BAB 12
Melihat kapal terbang yang berlepas
sebentar tadi membuatkan air mata Alya mengalir lagi. "Abang pergi membawa
hati Alya."Bisik Alya perlahan.
"Alya….Alya……"
panggil Nina Karina sambil mengoncang bahu Alya perlahan. Masih ada air mata
yang mengalir dipipi Alya.
"Alya……kita dah
sampai. Jom turun." Ajak Nina Karina bila dilihatnya Alya sudah membuka
mata. Hakimi sedang menurunkan beg - beg yang berada di tempat menyimpan
barang. Seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi sedang menunggu di
pintu rumah bersama dengan seorang lagi wanita yang sudah dikenalinya sejak
kecil lagi.. Besarnya rumah abang Kimi. Getus Alya dalam hati.
Alya menghampiri mak
Som yang sedang berdiri di pintu masuk.
"Mak Som…..apa
khabar ? "Tangan mak Som disalam dan diciumnya penuh hormat. Suatu ketika
dulu Alya juga pernah rapat dengan Hakimi. Diri Hakimi juga telah dianggap
seperti abang kandungnya. Mereka terpisah setelah Hakimi melanjutkan pelajaran
ke luar Negara.
"Putri Alya
Maisarah ke ni?" Tanya mak Som.
"Ya , mak Som.Saya
Alya." Jawab Alya sambil memeluk mak Som.
"Dah cantik Alya
sekarang. " Puji mak Som.Diri Putri Alya Maisarah dibeleknya .
"Macam dulu juga
mak Som, tak ada apa yang berubah." Jawab Alya Maisarah malu-malu kerana dipuji
oleh mak Som.
"Jemputlah masuk
Alya. Inilah rumah abang Kimi." Hakimi menyampuk perbualan ibunya dengan
Alya.
"Ini pula anak
abang Kimi." Bayi yang berada didalam dukungan seorang wanita diambil
Hakimi dan dicium bertalu-talu
"Rindunya anak abah."Kata
Hakimi sambil mencium pipi gebu anaknya.Nina Karina turut mendekati Hakimi dan
mengambil anaknya dari dukungan Hakimi.
"Mama pun rindukan
anak mama yang comel ini." Diciumnya pipi gebu itu.
"Apa nama dia kak Nina?" Pipi gebu itu di
cuitnya perlahan.
"Qalish
Haikal."Jawab Nina Kirana.
"Comelnya anak kak
Nina ni, nanti bila besar mesti handsome
macam abahnya." Alya cuit lagi pipi gebu Qalish Haikal.
Eii! Kalau abang Kimi
dengar nanti perasan pula dia.Bisik Nina Karina perlahan. Kemudian mereka tergelak
sambil memandang Hakimi yang baru saja muncul dari luar.
"Dah berapa bulan
Qalish ni kak Nina?"Tanya Alya Maisarah.
"Baru lima bulan
Alya. Itu yang kak Nina malas nak tinggalkan Qalish lama-lama. Tapi kalau dah
terpaksa, terpaksalah kak Nina tinggalkan juga. Mujurlah mak ada di sini
,bolehlah dia tengokkan Qalish. Nak harapkan pembantu rumah semasa ketiadaan
kak Nina, kak Nina memang tak berani nak
tinggalkan Qalish. Dah macam-macam cerita yang kak Nina dengar.Sebelum terjadi
biarlah kak Nina berhati-hati."
Usai makan malam Alya duduk menonton
televisyen di ruang rehat bersama keluarga Hakimi.
"Apa sebenarnya yang telah terjadi pada Alya? Tanya abang Kimi.
Kalau Alya perlukan bantuan abang Kimi. Abang akan bantu Alya. Di mana suami
Alya?" Soal Hakimi ingin tahu.
"Dia dah bertolak ke UK."
Jawab Alya Maisarah.
"Kenapa Ady Ikram
seorang saja yang pergi, sedangkan setahu
abang , Alya akan ke sana dengan Ady Ikram." Soal Hakimi.
"Kami bernikah sebab datin
Aminah tak nak Ady Ikram lepas laku semasa berada di luar Negara. Sebab tu
datin Aminah nak sangat kami menikah." Panjang lebar Alya menceritakan
segala apa yang berlaku padanya.
"Ady Ikram
tinggalkan Alya semasa di KLIA. Dokumen atau passport untuk Alya langsung tak pernah Ady Ikram ambil untuk Alya.
Nama Alya juga tak ada dalam senarai pelajar yang akan belajar di sana. Dia tak
pernah pun menghantar permohonan untuk Alya."
"Tak patut Ady
Ikram buat macam tu."Hakimi terasa begitu kesal dengan sikap Ady Ikram.
"Tapi sebelum Ady
Ikram pergi dia sempat berikan Alya kad ATM dan kad kredit tanpa had pada Alya. Ady minta Alya belajar
saja di sini. Segala perbelanjaan Alya
dia akan masukkan dari masa ke semasa. Dia juga minta Alya cari rumah untuk di
sewa."Terang Alya pada mereka.
"Susah-susah sangat Alya
tinggal saja di sini, " Nina Karina pula bersuara.
"Betul cakap
sayang tu. Alya tinggal saja bersama dengan kami di sini. "Hakimi juga
bersetuju dengan cadangan isterinya.
"Terima kasih semua. Alya telah
buat keputusan untuk mencari rumah sewa. Kalau boleh Alya nak cari rumah yang
berdekatan dengan tempat belajar Alya nanti. Sudah sampai masanya Alya belajar
hidup berdikari. "
"Abang Kimi bimbang nak biarkan
Alya tinggal sendiri." Hakimi menyuarakan kebimbangannya pada Alya.
"Insya-Allah! Alya
akan selamat. Janganlah abang bimbangkan Alya." Alya tak mahu dirinya
bergantung harap pada sesiapa pun. Biarlah dia menjalani hidup ini sendirian.
Akan di tunggunya kepulangan Ady Ikram. Apa saja keputusan Ady Ikram dia akan
terima dengan hati yang terbuka. Tak mampu lagi berharap pada yang tak sudi.
Biarlah segalanya terlerai.
"Jika itu kata
Alya, abang Kimi tak tahu nak cakap apa lagi. Semoga hidup Alya akan diberkati
oleh Allah."Walaupun masih bimbangkan Alya tapi dia harus menghormati
pendirian Alya itu.
"Satu saja Alya
nak minta dengan abang dan mak Som."Pinta Alya.
"Alya harap abang
Kimi dan mak Som rahsiakan tentang Alya . Alya tak mahu orang kampung kita tahu
Alya tak jadi pergi ke luar Negara. Alya takut berita ini akan sampai ke
pengetahuan keluarga Alya dan keluarga Ady Ikram.
"Baiklah ! Abang
akan rahsiakan. Mak pun jangan beritahu sesiapa Alya berada di KL."Mak Som
hanya mengganggukkan kepalanya. Tak tahu apa nak cakap lagi. Kasihan anak ini
sering di ketepikan oleh keluarga sendiri.
Hakimi telah berjaya mencari sebuah
rumah teres berdekatan dengan tempat Alya belajar. Alya telah mendaftar di
sebuah kolej swasta. Alya menggunakan duit yang telah Ady Ikram masukkan
padanya.Sudah hampir sebulan dia tinggal sendirian. Jika ada kelapangan dia
akan berkunjung ke rumah abang Hakimi.Mujurlah Hakimi sudi menjadi penjaganya.Semua
urusan Alya diuruskan oleh Hakimi dan Nina Karina.
Kini Alya telah disahkan hamil lapan minggu. Mujur juga dia
tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma
muntah di waktu pagi saja. Itu adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang hamil,kata
doktor yang merawat. Selain itu tak adalah dia mengidam nak makan yang
bukan-bukan. Baru lagi kut!
Mungkin anak dalam kandungannya tahu
dia hidup sendirian. Cuma kadangkala lidahnya teringin nak makan puding
karemal. Sedangkan selama ini dia bukannya suka makan makanan manis. Mungkin ini boleh dikatakan
mengidam kut.Bisik Alya dalam hati.
Balik saja dari kuliah
, Alya singgah dikedai kek.Sejak semalam tekaknya seperti nak makan pud ing
karemal. Diperhatikannya senarai puding yang dipamer di situ. Hanya tinggal
satu saja puding yang ada di situ.Belum sempat dia menunjukkan pada pekedai di
situ. Sudah ada tangan yang mengambil kotak plastic
itu. Matanya terkebil-kebil memandang puding karemal di tangan lelaki itu.
"Kak…… ada lagi
tak puding karemal macam encik ni beli?" Tanya Alya Maisarah lembut. Nak
menangis pun ada sebab tak dapat nak makan puding karemal. Agaknya inilah
rasanya yang orang selalu cakap perempuan mengidam.
"Minta maaf dik! Puding
karemal tu dah habis.Adik datanglah minggu depan kerana orang yang membuat
puding tu bercuti. Minggu depan baru dijual. Adik pilihlah puding lain. Puding
yang lain pun sedap." Terang kakak tu lagi.
"Tak mengapalah kak! Saya hanya teringin nak makan
puding karemal tu." Alya berlalu keluar dari kedai kek itu dengan wajah
kehampaan.Mengapalah hari ini mengada-ngada pula nak makan pudding karemal.
"Dekat mana nak cari lagi
puding karemal macam tu?"Bisik Alya perlahan. Tiba di satu tempat dia
duduk di kerusi batu yang ada di situ.
"Abang….. Alya teringin nak makan puding karemal.Anak kita nak makan puding
karemal."Bisik Putri Alya Maisarah.Air mata mengalir di pipinya. Sedih,sudahlah sendirian teringin pula nak makan benda yang tak ada.
Sedihhh laa kesian alya :'(
ReplyDeletebest. Nk lg
Thanks Amirah Hidayah.
ReplyDelete