Reenzarini

Friday 26 September 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 15



Ini adalah n3 yang akhir dalam SCMB. Harap terhibur.  Buat pembaca bolehlah nak komen.

BAB 15

  Pagi-pagi lagi aku dah sampai di lobi Syarikat Mapple. Kaunter penyambut tetamu pun belum dibuka. Temuduga bermula pada pukul 8.30 pagi. Awal lagi.

            Aku menuju ke depan lif.  Beberapa orang pekerja sedang menunggu di situ. Aku hampiri seorang lelaki yang sedang leka menekan handphone. Dia berada paling hampir denganku. Aku berdiri di sebelah lelaki itu. Bibirku sudah terukir senyuman.

“Selamat pagi encik. Maaf, tumpang tanya. Tingkat berapa interview syarikat Maple diadakan?” Tanyaku kepada lelaki itu.Rupa.... macam bukan muslim. Kacak. Tak perlulah nak bagi salam. Cukuplah dengan ucapan selamat pagi  aku berikan. Getusku dalam hati.

            Terbelalak mata lelaki itu memandang wajah aku hingga telefon yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Aku membantu mengutip telefonnya. Aku hulurkan pada lelaki yang nampak terperanjat bila melihat aku.

Thank you.” Ucapnya sambil tersenyum padaku. Kelihatan mengigil tangan lelaki itu menyambut handphone yang aku hulurkan padanya.

Eh! Eh! Terperanjat sangat ke tengok aku. Kasar sangatkah aku bertanya tadi? Atau, teruk sangatkah wajah aku. Aku usap wajahku dengan tapak tangan.Tak ada apa pun di wajahku? Tak adalah  aku mekap  muka aku macam opera cina. Bisikku dalam hati.

Are you okey, sir?” Tanyaku pada lelaki itu.

“Err….saya okey.” Jawab lelaki tu.

         “Maafkan saya kerana membuatkan encik terperanjat. Encik…. tingkat berapa tempat nak temuduga tu?” Tanya aku lagi.
           
“Err…. Syarikat mana?” Soal lelaki itu kembali.

“Syarikat Maple.” Mataku meneliti wajah lelaki itu. Kacak.Pujiku. Rambut terpacak. Kalau cicak jatuh mesti mati. sempat lagi aku gelak dalam hati.

“Cik naik lif sampai tingkat sepuluh.”Jawab Eric Lim. Matanya masih merenung wajah putih gebu di sebelahnya. Cantik, bisiknya dalam diam. Sempat dikerlingnya wajah itu sekali lagi.

            “Terima kasih encik,” ucapku sambil tersenyum.

“Sama-sama,” jawab Eric Lim. Manisnya senyumanmu sayang. Pintu lif terbuka. Eric menunjukkan isyarat supaya gadis itu masuk dahulu.

“Terima kasih.”Sopan aku berkata sebelum masuk ke dalam lif dan diikuti oleh lelaki itu di belakangku.

“Good morning mr Eric.” Beberapa orang pekerja menegur lelaki itu. Satu tempat kerja kut? Mereka memberikan laluan pada lelaki itu masuk ke lif. Macam istimewa sangat lelaki tu.

Hmm…Eric nama lelaki tu. Betullah anggapanku tadi. Dia bukannya islam.Lif berhenti setingkat demi setingkat. Akhirnya lif berhenti di tingkat sepuluh. Dengan lafaz bismillah aku melangkah masuk ke sebuah pejabat. Terdapat beberapa orang yang sudah sedia menunggu untuk di temuduga.  Tak sangka ada yang datang lebih awal dariku.

“Cik….. nanti dulu,” panggil Eric Lim.

            Rupa-rupanya lelaki itu juga bekerja di tingkat sepuluh.

            “Ada apa encik?” Tanyaku.

Lelaki itu mengaru-garu kepalanya. Berserabut sedikit rambut yang tercacak tadi. Malu nak cakap. Tak cakap pun tak boleh juga. Bisik  Eric  dalam hati.

            “Cik ikut saya sekejap.” Ajak Eric Lim.

            “Nak ke mana encik?” Tanyaku hairan.  Kenal tidak tiba-tiba saja ajak aku.

            “Saya ada hal nak cakap dengan cik.”Jawab Eric Lim.
           
“Tak bolehkah encik cakap di sini saja?Sekejap lagi saya ada temuduga. Bukankah semua orang sedang menunggu di sana?” Tanyaku kepada lelaki itu.

“Sekejap saja, please.”Mohonnya padaku.

            Teragak-agak aku mengikut lelaki itu, ajak jauh sedikit dari mereka yang datang temuduga barulah lelaki itu berhenti.

“Cik, baju cik kotor. Di bahagian belakang cik.” Tunjuk Eric Lim. Peluh di dahinya dilap dengan tangan. Leganya dapat memberitahu gadis itu. Dia boleh buat tak tahu kalau dia nak. Tapi kasihan pula dengan gadis itu.

            “Ada apa dengan baju saya?” Tanya aku kembali.  Hairan. Kain aku koyakkah? Bisik hatiku.

             "Kain saya koyakkah?"Tanyaku kembali. 

            "Bukan."

          "Habis tu apa?"Tanyaku lagi.

            Eric terdiam. Malu nak sebut. Sekali lagi rambutnya diusap. Rasa tak tenteram. Nak cakap ke tak cakap? Bagaimana nak fahamkan gadis ini? Gusarnya hati.

Dalam pada itu aku mula teringatkan sesuatu. Alamak baru aku teringat, pagi tadi aku datang bulan. Tentu dah bocor. Bisik aku dalam hati. Kenapa lelaki yang tegur aku kenapa tak ada perempuan yang perasaan pasal baju aku yang kotor ni.

            “Encik, bilik air dekat mana?” Tanyaku kalut. Bagai nak kudung kepalaku kerana malu. Ditegur oleh lelaki pula tu.
           
            “Awak ikut saya.” Tanpa berlengah aku mengikut lelaki itu dari belakang. Fail aku gunakan untuk menutup bahagian baju yang kotor itu. Malunya aku.  Kenapa semua ini berlaku padaku?

Aku di bawa masuk ke sebuah bilik. Mewahnya bilik ini. Siapa yang punya? Bagaimana kalau tuannya datang? Mati aku nak bersoal jawab dengan tuannya.

“Bilik siapa ni encik?” Soalku. Tak pasal-pasal dituduh penceroboh.

“Bilik bos,” ujarnya padaku. Selamba badak saja dia berkata.

“Bos encik tak marah ke?”Tanyaku ingin tahu.

“Tak mengapa, awak pakailah bilik air ini. Tak ada siapa pun yang akan marahkan awak.” Kami saling berbalas pandang. Boleh percaya ke ni?

“Betul ni encik tak ada siapa pun yang akan marah kalau saya pakai bilik air ini,” tanyaku lagi. Inginkan kepastian.

“Ya….percayalah cakap saya. Awak ada bawa barang tu?” Tanya lelaki itu padaku.

“Barang apa?” Aku tak faham barang yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

“Fail tentang diri saya ke?” Soalku kembali.

“Bukan. Benda yang itu la.” Kepalanya digaru beberapa kali.  Rambut yang terpacak tadi menjadi leper akibat digarunya. Tension betul nak sebut benda tu. Malu pun ada.

Puas aku berfikir apa bendanya? Barulah aku teringat apakah bendanya.

“Oh! Saya faham. Saya ada bawa, tapi saya memerlukan masa untuk mencuci baju dan ……,” Malu nak cakap, nak basuh seluar dalam. Aku pula yang tergaru-garu kerana malu nak cakap.

“Okey! Okey! Saya faham. Ambillah berapa banyak masa yang awak nak.” Ucap Eric sambil mengelap peluh di dahinya.  Wajahnya nampak kemerahan kerana malu.

Aku membelek jam di pergelangan tanganku. “Sekarang dah pukul lapan. Temuduga pukul 8.30 pagi. Tak sempat saya nak keringkan baju saya ini.” Risaunya hatiku. Apa yang harus aku lakukan? Perlukah aku batalkan temuduga ini? Tapi malu pula dengan abang Am. Penat dia aturkan dengan kawannya. Aku….mudah saja nak batalkan.

“Tak mengapa, ambillah masa awak. Nanti saya tolong mana yang patut.” Eric Lim  menyedapkan hati gadis di depannya itu. Tahu gadis itu sedang keliru.

            “Susah-susah tak payah nak temudugalah. Dalam keadaan begini saya tak selesa. Mungkin bukan rezeki saya di sini. Saya nak baliklah macam ni.” Aku mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu.
            
               Selangkah dua aku melangkah aku sudah dipanggil oleh lelaki itu.

“Cik! Nanti dulu.” Panggil Eric Lim.

2 comments:

  1. Ala, kak kenapa semua entri sampai bab 15 je?

    ReplyDelete
  2. ha'a kak nape sampai entri 15 je? akak ak terbitkan ke buku ni atau dah di terbitkan? nak beli kat mane ye kak?

    ReplyDelete