Reenzarini

Sunday 23 February 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 9



BAB 9

            Hish! Kacak bergaya macam aku, dikatakannya aku  jual barang. Getus hati Amar Farish.

            "Puan tak apa-apa ke?" Tanya Amar Farish.
             

            "Apa hal tanya aku macam tu? Sedangkan  aku  langsung  tak kenal  dengan dirinya?" Tanya Qis sendiri.

            "Kenapa dengan saya?" Tanya Qistina . Dirinya sendiri tak tahu apa yang tak kena dengan dirinya? Selipar disarung ke kakinya. Qis mendekati pintu pagar di mana lelaki itu sedang berdiri.

            Hajaratul Qistina lihat lelaki itu mengarukan kepalanya yang berambut tercacak itu. "Kalau cicak jatuh mesti mati." Gumam Hajaratul Qistina.

           "Tadi saya terdengar puan menjerit. Sebab itulah saya bunyikan bell. Mana tahu ada perompak ke dalam rumah tu?" Katanya sambil tergelak.

             Apa hal pula  gelak? Lucu sangat ke kalau  ada perompak dalam rumah aku? Bisik Qis dalam hati.

            "Ohh! Tadi tu saya menjerit sebab geram sangat, sebab pagi-pagi buta macam ni dah ada orang  yang  ganggu saya tidur."Beritahu Qis pada lelaki itu.

            "Siapa yang mengganggu puan?" Tanya Amar Farish lagi.

            La!  Nak kena hempuk dengan aku. Aku  dahlah  letih, mengantuk  satu  hal.

           
            "Awak tak dengar ke sebelah rumah ni bising? Sebab itu saya tak boleh nak tidur."Beritahu Qis padanya.
           
            "Oh! Saya  ingatkan  apalah yang puan jeritkan tadi? Ingat nak tolong kalau ada perompak masuk rumah puan tadi." Beritahu  Amar Farish.

            "Saya  tak  apa-apa , saya  nak  masuk  tidur  sekejap. Sakit kepala saya pagi-pagi buta dah dengar bunyi bising macam ni."Qis berpaling untuk masuk ke dalam rumah.

            "Pagi  buta  apa  puan? Dah pukul 12 tengahari," jawab Amar Farish  sambil membelek jam tangannya . Perempuan  apa macam ni?   Hari dah tengahari pun belum bangun. Kesiannya suami yang dapat bini macam perempuan ni. Pemalas.Getus Amar Farish dalam hati.
           
           "Apa, dah dekat pukul 12 tengahari?"Jerit Hajaratul Qistina kuat. Tak semena-mena ditariknya tangan lelaki itu dari celah pagar rumah. Jam di pergelangan tangannya Qis belek.

            Amar Farish hanya menganggukkan  kepalanya. Terperanjat  bila tiba-tiba saja tangannya ditarik oleh jirannya.

            " Allah! Qalish, " jerit Hajaratul Qistina.

            "Kenapa puan?" Tanya Amar Farish.

            Oh! Tidak, aku sudah terlambat  nak pergi ambil Qalish, di Tadika Impian. Matilah aku  dengan abang long. Pagi tadi abang long dah pesan supaya aku mengambil Qalish di tadika.
Abang long pula dah ke site. Macam mana ni? Getus Qis dalam hati.

            "Sorry!  Saya dah lambat ni. Saya masuk dulu." Hajaratul Qistina berjalan untuk masuk ke dalam rumah.

            "Puan… Saya nak cakap tapi jangan marah!" Teragak-agak Amar  Farish nak beritahu perempuan yang nampak serabut di depannya. Mana tak serabut, pakai baju lengan pendek dan seluar paras lutut dengan tudung terbalik.

            "Awak nak cakap apa? Cepatlah cakap, saya dah terlewat ni." Hajaratul Qistina masih menunggu apa yang hendak lelaki itu cakapkan padanya?

            "Sebenarnya  ada  liur  basi di tepi bibir puan. " Beritahu lelaki itu sambil tersenyum. Lega , dapat juga  memberitahu perempuan itu.

            Oh! Tidak……jatuhlah saham aku. Lelaki tu dah lihat ketidak sempurnaanku itu. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Pintu terus aku tutup dengan kuat . Malu.
Aku berlari masuk ke bilikku. Di depan cermin, aku belek mukaku . Ada garis bekas  liur bertepek di situ.

            "Arghhhh!!!! " Jerit Qis kuat. "Jatuhlah saham aku. Macam mana aku boleh tak perasan tadi. Tudung  yang  aku pakai pula terbalik. Nasib baik lelaki tu tak perasan tadi aku pakai tudung terbalik. Kus semangat! Aku  pandang  pula  seluar  yang aku pakai. Seluar paras lutut. Aku pakai seluar paras lutut dengan tudung terbalik. Baju pula lengan pendek." Gerutu Qis sendiri.

            Aduh ! Buat malu aku saja. Bukan setakat jatuh saham tapi merudum habis. Aurat yang dijaga selama ini dah ada mata yang melihatnya.

           
            "Arghhh!!!!!!!!" Jerit Qis lagi. Kali ini lagi kuat . Geramnya .

            Amar Farish  yang masih berdiri  di depan pagar , tergelak kuat.  Lucu bila teringatkan perempuan  itu. Pakai baju lengan pendek dengan seluar paras lutut. Pakai tudung terbalik pula tu. Fesyen apa pun dia tak tahu? Fesyen baru kut? Tutup aura apa macam tu? Gelaknya lagi.


            Selepas mandi dan memakai pakaian yang  lebih senonoh . Kali ini pakaian yang dipakainya sempurna. Siulan dari pekerja di sebelah rumah tak dihiraukannya.  Mujur lelaki tadi telah beredar dari pagar rumah.

            "Matilah  aku  nak pujuk budak tu." Bebelnya  sendiri. Qalish  adalah  anak abang Hakim iaitu abang Qis.

            Setelah bersiap ala kadar dia mengunci pintu rumah dan masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Gate dibuka secara automatic. Keretanya dipandu keluar dari garaj. Gate  kembali ditutup. Laju  dirinya  memandu kereta  menuju ke Tadika Impian. Mujurlah Tadika Impian berada tidak jauh dari rumahnya.

            Kereta  diberhentikannya di pinggir jalan di hadapan Tadika Impian. Dari  jauh dirinya dapat melihat Qalish sedang dipujuk oleh guru tadikanya.

            "Aduh! Teruklah  aku  nak  pujuk  Qalish ni." Qis keluar  dari  kereta  dan  berjalan masuk ke Tadika Impian.

            "Assalamualaikum  cikgu Nur." Salam Qis berikan pada cikgu Nur Wafiah yang sedang memujuk Qalish.
           
            "Waalaikumussalam…."jawab cikgu Nur Wafiah.

            "Qalish, sorry! Mama terlambat tadi." Qalish sudah menundukkan kepalanya. Merajuklah tu.

            "Terima  kasih cikgu Nur, kami balik dulu." Aku  mendukung Qalish dan masukkan ke dalam kereta. Mujurlah  Qalish  tidak  semontel  Syirah. Tahu  sangat dengan perangai Qalish, kalau merajuk jangan harap Qalish  akan berjalan sendiri, melainkan aku kena dukung bawa masuk ke dalam kereta .

            "Qalish, kita nak makan dekat mana?" Tanya Qis. Cuba menarik minat Qalish untuk berbicara  dengannya.

            "Apa kata mama belanja Qalish, makan ayam KFC ?" Tanya Qis sambil memandu dengan cermat.

            "Nak!" Cepat saja Qalish menjawab.

            "Mama , Qalish nak makan paha ayam. Boleh mama?" Tanya Qalish.  Matanya sudah  kembali bercahaya bila menyebut ayam KFC. Begitu kuat pengaruh ayam KFC pada anak sekecil itu.

            Baiklah ! Kalau nak makan ayam goreng, tak boleh merajuk,  kalau  tidak mama  batalkan makan ayam goreng. "Sengaja Qis mengusik Qalish.

            "Qalish tak merajuk dah mama. Qalish nak makan ayam goreng. Bolehkan mama? Tanya Qalish dari tempat duduk penumpang disebelah Qis.

            "Okey! Sebab hari ini Qalish baik , mama belanja Qalish makan ayam KFC."
           
            "Horey!" Makan KFC, Qalish bertepuk tangan kerana gembira.

            Senang hati Hajaratul Qistina , kerana dapat membuatkan hati anak saudaranya gembira. Kasihan anak ini kerana kehilangan ibunya dalam usia yang masih muda.

            Bunyi handphone mengejutkan mereka berdua. Dipandangnya handphone sekilas. Panggilan dari abangnya Hakim. Setelah menyentuh butang answer dia menyerahkan handphone itu pada Qalish.

            "Qalish! Cakap dengan papa, sayang. Mama tengah drive kereta."Handphone diserahkan pada Qalish.
           
             "Hello papa!"

            "Waalaikumussalam, " jawab Qalish. Mungkin papanya telah memberikan salam pada Qalish.

            "Bila papa nak balik?" Soal Qalish.

         "Papa tak boleh balik?" Mungkin Qalish sedang mengulang apa yang dicakapkan oleh papanya.

            "Qalish rindukan papa," mata Qalish sudah bergenang dengan airmata. Kasihan Qalish, abang long  kerja luar selama seminggu. Selama abang long tak ada, dirinya yang akan menjaga Qalish.

            "Belum," jawab Qalish.

        "Qalish nak makan KFC dengan mama." Qalish memandang Qis. Kini matanya kembali bercahaya.

            "Okey! Nanti Qalish cakap dengan mama. Bye! Papa, Qalish pun sayangkan papa,  jawab Qalish.

            Qalish menyerahkan semula handphone ke tangan Qis.

            "Papa kirim salam, "kata Qalish.

            "Waalaikummussalam, "jawab Qis. Kereta sudah diparkir berhampiran restoran KFC.

            Eh! Lelaki itu pun ada di sini? Soalnya dalam hati. Kereta dan nombor yang sama dengan kereta lelaki itu.

3 comments: