Reenzarini

Friday 21 February 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 8



BAB 8    

      Sebuah kereta yang berhenti berhampiran pagar rumah sebelah, diperhatikannya. Mungkin hendak membeli rumah sebelah , fikirnya dalam hati. Rumah itu dalam proses untuk dijual.

            Keluar seorang lelaki yang bercermin mata gelap. Dah petang pun masih lagi bercermin mata gelap. Getus Qis dalam hati.

            "Assalamualaikum!" Salam diberikan lelaki itu padanya.

            "Waalaikumussalam," jawab Qis.

            " Ada apa encik?" Tanya Qis. Pintu  pagar rumah  yang tertutup rapat didekatinya. Hanina dan Insyirah juga  mengikutnya dari belakang.

            "Maafkan saya. Rumah sebelah , nak dijual ke?" Soal lelaki tu pada Qis.

            "Saya dengar pun  macam itu la. Saya sendiri pun tak berapa nak pasti ,encik. Kenapa,  encik nak beli ke?" Sibuk pula dirinya bertanyakan  lelaki itu.

            "Puan tahu tak, berapa harga hendak dijual?" Tanya lelaki itu padanya.

          "Maaflah. Saya pun kurang pasti. Saya pun jarang bertemu dengan tuan rumah," beritahu Qis padanya.

            "Kalau tak silap saya, ada nombor untuk dihubungi di depan pagar tu," beritahu Qis  padanya.

      "Tak perasan pula saya." Jawab lelaki itu sambil tersenyum. Mungkin  malu  kerana kecuiannya itu. Matanya  menghala ke pintu pagar rumah sebelah. Tangannya  mula mencatit nombor  yang tertera di situ.

            "Syirah….janganlah  bergantung di betis . Susah nak berjalan nanti." Tegur Qis pada Insyirah. Suka sangat anak itu bergantung di kakinya.

            "Anak-anak puan ke ? "Soalnya  pada Qis.

            Qis hanya tersenyum padanya. Mungkin lelaki itu tak perasan tadi, dia ada membahasakan dirinya sebagai auntie. Qis hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan padanya.

            "Nak dukung, "rengek Insyirah. Qis mendukung Syirah. Semangat badan budak Syirah, montel. Pipi itu Qis cium sekali.

            "Comelnya mereka, comel macam mama mereka." Perlahan Qis mendengar lelaki itu berkata.

            Qis memandang lelaki itu. Dia kenal kak Hani ke?Tanya Qis dalam hati.

            "Maafkan saya. Saya pergi dulu." Kata lelaki itu sebelum masuk ke dalam kereta.

           Lelaki itu pernah dilihatnya.Tetapi entah  di mana dia pernah melihat lelaki itu?Matanya masih memandang kelibat kereta yang sudah menjauh.

           Kereta itu? Bukankah itu kereta mewah yang diparkir bersebelahan dengan kereta aku di tanah perkuburan tadi? Bisik Qis dalam hati.

            "Auntie, nak turun." Hajaratul Qistina dikejutkan dengan suara rengekan Insyirah.

            "Ada apa Syirah? " Tanya Qis pada Insyirah. Pipi anak itu diciumnya.


            "Nak turun, " rengek Insyirah lagi.

            "Sekejap ! Auntie Qis letakkan Syirah dekat kerusi, kita minum dulu." Qis meletakkan Syirah duduk di kerusi batu.  Kelihatan kereta abang Omar  masuk ke  garaj sewaktu dia sedang melayan anak-anak itu minum petang. Pintu pagar kembali tertutup.

            Kak Hani muncul menyambut kepulangan abang Omar. Tangan abang Omar disalam oleh kak Hani. Anak-anak itu pun berebut-rebut untuk bersalam dengan ayah mereka.

            "Jemput minum, abang Omar, "ajak Hajaratul Qistina.

            " Airnya bang." Kata kak Hani sambil menghulurkan secawan teh o kepada abang Omar.

            "Terima kasih, Hani." Ucap abang Omar sambil tersenyum pada kak Hani.

            "Abang Omar minumlah dulu. Qis nak naik ke atas dulu. Hari pun dah petang ni. Jam di pergelangan tangan dibelek. Sudah hampir kepukul enam petang. Selalunya waktu inilah kak Hani dan abang Omar balik ke rumah mereka. Bila mereka balik nanti sunyilah dirinya.

            "Akak dah nak balik ni Qis. Nanti kunci pintu dan makan malam. Akak dah sediakan semuanya."Pesan kak Hani.

            "Baiklah kak Hani. " Qis bersalaman dengan kak Hani dan anak-anaknya. Pipi anak-anak itu dicium berkali-kali.

            "Elok-elok memandu , abang Omar." Pesan Qis pada abang Omar.

            "Yalah! Qis. Abang balik dulu." Kak Hani muncul dengan barang-barang di tangannya.

            Selepas mereka balik , Qis pun masuk ke dalam rumah. Tak lupa dia mengunci pintu rumah. Laju saja dia melangkah ke bilik air, dan membersihkan dirinya. Usai berwuduk dia menunaikan solat Asar.

            Usai bersolat dia hanya baring di katil untuk merehatkan badan yang terasa keletihan. Dia mengambil sebuah novel yang bertajuk "Aku ingin menjadi wanita yang tabah." Karya penulis dari seberang. Buku itu dibelinya sewaktu dia ke Indonesia. Tajuk novel itu begitu menarik perhatiannya. Kerana kekangan masa, dia belum berkesempatan untuk membaca buku itu.

***********

            Walaupun  kini Hajaratul Qistina tinggal berasingan dari abah dan mama mertuanya tapi mereka tetap mengambil berat tentang kehidupan Qis. Qis kini telah bekerja dengan bapa mertuanya.

             Dia tinggal di rumah yang telah dibeli oleh arwah suaminya. Rumah impian mereka berdua. Semasa dia meminta izin untuk berpindah ke rumah ini , abah dan mama juga membantah permintaannya itu.
           
            Tetapi dia tetap berdegil untuk berpindah ke rumah ini. Ini semua dilakukan demi keluarganya. Memudahkan  ayah dan emak jika mahu melawatnya. Datuk  dan Datin juga tak kisah jika keluarganya datang ke rumah mereka , tetapi keluarganya segan, jika hendak tinggal lama di rumah Datuk dan Datin.

            Rumah ini juga tidak jauh dari rumah mertuanya. Jika ada kelapangan, mama juga akan menziarahinya bersama dengan abah. Kalau dia ada kelapangan , dia juga akan ke rumah mereka.

**********

            Hajaratul Qistina baru saja sampai dari Perlis. Sepanjang malam dia memandu keretanya. Walaupun ditegah oleh Datuk Mohsein tapi dia tetap nak memandu sendiri. Akhirnya Datuk Mohsein mengalah juga. Abang Omar di minta bercuti sepanjang dia berada di Perlis.

            Kini masanya hanya ditumpukan pada pekerjaan. Tidak mahu memikirkan soal jodoh. Biarlah dia hidup sendiri.

**********

            Ketung-ketang ! Ketung ketang! Bunyi bising yang datang dari rumah jiran sebelah membuatkan Qis terjaga dari tidur.

            Aduh! Bisingnya .Orang nak tidur pun tak senang. Qis mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bangun menuju ke balkoni. Kepala dijengukkan sedikit untuk melihat apa yang sedang berlaku di rumah sebelah?

            Beberapa orang sedang melakukan kerja-kerja renovate rumah sebelah.  Qis tutup semula sliding door yang dibukanya tadi.
           
            "Dah  ada  pembeli  agaknya  rumah  tu, harap-harap dapat jiran yang baik hati, " bisik Qis  sendiri. Dia menguap beberapa kali. Direbahkan dirinya di  sofa di ruang tamu.

            "Arghh!!! Mengantuknya." Jerit Qis kuat. Mana tak mengantuknya, dia baru saja tiba dari kampung pada pukul lima pagi tadi. Sengaja dia bertolak waktu malam dari Perlis.

            "Ding dong! Ding dong! Siapalah yang gatal datang pagi-pagi buta ni." Tudung di atas sofa disarung ke kepala.

            Pintu rumah di kuak luas. Dia menjengukkan kepala ke pagar rumahnya. Seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar rumahnya. Matanya menghala ke arah Qis.


            "Ya! Ada apa encik? Jual barang ke?" Tanya Qis.  Mata digosok untuk menghilangkan rasa  mengantuk.

            "Bukan, jawab Amar Harish.

            "Ada gaya ke aku seperti penjual barang. "Bisik Amar Farish sendiri. Tubuhnya dibelek.

       p/s Semua ini versi yang belum di edit,kalau ada kesalahan harap dimaafkan.  Terima kasih adik-adik. 

 

2 comments: