Reenzarini

Thursday 4 December 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI ( LAST TEASER)


LAST TEASER
 Keputusan telah aku buat. Abang Amer aku hubungi. Tempat pertemuan kami adalah  sebuah restoran yang pernah kami kunjungi suatu masa dulu.Aku memilih tempat duduk yang agak jauh dari pandangan pelanggan yang datang menjamu selera.

“Dah lama sampai.” Tanya Amer Rafik sambil tersenyum manis. Dia mengambil tempat duduk di hadapan gadis yang sering dirindui.

“Baru lagi.” Jawabku. Wajah abang Amer aku renung sekilas. Agak cengkung wajah lelaki yang pernah bertahta di hatinya.

“Nak makan apa encik, cik.” Seorang pelayan datang mengambil pesanan kami.

“Fika nak makan apa? Abang Amer belanja hari ini.” Terukir senyuman di bibirnya.

“Macam biasa.” Jawabku. Sesekali aku pandang di sekitar restoran itu. Masih macam dulu juga tempat ini. Masih ramai pelanggan yang datang menjamu selera.

“Bagi nasi ayam  dua dan milo ais dua.” Abang Amer membuat pesanan untukku. Kiranya dia masih ingat makanan dan minuman kegemaranku. Tapi sayangnya hubungan kami tak macam dulu lagi.

Sementara menunggu pesanan kami tiba, kami berbual kosong. Rasanya lebih baik aku beritahu abang Amer setelah kami makan. Abang Amer masih macam dulu juga. Masih kacak, masih penyayang dan prihatin denganku. Cuma wajahnya nampak keletihan. Perbualan kami langsung tak menyentuh soal keluarga.

Setelah pesanan kami tiba terus kami makan tanpa berlengah lagi. Mm...sedap nasi ayam ni. Masih sama macam dulu. Getusku dalam hati. Aku cuba menyedapkan hatiku yang sedang kegelisahan. Apakah penerimaan abang Amer jika dia tahu hatiku telah beralih arah?

“Perut abang Amer lapar sangat. Semalam abang Amer tak sempat nak makan. Banyak sangat pesakit semalam.” Abang Amer menceritakan tentang kerjanya. Aku hanya mendengar tanpa menyampuk ceritanya.

“Habis abang baru balik dari kerjalah ni?” Soalku bila abang Amer selesai bercerita.

“Pukul tujuh tadi abang Amer habis bertugas. Ikutkan hati memanglah letih tapi abang dah tak sabar nak jumpa Fika.” Jawab Amer Rafik sambil meneruskan suapannya. Berselera dia makan hari ini. Lebih-lebih lagi ditemani oleh gadis kesayangannya.

“Kesiannya abang Amer. Tak sempat nak berehat pun. Maafkan Fika. Dah lamakah abang Amer bertugas di sini?” Setahu aku abang Amer masih bertugas di Johor.

“Baru seminggu. Itu yang kalut sikit tu. Dekat Johor taklah seramai pesakit di sini.” Terang abang Amer padaku.

“Bagaimana dengan kak Iffah? Dia ikut abang Amer sekali ke?” Soalku bila aku lihat abang Amer menyudahkan suapannya yang terakhir.

“Dia masih di rumah lamanya. Kami tak pernah tinggal serumah. Masa dekat Johor tu abang Amer tak tinggal lagi di sebelah rumah Iffah. Dah lama abang Amer pindah rumah yang berdekatan dengan hospital. Abang Amer tinggal bersama dengan kawan abang Amer.”

“Abang Amer tak kesian ke dengan kak Iffah yang sedang hamil? Bagaimana jika kak Iffah nak bersalin nanti?” Soalku pada abang Amer.

“Sudah abang Amer katakan pada Fika dulu. Abang Amer mahu semula kegembiraan abang Amer sebelum menikah dengan Iffah. Pada keluarga abang Amer mereka dah tahu kebenarannya dan mereka berserah pada abang Amer. Cuma keluarga Fika yang belum tahu. Abang bercadang nak bagi tahu mereka setelah Iffah bersalin nanti.” Hatinya sudah sebulat suara menceraikan Iffah. Hanya itu saja jalan yang dapat difikirkannya.

“Tak bolehkah abang Amer berikan peluang pada kak Iffah.”

“Maafkan abang Amer. Abang Amer tak sanggup lagi bersama dengan Iffah. Iffah tak pernah hormatkan abang. Abang rimas dengan Iffah.”

“Abang Amer juga berharap Iffah dapat kembali semula bersama Johan. Abang Amer telah berjumpa dengan Johan dan dia bersetuju menerima Iffah kembali. Abang Amer juga berharap Fika dapat terima abang Amer semula.”

“Maafkan Fika…..abang Amer. Fika dah buat keputusan. Fika dah fikir masak-masak. Fika tak dapat terima abang Amer semula. Hati Fika dah tawar nak terima abang Amer semula.”

“Fika….tolonglah terima abang Amer kembali. Abang Amer ingin bahagia bersama Fika.Semua yang berlaku bukan salah abang Amer. Abang Amer mohon dengan Fika. Kembalilah pada abang Amer. Hanya Fika cinta hati abang Amer.”

“Abang Amer…bahagia boleh di cari. Abang Amer carilah kebahagiaan abang Amer. Fika sentiasa mendoakan abang Amer akan temui kebahagiaan abang Amer semula.Untuk kembali pada abang Amer. Fika minta maaf. Fika tak mampu lakukannya.” Entah kenapa hatiku terasa sedih bila menyatakan kebenarannya. Kejamkah aku?

“Fika dah ada seseorang ke?” Hatinya terdetik mengatakan Fika sudah ada orang lain.

“Ya abang Amer. Hati Fika sudah temui seseorang. Fika juga ingin cari kebahagiaan Fika. Fika tak mahu dituduh sebagai penyebab perceraian abang Amer nanti. Fika minta maaf sangat-sangat abang Amer. Fika harap abang Amer faham.”

“Mudahnya Fika melupakan abang Amer. Sedangkan abang Amer tak pernah sedikit pun melupakan Fika.” Sedih  hati Amer Rafik bila mendengar kekasih hati yang selama ini dirindui sudah melupakannya. Apakan dayanya. Fika sudah tidak mencintainya lagi. Begitu mudahnya cinta datang dan pergi. Adakah cintaku tidak bernilai di mata Fika?

“Abang Amer….maafkan Fika.” Hati aku turut tersentuh bila melihat air mata yang bergenang di mata abang Amer. Air mata turut bergenang di mataku. Hanya simpati aku pada abang Amer.

“Fika tolong tinggalkan abang Amer sendiri. Abang Amer nak tenangkan diri. Abang Amer doakan Fika bahagia. Jika ada kesusahan datanglah cari abang Amer. Abang Amer tetap sayangkan Fika. Kini dan selamanya.” Tiba-tiba aku lihat air mata abang Amer menitis di pipinya. Segera abang Amer hapuskan air mata yang menitis itu.

 Kesedihan turut melanda hatiku. Air mata menitis di pipiku. Apa dayaku hatiku sudah beralih arah. Hanya Eric yang ku cintai kini.

“Abang Amer…….”aku hulurkan kotak cincin kepada abang Amer. Abang Amer mengambil kotak yang aku hulurkan itu.

“Ini cincin yang abang Amer beli khas untuk Fika.” Amer Rafik memeluk dan mencium kotak cincin di dalam genggamannya.  Sedih hatinya sudah tak tertahan lagi.

“Jika Fika masih ada simpati pada abang Amer. Fika simpanlah cincin ini.” Kotak cincin itu di hulurkan kembali padaku.

Demi perasaan simpati dan juga sisa-sisa kasih aku pada abang Amer aku terima semula cincin itu.

“Terima kasih Fika kerana pernah mencintai abang Amer. Abang harap Fika bahagia.Tolong tinggalkan abang Amer sendiri. Jika tidak abang Amer tak dapat nak melepaskan Fika pergi. Pergilah Fika. Tinggalkan abang Amer segera.” Amer Rafik menutup mukanya dengan tapak tangannya. Tak mahu gadis itu melihat dirinya yang sedang bersedih.

“Maafkan Fika. Fika pergi dulu.” Pipiku turut basah dengan air mata. Segera aku keluar dari restoran itu. Aku berhenti setelah agak jauh berjalan. Tubuhku bawa bersandar di tiang. Kotak cincin dalam gengaman aku peluk ke dada. Tangisanku pecah di situ. Hatiku turut bersedih. Berdosakah aku memusnahkan hati abang Amer?

Sepeninggalan Fika. Amer Rafik duduk menyepikan diri. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Mencintai tak semestinya memiliki. Hatinya berbisik.

**********

“Sayang….kenapa ni?”Bahuku dipegang seseorang. Segera aku berpaling.

“Abang…..Fika sedih tengok abang Amer macam tadi.” Air mataku semakin lebat membasahi pipi.

“Abang faham. Sayang…..masuk dalam kereta dulu. Malu orang tengok sayang menangis macam ni.” Kepalaku yang bertudung Eric usap lembut. Eric membawa aku masuk ke dalam kereta. Keretanya berada tak jauh dari situ. Rupa-rupanya Eric mengikut aku dari tadi.

Masuk saja ke dalam kereta semakin kuat tangisanku. Aku lepaskan semua kesedihan aku di dada Eric. Setelah puas meratap hiba barulah terasa lega hati aku.

“Bagaimana? Dah hilang sedih tu?” Soal Eric yang masih menahan dadanya buat tempat aku menangis.

“Maafkan sayang. Tadi sayang sedih sangat tengok abang Amer menangis.” Malu pula menangis tak ingat dunia di dada Eric.

“Tak mengapa dada abang ni untuk sayang juga.” Sempat Eric mengusik aku.

“Sayang nak balik.” Air mata masih mengalir di pipiku.

“Tak nak pergi jalan-jalan dulu?” Baru nak bermanja dengan Sayang dah nak balik.

“Malulah nak jalan-jalan. Mata dah macam panda. Nanti orang tengok.” Tisu di tangan aku usap di pipi dan hidungku. Berkali-kali aku lap tapi air mata itu tetap mengalir seperti tidak mahu berhenti.

“Tak payah turunlah, kita duduk dalam kereta sambil memandu. Bagaimana sayang? Kalau lapar kita singgah beli burger.” Tanya Eric. Masih ingin bersama kekasih hatinya.

“Kalau macam tu ikut abang la.” Ujarku pada Eric. Suaraku sudah serak kerana banyak menangis.

“Abang cemburu tengok sayang menangis untuk Amer Rafik.”

“Tak payah nak cemburulah. Sayang cuma bersimpati dengannya.” Ya....adakah aku bersimpati atau kasih sayang aku masih ada buat abang Amer?

“Betulkah ni? Sayang tak ada apa-apa perasaan lagi padanya?” Soal Eric.

“Sayang hanya simpati padanya.” Jawabku sambil memandang keluar kereta.

I love you sayang.” Ucap Eric sambil merenungku.

I love you too abang.” Balasku.

"Pandang depan. Bahaya memandu tak pandang depan.” Pipinya aku tolak supaya mengadap ke depan. Terkekeh Eric ketawa.

Selamat tinggal abang Amer. Semoga satu hari nanti abang Amer akan bertemu dengan seorang gadis yang lebih baik dari aku. Sesekali air mata bergenang di mataku.

“Sudahlah tu sayang. Jangan menangis lagi. Nanti abang menangis sama susah sayang nak pujuk.” Pujuk Eric. Tergelak aku dengan kata-kata Eric itu. Sering kali kata-katanya mengundang ceriaku.

**********

Hari yang ditunggu pun tiba. Aku balik beberapa hari lebih awal untuk membuat persediaan. Eric yang menghantar aku balik dengan membawa barang-barang hantaran pertunangan untuk majlis kami.

“Susahkan abang saja kena hantar sayang balik.” Aku memanggil Eric abang sejak dia melamarku. Itu pun atas permintaan dari Eric.

“Tak susah. Sayang kan bakal isteri abang. Mestilah abang bimbang jika sayang balik naik bas.”

“Sayang  dah biasa naik bas la bang. Tak sesat punya.” Jawabku.

“Bukan masalah sesat tapi hati abang tak tenang. Dalam hati abang asyik fikirkan sayang saja. Sayang duduk di sebelah siapa pun abang tak tahu? Kalau duduk sebelah perempuan tak apa juga tapi kalau duduk sebelah lelaki tak senang duduk abang.”

“Iyelah….terima kasih sebab hantar sayang balik. Kalau abang tak hantar macam mana sayang nak bawa barang-barang ni semua balik.”

“Hah! Tahu pun.” Ujar Eric. Tak lama kemudian Eric membelok masuk ke halaman rumahku. Di hadapan rumah telah terdiri dua buah khemah. Eric pandang aku sambil tersenyum. Keretanya dipandu terus masuk ke bawah khemah yang masih kosong.

Setelah makan tengahari dan berehat sebentar Eric bertolak balik ke KL.
**********
“Fika….ayah nak cakap dengan Fika sikit.” Waktu itu aku sedang membantu emak menghias hantaran pertunanganku.

“Ayah dah dapat hubungi mama dan daddy Fika.”

“Betulkah ayah?” Soalku kembali. Tidak aku nyatakan pada mereka yang aku sudah bertemu dengan abang Affif kecuali aku belum bertemu dengan mama dan daddy.

“Betullah. Takkanlah ayah nak tipu pula.” Soalku kembali. Emak yang berada tak jauh dari situ hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Di mana mereka ayah?” Tak sabar aku ingin tahu tentang keluargaku. Adakah abang Affif benar-benar adalah abang kandungku. Aku inginkan kepastian.

“Insya-ALLAH. Esok mereka akan hadir di majlis pertunangan Fika.”

“Seronoknya ayah. Dapat juga mereka hadir dalam majlis tu nanti.” Ayah dan emak hanya tersenyum. Wajah mereka kelihatan muram.  Adakah mereka bersedih jika aku sudah temui keluargaku?
**********
“Fika…..jom ke ruang tamu sekejap.” Ajak mak long. Mak long adalah kakak sulung ayah. Dia tinggal di Batu Pahat Johor.

“Rombongan dah sampai ke mak long?” Tapi aku rasa masih awal lagi. Janji pukul sebelas nanti.

“Belum. Tapi ada tetamu yang datang nak berkenalan dengan Fika.” Ujar mak long lembut. Aku sayang sangat dengan mak long. Mak long baik. Mak long penyayang.

“Siapa mak long?” Hatiku berdebar-debar.

“Ada la. Jom turun sekejap.”

“Tapi Fika belum bersiap lagi mak long.”

“Sekejap saja sayang.” Mak long tarik tanganku ke ruang tamu. Di ruang tamu aku lihat seorang lelaki mat Salleh dan seorang wanita yang masih jelita. Mereka memakai pakaian sedondon. Yang lelakinya berbaju melayu warna biru dan yang wanitanya memakai baju kurung juga berwarna biru. Eh! Sedondon dengan aku la.

“Fika….”panggil satu suara lelaki dari belakangku. Segera aku berpaling ke belakang.

“Abang Affif? Bila abang Affif sampai?” Macam mana dia boleh berada di sini? Soalku dalam hati.

Affif Naufal hanya tersenyum.

“Fika.” Ayah mengamitku. Aku menghampiri ayah.

“Fika…..inilah mama dan daddy Fika.” Ayah memperkenalkan mereka sebagai mama dan daddy aku.

Aku pandang mereka lama. Air mataku sudah bertakung di pelupuk mata. Setelah mengedipkan mataku jatuhlah air mata membasahi pipiku.

“Fika….”panggil wanita yang ayah cakap mamaku.

“Maafkan mama, sayang.” Wanita itu mendekatiku. Air mata juga membasahi di pipi wanita itu.

“Mama…”air mataku semakin lebat membasahi pipiku. Tubuhku dipeluk wanita yang diperkenalkan sebagai mamaku. Pipiku diciumnya bertalu-talu.

“Mama miss you, sayang.” Kami saling berpelukan dan bertangisan. Tangisan kegembiraan. Ayah, emak dan mak long yang berada di ruang tamu turut menitiskan air mata.

“Kenapa mama tinggalkan Fika?” Soalku dengan suara serak kerana menangis.

“Mama dan daddy ada kesulitan. Sebab tu mama tak dapat nak jaga Fika. Maafkan mama dan daddy.” Air mataku mama lap dengan jari jemarinya yang lembut.

“Ini daddy, sayang.” Mama memperkenalkan daddy padaku. Tubuhku sudah berada dalam pelukan lelaki yang diperkenalkan sebagai daddy. Pipiku dicium kiri dan kanan oleh daddy.

“Maafkan kami, sayang. I miss you so much. Daddy harap lepas ini kita tak akan berpisah lagi.” Pelat daddy bercakap dalam bahasa melayu. Pipiku dikucup lagi. Pipiku yang basah daddy lap dengan saputangannya.

“Jangan  menangis, hari ini hari pertunangan Fika. Nanti bengkak pula mata anak daddy.” Daddy cium di kedua belah kelopak mataku. Aku senang dimanjakan daddy.

“Ehem! Ehem! Dah lupakan abang Affif ke?” Satu suara mengejutkan kami dari belakang.

Abang Affif depangkan kedua belah tangannya. Aku terus meluru memeluk tubuh abang Affif. Kini aku sudah tidak ragu lagi dengan abang Affif. Sememangnya dia adalah abang kandungku yang telah terpisah sejak kecil.

“Sekarang barulah Fika yakin abang Affif adalah abang kandung Fika.”

“Kenapa? Tak percaya ke?” Soal Affif Naufal. Cara dia bercakap membuatkan semua yang berada di situ ketawa. Terima kasih ya Allah kerana mengembalikan keluargaku.

“Fika gembira kerana Fika dah dapat kembali keluarga Fika. Terima kasih ayah, emak.” Tubuh emak aku peluk erat. Kasihku pada emak dan ayah melebihi segalanya. Tanpa mereka siapalah aku?

“Emak harap Fika tak melupakan kami. Banyak salah mak pada Fika. Mak harap Fika maafkan mak.” Mata emak merah kerana menangis. Begitu juga dengan ayah. Sedih….tak lama lagi anak ini akan meninggalkan mereka.

“Fika tak pernah melupakan mak dan ayah. Emak dan ayah tetap ibu bapa Fika.”

“Sudahlah tu. Pergilah bersiap. Tak lama lagi rombongan sampai.” Tegur ayah.

“Fika nak bersiap dulu. Nanti Fika turun lagi. Mama, daddy dan abang Affif jangan ke mana-mana tau. Fika tak puas lagi jumpa daddy, mama dan abang.”

“Jangan risau dik. Abang tak akan ke mana-mana.” Jawab Affif Naufal sambil tersenyum. Mama dan daddy ikut tersenyum padaku. Aku membalas senyuman mereka.

**********


Setelah memakai baju kurung moden yang Eric tempah khas untuk aku. Aku dimekapkan oleh seorang jurusolek yang Eric tempah khas dari KL. Sempat Eric berpesan pada jurusolek itu supaya jangan mekap yang keterlaluan.

“Fika….cantiknya kau pakai macam ni. Berseri sangat.” Aniza memujiku.

“Yalah Fika! Cantik sangat. Selalu kau tak pakai mekap macam ni. Mestilah berseri-seri bila sesekali mekap macam ni.” Puji Sarah pula. Aniza dan Fika sampai pagi tadi. Abang Am dan isterinya tak dapat hadir kerana ada majlis kenduri sebelah isteri abang Am.

“Tak secantik mana pun Niza , Sarah.” Aku merendah diri.

“Betul aku cakap Fika. Cantik sangat kau pakai macam ni. Kan, Sarah?” Tanya Aniza pada Sarah.

“Iyelah Fika!  Kau cantik sangat pakai macam ni. Berseri-seri wajah kau. Orang bahagialah katakan.” Puji Sarah.

“Cantik ke? Terima kasih!” Ucapku sambil tersenyum manis.

“Sama-sama kasih!”Jawab Aniza dan Sarah serentak sambil ketawa. Tubuhku dipeluk mereka.

“Assalamualaikum……”sapa satu suara.

“Waalaikumussalam……”jawab kami serentak.

“Mama….masuklah.” Panggilku. Pada Aniza dan Sarah sudah aku kenalkan pada keluarga kandungku.

          Selesai disolek. Aku dipakaikan selendang yang ditempah khas oleh Eric dari Dubai. Memang cantik di mataku. Harganya dirahsiakan oleh Eric.

“Cantiknya anak mama.”Puji puan hajah Jasmin Humairah.

“Ya auntie! Cantik macam auntie.” Puji Aniza pula.

Tersengih puan hajah Jasmin mendengar pujian dari teman anaknya.

“Terima kasih mama kerana hadir hari ini. Fika gembira dengan kehadiran mama, daddy dan abang Affif.”

“Mana mak? Sejak tadi mak tak naik ke bilik Fika. Mak marahkan Fika ke mama?” Tanyaku pada mama. Manalah tahu emak tak sukakan kehadiran mamaku di majlis kami.

“Tadi kakak Fika yang nama Iffah tu balik. Bawa baby. Entah apa yang dimarahkannya pun mama tak faham. Mereka masuk ke bilik mak dan ayah Fika. Sampai sekarang masih tak keluar-keluar lagi.”

Hatiku berdebar-debar. Adakah kak Iffah akan buat kecoh. Abang Amer ada bersama juga ke? Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doaku dalam hati.

“Rombongan dah sampai!” Entah siapa yang menjerit. Aku ke tingkap dan menyelak langsir bilik. Kelihatan beberapa buah kereta mewah sudah berhenti di depan khemah.

“Mama turun ke bawah dulu. Nak sambut tetamu.” Sempat mama cium pipiku.

Lebih kurang sepuluh buah kereta mewah yang hadir mengiringi keluarga Eric ke Melaka. Halaman rumah dipenuhi dengan sanak saudara Eric dan jiran tetangga kami. Mereka masuk dengan membawa dulang hantaran merisik sekaligus dulang hantaran untuk majlis pertunangan kami.

Dari jendela bilikku , aku dapat melihat kereta mewah Eric turut bersama rombongan itu. Kelihatan Eric segak berbaju melayu sedondon denganku.

 Aku diam dalam bilik sewaktu majlis merisik dan bertunang. Tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh dari ruang tamu. Aku menerpa turun ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku.

           Kelihatan kak Iffah sedang membaling segala hantaran yang di bawa oleh pihak lelaki dan hantaran dari pihak perempuan yang memang telah sedia ada di ruang tamu.


“Sabar Iffah! Jangan buat macam ni malu orang tengok.”Ayah dan emak cuba memujuk kak Iffah yang sedang membaling dan memusnahkan segala hantaran yang ada. Rombongan yang datang ada yang sudah keluar dari ruang tamu. Mungkin rasa terganggu dengan apa yang dah berlaku.



“Jangan harap aku nak biarkan betina tu hidup bahagia. Macam mana dia musnahkan hidup aku, macam tu juga aku akan musnahkan hidup dia.” Dengan kata-kata kesat kak Iffah terus merosakkan hantaran yang ada. Habis semuanya rosak. Dipijak dengan kakinya.

Tergamam aku melihat semua hantaran yang telah musnah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata sambil dipeluk oleh mama.  Sayu hatiku melihat  semua barang hantaran yang telah kak Iffah musnahkan.

“Kak Iffah! Apa yang kak Iffah buat ni? Kenapa kak Iffah rosakkan semua hantaran ini? Apa salah Fika pada kakak?” Air mata menitis laju di pipiku.

“Kau tanya apa salah kau?” Jerkah Iffah Najihah garang.

“Apa lagi yang kak Iffah tak puas hati dengan Fika? Apa salah Fika pada kak Iffah?” Tanyaku pada kak Iffah

“Kau sengaja nak menayang pada aku. Kau megahlah boleh dapat lelaki yang lebih baik dari aku. Lebih kaya dari Amer Rafik. Berambus kau dari sini. Aku tak mahu tengok muka kau lagi,” jerit kak Iffah sambil menolak aku hingga terjatuh.

“Fika!” Affif  Naufal menerpa membantu adiknya bangun. Dia juga bingung memikirkan apa yang berlaku. Sebentar tadi Amer Rafik keluar tanpa menegurnya. Eric turut menerpa ke arahku.

“Sayang okey.” Tanya Eric Farhan Haikal.

“Sayang okey. Abang jangan bimbang.” Jawabku.

“Iffah! Kenapa kau buat Fika macam ni? Apa salah kami dengan kau?” Soal Eric Farhan Haikal. Melihat Iffah memusnahkan semuanya membuatkan hatinya geram.

“Abang…..biar sayang yang selesaikan semuanya.”

“Tapi sayang. Abang sakit hati tengok perangai Iffah ni. Suka-suka musnahkan majlis orang.” Marah Eric.

“ Kak Iffah dah bahagia dengan abang Amer. Dah ada anak pun. Kenapa nak marahkan Fika pula?” Tanyaku sambil berdepan dengan kak Iffah.

“Aku sakit hati kerana Amer masih cintakan kau. Dia tak pernah melayan aku. Kerana kau dia ceraikan aku. Amer dah ceraikan aku. Semuanya kerana kau.” Jerit Iffah Najihah.

 Tak habis-habis nak salahkan orang. Gerutu aku dalam hati.

“Abang Amer dah ceraikan kak Iffah bukan kerana Fika. Semuanya kerana kak Iffah sendiri. Kenapa pula nak salahkan Fika?”  Tanyaku dengan berani. Aku dah tak ada hubungan dengan abang Amer pun. Itu pun nak kecoh. Rungutku dalam hati.

“Kau tanya aku kenapa? Semuanya salah kau, perempuan jalang.” Jerit Iffah Najihah. Hatinya kembali baran.

“Bukan salah Fika semua tu berlaku. Tanyalah pada diri kak Iffah sendiri, apa yang telah kak Iffah lakukan pada abang Amer. Kak Iffah perangkap abang Amer dengan kehamilan kak Iffah. Kak Iffah masukkan ubat tidur dalam makanan dan minuman abang Amer. Semua tu salah Fika ke kak Iffah?”Tanyaku pada kak Iffah.

“Mana kau tahu semua ini Fika? Kau jangan nak tuduh yang bukan-bukan Fika.” Tanya Iffah Najihah. Terduduk dia di situ. Ingatkan selama ini tak ada siapa yang tahu. Tentang kejahatannya itu. Celaka! Siapa pula yang bocorkan rahsia aku ni. Bentak Iffah dalam hati.

     “ Fika tahu semua tu dari abang Amer. Kak Iffah lupa, Amer tu seorang doktor. Dia telah buat DNA antara dirinya  dan anak kakak. Sebenarnya anak kakak tu adalah anak Johan, kan? Kak Iffah sengaja perangkap  abang Amer sebab nak menumpang kemewahan mereka, kan? Kak Iffah musnahkan hubungan kami.”

“Mana  kau tahu semua ini? Kau memang anak pungut yang tak pernah sedar diri.” Marah Iffah Najihah.
           
“ Fika terima semua yang berlaku kerana Fika anggap jodoh abang Amer dengan kak Iffah. Selama ini Fika selalu mengalah dengan kehendak kak Iffah kerana Fika sedar diri ini hanya menumpang dalam keluarga ini.Tapi Fika juga ada hati dan perasaan kak.”

“Apa yang kau tahu? Kau tak tahu apa-apa.” Iffah Najihah bangkit berdiri.

“Hari ini majlis Fika. Kenapa kak Iffah sanggup musnahkan semuanya?”

“Sebab aku bencikan kau Fika. Aku bencikan kau!!” Jerit Iffah Najihah lantang.

“Auntie, uncle…..perempuan jalang macam ni ke auntie nak buat menantu? Dia dah musnahkan rumahtangga saya auntie , uncle. Suami saya dah ceraikan saya kerana perempuan ni.” Iffah cuba menghasut papa dan mummy Eric.

Mummypapa….jangan percayakankan dia. Dia sengaja nak balas dendam dengan Fika.” Eric cuba memujuk mummy dan papa nya.

“Eric! Jom kita balik. Tak sangka begini mereka menyambut kedatangan kita. Batalkan saja majlis ini. Memalukan!” Tuan Robert Lim menarik Eric supaya mengikutnya keluar dari rumah itu.

Papa! Tolong maafkan mereka. Jangan batalkan pertunangan ini. Eric cintakan Fika. Semua ini fitnah dari Iffah.” Eric cuba memujuk papa nya.

“Balik Eric. Kita dah dimalukan. Johnny! Bawa Eric balik.” Tuan Robert Lim mengarahkan pengawal peribadinya membawa Eric balik. Malu Tuan Robert dengan beberapa orang kenalan yang datang bersama dengan rombongan mereka tadi.

“Maafkan kami, tuan Robert. Anak perempuan saya yang bersalah. Fika tak bersalah. Semuanya kerana cemburu buta. Tolong jangan batalkan majlis ini.” Rayu encik Borhan.

“Kami telah dimalukan. Maaf! Majlis ini tak dapat nak diteruskan.” Tuan Robert keluar dari rumah itu bersama isterinya. Diikuti oleh ahli rombongan yang lain.

Masuk beberapa orang lelaki yang berbadan tegap mendekati Eric.

“Maafkan kami tuan muda. Kami hanya mengikut arahan dari tuan.” Ucap seorang dari pengawal itu.

“Sayang……” panggil Eric Farhan. Tubuhnya sudah ditarik keluar menuju ke kereta.

“Abang……..” Aku berlari ke pintu.

“Sayang……jangan bimbang. Abang akan pujuk papa.” Eric sempat menitipkan pesan  sebelum ditarik masuk ke kereta.

“Abang……jangan tinggalkan sayang.” Aku menangis sambil di peluk oleh Aniza dan Sarah. Mereka cuba memujukku. Pelamin anganku musnah. Longlai aku di situ.

“Sabar sayang……nanti daddy pujuk keluarga Eric.” Tuan haji Ahmad Haq cuba memujuk anaknya.

“Ya sayang……sabar. Nanti daddy cuba berbincang dengan keluarga Eric.” Puan hajjah Jasmin pula memujuk Fika.

“Rasakan apa yang aku rasakan. Kau tak layak bahagia.” Iffah Najihah ketawa seronok. Seronok melihat penderitaan musuhnya.

Pang! Satu tamparan mengena di pipinya membuatkan Iffah Najihah terjatuh.

“Ayah! Kenapa tampar Iffah? Sepatutnya ayah tampar perempuan ini.” Tengking Iffah Najihah.

“Ayah tampar kau sebab kau dah jatuhkan maruah ayah depan tetamu-tetamu ayah. Sepatutnya dari dulu lagi ayah tampar Iffah. Jah, bawa anak yang tak kenang budi ni masuk ke bilik. Jangan benarkan dia keluar dari bilik. Abang tak nak tengok muka dia pun.” Marah encik Borhan.

“Apa ni ayah? Ayah nak sebelahkan orang luar.”  Jerkah Iffah Najihah.

“Kurang ajar punya anak!” Kemarahan encik Borhan tak dapat nak dibendung lagi. Ditariknya Iffah Najihah ke dalam bilik dan diselaknya pintu dari luar. Tak dipedulikan ketukan di pintu.

“Fika…..maafkan ayah kerana semua ini berlaku.” Kemaafan encik Borhan mohon dari Fika .Terasa bersalah kerana kelantangan Iffah Najihah berkata-kata tadi.

“Bukan salah ayah. Fika faham. Kak Iffah tertekan dengan perceraiannya itu. Fika maafkan kesalahan kak Iffah tu.”

“Fika memang anak yang baik Bertuah mama dan daddy Fika ada anak seperti Fika.” Encik Borhan memuji.

“Fika jadi begini atas didikan ayah dan mak. Fika berterima kasih kerana dibesarkan oleh mak dan ayah. Fika juga anak ayah dan mak.”

“ Fika….. ikut mama dan daddy balik ke KL.” Ajak tuan haji Ahmad Haq.

Aku hanya anggukkan kepalaku. Kesedihan masih melanda hatiku. Rasa tak bertenaga nak berjalan.

“Siapa yang nak membantu ayah dan emak mengemas semua ini?” Aku masih memikirkan susah senang emak dan ayah mengemas rumah. Mereka kan dah tua.

“ Tak mengapa Fika. Mak long ada. Mak long akan tolong mak Fika mengemas rumah. Fika ikutlah mama dan daddy Fika balik ke KL.” Mak long memujukku.

“Terima kasih mak long.”  Ucapku. Air mataku kembali menitis.

“Mak long juga kesal dengan perangai Iffah. Kesian anak mak long. Sampai bila Iffah nak bermusuh dengan Fika?” Tubuhku dipeluk oleh mak long.

“Fika baik-baik saja mak long. Anggaplah Fika tak ada rezeki nak rasa semua hantaran ini. Kalau ada jodoh Fika dengan Eric, kami tetap akan bersama semula.” Jawabku. Padahal dalam hati teramatlah sedih. Sedih kerana berpisah dengan Eric.

“Emm….anak mak long ni baik sangat. Jangan sampai orang pijak kepala kita. Sesekali kena melawan juga.”

Aku hanya menganggukkan kepalaku. Mengiakan kata-kata mak long. Selama ini mak long selalu mengajar aku supaya jangan cepat mengalah dengan kak Iffah.

“Fika okey?” Tanya abang Affif. Dia turut bersedih dengan apa yang berlaku.

“Abang Affif….”aku terus peluk abang Affif dan menangis di dadanya. Kesedihan dah tak tertanggung lagi. Sejak tadi aku cuba bertahan. Kesedihan aku sudah tak tertahan lagi.

“Niza…..Sarah…..tolong kemaskan pakaian yang akan dibawa balik oleh Fika ke KL.” Puan Khatijah yang sedang mendukung bayi Iffah meminta pertolongan dari Aniza dan Sarah membantu Fika mengemas. Biarlah Fika mengikut keluarga kandungnya balik ke KL. Entah apa yang akan dilakukan oleh Iffah jika Fika masih berada di rumah itu?

“Fika……maafkan mak kerana tak pandai mendidik Iffah.”Puan Khatijah tidak tahu bila Fika akan balik ke rumah itu lagi.

“Mak…..janganlah cakap macam tu. Mak adalah emak Fika dunia akhirat. Apa pun terjadi Fika akan kenang jasa emak dan ayah.” Aku peluk tubuh emak yang sedang menegang baby kak Iffah. Emak turut membalas pelukanku.

“Emak sayangkan Fika.” Mungkin sudah terlambat ucapannya itu.

Aniza dan Sarah membawa beg pakaian Fika turun ke bawah.

“Fika….. ikutlah mama dan daddy Fika balik ke KL.”Sekali lagi puan Khatijah menyuruh Fika mengikut keluarganya balik ke KL.

“Baiklah mak. Fika tukar pakaian dulu.” Dengan dibantu Aniza dan Sarah, aku menapak ke bilikku.

Akhirnya aku kembali ke KL bersama mama, daddy dan abang Affif.  Sejak itu aku tinggal bersama mama dan daddy. Hubungan aku dan Eric terputus begitu saja. Panggilan telefon tak berjawab. Kedatanganku ke pejabat dihalang masuk ke bangunan oleh pengawal yang menjaga di situ. Semuanya atas arahan dari Tuan Robert sendiri.

Percubaan aku untuk bertemu dengan Eric dihalang. Akhirnya aku mengalah. Jika ini sudah takdir dari NYA aku terima. Jika ada jodoh antara kami tak akan ke mana.
**********
“Bagaimana dengan anak kita ni bang? Saya dah tak sanggup nak tengok Eric macam ni lagi.” Sedih puan Marina melihat anak kesayangannya itu. Dah macam mayat hidup pun ada. Berpisah dengan Fika adalah satu siksaan baginya. Hidupnya sudah tak bersemangat nak meneruskan hidup.

“Kasihannya anak mama.” Tubuh Eric dipeluknya. Doktor yang merawat anaknya tak dapat nak berbuat apa-apa lagi.

“Maafkan saya tuan Robert. Saya tak dapat nak buat apa lagi. Semua kepakaran dah saya gunakan tapi anak tuan macam tu juga. Saya rasa elok tuan panggil orang yang dipanggilnya sayang tu ke mari. Mungkin itu penawarnya.

“Apa guna saya bayar mahal-mahal kalau awak tak boleh nak rawat anak saya.” Marah Tuan Robert pada doktor yang merawat Eric.

“Kita hanya manusia biasa tuan. Semuanya dengan kehendak NYA. Saya harap tuan buat keputusan sebelum terlambat. Anak tuan terlalu menyayangi orang yang dipanggilnya sayang.” Nasihat doktor yang merawat Eric.

“Sayang!! Sayang!! Mana sayang? Abang nak jumpa sayang. Abang rindukan sayang.” Bibir Eric tak henti-henti memanggil nama sayangnya. Sejak pulang dari Melaka dia di kurung dalam biliknya. Semua itu membuatkan Eric menderita tak dapat berjumpa dan bercakap dengan sayangnya.

“Abang, kesian dengan anak kita bang. Kita hanya ada Eric seorang bang. Segala harta yang kita ada tak berguna lagi jika Eric tinggalkan kita.” Puan Marina menangis di paha suaminya.

Tuan Robert duduk termenung. Perlukah dia terima sayang anaknya. Selama Eric sakit dia yang menguruskan syarikat Maple. Keputusan perlu dibuat segera demi anak kesayangannya.
**********
“Abang!!” Aku terjaga dari tidur. Peluh membasahi tubuhku.

“Sayang…..kenapa? Sayang mimpi ngeri ke?” Tanya puan hajah Jasmin.

“Mama…..mana abang mama? Fika nak jumpa abang , mama. Fika rindukan abang.” Rengekku.

“Sabar sayang……anak mama demam ni.” Panas tubuh anaknya berbahang walaupun tubuh itu berpeluh.

“Bagaimana dengan Fika?” Tanya tuan haji Ahmad Haq. Tangannya memegang dahi Fika.

“Masih demam bang. Apa kita nak buat bang? Fika ni sakit rindukan Eric. Abang cubalah pujuk lagi tuan Robert tu. Mana tahu hatinya terbuka nak terima anak kita.” Sedih hatinya melihat anak gadisnya yang merindui kekasih hati.

“Min tak mahu lagi kehilangan Fika, bang. Cukuplah sekali kita berjauhan dengannya. Min tak sanggup lagi bang.” Tangis puan Jasmin Humairah. Tubuh suaminya dipeluk erat.

“Mama….daddy….kita bawa adik ke hospital. Demam adik ni tinggi. Bahaya. Biarlah adik dapatkan rawatan di hospital.” Ujar  Affif  Naufal yang baru saja memeriksa suhu badan adiknya.

“Buat saja apa yang perlu  Affif. Daddy ikut saja asalkan adik Affif sihat semula.”

“Abang….buatlah sesuatu. Ubatnya hanyalah Eric. Pujuklah tuan Robert sekali lagi bang. Demi menyelamatkan anak kita bang.” Rayu puan hajah Jasmin Humairah.

“Insya-Allah! Abang akan usahakan hingga anak kita dan Eric akan bersama semula.” Janji Tuan haji Ahmad Haq. Dia perlu lakukan sesuatu.....


p/s Macam biasa ini adalah last teaser. Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia kak Reen.

 

3 comments:

  1. ala kak.... ni yang terakhir ke? akak nak bukukan cerita ni ke? bila citer ni nak keluar kak? ape pun terima kasih kak sebab menceriakan hari saya yang mendung hari ni dengan coretan akak ni... terima kasih banyak banyak kak... sy tunggu kemunculan cerita2 akak yang lain. dan saya harap dapat baca dalam bentuk buku

    ReplyDelete