Reenzarini

Friday 14 February 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 6



BAB  (6)

             Setahun sudah berlalu. Majlis konvokesyen sudah pun berlalu sejak dua minggu yang lalu. Qis masih berada di Australia kerana mengemas barang-barangnya yang masih belum siap dikemas. Dia dibantu oleh isteri abang Omar.

            Abang Omar bersama isterinya yang menjaga dia semasa di Australia. Mereka juga ditemani oleh dua orang anak abang Omar yang sangat comel.

            Kak Hani pula diupah oleh Datuk Mohsein sebagai pembantu rumah Qis. Datuk Mohsein dan Datin Azalea selalu melawat dirinya di sana. Ayah dan emaknya juga turut bersamanya semasa majlis konvokesyen dua minggu yang lalu.

            Tapi bagi diri Qis, apalah ertinya kejayaannya itu tanpa suami tercinta.
Bibirnya menguntumkan senyuman tetapi hatinya menangis.Sedih kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama arwah suaminya. Semoga suaminya aman di sana.Amin…..

            Walaupun hidup Qis dilimpahi dengan segala kemewahan tetapi semua tu sudah tak bererti sejak Ekmal pergi. 

            Ketibaannya di KLIA, tanpa di temani oleh sesiapa. Perlahan dia menapak menuju ke balai ketibaan, setelah segalanya selesai. Teringat kembali semasa balik bersama arwah Ekmal tahun lalu. Masih terbayang kegembiraan mereka berdua bila disambut oleh Datuk Mohsein dan Datin Azalea.

            "Qis…….panggil datuk Mohsein. Kelihatan Datuk dan datin yang sedang melambai ke arahnya. Dibalasnya lambaian mereka. Perasaan sedihnya dibiarkan begitu saja, Pantas dia menghampiri mereka.Tak dipedulikannya penumpang yang baru sampai bersama dengannya tadi.

            Setelah bersalaman dengan datuk Mohsein,tubuhnya terus dipeluk oleh Datin Azalea.
            "Mama apa khabar? Sihat? "Tanya Qis.

            "Mama sihat Qis. Qis pun makin cantik mama tengok ," puji Datin Azalea. Sesungguhnya dia mengaku menantunya adalah seorang yang cantik.

            Hajaratul Qistina tergelak kecil. Baru dua minggu lalu mereka bertemu, masakan dirinya semakin cantik dalam masa dua minggu ini.
           
            "Abah sihat? "Soal Qis pada Datuk Mohsein pula.

            "Abah sihat Qis. Ini sajakah barang-barang Qis ?"soal Datuk Mohsein.

            "Yalah abah, barang-barang yang lain abang Omar dan kak Hani dah bawa balik. Ini saja barang yang masih tinggal dengan Qis."

            "Man, ambil beg Cik Qis ni. Qis ini pak Man pemandu baru abah."Qis hanya tersenyum pada Pak Man.

            "Man, ini anak saya Hajaratul Qistina." Datuk Mohsein memperkenalkan Qis pada Pak Man. Datuk Mohsein akan memperkenalkan Qis sebagai anaknya.Qis sudah dianggap sebagai anaknya, bukan lagi sebagai menantunya.

            "Abang Omar mana, abah?" Tanya Qis bila dilihatnya abang Omar yang selalu menjaganya tidak ada di situ. Tetapi mereka tetap ditemani oleh dua orang pengawal yang selalu mengikut Datuk Mohsein ke mana saja.

            "Hari ini Omar dan isterinya balik kampung. Abah bagi cuti sementara Qis belum bekerja. Selepas ini dah tak ada masa dia nak bercuti." Terang Datuk Mohsein pada menantunya.

            Semasa sedang berjalan, mata Qis terpaku pada satu tempat duduk. Dia terpandangkan  bayang wajah arwah Ekhmal bersama dirinya semasa kali terakhir mereka balik ke Malaysia.
           
            Mereka berdua begitu gembira ketika itu. Tidak disangka, begitu cepat Allah mengambil semula kegembiraan mereka.
           
            "Qis, ada apa?"Tanya Datin Azalea, bila dilihatnya  Qis berhenti dan memandang kearah kerusi di ruang legar itu. Datuk Mohsein dan pengawal peribadinya juga turut berhenti berhampiran tempat duduk itu.

            Air mata mula menitis laju membasahi pipi Qis. Kepalanya digelengkan berkali-kali.

            "Mama….abang Ekhmal." Kata Qis sambil menunjukkan tempat duduk itu.

            "Qis nampak abang Ekhmal , mama." Matanya masih merenung ke tempat tadi.

            "Astghfirullahalazim! Mengucap Qis. Ekhmal dah pergi nak. Jangan biarkan iblis menghasut fikiran Qis. Pandang mama Qis." Tubuh Qis yang sedang menangis dipeluknya.

            Dua orang pembantu yang mengikut mereka hanya terdiam. Kisah yang berlaku setahun yang lalu masih dalam ingatan mereka.

            "Sudahlah Qis, jom kita balik. Qis dah letih ni."Air mata di pipi menantunya dikesat dengan jarinya.  Air matanya sendiri turut mengalir dibiarkannya.

            Tangan Qis ditariknya lembut. Sebelah tangannya pula dipegang oleh Datuk Mohsein. Cuba memberi kekuatan pada isteri yang juga dilanda kesedihan.

            Mereka beredar dari KLIA bila semua beg Hajaratul Qistina di masukkan ke dalam  kereta.
           
            Tanpa mereka sedari ada mata yang sedang memerhati mereka.

            "Eh! Itukan gadis yang aku jumpa di tanah perkuburan dulu. Patutlah aku dah tak jumpa dia lagi. Rupa-rupanya dia tak ada di sini. Pergi belajar kut," getus Amar Farish.

            "Masih macam dulu juga,cengeng, kuat menangis." Apa yang berlaku sebentar tadi semuanya diperhatikannya. Cuma dia tak faham ,kenapa gadis itu selalu menangis selepas melawat dua buah kubur di situ. Ada juga dia melihat nama yang tertulis di batu nesan di situ. Nama lelaki. Mungkin kubur abang gadis itu?

            Bersama dengan gadis itu tadi adalah tokoh korporat yang terkenal. Siapa yang tak kenal dengan Datuk Mohsein. Adakah gadis itu adalah anak tokoh korporat itu?Tanya Amar Farish dalam hati.

            "Encik Amar dah lama tunggu?" Tanya pembantunya Fazlan.

            "Eh! Awak Fazlan? Terperanjat saya. Lain kali bagilah salam dulu." Tegur Amar Farish. Hilang terbang segala persoalan tentang gadis itu.

            "Maafkan saya encik Amar. Saya terlambat. Ada kemalangan tadi, itu yang membuatkan saya terlewat."Harap encik Amar Farish menerima alasannya itu.

            "Tak mengapa saya pun baru saja tiba. " Beg yang berada di depannya di ambil oleh Fazlan. Amar Farish pula membawa sebuah lagi beg yang lebih kecil bersama dengan beg laptop.

*************

            "Hajar tu bang…….dah dua hari dia balik ke Malaysia. Tak nak ka dia mai jenguk kita di sini?" Soal hajah Sufiah pada suaminya.

            "Manalah saya tau  Fiah. Awak, kalau dah rindukan dia. Kenapa awak tak telefon Hajar tu?" Tanya haji Tahir pada isterinya pula.

            "Semalam dia dah telefon Fiah,bang. Tak puas pula berbual di telefon. Nak juga Fiah  bercakap dengan Hajar tu secara berdepan."

            "Esok, esok, baliklah Hajar tu. Fiah sabaglah." Balas haji Tahir.

            "Hajar tu dah semakin jauh dari kita. Abang perasaan dak?" Tanya hajah Sufiah.

            "Dah Hajar tu pi  belajag di Australia, tentulah dia jauh dari kita. La ni, dia dah balik ,bila-bila masa saja bila ada kesempatan dia akan balik ke sini. Fiah janganlah risau." Pujuk haji Tahir.

            "Abang ni tak fahamlah apa yang Fiah katakan tadi. Maksud Fiah , Datuk dan Datin tu dah macam mak dan bapak Hajar pula. Dah lebih dari kita, abang tau dak?"Hajah Sufiah meluahkan perasaan hatinya.

            "Eh….Eh…..dah datuk dan datin tu mertua Hajar,tentu dah seperti ibu bapa pada Hajar."Sebenarnya haji Tahir tahu apa yang isterinya katakan.

            Belum sempat hajah Sufiah membalas kata-kata suaminya, masuk  sebuah Airport Limousin di perkarangan rumah mereka. Lama mereka amati hingga keluar sesusuk tubuh kurus dari dalam perut kereta.

            "Ha ! Tu , panjang  pun  umug  Hajar  tu. Dah  balik  pun dia. Nanti sembanglah  puas-puas dengan anak awak tu. " Perli haji Tahir sebelum bangun untuk membantu Hajar membawa masuk barang yang dibawa bersamanya.

            "Mak…..ayah……"panggil Hajar. Dia bersalaman dengan emak dan ayahnya.

            "Rindunya Hajar pada mak dan ayah,"beritahu Hajar setelah meleraikan pelukannya.

            "Kenapa balik tak cakap dengan ayah. Boleh ayah pi ambik Hajar." Tanya haji Tahir.

            "Hajar naik flight ayah, kesian pula nak susahkan ayah. Nak pergi jemput dekat Kepala Batas tu. Tak mengapalah ayah…..teksi ada. Hajar naik teksi pun tak mengapa." Beritahu Hajaratul Qistina pada ayahnya.

            "La awat dok sembang kat luag ni. Mailah masuk Hajar. Tak payahlah dok buat jejak kasih dekat luag ni." Tangan Hajar di tarik hajah Sufiah masuk ke dalam rumah.

            "Kalau iye pun…..mailah tolong abang angkat barang Hajar ni Fiah." Panggil haji Tahir.

            "Terlupa pula Hajar. Kesian dekat ayah kena angkat semua barang-barang ni. Biar Hajar yang bantu ayah angkat semua ini." Tanpa berlengah Hajar membantu haji Tahir.

            "Apa yang Hajar bawa banyak sangat ni Hajar?" Tanya hajah Sufiah. Dia mengekori Hajar dan suaminya masuk ke dalam rumah.

            "Hajar beli semua ini untuk mak dan ayah. Ada juga Hajar belikan untuk saudara kita. Nanti mak bagikan pada mereka."

            "Iyelah! Nanti mak bagikan pada mereka semua."Kata hajah Sufiah sambil membelek barang yang dibawa balik oleh Hajar.

1 comment: