Reenzarini

Thursday 13 February 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 5



BAB  5

            Hajaratul Qistina memandu perlahan kereta kesayangan arwah suaminya. Dia memandu kereta memasuki perkarangan perkuburan Islam dengan berhati-hati. Masih terdapat beberapa buah kereta di ruangan parkir. Dia meletak keretanya bersebelahan sebuah kereta mewah. Kawasan tanah perkuburan itu adalah berhampiran  rumah orang kaya. Tak hairan jika yang datang ke situ adalah dari orang yang berada.

            "Assalamualaikum  ahli kubur." Salam diberi selepas dia keluar dari kereta.

            Botol air mineral yang sentiasa berada di dalam kereta dibawanya bersama. Senaskah surah yassin juga dibawanya. Sudah seminggu dia tidak datang melawat kubur arwah suaminya kerana keuzurannya.

            Perlahan dia berjalan ke kubur arwah suaminya yang masih merah. Tikar kecil yang di bawanya dibentangkan berhampiran kubur arwah suaminya. Kedengaran tidak jauh dari situ seorang lelaki sedang membaca surah yassin. Merdu bacaannya hingga dia sendiri turut merasa sebak bila duduk di tepi kubur arwah Ekmal.

            "Assalamualaikum abang……Azlan……"Dia mula membaca surah yasin dengan tidak mempedulikan keadaan di sekitarnya. Matanya tidak berkalih dari kubur suaminya. Surah yasin yang dibawanya hanya didakap didada. Surah itu sejak dulu sudah dihafalnya. Setelah selesai membaca surah yasin dia menyiram kubur arwah Ekmal dan kubur arwah Azlan dengan air mineral yang di bawanya.

            "Qis datang…..abang. Minggu depan Qis akan bertolak ke Australia. Tak dapatlah Qis nak melawat abang selama Qis berada di sana. Bila Qis balik nanti Qis akan datang melawat abang lagi." Air mata yang menuruni pipinya dilap dengan jarinya.

            "Hari pun dah nak Maghrib. Qis balik dulu. Selamat tinggal abang ….selamat tinggal Azlan.Bersemadilah dengan aman. Esok Qis datang lagi." Tikar tadi di gulungnya dan dia mula mengatur langkah lemah untuk pulang ke rumah. Sebelum sampai ke kereta dia berpaling sekali lagi ke arah kubur arwah suaminya.

                "Assalamualaikum abang….Lan. Jumpa lagi." Pipi yang basah diusapnya sekali lagi dengan jari. Namun air matanya masih juga menitis membasahi pipinya. Sampai di kereta dia menyimpan tikar di belakang kereta.

                Masuk ke dalam kereta dia masih memandang kubur arwah Ekmal. Kerana sudah tak tertahan dia menyembamkan mukanya ke stereng kereta. Menangis.

                "Abang……Qis rindukan abang." Tangisnya. Dia tahu tak baik menangis di tanah perkuburan tapi hatinya tetap degil juga nak menangis.


            "Tok!Tok!" Ketukan di cermin kereta membuatkan Hajaratul Qistina terkejut. Muka yang disembamkan  ke stereng  di palingnya perlahan ke tempat yang diketuk tadi. Kelihatan seorang lelaki berdiri di sisi kereta.

            Cermin kereta diturunkannya sedikit.Itu pun sebagai langkah berjaga-jaga. Pintu kereta dari awal lagi sudah di kunci.

            "Ada apa encik?" Tanya Qis dengan suara serak kerana menangis.

                "Assalamualaikum…….."Salam Amar Farish berikan pada gadis itu.

                "Waalaikumussalam……jawab Qis sambil mengelap air matanya.

                "Maafkan saya………tak elok  cik menangis di tanah perkuburan. Saya rasa elok cik beredar dulu. Saya tengok lelaki  di sana tu sejak tadi memerhati  cik."Hajaratul Qistina juga ikut memandang seorang lelaki yang berada tidak jauh dari situ.

            Hajaratul Qistina rasa dia pernah melihat lelaki itu di rumah Datuk Mohsein. Siapakah dia? Dia keluar dari kereta dan menghampiri lelaki itu.

            Omar turut mendekati  Hajaratul Qistina bila dilihatnya seorang lelaki mengetuk cermin kereta Qis. Laju dia melangkah menghampiri kereta menantu majikannya.

            "Cik……"panggil  Amar Farish  bila dilihatnya lelaki yang dikatakannya itu mendekati gadis yang menangis tadi.

            "Eh! Cik, nak ke mana?" Soal Amar Farish. Di tariknya lengan gadis muda itu ke belakangnya bila lelaki tadi semakin menghampiri mereka. Konon nak melindungi gadis itu dari lelaki itu. Mujurlah gadis itu berbaju kurung, tak adalah tersentuh kulit gadis itu.

            "Berani sungguh dia ni," bebel Amar Farish pelahan.

            Hajaratul Qistina tidak peduli dengan pertanyaan lelaki itu. Dia terus mendekati lelaki yang pernah dilihatnya di rumah Datuk Mohsein.
 
            "Encik ni siapa? Kenapa encik mengekori saya?" Tanya  Hajaratul Qistina. Lelaki yang mengetuk cermin keretanya juga ikut berdiri berhampirannya.

            Tanpa menjawab soalan dari Qis, Omar terus menyerang Amar Farish. Amar Farish yang terkejut dengan serangan tiba-tiba itu tak sempat mempertahankan dirinya. Jatuh tersungkur dia di situ. Amar Farish bangun dan cuba mempertahankan dirinya.

                "Kau kenapa nak serang aku? Ini tanah perkuburan tak baik nak bergaduh di sini. Hormatlah sikit." Marah Amar Farish. Tak pasal-pasal kena sebiji dengan lelaki itu. Bibirnya yang berdarah dikesatnya dengan jari.

                "Kau jangan ganggu Cik Qis."Omar memberikan amaran pada Amar Farish.

                "Eh! Bukan kau ke yang dari tadi asyik memerhati gadis ini? "Soal Amar Farish. Dia pula yang naik berang.Kolar baju lelaki itu dicekaknya.Kali ini baru boleh tunjukkan kejantanan.

            "Aku adalah pengawal peribadi kepada cik Qis, "jawab Omar.

            "Pengawal? Siapa yang upah kau?" Soal Hajaratul Qistina. Dia bukan orang kaya nak upah pengawal peribadi. Gila apa nak buang duit tak pasal-pasal. Getus hatinya.

            "Datuk Mohsein yang upah saya, "jawab Omar tanpa senyuman. Matanya tajam merenung lelaki yang sedang memegang kolar bajunya.
           
            "Apa? Abah yang upah?"Tanya Hajaratul Qistina.

            "Ya Cik Qis." Jawab Omar. Ditepisnya tangan lelaki yang sedang mencekak kolar bajunya.

            "Nampaknya ada salah faham di sini. Encik ini bukan nak apa-apakan saya. Dia cuma nak tolong saya, "beritahu Hajaratul Qis pada Omar.

            "Nama saya Amar Farish."Beritahu Amar Farish pada mereka.        

                   "Kalau macam tu salah saya, saya minta maaf." Omar bersalam dengan Amar Farish.

                "Terima kasih, maafkan kami. Kami balik dulu. Assalamualaikum…….."Qis terus masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ. Omar mengikut dari belakang.

   Amar Farish hanya memerhati kereta itu beredar dari situ.                                                                                           

**********                    

                Hajaratul Qistina  telah bertolak ke Australia untuk menyambung pengajiannya. Hanya tinggal setahun lagi pengajiannya di sana. Walaupun Datuk Mohsein meminta Hajaratul Qistina menangguhkan pengajiannya, tetapi dia tetap berkeras meneruskan pengajiannya itu.
           
            Setelah tamat pengajian nanti dia akan kembali ke KL dan tinggal bersama dengan keluarga arwah suaminya. Sekarang dia nak tumpukan pada pelajarannya. Tak mahu memikirkan apa-apa lagi.

            Kenangan bersama  arwah Ekmal tetap dalam ingatannya, selagi hayat di kandung badan.Semoga hatinya tenang menghadapi segala dugaan.

 

No comments:

Post a Comment