Ya-Allah! Ayah……bagaimana dengan abang Ekmal ayah."Raung Hajaratul Qistina kuat bila melihat kereta bapa mertuanya. Suara tangisannya memenuhi kereta ayahnya.Emaknya juga ikut menangis.Tak tahu bagaimana nak pujuk anak yang sedang keresahan itu.

            "Sabar Hajar, semuanya ketentuan dari Allah. Berdoalah semoga Ekmal dan keluarganya selamat. Siapalah kita nak menidakkan kekuasaan dari Allah,"Pujuk Haji Tahir  sebak. Sedang hatinya turut sedih dengan apa yang berlaku kepada keluarga besannya. Cuba diberikan kekuatan pada anak kesayangannya itu.

            Sebaik kereta ayahnya berhenti di parkir wad kecemasan. Hajaratul Qistina terus keluar dari kereta tanpa menunggu ayah dan emaknya , ke kaunter pendaftaran.

            "Encik! Bagaimana dengan suami saya?"Tanya Hajaratul cemas.

            "Siapa suami puan?" Tanya petugas di kaunter itu.

            "Muhammad Ekmal Qaisy bin Datuk Mohsein," jawab Hajaratul Qistina.

            "Suami puan masih berada di dalam bilik kecemasan, harap puan bersabar."

            "Bagaimana pula dengan Datuk Mohsein dan Datin Azalea?" Tanya Hjaratul Qistina ingin tahu tentang mertuanya.

            "Mereka juga sedang diberikan rawatan. Puan boleh duduk di dalam bilik menunggu."
            "Qis! Bagaimana dengan mereka?" Tanya emaknya sebaik saja muncul di depannya.
           
            "Masih di dalam. Sedang di rawat." Jawab Hajaratul Qistina.

            Laju Hajaratul  Qistina masuk ke dalam bilik menunggu. Terdapat rombongan yang mengiringi perkahwinan mereka di situ.

            Mak long Ekmal menerpa ke arah Qis dengan tangisan bila dilihatnya Qis masuk ke bilik itu. Hatinya semakin resah. Mulutnya tak berhenti-henti mendoakan keselamatan semua yang terlibat.

            "Siapa waris kepada Mohd. Azlan bin  Muis?" Tanya seorang lelaki yang berpakaian putih. Attenden di situ kut, bisik Hajaratul Qistina.


            "Maafkan saya encik, adakah Mohd Azlan tu menaiki satu kereta dengan Muhammad Ekmal bin Datuk Mohsein," soal Hajaratul Qistina ingin tahu.

            "Ya! Puan kenal dengan Mohd Azlan bin Muis tu?"Soal lelaki di depannya.

            "Dia kawan baik suami saya, bagaimana keadaannya encik," Hajaratul Qistina bertanya kepada lelaki itu lagi.

            "Maafkan kami puan, encik Azlan telah meninggal dunia semasa sedang mendapatkan rawatan. Kecederaannya sangat serius.Kami tak dapat menyelamatkannya."

            Meraung sekali lagi Hajaratul Qistina bila mendengar Azlan telah meninggal dunia. Dia cuba ditenangkan oleh ayah dan emaknya.

            "Sabarlah Hajar, hanya sampai di sini Allah pinjam dia buat kita."Nasihat ayahnya lagi.

            Kelibat  abah mertuanya pula di bawa keluar dari bilik itu. Hajaratul Qistina menerpa ke
arah abah mertuanya.

            "Abah…..bagaimana dengan mama dan abang Ekmal abah?" Tubuh abah mertuanya di peluk. Tak dipedulikan baju abah mertuanya yang terpalit dengan darah.

            "Sabar Qis……mama tak apa-apa. Hanya luka-luka saja.  Cuma Ekmal agak kritikal kecederaannya. Masih dalam bilik pembedahan. Kita berdoa saja Ekmal selamat." Air mata jatuh membasahi pipi  Datuk Mohsein. Kcederaan anaknya sangat teruk.  Doktor dah cakap mungkin anaknya hanya mampu bertahan malam ini saja. Hanya itulah satu-satu anak lelaki yang dia ada.

            Jika hanya setakat ini saja Allah pinjamkan Ekmal Qaisy padanya ,dia pasrah.Hidup mati kita di tangan Allah.

            "Abah nak uruskan jenazah Azlan. " Selama ini Azlan yang sebatang kara hanya rapat dengan keluarganya. Biarlah dia yang uruskan jenazah Azlan untuk di bawa balik ke KL.

            "Biar abang bantu Sein uruskan jenazah Azlan. Kita mandi dan kapankan jenazah di sini sebelum di bawa balik ke KL untuk di kebumikan.." Ayah tawarkan dirinya untuk membantu.

            "Abang  Mus baliklah dulu ke rumah di KL. Abang tolong uruskan kubur untuk kebumikan Azlan. " Datuk Mohsein kelihatan sedih dengan apa yang berlaku.

            "Baiklah Sein. Abang balik dulu. Kalau ada apa-apa cepatlah beritahu abang Mus."Setelah bersalaman ,pak long dan mak long bertolak balik ke KL.Beberapa orang lagi akan mengiringi jenazah arwah Azlan ke KL.


            "Qis……..sekejap lagi mama akan keluar dari bilik rawatan.Qis bawalah mama tunggu dekat bilik pembedahan. Kecederaan mama tak teruk. Abah nak uruskan jenazah arwah Azlan.Kalau ada apa-apa cepat hubungi abah.
            "Tak tahu  bila pembedahan Ekmal akan berakhir. Qis tahu tak di mana bilik pembedahan itu?"Soal Datuk Mohsein.

            "Tahu abah. Qis akan tunggu mama sekejap.Jumpa abah di depan bilik pembedahan."

            Hajaratul Qistina di tinggalkan bersama emaknya bila abah dan ayah mertuanya berlalu untuk menguruskan jenazah Azlan.

            Muncul pula Datin Azalea yang ditolak dengan kerusi roda. Sekali lagi Hajaratul Qistina menerpa mama mertuanya.

            "Mama……mama tak apa-apa?" Soal Hajaratul Qistina. Baju Datin Azalea bertompok dengan darah yang telah kering. Dipeluknya tubuh mama suaminya.

3 comments:

  1. Akk sedinyee.... janganlah bagi ekmal mati kak. Karang x pasal.pasal saya.menangis 3 hari 3 mlm. Heheh
    Good luck!! ^___^


    ReplyDelete
  2. Thanks baby mio.
    Adik Nurul kadang kita tak tahu apa yang menanti kita di masa akan datang.Hanya Dia yang tahu.

    ReplyDelete