Reenzarini

Wednesday 15 January 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 3



BAB 3

            "Mama tak apa-apa Qis. Di mana abah? Tanya Datin Azalea bila dilihatnya kelibat Datuk Monsein tiada di situ.

            "Abah  dan  ayah Qis pergi ke bilik mayat untuk menguruskan mayat arwah Azlan. Azlan dah tak ada mama," tangis Hajaratul Qistina.

            "Ya- Allah! Anak mama."Sedih hatinya bila teringatkan Azlan. Azlan sudah dianggapnya seperti anak sendiri sejak berkenalan dengan anaknya Ekmal Qaisy.

            "Sabarlah Lea. Dah janjinya dengan Allah setakat ini saja. Kita doakan saja dia akan di tempatkan berada bersama orang-orang yang beriman."Pujuk puan Sofiah.

                "Mama …….mari kita tunggu abang Ekmal di depan bilik bedah,"Ajak Hajaratul Qistina. Tanpa menanti jawapan dari mama mertuanya terus Hajaratul Qistina menolak kerusi roda ke bilik bedah. Hatinya sejak tadi hanya pada Ekmal.Mama mertuanya masih membisu dan kesedihan.

            Sudah sejam mereka berada di depan bilik bedah. Tetapi pembedahan yang dijalankan ke atas Ekmal masih belum tamat.

            Hajaratul Qistina sempat membaca bacaan Yassin yang sudah di hafalnya sejak dulu.

            Siapa waris Muhammad Ekmal Qaisy? Tanya seorang jururawat yang baru saja muncul di pintu bilik bedah.

            "Saya isterinya, " jawab Hajaratul Qistina.

            "Doktor nak jumpa dengan puan," beritahu jururawat itu pada Hajaratul Qistina.Kebetulan Datuk Mohsein dan haji Tahir baru saja tiba di situ.
           

            "Kenapa Qis? "Soal Datuk Mohsein.

            "Doktor nak jumpa waris abang Ekmal, "jawab Hajaratul Qistina.

            "Saya ayah Ekmal, "beritahu Datuk Mohsein pada jururawat itu.

            "Silakan ikut saya. Tapi hanya dua orang saja yang boleh masuk berjumpa dengan doktor."

            "Sein masuklah dengan Hajar.Kami tunggu di sini." Kata haji Tahir.

        Hajaratul Qistina berjalan masuk ke dalam sebuah bilik bersama dengan Datuk Mohsein.Hatinya berdoa semoga suaminya selamat.

            Doktor yang bertugas mempersilakan mereka duduk.

            "Saya Datuk Monsein ,abah kepada Ekmal Qaisy." Datuk Mohsein memperkenalkan diri pada doktor yang menjemput mereka masuk ke sebuah bilik.

            "Bagaimana dengan keadaan anak saya doktor."Tanya Datuk Mohsein.

            "Kecederaan yang dialami oleh anak Datuk sangat parah. Maafkan kami,kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak Datuk. Tapi Allah yang lebih menyayanginya."

            "Innalillah……."ucap Datuk Mohsein dengan sebak.Air mata bergenang di matanya.Jatuh membasahi pipinya.

            Tiba-tiba saja Hajaratul Qistina melorot jatuh ke lantai. Kakinya lemah tak dapat nak berdiri lagi. Berita yang baru di sampaikan oleh doktor itu amat mengejutkannya.

            "Qis……Sabar nak.Allah lebih menyayangi Ekmal nak. Redhalah dengan pemergiannya." Datuk Mohsein  membantu menantunya duduk di kerusi berdekatan.
           
           
            "Abah…..abang Ekmal dah tinggalkan Qis, abah. Abang Ekmal dah janji akan sama-sama sambung belajar dengan Qis. Kenapa abang Ekmal pergi meninggalkan Qis abah,"raung Hajaratul Qistina. Dia tidak dapat menahan sedihnya lagi. Jiwanya terasa turut terbang melayang.

            "Qis……mengucap nak,jangan macam ni. Kesian dekat arwah Ekmal kalau Qis terus macam ni.Sabar ya Qis." Pujuk Datuk Mohsein. Cuba dikutkan hatinya menempuh dugaan yang Allah berikan padanya.

            Kini barulah Hajaratul Qistina sedar dia sudah mempertikaikan kehendak Allah.Dia mengucap di dalam hati. Tapi air matanya terus mengalir walaupun tanpa suara. Hatinya tetap sedih mengenangkan suaminya kini telah tiada.

            "Terima kasih doktor di atas segala usaha dan bantuan dari doktor untuk menyelamatkan anak saya. Boleh kami melihat jasadnya." Tanya Datuk Monsein bila dilihatnya Hajaratul Qistina sudah mula bertenang.

            "Boleh ,sila ikut saya." Jawab doktor itu. Orang  berada dalam kesedihan , tak perlulah nak ikut peraturan segala.

            Datuk Monsein membantu menantunya keluar dari bilik itu. Mereka di bawa masuk ke sebuah lagi bilik.

            Terdapat satu jasad yang telah ditutup dengan kain putih.

            "Ini jasad anak Datuk. Kalau ada saudara yang nak melihatnya, saya benarkan."Doktor itu meninggalkan mereka sendirian.

            Menggigil tangan Datuk Mohsein semasa membuka kain penutup berwarna putih itu.Setelah kain itu dibuka,terserlahlah wajah bersih Ekmal, anak lelaki tunggalnya.

            "Abang….."tangis Hajaratul Qistina.

            "Qis, tunggu sini sekejap. Abah nak bawa mama masuk tengok Ekmal." Serak suara Datuk Mohsein.Siapa yang tak sedih bila anak kesayangan pergi meninggalkannya. Tak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

            "Abanggg……"disembamkannya muka ke dada suaminya yang sudah tak bernyawa lagi.Ampunkan Qis. Qis halalkan segala-galanya abang. Semoga abang di tempatkan bersama mereka yang beriman. Qis akan sentiasa mendoakan untuk abang. Pergilah abang dengan aman."

            "Qis ingat pesan abang.Qis akan jaga diri Qis baik-baik. Janganlah abang bimbang. Semoga perjalanan hidup Qis nanti tak banyak berliku."Pipi Ekmal yang masih panas diciumnya.Selepas ini dia sudah tidak dapat menyentuh dan bertemu dengan suaminya lagi.

            "Ekmal……anak mama. Kenapa Ekmal tinggalkan mama."Tangis Datin Azalea.

            Hajaratul Qistina memberikan laluan supaya mama mertuanya dapat melihat Ekmal untuk kali terakhir.

            Wajah  anaknya  Ekmal, Datin Azalea sentuh. Diusapnya pipi itu dan air mata di pipinya disapu supaya kering.Pipi anaknya dikucup sepuas hati.Datuk Mohsein turut memeluk dan mencium anaknya. Kesedihan mereka hanya Allah yang tahu.

            "Pergilah anakku dengan aman,"bisik Datuk Mohsein di telinga anaknya.Bilik itu dipenuhi dengan sedu sedan mereka.Walaupun dia cuba menahan supaya tak menangis tetapi air mata tetap mengalir laju di pipinya.

            "Qis….."panggil Datin Azalea.

            "Ya mama……"Tubuh mama mertuanya dihampiri. Air mata yang mengalir dibiarkan menitis.

            "Ekmal dah pergi….. kasihannya menantu mama.Tak sempat nak rasa bahagia."Tubuh menantunya dipeluk.

           
            "Mulai hari ini Qis bukan saja menantu mama tapi anak perempuan mama." Mereka berpelukan dan menangis hiba.Sedih dengan kehilangan orang yang disayangi.


            "Lea….. Qis…..jangan menangis lagi. Lepaskanlah Ekmal pergi dengan aman."Tegur Datuk Mohsein.

            Masuk haji Tahir dan isterinya ke dalam bilik itu. Haji Tahir membaca ayat-ayat suci al-quran semasa mendekati jasad Ekmal.

            "Hajar…..sabar ya nak. Ini adalah dugaan dari Allah." Nasihat haji Tahir.

            Tubuhnya dipeluk oleh emaknya. Air mata memang sejak tadi tak henti-henti mengalir.

            "Kita uruskan jenazah Ekmal supaya boleh di bawa balik ke KL sekali dengan jenazah Azlan,"cadang Datuk Mohsein. Walaupun kakinya terasa lemah tapi cuba dikuatkannya juga kaki itu untuk melangkah.

            Pada abangnya Mustapha, sudah dikhabarkan berita tentang kematian  Ekmal.Segala urusan pengalian kubur akan diserahkannya pada abangnya,Mustapha.

            Setelah urusan memandi dan mengapankan kedua-dua jenazah Ekmal dan Azlan selesai,mereka terus kembali ke KL.
Jenazah dikebumikan ditanah perkuburan Islam berhampiran rumah keluarga Ekmal di KL.

            Tanah perkuburan sudah lengang. Hanya keluarga yang terdekat yang masih berada di situ.

            "Hajar…… kita balik nak,"ajak emaknya.


            "Mak…..Hajar nak temankan abang Ekmal. Hajar tak nak balik mak."Air mata yang sudah kering tadi jatuh semula di pipinya.

            "Ya- Allah Hajar, mengucap nak. Tak baik Hajar macam ni. Berdosa Hajar."Nasihat puan Sofiah.

            "Qis…..jom kita balik nak,"ajak mak long  suaminya."Qis hanya mengelengkan kepalanya. Enggan berganjak dari situ. Mereka semua bersedih melihat kemurungan Hajaratul Qistina.

            "Qis tak nak mak long ,Qis nak tunggu abang Ekmal. Abang dah janji nak pergi sambung belajar dengan Qis, mak long. Sekejap lagi abang Ekmal datang mak long."Dia masih duduk merenung dua kubur yang masih merah itu.Wajahnya sayu.Hatinya keliru.

            "Kenapa dengan anak aku ni , Pah? Dah gilakah anak aku ni Pah?"Tanya Puan Sofiah pada puan Syarifah. Kakak ipar Datuk Mohsein.

            "Sabarlah kak Sofiah. Qis ni hanya keliru saja. Mungkin dia terkejut dengan apa yang terjadi pada Ekmal?"Pujuk Puan Sharifah.

            "Abang…."panggil puan Sofiah.

            "Kenapa dengan Hajar ni bang?" Tanya puan Sofiah. Dia pula yang naik takut melihat riak wajah anaknya Hajar.



                Haji Tahir mendekati isterinya.


                "Kenapa Fiah?" Tanya haji Tahir.

           "Abang tengoklah Hajar ni bang. Saya ajak balik pun dia tak nak balik. Nak tunggu arwah Ekmal juga." Beritahu hajah Sufiah pada haji Tahir.   

           "Hajar……."panggil haji Tahir lembut. Hajar masih diam tak beriak.Matanya masih merenung kubur yang masih merah itu.

         Haji Tahir membisikkan ayat-ayat suci di telinga anaknya. Perlahan dia menepuk belakang Hajar. Hajaratul Qistina tersentak.

           "Hajar….jom balik nak. Hajar pun dah letih. Jom ikut ayah balik, "ajak haji Tahir.


         "Ayah…..Hajar nak tunggu abang Ekmal. Abang Ekmal dah janji nak hidup bersama dengan Hajar."


            "Mengucap Hajar. Ekmal dah meninggal. Dia tak akan kembali lagi." Pujuk haji Tahir.


            "Jom! Hajar ikut ayah balik, Esok kita datang lagi,"tangan Hajar ditariknya supaya bediri.


         "Ayah janji tau esok kita datang lagi. Abang Ekmal…..Lan, esok Qis datang lagi."Dia mengikut ayahnya dengan langkah yang lemah. Matanya masih memerhati kubur suaminya. Air mata membasahi pipinya. Tidak dipedulikannya ,tudung yang dipakainya sudah senget.


 

1 comment: