Reenzarini

Wednesday 12 February 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 4



BAB 4


            Hajaratul Qistina masih berteleku di sejadah. Panjang dia berdoa untuk arwah suaminya. Jiwanya terasa kosong.

                Usai berdoa dan mengaji, dia baring di sejadah sambil memeluk baju melayu yang dipakai arwah suaminya semasa majlis pernikahan mereka kelmarin. Badannya sudah terasa letih.Bunyi ketukan di pintu dibiarkannya.

                "Hajar…."panggil hajah Sufiah.

                "Jom makan Hajar,"ajak  hajah  Sufiah. Kepala Hajar yang masih bertelekung diusapnya lembut.

                "Hajar……"panggil hajah Sufiah lagi.

                "Hajar tak ada selera nak makan. Mak pergilah makan." Jarinya yang masih merah direnungnya. Air mata mula membasahi pipinya.

            "Tak boleh macam tu Hajar. Hajar kena makan sikit,nanti jatuh sakit, susah."Pujuk hajah Sufiah.

                Hajar hanya mengelengkan kepalanya. Dia masih tak berselera nak makan.

            "Kalau Hajar tak ada selera nak makan, nanti mak buatkan Hajar susu campur oat. Tak adalah perut Hajar tu kosong saja, nanti masuk angin susah." Hajah Sufiah berlalu untuk membancuh segelas susu untuk Hajar tanpa menunggu jawapan dari anaknya.
           
            Hajah Sufiah masuk semula  dengan segelas susu yang telah di campur dengan oat.


                "Hajar……bangun nak. Minum susu campur dengan oat ni. Lepas minum, Hajar tidurlah di katil." Hajah  Sufiah membantu Hajar duduk dan menanggalkan kain telekung yang di pakai oleh anaknya.

                Habis segelas susu di minum oleh Hajar.  Hajah Sufiah membantu Hajar berjalan ke katil. Direbahkan Hajar di situ.

            "Mak……Hajar rindukan abang Ekmal mak. Bagaimana Hajar nak teruskan hidup Hajar tanpa abang Ekmal." Tangis Hajaratul Qistina.

            "Tidurlah Hajar, mak temankan Hajar tidur. Jangan banyak berfikir lagi. Terimalah semua sebagai ketentuan dari Allah." Nasihat hajah Sufiah. Hatinya sendiri turut sebak melihat anak yang sedang kesedihan itu.

            Akhirnya Hajar terlelap juga. Sudah semalaman dia tidak tidur. Badannya terasa sangat letih.
           
            Letih memikirkan apa yang akan terjadi padanya.     Kini dia sudah kehilangan Ekmal. Orang yang selama ini memberikan semangat kepadanya. Bagaimana dia nak belajar di luar Negara tu? Selama ini dia banyak bergantung harap dengan Ekmal.

            Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki dibatalkan dan digantikan dengan majlis bacaan doa untuk arwah Ekmal Qaisy dan Azlan.Tetamu yang datang tak habis-habis mengucapkan takziah pada mereka sekeluarga.

                "Takziah…..Datuk Mohsein." Pekerja di syarikat Datuk Mohsein mengucapkan takziah untuk mereka sekeluarga.
               
                "Qis…….takziah aku ucapkan  dekat hang. Bersabar ya Qis,"ucap Suraya. Suraya ialah temannya sewaktu di sekolah menengah. Kini Suraya sudah bekerja di sebuah kilang sebagai penyelia. Tubuh kurus Qis dipeluknya. Air matanya turut bergenang bila melihat Qis yang masih merah inai di jarinya.

            Qis langsung tak bercakap dengan sesiapa pun, dia hanya diam membisu.

            "Kenapa dengan Qis tu mak cik,"Tanya Suraya pada hajjah Sufiah.

            "Maafkan Hajar,  Suraya. Sejak pengebumian arwah Ekmal dia jarang bercakap.Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku." Wajah Qis yang sedang termenung direnung Suraya dari jauh.

            "Kesiannya kau Qis. Apa nak buat kalau itu sudah suratan dari yang Maha Berkuasa. Siapalah kita hendak menidakkan kekuasaan dari Allah." Bisik Suraya perlahan.

            Dua minggu selepas majlis tersebut. Qis meminta kebenaran dari Datuk Mohsein untuk menyambung pengajiannya. Cutinya akan tamat tak lama lagi.

            "Abah……Qis nak minta kebenaran abah untuk balik ke Australia. Pengajian Qis akan bermula tak lama lagi." Alhamdulillah! Kini dia sudah dapat menerima kematian suaminya.
Setiap hari dia akan pergi ke tanah perkuburan untuk melawat kubur suaminya.

            "Qis dah nak pergi? Apa kata Qis tangguhkan pengajian Qis dulu. Bila Qis dah bersedia barulah Qis sambung semula pengajian tu." Cadang Datuk Mohsein.

            "Qis dah bersedia abah. Dah sampai masanya Qis sambung pengajian Qis. Hanya  setahun saja lagi pengajian Qis."Pujuk Qis lagi.

            "Qis tak kesiankan mama ke Qis? Tinggalkan mama di sini." Datin Azalea pula memujuk Qis.


            "Qis janji mama,selepas Qis tamat pengajian nanti Qis akan temani mama. Ini adalah cita-cita Qis dan cita-cita arwah abang Ekmal." Bila sebut pasal Ekmal terus air matanya mengalir.

            "Mama…….Qis nak ke kubur sekejap."

            "Tapi hari dah petang ni Qis.  Hari pun nak hujan agaknya. Mendung saja mama tengok."Datin Azalea meninjau keluar rumah.

            "Sekejap saja mama,"kata Qis dengan suara sebak. Rindunya pada suami yang pergi sudah tidak dapat dibendung lagi. Hanya dengan melihat pusara suaminya saja yang dapat mengubat kerinduannya pada arwah suaminya.

            "Pergilah Qis. Cepat balik.Hari pun nak hujan ni." Datuk Mohsein memberikan kebenaran pada menantunya. Kesian dia melihat menantunya dah seperti nak menangis.
           
            "Terima kasih abah. Qis pergi sekejap saja. Mama jangan risau. Sebelum Maghrib, Qis akan balik. "Janji Qis pada mereka.

            "Baik-baik pandu kereta tu, jangan balik lambat sangat. Hari pun dah nak petang ni. Jangan lupa bawa payung."Pesan Datin Azalea. Sayangnya pada Qis sudah seperti anak sendiri.

            "Baiklah mama. Qis pergi dulu mama…..abah." Setelah bersalaman dengan Datuk Mohsein dan Datin Azalea , Qis terus memandu kereta menuju ke tanah perkuburan.Tanah perkuburan itu tidaklah jauh dari rumah Datuk Mohsein. Setiap hari dia akan ke sana sendirian.       

            "Abang….Lea bimbangkan keselamatan Qis."Kebimbangannya diberitahu pada Datuk Mohsein.

           
            "Biarlah Qis pergi Lea. Lagi pun Omar kan ada. Dia akan menjaga Qis setiap masa. Abang dah arahkan Omar untuk menjaga Qis. Qis saja yang tak tahu abang dah upah pengawal peribadi untuk menjaga dia. Abang pun bimbangkan keselamatan Qis tu." Kini Qis adalah pewaris segala hartanya.

            Hajaratul Qistina tidak tahu selama ini Datuk Mohsein sudah mengupah pengawal untuk menjaga keselamatannya.

            "Abang rasa …..abang nak hantar Omar ke Australia untuk menjaga Qis. Lea rasa perlu tak abang hantar Omar tu ke sana?" Tanya Datuk Mohsein pada isterinya.

            "Kalau abang rasa perlu,Lea ikutkan saja."Datin Azalea juga bersetuju dengan saranan suaminya.

            "Abang agak mahu tak Omar tu terima tawaran abang tu?"Tanya Datin Azalea.

            "Kenapa pula dia tak nak, Lea? Semua kita sediakan untuknya termasuk tempat tinggal."

            "Anak dan isterinya bagaimana bang?"Soal Datin Azalea lagi.

            "Kita suruhlah dia bawa mereka bersama. Takkanlah saya nak pisahkan mereka anak beranak."Kata Datuk Mohsein.


*Cerita tentang Hajaratul Qistina adalah dari cerita benar yang pernah berlaku pada kenalan kak Reen.Cuma tempat berlakunya adalah di negeri Perlis dan kematian adalah empat orang termasuk ibubapa mertua,suami dan teman baik mereka. Kemalangan itu berlaku beberapa tahun yang lalu.Kini kenalan kak Reen sudah berkahwin lain dan hidup bahagia. Kini dia tinggal di KL.menguruskan syarikat milik mertuanya yang kini sudah menjadi miliknya. Nama sebenar kenalan kak Reen itu kak Reen rahsiakan.

1 comment: