Atas permintaan adik Nurliyana Izati, kak Reen tunaikan permintaan adik untuk sambung beberapa bab lagi. Selamat membaca dan semoga memuaskan.
BAB
16
“Tak
perlu balik! Cik bagi surat tawaran temuduga dan segala sijil-sijil cik. Biar
saya daftarkan nama cik. Cik pakailah jaket saya.” Eric menghulurkan jaket yang dipakainya pada gadis itu.
Eii! Nak pakai jaket lelaki ini. Entah bila kali terakhir dicucinya jaket ini.
“Jangan risau jaket ni baru saja dicuci.”Senyuman lelaki itu menampakkan lesung
pipit di pipinya. Tak nak tergoda, abaikan saja. Pura-pura tak nampak kekacakkannya.
Dia macam tahu apa yang aku fikirkan. Dia boleh baca fikiran
orang ke?Getusku dalam hati. Aku menyambut jaket
yang dihulurkan padaku. Wangi baunya. Bau minyak wangi begitu lembut bila aku
hidu. Entah jenama apa dia pakai?
“Berikan saya fail dan surat tawaran
itu. Nanti awak minta kembali fail ini dari kerani dekat depan tu.”
“Tapi
encik, saya tak ada surat tawaran temuduga. Kawan saya cakap ini temuduga
antara bos dan abang kawan saya.” Aku ceritakan pada encik Eric Lim.
“Siapa
nama awak?” Soal Eric ingin tahu.
Aku
pandang wajah lelaki di hadapanku itu. Nak bagitahu ke tak? Soalku dalam hati.
“Tak
mengapa, cik bagi saja fail cik tu pada saya. Nanti saya tuliskan nama cik.
Siapa nama cik?” Eric tahu gadis itu
keberatan memberitahu namanya.
“Nama saya Afika Najwa binti Ahmad
Haq.” Lancar aku berkata siap dengan
nama daddy lagi.
“Sedap nama cik.” Puji Eric Lim.
“Nama saya Eric Lim.” Beritahu
lelaki itu sambil tersenyum.
Tak tanya pun. Jawabku dalam hati
sambil tersenyum.
“Awak
tak tanya tapi saya yang nak bagi tahu awak.” Dia tersenyum padaku.
Eh!
Dia pakai ilmu apa ha? Apa yang aku cakap dalam hati pun dia tahu. Bahaya ni.
Air liur kutelan terasa kesat.
“Tak
adalah saya pakai ilmu apa pun. Dah jadi kebiasaan kalau bagi tahu nama tanpa
ditanya …..orang tu akan cakap tak tanya pun.”
Tak
berani aku nak cakap dalam hati lagi. Aku menyerahkan fail peribadiku pada
lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Eric Lim itu.
“Terima
kasih encik Eric.”Sempat aku mengucapkan
terima kasih pada Eric Lim.
Wajah
ayu itu ditatap Eric dengan penuh minat. Wajah yang sering mengganggu lenanya
selama ini. Dirinya benar-benar tidak menyangka, bertemu dengan gadis itu di
sini. Di alam reality. Mungkinkah ini
jodohnya.
Eric mengalihkan pandangannya ke
arah lain. Sedar dirinya terleka merenung gadis ayu itu. Zina mata pula.
Hatinya tertanya-tanya, adakah pertemuan ini adalah ketentuan takdir untuknya?
Adakah ini jodoh yang telah ditunjukkan oleh Allah padanya?
“Encik
Eric, terima kasih sebab tolong saya.” Senyuman ikhlas aku hulurkan pada encik Eric.
“Tak mengapa, kalau orang lain di
tempat saya pun mereka buat benda yang sama. Saya pergi dulu. Tapi kalau cik
dapat kerja ni, jangan lupa belanja saya makan tau.” Ucap Eric sambil tergelak.
“Insya-Allah!”
Jawabku sambil tersenyum.
“Nah
….guna towel ni.” Sehelai tuala
berwarna putih di ambil dari dalam laci di bilik air dan diserahkannya padaku.
“Terima
kasih.” Ucapku.
“Sama-sama
kasih. Jumpa lagi.” Jawab Eric sambil tersenyum.
Setelah
lelaki itu beredar segera aku masuk ke
dalam bilik air. Pintu bilik air aku kunci dari dalam. Luas dan bersih bilik
air ini. Ada alat untuk mengeringkan tangan, dapatlah aku keringkan bajuku nanti. Dengan hanya berkembankan tuala, segera
aku membersihkan diri dan bahagian baju
dan kain yang terkena kotoran tadi. Mujurlah sedikit saja kotoran itu.
Selepas selesai membersihkan diri.
Aku keluar dari bilik air. Aku sudah menyarung jaket lelaki tadi ke tubuhku. Agak besar sedikit jika dibandingkan
dengan tubuhku yang kecil ini. Pelik betul. Baju kurung dipakai dengan jaket. Tak pernah dibuat orang.
Tiba-tiba
saja pintu dibuka dari luar. Masuk seorang gadis ke dalam bilik itu.
“Siapa
awak? Awak buat apa dalam bilik boss
saya?” Garang gadis itu bertanya padaku.
Aku
hanya terkaku. Tak tahu nak cakapapa. Kalau aku cakap encik Eric yang benarkan
aku masuk ke sini. Adakah encik Eric yang dipersalahkan. Kalau encik Eric
dibuang kerja, apa aku nak buat?
“Awak
ni pekakkah? Soalan mudah macam tu pun tak tahu nak jawab.” Tanya Selina. Dia
adalah setiausaha di situ. Tadi dia terlewat datang kerja. Dimarah pula oleh
encik Eric dalam bilik mesyuarat yang digunakan untuk temuduga pekerja-pekerja
baru.
“Maafkan
saya. Saya yang salah kerana guna bilik air ini.” Jawabku sambil meminta maaf.
Tak mahu mengaitkan nama encik Eric.
“Bilik
air dekat luar! Ini bilik air boss. Suka-suka awak nak pakai bilik air boss.
Guna otaklah sikit!” Marah Selina. Dilepaskan geramnya pada gadis itu.
“Cik…..Kalau
iye pun saya bersalah, tak boleh guna bahasa yang elok sikit? Saya dah minta
maaf pun. Beginikah caranya cik tegur orang?” Tanyaku kembali sebelum melangkah
melepasi gadis itu. Malas nak layan orang macam ini. Lebih baik aku pergi
temuduga.
“Kau…memang nak cari pasal dengan
aku! Kau berambus dari sini. Eh! Nanti dulu.” Tanganku ditarik oleh gadis itu.
“
Berani kau pakai jaket boss. Mana kau
ambil jaket ni?” Sekali lagi suara
Selina menengking gadis di depannya itu.
“Selina,
kenapa?” Soal Alisa.Dia masuk untuk memanggil che Fika untuk ditemuduga. Dia
adalah kerani di situ. Pintu dirapatkan semula.
“Perempuan
ni! Suka-suka saja curi pakai bilik air boss. Kau bukannya tak tahu, boss tak
suka perempuan pakai bilik air dia. Kalau boss tahu, teruk aku kena marah
dengan boss.”
“Selina
sabarlah. Bukan salah dia masuk bilik boss.”Pujuk Alisa.
“Bukan
salah dia? Habis salah aku. Sekejap lagi aku juga yang kena marah dengan boss.
Kau tengok jaket boss pun dia berani
pakai. Kau buka jaket ni.” Marah
Selina lagi. Tangan Selina sudah menarik jaket dari tubuh gadis itu.
“Biarkanlah
dia pakai.”Alisa menarik tangan Selina yang berusaha menanggalkan jaket di badan gadis itu.
“Mana
boleh biarkan.” Direntapnya sekali lagi hingga gadis itu terjatuh.
“Aduh!”
Jeritku sambil memegang dahiku yang sakit.
“Selina!
Apa kau dah buat ni?” Alisa menerpa membantu gadis itu bangun. Didudukkan gadis
itu di sofa.
“Cik
Fika, awak okey?” Tanya Alisa.
“Saya
okey! Jangan risau.” Aku usap dahi yang terasa sakit. Terasa jariku basah.
Darah…..ujarku
dalam hati. Mungkin terkena bucu meja sewaktu aku terjatuh tadi.
“Cik
Fika…. dahi awah berdarah!” Segera Alisa mengambil tissue di meja sofa.Dihulurkannya pada gadis itu.
“Kau
tengok Selina, apa yang dah kau buat?” Marah Alisa pada Selina.
“Rasakan,
degil sangat.” Bebel Selina.
ala pendeknyaa...
ReplyDeletePendek ke? Itu pun dah enam muka surat. Kak Reen siapkan semalan juga sebab nak penuhi permintaan seorang adik tu. Terima kasih kerana membaca penulisan kak Reen. Assalamualaikum Umairah nora.
ReplyDeleteThanks kak..
ReplyDeletetq kak.
ReplyDeletesama-sama kasih
ReplyDelete