Reenzarini

Tuesday 30 September 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 16



Atas permintaan adik Nurliyana Izati, kak Reen tunaikan permintaan adik untuk sambung beberapa bab lagi. Selamat membaca dan semoga memuaskan.

BAB 16

“Tak perlu balik! Cik bagi surat tawaran temuduga dan segala sijil-sijil cik. Biar saya daftarkan nama cik. Cik pakailah jaket saya.” Eric menghulurkan jaket yang dipakainya pada gadis itu.

            Eii! Nak pakai jaket lelaki ini. Entah bila kali terakhir dicucinya jaket ini.

      “Jangan risau jaket ni baru saja dicuci.”Senyuman lelaki itu menampakkan lesung pipit di pipinya. Tak nak tergoda, abaikan saja. Pura-pura tak nampak kekacakkannya.

 Dia macam tahu  apa yang aku fikirkan. Dia boleh baca fikiran orang ke?Getusku dalam hati. Aku menyambut jaket yang dihulurkan padaku. Wangi baunya. Bau minyak wangi begitu lembut bila aku hidu. Entah jenama apa dia pakai?

            “Berikan saya fail dan surat tawaran itu. Nanti awak minta kembali fail ini dari kerani dekat depan tu.”

“Tapi encik, saya tak ada surat tawaran temuduga. Kawan saya cakap ini temuduga antara bos dan abang kawan saya.” Aku ceritakan pada encik Eric Lim.

“Siapa nama awak?” Soal Eric ingin tahu.

Aku pandang wajah lelaki di hadapanku itu. Nak bagitahu ke tak?  Soalku dalam hati.

“Tak mengapa, cik bagi saja fail cik tu pada saya. Nanti saya tuliskan nama cik. Siapa nama cik?” Eric  tahu gadis itu keberatan memberitahu namanya.

            “Nama saya Afika Najwa binti Ahmad Haq.”  Lancar aku berkata siap dengan nama daddy lagi.

            “Sedap nama cik.” Puji Eric Lim.

            “Nama saya Eric Lim.” Beritahu lelaki itu sambil tersenyum.

            Tak tanya pun. Jawabku dalam hati sambil tersenyum.

“Awak tak tanya tapi saya yang nak bagi tahu awak.” Dia tersenyum padaku.

Eh! Dia pakai ilmu apa ha? Apa yang aku cakap dalam hati pun dia tahu. Bahaya ni. Air liur kutelan terasa kesat.

“Tak adalah saya pakai ilmu apa pun. Dah jadi kebiasaan kalau bagi tahu nama tanpa ditanya …..orang tu akan cakap tak tanya pun.”

Tak berani aku nak cakap dalam hati lagi. Aku menyerahkan fail peribadiku pada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Eric Lim itu.

“Terima kasih encik Eric.”Sempat aku  mengucapkan terima kasih pada Eric Lim.
           
Wajah ayu itu ditatap Eric dengan penuh minat. Wajah yang sering mengganggu lenanya selama ini. Dirinya benar-benar tidak menyangka, bertemu dengan gadis itu di sini. Di alam reality. Mungkinkah ini jodohnya.

            Eric mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sedar dirinya terleka merenung gadis ayu itu. Zina mata pula. Hatinya tertanya-tanya, adakah pertemuan ini adalah ketentuan takdir untuknya? Adakah ini jodoh yang telah ditunjukkan oleh Allah padanya?
           
“Encik Eric, terima kasih sebab tolong saya.” Senyuman ikhlas aku hulurkan pada encik Eric.

            “Tak mengapa, kalau orang lain di tempat saya pun mereka buat benda yang sama. Saya pergi dulu. Tapi kalau cik dapat kerja ni, jangan lupa belanja saya makan tau.” Ucap Eric sambil tergelak.

“Insya-Allah!” Jawabku sambil tersenyum.

“Nah ….guna towel ni.” Sehelai tuala berwarna putih di ambil dari dalam laci di bilik air dan diserahkannya padaku.
“Terima kasih.” Ucapku. 

“Sama-sama kasih. Jumpa lagi.” Jawab Eric sambil tersenyum.

Setelah lelaki itu beredar segera aku  masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air aku kunci dari dalam. Luas dan bersih bilik air ini. Ada alat untuk mengeringkan tangan, dapatlah aku keringkan  bajuku  nanti. Dengan hanya berkembankan tuala, segera aku  membersihkan diri dan bahagian baju dan kain yang terkena kotoran tadi. Mujurlah sedikit saja kotoran itu.

            Selepas selesai membersihkan diri. Aku keluar dari bilik air. Aku sudah menyarung jaket lelaki tadi ke tubuhku. Agak besar sedikit jika dibandingkan dengan tubuhku yang kecil ini. Pelik betul. Baju kurung dipakai dengan jaket. Tak pernah dibuat orang.

Tiba-tiba saja pintu dibuka dari luar. Masuk seorang gadis ke dalam bilik itu.

“Siapa awak?  Awak buat apa dalam bilik boss saya?” Garang gadis itu bertanya padaku.

Aku hanya terkaku. Tak tahu nak cakapapa. Kalau aku cakap encik Eric yang benarkan aku masuk ke sini. Adakah encik Eric yang dipersalahkan. Kalau encik Eric dibuang kerja, apa aku nak buat?

“Awak ni pekakkah? Soalan mudah macam tu pun tak tahu nak jawab.” Tanya Selina. Dia adalah setiausaha di situ. Tadi dia terlewat datang kerja. Dimarah pula oleh encik Eric dalam bilik mesyuarat yang digunakan untuk temuduga pekerja-pekerja baru.

“Maafkan saya. Saya yang salah kerana guna bilik air ini.” Jawabku sambil meminta maaf. Tak mahu mengaitkan nama encik Eric.

“Bilik air dekat luar! Ini bilik air boss. Suka-suka awak nak pakai bilik air boss. Guna otaklah sikit!” Marah Selina. Dilepaskan geramnya pada gadis itu.

“Cik…..Kalau iye pun saya bersalah, tak boleh guna bahasa yang elok sikit? Saya dah minta maaf pun. Beginikah caranya cik tegur orang?” Tanyaku kembali sebelum melangkah melepasi gadis itu. Malas nak layan orang macam ini. Lebih baik aku pergi temuduga.

            “Kau…memang nak cari pasal dengan aku! Kau berambus dari sini. Eh! Nanti dulu.” Tanganku ditarik oleh gadis itu.

“ Berani kau pakai jaket boss. Mana kau ambil jaket ni?” Sekali lagi suara Selina menengking gadis di depannya itu.

“Selina, kenapa?” Soal Alisa.Dia masuk untuk memanggil che Fika untuk ditemuduga. Dia adalah kerani di situ. Pintu dirapatkan semula.

“Perempuan ni! Suka-suka saja curi pakai bilik air boss. Kau bukannya tak tahu, boss tak suka perempuan pakai bilik air dia. Kalau boss tahu, teruk aku kena marah dengan boss.”

“Selina sabarlah. Bukan salah dia masuk bilik boss.”Pujuk Alisa.

“Bukan salah dia? Habis salah aku. Sekejap lagi aku juga yang kena marah dengan boss. Kau tengok jaket boss pun dia berani pakai. Kau buka jaket ni.” Marah Selina lagi. Tangan Selina sudah menarik jaket dari tubuh gadis itu.

“Biarkanlah dia pakai.”Alisa menarik tangan Selina yang berusaha menanggalkan jaket di badan gadis itu.

“Mana boleh biarkan.” Direntapnya sekali lagi hingga gadis itu terjatuh.

“Aduh!” Jeritku sambil memegang dahiku yang sakit.

“Selina! Apa kau dah buat ni?” Alisa menerpa membantu gadis itu bangun. Didudukkan gadis itu di sofa.

“Cik Fika, awak okey?” Tanya Alisa. 

“Saya okey! Jangan risau.” Aku usap dahi yang terasa sakit. Terasa jariku basah.
Darah…..ujarku dalam hati. Mungkin terkena bucu meja sewaktu aku terjatuh tadi.

“Cik Fika…. dahi awah berdarah!” Segera Alisa mengambil tissue di meja sofa.Dihulurkannya pada gadis itu.

“Kau tengok Selina, apa yang dah kau buat?” Marah Alisa pada Selina.

“Rasakan, degil sangat.” Bebel Selina.

5 comments:

  1. Pendek ke? Itu pun dah enam muka surat. Kak Reen siapkan semalan juga sebab nak penuhi permintaan seorang adik tu. Terima kasih kerana membaca penulisan kak Reen. Assalamualaikum Umairah nora.

    ReplyDelete