Reenzarini

Sunday 12 January 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 1



BAB 1
            "Aku terima nikahnya Hajaratul  Qistina  binti Tahir dengan mas kahwinnya  rm 90  dan  senaskah al-Quran." Dengan lafaz tersebut sahlah  Hajaratul Qistina menjadi isteri kepada Ekmal Qaisy.  

            Ekmal Qaisy  yang  selama  ini  sama-sama  belajar  dengan Hajaratul Qistina  di Australia. Kini  mereka  sedang bercuti dan telah disahkan sebagai suami  isteri  setelah  akad nikah tadi. Kegembiraan itu mereka kongsi bersama kedua belah pihak dan orang kampung Hajaratul Qistina di Perlis.

            Hajaratul Qistina  sudah boleh menarik  nafas  lega. Alhamdulillah! Kini dia sudah sah menjadi isteri Muhammad Ekmal Qaisy. Beberapa  hari  ini hatinya  terasa tidak tenteram. Mungkin dia bimbangkan tentang pernikahan mereka.
               
            Kelihatan Ekmal Qaisy sedang menuju ke arah  Hajaratul Qistina.Gadis  yang  dicintainya  setelah menyulam kasih selama beberapa tahun. Sebenarnya mereka telah berkenalan sejak di bangku sekolah lagi . Selama berada di bangku sekolah mereka telah berjanji untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.  

            Setelah Ekmal dan keluarganya berpindah ke KL,hubungan mereka hanya melalui telefon. Kemudian mereka bertemu semula sewaktu membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian mereka ke Australia.  Cuma setelah berada di rantauan barulah berputik cinta di hati mereka.

            Tapi kini mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang  mereka kerana terlalu banyak dugaan di rantauan orang. Ibu bapa mereka telah sepakat untuk menikahkan mereka demi mengelakkan perkara tak diingini berlaku.         

            "Assalamualaikum cinta……"Muhammad Ekmal memberikan salam pada isteri yang tercinta.

            "Waalaikumussalam!" Jawab Hajaratul Qistina .

             Tangan  Hajaratul  Qistina  dicapai dan cincin di sarungkan ke jari manis itu. Kemudian Hajaratul  Qistina  menunduk mencium tangan Ekmal Qaisy setelah bersalam dengan suaminya. Dia turut menyalami tangan kedua orang tuanya dan papa dan mama Ekmal Qaisy.

            Setelah selesai sesi bergambar dan makan beradap mereka berdua diminta berehat di dalam bilik. Minggu depan adalah kenduri di sebelah pihak lelaki. Ekmal  Qaisy pula akan mengikut keluarganya balik ke KL untuk persiapan majlis itu nanti.

            Hajaratul Qistina pula akan ke sana bersama keluarganya 2 hari lagi. Kalau nak diikutkan, Qis ingin mengikut Ekmal balik ke KL. Tapi Ekmal meminta Qis tinggal bersama keluarganya  lama sedikit, kerana selepas majlis di sebelah pihaknya mereka berdua  akan terbang semula ke luar Negara. Itu pun untuk menyambung pengajian mereka yang berbaki  setahun lagi.

            "Sayang  termenung  apa  tu?" Tanya Ekmal Qaisy bila dilihatnya Qis diam membisu.Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran isterinya. Isterinya seorang yang lemah lembut dan penyayang.

            Abang……tak  ada  apalah  bang . Qis hanya terkenangkan  saat  kita di bangku sekolah dulu." Jawab Hajaratul Qistina manja.

            "Tak sangkakan sayang dah jadi isteri abang."Jari jemari Hajaratul Qistina dikucupnya lembut.

            "Qis  sayang…..janji dengan abang. Walau apa pun yang terjadi di masa akan datang, sayang mesti tabah menghadapi hidup ini. Abang tak nak sayang sedih. Jaga diri sayang baik -baik. Jangan ada secalit pun calar di tubuh sayang. Abang sayangkan sayang. Sampai syurga abang cinta saying abang ni.

            "Abang ….kenapa cakap macam nak tinggalkan Qis? Qis tak nak berpisah dengan abang. Qis  nak bersama abang." Sebak rasa dada  Hajaratul Qistina bila mendengar kata-kata nasihat dari suaminya .

            "Kita  ada setahun lagi pengajian kita di luar Negara. Abang dah janji nak sama-sama tamatkan pengajian dengan Qis. Abang jangan mungkir janji abang dengan Qis." Tubuh Ekmal Qaisy dipeluk erat.

            "Sayang ….hidup mati kita hanyalah di tangan Allah. Kita hanya merancang tapi yang menentukannya hanyalah Allah. Sayang kena ingat tu." Tubuh Qis dipeluknya kembali. Cuba memberikan kekuatan buat isteri yang tersayang.

            "Jom ! Abang nak mandi dan kita tunaikan solat berjemaah,"ajak Ekmal Qaisy.

            "Biar Qis sediakan pakaian abang. Abang pergilah mandi dulu." Kain pelekat buat basahan dan tuala putih bersih di hulurkannya pada Ekmal. Tubuh Ekmal ditolaknya lembut ke bilik air.
               
            "Cepat sikit, sekejap lagi Qis pula nak mandi."Gesa Hajaratul Qistina.

            "Sayang tak nak mandi dengan abang?"Tanya Ekmal Qaisy sambil tersenyum manis.Cuba nak menyakat isterinya yang pemalu.

            "Tak  mengapalah  nanti  Qis mandi. Abang mandilah dulu." Gila! Nak mandi sama-sama malulah weh! Tak biasa.Gumam Hajaratul Qistina
                "Sayang tak menyesal? Ini kali terakhir abang ajak sayang . Lain kali abang tak ajak dah. Ini yang pertama dan ini kali terakhir." Tanya Ekmal Qisy. Macam mengugut pun ada.
               
             Hai ! Macam ugut pula suami aku ni.Gerutu Hajaratul Qistina.

            "Tak  nak….abang mandilah dulu," jawab Hajaratul Qistina malu-malu. Tubuh Ekmal Qaisy  ditolaknya  kembali  masuk  ke dalam bilik air. Hanya ketawa  Ekmal Qaisy  yang kedengaran dari dalam bilik air yang telah tertutup.

            Setelah  dia  membentangkan sejadah.  Baju melayu putih di keluarkan dari beg  pakaian suaminya. Semua pakaian suaminya berwarna putih. Sebelum ini suaminya sukakan warna hitam tapi sejak kembali ke Malaysia Ekmal lebih sukakan warna putih. Kain pelekat bersama baju itu di letakkannya di atas katil.

            Hatinya kembali tidak tenteram. Kenapa dengan hatinya ini? Adakah sesuatu yang tak elok akan berlaku?Teringat semula permintaan suaminya untuk mandi bersama dengannya. Berdosakah menolak ajakan suaminya untuk mandi bersama.

            Teringat kembali pesanan dari ustaz yang memberi kursus perkahwinan pada mereka dulu. Berdosa jika menolak ajakan suami jika ajakan itu tidak melanggar landasan Islam. Cepat saja dia mencapai kain batik dan menanggalkan pakaian yang di pakainya tadi.

            Pintu bilik air diketuknya. Kini Qis sudah berkembankan kain batik. Kepalanya di tutup dengan tuala kecil. Pintu bilik air terkuak sedikit.

            "Ada apa sayang?" Soal Ekmal Qaisy yang sudah basah.

            "Tawaran nak mandi bersama abang tu, masihkah tawaran tu abang buka?" Soal Qis malu-malu . Sempat lagi dia melirik ke tubuh sasa suaminya.

            Tanpa  menjawab  pertanyaan itu, terus tubuh isterinya di tarik masuk ke dalam bilik air. Terjerit kecil Qis kerana terperanjat.

            "'Belum tamat lagi sayang. " Jawab Ekmal setelah menutup semula pintu bilik air. Tuala di kepala isterinya di buka.

            "Cantiknya isteri abang. Inilah kali pertama abang melihat Qis tanpa tudung. "Selama ini Qis sentiasa menjaga auratnya.Sejak sekolah rendah lagi Hajaratul Qistina bertudung.

            Dengan berkembankan kain batik , Hajaratul Qistina mandi bersama suaminya. Ekmal pula hanya berkain pelekat buat basahan.

            Usai mandi dan berwuduk mereka menunaikan solat Zuhur berjemaah. Setelah selesai Ekmal membaca doa , Hajaratul Qistina bersalam dengannya. Kemudian Ekmal Qaisy  mencium  ubun-ubun Hajaratul Qistina. Setelah itu kedua belah pipinya pula menjadi mangsa ciuman suaminya. Ekmal Qaisy macam tak puas nak mencium pipi  isterinya. Telekung yang isterinya pakai dibukanya perlahan. Sanggul di kepala isterinya dileraikan.Terserlahlah rambut yang panjang mengurai  yang selama ini bertutup.

            "Subhanallah! Cantiknya isteri abang." Tubuh Hajaratul  Qistina  dicempungnya menuju ke katil. Dengan lembut tubuh  isterinya diletakkan di tilam. Ekmal Qaisy turut baring di sebelah isterinya. Tubuh itu dipeluknya seperti tidak mahu dilepaskannya.
                 "Abang bertuah kerana berkahwin dengan sayang."Pipi  isterinya diusap lembut. Matanya sayu merenung mata isterinya.

                 Handphone yang berada di atas meja di tepi katil berbunyi. Ekmal mengambil handphone itu.

            Hajaratul Qistina memerhatikan saja suaminya menekan-nekan handphone itu. Matanya ralit memandang wajah kacak Ekmal Qaisy. Di mata Qis, suaminya yang paling kacak. Terasa berkeinginan untuk bermesra dengan suaminya. Sedangkan mereka kini telah halal.
                "Kenapa?" Tanya Ekmal Qaisy sambil tersenyum.

            Hajaratul Qistina  mengelengkan kepalanya. Dirapatkan mukanya  ke dada sasa Ekmal Qaisy. Tak puas  nak bermanja dengan Ekmal. Tapi  sayangnya  Ekmal dah nak bertolak ke KL. Dua hari lagi baru mereka akan bertemu  semula. Bagaimana  dia nak mengubat rindu selama dua hari ini?

            "Tak puas nak bermanja dengan abang?" Tanya Ekmal  Qaisy sambil mengelus pipi bersih tanpa noda.

            Macam tahu-tahu saja Ekmal ni.Gumam Hajaratul Qistina.

            "Abang…….Qis  nak ikut abang balik ke KL sekejap lagi." Rayu  Hajaratul  Qistina. Harap-harap  Ekmal akan  benarkan dia  mengikut Ekmal  balik ke KL.Tak sanggup berpisah dengan Ekmal walaupun hanya dua hari.

            "Kalau boleh abang nak bawa sayang ke mana saja abang pergi. Tapi sayang…..kita dah janji, sayang akan luangkan masa bersama keluarga sayang sebelum kita berlepas ke luar Negara."Pujuk Ekmal. Tubuh itu dipeluk erat. Tak tahu kenapa dia sanggup berpisah dengan isterinya selama dua hari. Sedangkan hatinya resah untuk berpisah dengan isterinya.

            Entah kenapa berat hatinya  hendak membawa isterinya balik ke KL besama dengannya. Biarlah isterinya meluangkan masa bersama dengan keluarga di sini. Bukan lama pun hanya dua hari saja.

No comments:

Post a Comment