Al-Fatihah buat pelajar dari sekolah men. Syed Alwi yang terjatuh dari bumbung dewan bestari.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan yang beriman. Buat ibubapa pelajar itu bersabarlah. Sudah itu janjinya dengan ALLAH. Memang senang kita berkata tapi yg mengalaminya dalam kesedihan.
Pagi tadi seorang guru telefon my hubby supaya pergi sekolah kerana seorang pelajar ting. 3 telah meninggal dunia. Sewaktu hubby sampai ke sekolah seorang guru wanita juga jiran kak Reen menangis. Hubby kak Reen dah gelisah. Apa hal pula cik gu ni menangis. Kebetulan anak kak Reen juga ting. 3 dan seorang lagi ting. 6. Bila tahu kejadian yang sebenar barulah lega hati hubby kak Reen. Tapi sedih juga kerana kemungkinan pelajar itu adalah jiran sebelah taman perumahan kak Reen. Sejam yg lalu belum lagi dapat dicam kerana wajahnya berdarah dan guru-guru sedang buat pengecaman. Semoga dipermudahkan segalanya.
Kak Reen yg sedang memasak ketika itu hanya ALLAH yang tahu hati kak Reen bagaimana. Hanya yg dapat kak Reen berdoa. Selamatkanlah anak-anakku.
Hanya dlm 5 minit saja hubby berada di sekolah kerana ramai polis yg berada di sekolah dan tak nak ganggu mereka buat kerja.. Bila balik ke rumah hubby cerita apa yg berlaku barulah hati kak Reen lega. Bila tahu kemungkinan anak jiran taman bersebelahan dgn rumah kak Reen. Kak Reen jadi sedih semula. Kak Reen juga seorang ibu. Tahu bagaimana hati seorang ibu.
Arwah dikatakan hendak mengambil bola takraw yg terjatuh atas bumbung dewan.Arwah adalah seorang budak yg baik. Semua cikgu sayangkan arwah. Arwah selalu membantu di masjid depan rumah kak Reen setiap kali jumaat. Kira kerja gulung karpet tu kerja arwah setiap kali solat Jumaat.
Yang pergi biarkanlah pergi. Doakanlah untuk arwah. Jangan di buat spekulasi yg bukan-bukan. Kesian keluarga arwah. Jgn. diaibkan arwah. Al-fatihah.
Selamat datang ke blog novelis Reen Zarini.. Sila berikan komen yang memberangsangkan untuk saya terus berkarya dalam penulisan novel..Terima kasih atas perhatian anda dalam blog Reen Zarini..
Tuesday, 30 September 2014
SAAT CINTA MULA BERSEMI 16
Atas permintaan adik Nurliyana Izati, kak Reen tunaikan permintaan adik untuk sambung beberapa bab lagi. Selamat membaca dan semoga memuaskan.
BAB
16
“Tak
perlu balik! Cik bagi surat tawaran temuduga dan segala sijil-sijil cik. Biar
saya daftarkan nama cik. Cik pakailah jaket saya.” Eric menghulurkan jaket yang dipakainya pada gadis itu.
Eii! Nak pakai jaket lelaki ini. Entah bila kali terakhir dicucinya jaket ini.
“Jangan risau jaket ni baru saja dicuci.”Senyuman lelaki itu menampakkan lesung
pipit di pipinya. Tak nak tergoda, abaikan saja. Pura-pura tak nampak kekacakkannya.
Dia macam tahu apa yang aku fikirkan. Dia boleh baca fikiran
orang ke?Getusku dalam hati. Aku menyambut jaket
yang dihulurkan padaku. Wangi baunya. Bau minyak wangi begitu lembut bila aku
hidu. Entah jenama apa dia pakai?
“Berikan saya fail dan surat tawaran
itu. Nanti awak minta kembali fail ini dari kerani dekat depan tu.”
“Tapi
encik, saya tak ada surat tawaran temuduga. Kawan saya cakap ini temuduga
antara bos dan abang kawan saya.” Aku ceritakan pada encik Eric Lim.
“Siapa
nama awak?” Soal Eric ingin tahu.
Aku
pandang wajah lelaki di hadapanku itu. Nak bagitahu ke tak? Soalku dalam hati.
“Tak
mengapa, cik bagi saja fail cik tu pada saya. Nanti saya tuliskan nama cik.
Siapa nama cik?” Eric tahu gadis itu
keberatan memberitahu namanya.
“Nama saya Afika Najwa binti Ahmad
Haq.” Lancar aku berkata siap dengan
nama daddy lagi.
“Sedap nama cik.” Puji Eric Lim.
“Nama saya Eric Lim.” Beritahu
lelaki itu sambil tersenyum.
Tak tanya pun. Jawabku dalam hati
sambil tersenyum.
“Awak
tak tanya tapi saya yang nak bagi tahu awak.” Dia tersenyum padaku.
Eh!
Dia pakai ilmu apa ha? Apa yang aku cakap dalam hati pun dia tahu. Bahaya ni.
Air liur kutelan terasa kesat.
“Tak
adalah saya pakai ilmu apa pun. Dah jadi kebiasaan kalau bagi tahu nama tanpa
ditanya …..orang tu akan cakap tak tanya pun.”
Tak
berani aku nak cakap dalam hati lagi. Aku menyerahkan fail peribadiku pada
lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Eric Lim itu.
“Terima
kasih encik Eric.”Sempat aku mengucapkan
terima kasih pada Eric Lim.
Wajah
ayu itu ditatap Eric dengan penuh minat. Wajah yang sering mengganggu lenanya
selama ini. Dirinya benar-benar tidak menyangka, bertemu dengan gadis itu di
sini. Di alam reality. Mungkinkah ini
jodohnya.
Eric mengalihkan pandangannya ke
arah lain. Sedar dirinya terleka merenung gadis ayu itu. Zina mata pula.
Hatinya tertanya-tanya, adakah pertemuan ini adalah ketentuan takdir untuknya?
Adakah ini jodoh yang telah ditunjukkan oleh Allah padanya?
“Encik
Eric, terima kasih sebab tolong saya.” Senyuman ikhlas aku hulurkan pada encik Eric.
“Tak mengapa, kalau orang lain di
tempat saya pun mereka buat benda yang sama. Saya pergi dulu. Tapi kalau cik
dapat kerja ni, jangan lupa belanja saya makan tau.” Ucap Eric sambil tergelak.
“Insya-Allah!”
Jawabku sambil tersenyum.
“Nah
….guna towel ni.” Sehelai tuala
berwarna putih di ambil dari dalam laci di bilik air dan diserahkannya padaku.
“Terima
kasih.” Ucapku.
“Sama-sama
kasih. Jumpa lagi.” Jawab Eric sambil tersenyum.
Setelah
lelaki itu beredar segera aku masuk ke
dalam bilik air. Pintu bilik air aku kunci dari dalam. Luas dan bersih bilik
air ini. Ada alat untuk mengeringkan tangan, dapatlah aku keringkan bajuku nanti. Dengan hanya berkembankan tuala, segera
aku membersihkan diri dan bahagian baju
dan kain yang terkena kotoran tadi. Mujurlah sedikit saja kotoran itu.
Selepas selesai membersihkan diri.
Aku keluar dari bilik air. Aku sudah menyarung jaket lelaki tadi ke tubuhku. Agak besar sedikit jika dibandingkan
dengan tubuhku yang kecil ini. Pelik betul. Baju kurung dipakai dengan jaket. Tak pernah dibuat orang.
Tiba-tiba
saja pintu dibuka dari luar. Masuk seorang gadis ke dalam bilik itu.
“Siapa
awak? Awak buat apa dalam bilik boss
saya?” Garang gadis itu bertanya padaku.
Aku
hanya terkaku. Tak tahu nak cakapapa. Kalau aku cakap encik Eric yang benarkan
aku masuk ke sini. Adakah encik Eric yang dipersalahkan. Kalau encik Eric
dibuang kerja, apa aku nak buat?
“Awak
ni pekakkah? Soalan mudah macam tu pun tak tahu nak jawab.” Tanya Selina. Dia
adalah setiausaha di situ. Tadi dia terlewat datang kerja. Dimarah pula oleh
encik Eric dalam bilik mesyuarat yang digunakan untuk temuduga pekerja-pekerja
baru.
“Maafkan
saya. Saya yang salah kerana guna bilik air ini.” Jawabku sambil meminta maaf.
Tak mahu mengaitkan nama encik Eric.
“Bilik
air dekat luar! Ini bilik air boss. Suka-suka awak nak pakai bilik air boss.
Guna otaklah sikit!” Marah Selina. Dilepaskan geramnya pada gadis itu.
“Cik…..Kalau
iye pun saya bersalah, tak boleh guna bahasa yang elok sikit? Saya dah minta
maaf pun. Beginikah caranya cik tegur orang?” Tanyaku kembali sebelum melangkah
melepasi gadis itu. Malas nak layan orang macam ini. Lebih baik aku pergi
temuduga.
“Kau…memang nak cari pasal dengan
aku! Kau berambus dari sini. Eh! Nanti dulu.” Tanganku ditarik oleh gadis itu.
“
Berani kau pakai jaket boss. Mana kau
ambil jaket ni?” Sekali lagi suara
Selina menengking gadis di depannya itu.
“Selina,
kenapa?” Soal Alisa.Dia masuk untuk memanggil che Fika untuk ditemuduga. Dia
adalah kerani di situ. Pintu dirapatkan semula.
“Perempuan
ni! Suka-suka saja curi pakai bilik air boss. Kau bukannya tak tahu, boss tak
suka perempuan pakai bilik air dia. Kalau boss tahu, teruk aku kena marah
dengan boss.”
“Selina
sabarlah. Bukan salah dia masuk bilik boss.”Pujuk Alisa.
“Bukan
salah dia? Habis salah aku. Sekejap lagi aku juga yang kena marah dengan boss.
Kau tengok jaket boss pun dia berani
pakai. Kau buka jaket ni.” Marah
Selina lagi. Tangan Selina sudah menarik jaket dari tubuh gadis itu.
“Biarkanlah
dia pakai.”Alisa menarik tangan Selina yang berusaha menanggalkan jaket di badan gadis itu.
“Mana
boleh biarkan.” Direntapnya sekali lagi hingga gadis itu terjatuh.
“Aduh!”
Jeritku sambil memegang dahiku yang sakit.
“Selina!
Apa kau dah buat ni?” Alisa menerpa membantu gadis itu bangun. Didudukkan gadis
itu di sofa.
“Cik
Fika, awak okey?” Tanya Alisa.
“Saya
okey! Jangan risau.” Aku usap dahi yang terasa sakit. Terasa jariku basah.
Darah…..ujarku
dalam hati. Mungkin terkena bucu meja sewaktu aku terjatuh tadi.
“Cik
Fika…. dahi awah berdarah!” Segera Alisa mengambil tissue di meja sofa.Dihulurkannya pada gadis itu.
“Kau
tengok Selina, apa yang dah kau buat?” Marah Alisa pada Selina.
“Rasakan,
degil sangat.” Bebel Selina.
Friday, 26 September 2014
SAAT CINTA MULA BERSEMI 15
Ini adalah n3 yang akhir dalam SCMB. Harap terhibur. Buat pembaca bolehlah nak komen.
BAB
15
Pagi-pagi lagi aku dah sampai di lobi Syarikat Mapple. Kaunter penyambut tetamu pun belum dibuka. Temuduga bermula pada pukul 8.30 pagi. Awal lagi.
Aku menuju ke depan lif. Beberapa orang pekerja sedang menunggu di situ. Aku hampiri seorang lelaki yang sedang leka menekan handphone. Dia berada paling hampir
denganku. Aku berdiri di sebelah lelaki itu. Bibirku sudah terukir senyuman.
“Selamat
pagi encik. Maaf, tumpang tanya. Tingkat berapa interview syarikat Maple diadakan?” Tanyaku kepada lelaki itu.Rupa.... macam
bukan muslim. Kacak. Tak perlulah nak bagi salam. Cukuplah dengan ucapan
selamat pagi aku berikan. Getusku dalam hati.
Terbelalak mata lelaki itu memandang
wajah aku hingga telefon yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Aku membantu
mengutip telefonnya. Aku hulurkan pada lelaki
yang nampak terperanjat bila melihat aku.
“Thank you.” Ucapnya sambil tersenyum padaku. Kelihatan mengigil tangan lelaki itu menyambut handphone yang aku hulurkan padanya.
Eh! Eh! Terperanjat sangat ke tengok aku. Kasar sangatkah aku bertanya tadi? Atau, teruk sangatkah wajah aku. Aku usap wajahku dengan tapak tangan.Tak ada apa pun di wajahku? Tak adalah aku mekap muka aku macam opera cina. Bisikku dalam hati.
“Are you okey, sir?” Tanyaku pada lelaki itu.
“Err….saya
okey.” Jawab lelaki tu.
“Maafkan saya kerana membuatkan
encik terperanjat. Encik…. tingkat berapa tempat nak temuduga tu?” Tanya aku
lagi.
“Err….
Syarikat mana?” Soal lelaki itu kembali.
“Syarikat
Maple.” Mataku meneliti wajah lelaki itu. Kacak.Pujiku. Rambut terpacak. Kalau cicak jatuh mesti mati. sempat lagi aku gelak dalam hati.
“Cik
naik lif sampai tingkat sepuluh.”Jawab Eric Lim. Matanya masih merenung wajah putih
gebu di sebelahnya. Cantik, bisiknya dalam diam. Sempat dikerlingnya wajah itu sekali
lagi.
“Terima kasih encik,” ucapku sambil
tersenyum.
“Sama-sama,”
jawab Eric Lim. Manisnya senyumanmu sayang. Pintu lif terbuka. Eric menunjukkan
isyarat supaya gadis itu masuk dahulu.
“Terima
kasih.”Sopan aku berkata sebelum masuk ke dalam lif dan diikuti oleh lelaki itu
di belakangku.
“Good
morning mr Eric.” Beberapa orang pekerja menegur lelaki itu. Satu tempat kerja kut?
Mereka memberikan laluan pada lelaki itu masuk ke lif. Macam istimewa sangat lelaki tu.
Hmm…Eric
nama lelaki tu. Betullah anggapanku tadi. Dia bukannya islam.Lif berhenti setingkat demi setingkat. Akhirnya
lif berhenti di tingkat sepuluh. Dengan lafaz bismillah aku melangkah masuk ke
sebuah pejabat. Terdapat beberapa orang yang sudah sedia menunggu untuk di temuduga. Tak sangka ada yang datang lebih
awal dariku.
“Cik…..
nanti dulu,” panggil Eric Lim.
Rupa-rupanya lelaki itu juga bekerja
di tingkat sepuluh.
“Ada apa encik?” Tanyaku.
Lelaki
itu mengaru-garu kepalanya. Berserabut sedikit rambut yang tercacak tadi. Malu nak
cakap. Tak cakap pun tak boleh juga. Bisik
Eric dalam hati.
“Cik ikut saya sekejap.” Ajak Eric
Lim.
“Nak ke mana encik?” Tanyaku hairan.
Kenal tidak tiba-tiba saja ajak aku.
“Saya ada hal nak cakap dengan cik.”Jawab
Eric Lim.
“Tak
bolehkah encik cakap di sini saja?Sekejap lagi saya ada temuduga. Bukankah
semua orang sedang menunggu di sana?” Tanyaku kepada lelaki itu.
“Sekejap saja, please.”Mohonnya padaku.
Teragak-agak aku mengikut lelaki itu,
ajak jauh sedikit dari mereka yang datang temuduga barulah lelaki itu berhenti.
“Cik,
baju cik kotor. Di bahagian belakang cik.” Tunjuk Eric Lim. Peluh di
dahinya dilap dengan tangan. Leganya dapat memberitahu gadis itu. Dia boleh
buat tak tahu kalau dia nak. Tapi kasihan pula dengan gadis itu.
“Ada apa dengan baju saya?” Tanya
aku kembali. Hairan. Kain aku koyakkah?
Bisik hatiku.
"Kain saya koyakkah?"Tanyaku kembali.
"Bukan."
"Habis tu apa?"Tanyaku lagi.
"Kain saya koyakkah?"Tanyaku kembali.
"Bukan."
"Habis tu apa?"Tanyaku lagi.
Eric terdiam. Malu nak sebut. Sekali
lagi rambutnya diusap. Rasa tak tenteram. Nak cakap ke tak cakap? Bagaimana nak
fahamkan gadis ini? Gusarnya hati.
Dalam
pada itu aku mula teringatkan sesuatu. Alamak baru aku teringat, pagi tadi aku datang
bulan. Tentu dah bocor. Bisik aku dalam hati. Kenapa lelaki yang tegur aku kenapa
tak ada perempuan yang perasaan pasal baju aku yang kotor ni.
“Encik, bilik air dekat mana?”
Tanyaku kalut. Bagai nak kudung kepalaku kerana malu. Ditegur oleh
lelaki pula tu.
“Awak ikut saya.” Tanpa berlengah
aku mengikut lelaki itu dari belakang. Fail aku gunakan untuk menutup bahagian baju
yang kotor itu. Malunya aku. Kenapa
semua ini berlaku padaku?
Aku
di bawa masuk ke sebuah bilik. Mewahnya bilik ini. Siapa yang punya? Bagaimana
kalau tuannya datang? Mati aku nak bersoal jawab dengan tuannya.
“Bilik
siapa ni encik?” Soalku. Tak pasal-pasal dituduh penceroboh.
“Bilik
bos,” ujarnya padaku. Selamba badak saja dia berkata.
“Bos
encik tak marah ke?”Tanyaku ingin tahu.
“Tak
mengapa, awak pakailah bilik air ini. Tak ada siapa pun yang akan marahkan
awak.” Kami saling berbalas pandang. Boleh percaya ke ni?
“Betul
ni encik tak ada siapa pun yang akan marah kalau saya pakai bilik air ini,”
tanyaku lagi. Inginkan kepastian.
“Ya….percayalah
cakap saya. Awak ada bawa barang tu?” Tanya lelaki itu padaku.
“Barang
apa?” Aku tak faham barang yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
“Fail
tentang diri saya ke?” Soalku kembali.
“Bukan.
Benda yang itu la.” Kepalanya digaru beberapa kali. Rambut yang terpacak tadi menjadi leper akibat
digarunya. Tension betul nak sebut
benda tu. Malu pun ada.
Puas
aku berfikir apa bendanya? Barulah aku teringat apakah bendanya.
“Oh!
Saya faham. Saya ada bawa, tapi saya memerlukan masa untuk mencuci baju dan ……,”
Malu nak cakap, nak basuh seluar dalam. Aku pula yang tergaru-garu kerana malu
nak cakap.
“Okey!
Okey! Saya faham. Ambillah berapa banyak masa yang awak nak.” Ucap Eric sambil
mengelap peluh di dahinya. Wajahnya
nampak kemerahan kerana malu.
Aku
membelek jam di pergelangan tanganku. “Sekarang dah pukul lapan. Temuduga pukul
8.30 pagi. Tak sempat saya nak keringkan baju saya ini.” Risaunya hatiku. Apa
yang harus aku lakukan? Perlukah aku batalkan temuduga ini? Tapi malu pula dengan
abang Am. Penat dia aturkan dengan kawannya. Aku….mudah saja nak batalkan.
“Tak
mengapa, ambillah masa awak. Nanti saya tolong mana yang patut.” Eric Lim menyedapkan hati gadis di depannya itu. Tahu gadis
itu sedang keliru.
“Susah-susah tak payah nak temudugalah.
Dalam keadaan begini saya tak selesa. Mungkin bukan rezeki saya di sini. Saya
nak baliklah macam ni.” Aku mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu.
Selangkah dua aku melangkah aku
sudah dipanggil oleh lelaki itu.
“Cik!
Nanti dulu.” Panggil Eric Lim.
Thursday, 25 September 2014
BILA REEN ZARINI MENULIS
Kak Reen nak cerita pasal anak-anak dara kak Reen yg tengah belajar . Yg kat Kelantan tu baru saja pindah rumah sewa sebab rumah sewa lama diaorang asyik kena intip. Ntah siapa yg buat kerja ni. Bimbangnya duduk jauh ni. Dahlah susah nak pergi Kelantan.Jauh. Nasiblah pandai berdikari.
Anak kak Reen yg baru daftar dekat UUM pula. Macam-macam hal. Hari pertama kaki kejang sebab banyak berjalan dan naik turun tangga.(minggu suai kenal) Cari bilik kuliah tak jumpa.
Hari pertama pergi kuliah, jatuh dlm bas. Cari kafe dlm. u tak jumpa.Satu hari tk mkn. masa pi kuliah. Kelmarin call bagi tahu pergi x-ray kepala, sebab kepala terhantuk dekat cermin bas hingga retak cermin bas.Nasib kepala tak retak cuma cermin bas yg retak. Mujur driver bas hantar pergi x-ray. Terima kasih dekat driver bas. Susahnya hati kak Reen. Anak-anak kak Reen tk pernah biar lepas bebas pergi merata-rata. Dah jadi macam ni pula.Harap-harap tak jadi apa-apa lagi dah.
Anak kak Reen yg baru daftar dekat UUM pula. Macam-macam hal. Hari pertama kaki kejang sebab banyak berjalan dan naik turun tangga.(minggu suai kenal) Cari bilik kuliah tak jumpa.
Hari pertama pergi kuliah, jatuh dlm bas. Cari kafe dlm. u tak jumpa.Satu hari tk mkn. masa pi kuliah. Kelmarin call bagi tahu pergi x-ray kepala, sebab kepala terhantuk dekat cermin bas hingga retak cermin bas.Nasib kepala tak retak cuma cermin bas yg retak. Mujur driver bas hantar pergi x-ray. Terima kasih dekat driver bas. Susahnya hati kak Reen. Anak-anak kak Reen tk pernah biar lepas bebas pergi merata-rata. Dah jadi macam ni pula.Harap-harap tak jadi apa-apa lagi dah.
Saturday, 20 September 2014
SAAT CINTA MULA BERSEMI 14
BAB
14
“Fika!”
Hilang segala lamunanku bila dikejutkan dengan jeritan Aniza. Suka sangat menjerit.
Buat aku terperanjat saja.
“Astagfirullahalazim. Aku di sini,”
jawabku sambil meraup wajahku.
“La! Suka sangat duduk termenung.
Sudah-sudahlah Fika. Lupakan dia. Masih ramai lagi lelaki di luar sana yang
lebih baik dari Amer.” Nasihat Aniza bila dilihatnya aku duduk bersendiri di
situ.
“Aku
bukan apa Niza, aku sedih sangat bila teringatkan harapan aku yang tak tercapai tu.
“Tak
usah nak sedih lagi. Orang tu dok seronok. Kau dekat sini bersedih. Buang masa saja.
Lupakan saja Amer tu. Binalah hidup baru.” Nasihat Aniza padaku.
“Betul
cakap kau. Seteruk mana pun aku bersedih
Amer tak mungkin kembali pada aku. Aku janji Aniza, mulai hari ini aku akan
buang jauh-jauh kenangan kami.” Baru aku sedar hidup harus aku teruskan tanpa abang
Amer di sisiku. Rahsia ALLAH tiada siapa pun yang tahu.
“Baiklah
Fika. Aku pegang janji kau. Jangan lepas ini kau meroyan nakkan Amer pula.” Ujar Aniza. Sedapnya mulut mengata
orang.
“Itu tak akan terjadi Niza.” Janjiku pada Aniza.
“Fika,
Tadi abang Am ada bagi tahu aku. Ada temuduga sebagai akauntan dekat Syarikat
Maple. Syarikat tu kepunyaan family
kawan abang Am. Kalau kau nak abang Am boleh aturkan temuduga untuk kau. Nak
tak Fika?” Soal Aniza ingin tahu.
“Naklah!
Siapa yang tak nak kerja? Jauh tak dari sini?”Tanyaku pada Aniza.
“Dekat
saja, tak jauh dari sini. Apa kata kau pergi temuduga. Mana tahu rezeki kau,
dapatlah kau kerja dekat situ.” Cadang Aniza kepadaku.
“Bila
Niza?”Tanyaku berminat.
“Tarikhnya, minggu depan. Hari
isnin, pukul lapan setengah pagi. Kau pergilah temuduga dulu, mana tahu rezeki
kau. Nanti abang Am akan uruskan dengan kawannya tu.”
“Baiklah Aniza, nanti aku pergi temuduga.
Doakan aku berjaya.” Fika….mulakan hidup baru, lupakan masa lalu. Pandang ke
depan. Azamku dalam hati.
“Okey! Nanti aku bagi tahu abang
Am.” Kata Aniza sebelum keluar dari bilikku.
“Sudah-sudahlah
termenung tu. Tak takut ke, buatnya ada yang terbang di udara?” Soal Aniza
sambil ketawa sebelum berlalu pergi.
Hish!
Aniza ni meremang pula bulu roma aku. Baik aku masuk ke dalam. Kalau betul
benda tu terbang depan aku, boleh pengsan aku. Sudahlah aku ni penakut orangnya.
Pintu
gelongsor aku tutup perlahan. Badan yang lemah aku rebahkan ke tilam. Aku memejamkan mataku.
Cuba memujuk mataku lena. Akhirnya aku terlena juga.Walaupun tidurku lena tapi
diganggu pula mimpi yang mengerikan.
“Sayang…..push sayang. Sayang boleh, demi anak
kita.” Jari jemari aku digenggam erat oleh seorang lelaki. Tetapi wajahnya
kurang jelas dipenglihatanku. Telingaku menangkap suara memberikan dorongan
padaku.
“Abang
sakit,” ucapku lemah. Kesakitan di perutku sudah tak tertanggung. Terasa
kepalaku diusap lembut. Dahiku dikucup lelaki itu.
“Sayang….bertahan
demi anak kita.” Ujar lelaki itu padaku. Peluh di dahiku dilapnya dengan
lembut. Jari jemariku masih dalam genggamannya.
“Puan,
bila saya kata push….puan push sekali lagi.” Seorang doktor wanita memberikan
tunjuk ajar padaku.
Aku
hanya menganggukkan kepalaku. Tiba-tiba kesakitan datang lagi.
“Puan,
push …..lagi…. puan…..lagi.” Dengan sekuat hati aku terus meneran hingga aku
menjadi lemah.
Tiba-tiba
terdengar suara tangisan bayi menangis. Seorang doktor meletak seorang bayi di
atas dadaku. Anak siapakah ini? Comelnya.
“Tahniah
puan, puan mendapat seorang bayi lelaki.”
“Terima
kasih sayang, comelnya anak kita.” Dahiku dikucup lembut oleh lelaki itu.
“Ya
ALLAH! Jeritku. Peluh merenik di dahiku sewaktu aku terjaga dari mimpi tadi.
Aku memegang perutku. Mujurlah hanya mimpi.
Fuh! Seramnya bila terkenangkan
mimpi tadi. Terdengar-dengar suara tangisan bayi tadi. Masih terasa bagaimana
sakitnya semasa hendak melahirkan anak itu. Macam betul-betul aku yang
bersalin. Mujurlah hanya mimpi saja. Lega….
Sampai ke pagi aku tak dapat
melelapkan mata. Takut kalau mimpi itu berulang kembali.
**********
**********
Amer
Rafik termenung setelah membersihkan diri. Tak sangka begini kesudahan
hubungannya dengan Fika. Entah ke mana Fika membawa diri? Tubuhnya dibawa
baring merehatkan badan yang keletihan kerana kenduri siang tadi.
Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu
tidak dipedulikannya. Matanya dipejam rapat. Enggan melihat wajah yang
membuatkan hatinya panas.
“Abang Amer, mak panggil makan.” Panggil
Iffah Najihah. Suaranya dilembutkan selembut-lembutnya. Moga terbuka hati suami
yang baru dinikahi menerimanya.
“Jangan panggil aku abang. Aku tak
suka!” Bentak Amer Rafik. Sakit hatinya kepada Iffah Najihah tak pernah hilang.
Sampai mati pun dia tak akan maafkan Iffah Najihah.
“Iffah dah jadi isteri abang Amer. Iffah
layak panggil abang Amer dengan panggilan yang sepatutnya.” Tangan Amer Rafik
dipautnya.
Amer Rafik menepis tangan yang
menyentuh dirinya. Marahnya pada Iffah kerana memerangkapnya tak pernah padam.
“Amer, jom turun makan.”Ajak Iffah
Najihah. Dia cuba berlembut dengan Amer Rafik. Walau bagaimana pun Amer Rafik
berjaya dirampas dari Fika. Amer Rafik kini sudah menjadi suaminya.
“Aku dah kenyang, kau pergilah
makan.” Seleranya hilang bila teringatkan Fika. Ke manalah Fika menghilangkan
diri.
“Baiklah
Iffah turun dulu. Sekejap lagi Iffah naik semula.” Lemah Iffah melangkah keluar
dari bilik. Rasakan diri sendiri yang cari pasal. Tanggunglah sendiri
akibatnya.
“Tak
naik pun tak apa, aku tak kisah. Kau ada ke tak ada sama saja,” bisik Amer
Rafik. Hatinya tak pernah terbuka untuk Iffah Najihah. Kecuali kehamilan Iffah itu adalah kerana paksaan atau dirogol. Itu dapat dimaafkan. Kesalahan Iffah terlalu banyak. Sukar untuk dimaafkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)