Reenzarini

Tuesday, 25 November 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI TEASER 2



Teaser 2

“Fika!” Segera aku berpaling ke belakang bila terdengar namaku dipanggil.

“Abang Amer?” Soalku bila kulihat Amer Rafik sudah berada di depanku.

“Ya sayang! Ini abang Amer. Dah lama abang cari Fika. Akhirnya tercapai juga hasrat abang nak berjumpa dengan Fika.” Senyuman terukir di bibir Amer Rafik.

“Apa abang buat dekat sini?” Tanyaku ingin tahu.

“Abang nak jumpa Fika sekejap.”

“Err….Shikin. Kau pergilah makan dengan Nita dulu. Aku nak jumpa abang ipar aku sekejap.”

“Baiklah Fika. Jaga diri. Apa-apa jadi nanti boss marah kami pula.” Sempat Nita berpesan padaku.

“Tahulah aku jaga diri.”

Okey! Kami pergi dulu.” Ucap Shikin sebelum berlalu bersama Nita.

“Kenapa abang nak jumpa Fika? Mana abang tahu Fika kerja dekat sini?” Bertalu-talu aku bertanya pada  Amer Rafik.

“Ada benda abang nak beritahu Fika.” Ujar Amer Rafik.

“Kak Iffah tahu ke abang jumpa Fika ni?” Tanyaku pada abang Amer.

“Tak tahu. Abang ada kerja di KL.”

“La, kalau kak Iffah tahu nanti dia salah faham pula.” Balasku.

“Biarkan dia salah faham. Abang lagi suka.” Jawab Amer Rafik. Pelik aku tengok abang Amer.

“Mana boleh macam tu. Nanti Fika juga disalahkan.” Balasku.

“Jom kita cari satu tempat untuk berbual.”

“Kalau macam tu jom pergi kafe depan tu.” Terus aku berjalan ke kafe tak jauh dari situ. Abang Amer berjalan di sebelahku. Kami masuk ke sebuah kafe. Kami pilih meja yang agak jauh dari pelanggan lain. Senang sikit nak berbual.

“Abang rindu sangat dengan Fika.” Ucap Amer Rafik setelah kami duduk.

“Astaghfirullahalazim…. Kenapa dengan abang Amer ni? Abang Amer tak sedarkah abang dah menikah. Kak Iffah tu kakak Fika.” Aku cuba sedarkan abang Amer. Dia bukan lagi milikku. Dia sudah menjadi milik kak Iffah.

“Abang tak cintakan Iffah. Abang tak pernah sekali pun sentuh Iffah.” Amer Rafik berterus terang pada Fika. Biar Fika tahu kebenaran yang sebenarnya.

“Kenapa bang? Kenapa abang buat macam tu pada kak Iffah? Kesian dengan kak Iffah.”

“Ada sebab kenapa abang buat macam tu.”

“Masakan abang tak pernah sentuh kak Iffah? Ayah cakap kak Iffah dah hamil sekarang. Tahniah abang Amer! Tak lama lagi abang Amer akan dikurniakan  anak.” Senyuman sinis aku hulurkan pada Amer Rafik. Cakap tak suka tapi kak Iffah tengah hamil. Apa maknanya tu? Gerutuku dalam hati.

“Kenapa Fika tak percayakan abang? Iffah dah hancurkan hubungan kita. Fika masih nak kasihankan dia. Bagaimana dengan abang pula?” Marah Amer Rafik.

“Isteri abang Amer tu, kakak Fika. Fika tak sampai hati nak lukakan hati kak Iffah. Fika dah terima jodoh abang Amer dengan kak Iffah, jodoh abang bukan dengan Fika.” Aku luahkan apa yang terbuku dalam hatiku. Aku tak mahu bersedih lagi. Hidup perlu diteruskan.

“Habis! Hati abang ni macam mana? Lagi pun haram jika abang sentuh Iffah tu sebab dia sedang hamilkan anak Johan.”

“Hah! Betulkah kak Iffah sedang hamilkan anak abang Johan? Abang pasti ke?” Soalku.

“Dia sendiri yang mengaku.” Jawab Amer Rafik.

“Tak bolehkah abang maafkan kak Iffah? Dia dah jadi isteri abang pun. Lagi pun kak Iffah sedang hamil. Kasihan dengan kak Iffah.”

“Abang boleh maafkan kalau Iffah hamil kerana teraniaya atau kena rogol. Tapi kehamilannya kerana hubungan haramnya dengan Johan. Lagi pun dia dah perangkap abang dengan memasukkan ubat tidur dalam makanan abang. Abang tak boleh maafkan dia.”

“Ya-ALLAH! Apalah yang menyebabkan kak Iffah jadi begitu? Kesian anak  yang akan lahir nanti.”

“Fika….abang akan ceraikan Iffah setelah Iffah bersalin nanti. Abang nak bersama Fika semula. Kita kahwin ya Fika?” Satu lagi kenyataan yang mengejutkan aku. Bolehkah aku menerima abang Amer semula?

“Hubungan encik Amer dan Fika dah berakhir sejak encik Amer menikah dengan kakaknya. Tolonglah biarkan Fika hidup bahagia.” Tiba-tiba saja Eric muncul di situ.

“Encik Eric.” Panggilku.

“Encik siapa, nak halang hubungan kami?” Soal Amer Rafik.

“Abang Amer, ini boss syarikat Fika.” Segera aku kenalkan Eric pada Amer Rafik.

“Encik Eric tak berhak halang perhubungan kami.” Ujar Amer Rafik.

“Kau dah hilang peluang itu bila kau menikahi kakaknya.” Tegas Eric berkata. Kali ini dia tak akan biarkan Fika bersama lelaki yang pernah melukakan hati gadis kesayangannya.

“Saya masih cintakan Fika. Berikanlah saya peluang untuk bersama Fika semula.”

“Tidak! Semua itu tak akan berlaku.” Balas Eric berani.

“Fika…..tolong berikan abang peluang sekali lagi untuk membuktikan cinta abang pada Fika.” Amer Rafik cuba meraih simpati dari Fika.

“ Hati Fika sakit bila abang buat keputusan menikahi kak Iffah. Air mata Fika dah puas mengalir.” Air mata yang mengalir di pipi aku seka dengan lembut.

“Tapi abang masih cintakan Fika. Hanya Fika dalam hati abang selama ini. Abang janji tak akan melukakan hati Fika. Tolonglah kembali pada abang.”

“Lupakan Fika. Abang baliklah kepada kak Iffah.”

“Sampai hati Fika buat abang macam ni. Abang sayangkan Fika. Terimalah abang kembali.”Amer Rafik masih cuba meraih cinta Fika semula. Alangkah baiknya jika dia tak pernah menikahi Iffah. Tapi semuanya telah pun berlaku.

“Maafkan Fika. Fika pergi dulu.” Aku tinggalkan abang Amer yang masih cuba meraih cintaku semula.

“Fika…..nanti dulu.” Abang Amer menahan langkahku. Aku duduk semula dikerusi. Satu kotak baldu berwarna merah di letakkan dalam gengamanku.

“Apa ni abang Amer?” Tanyaku walaupun aku pasti di dalamnya ada cincin.

“Dah lama abang beli cincin ini. Sejak kita mula buat keputusan nak bertunang dulu. Cincin ini milik Fika.” Ujar Amer Rafik sambil merenung mata gadis yang dicintainya sejak dulu.

“Fika tak boleh terima.” Aku hulurkan semula kotak itu pada abang Amer. Aku pandang encik Eric yang masih berdiri tak jauh dari meja. Bila melihat tajamnya pandangan mata encik Eric padaku segera aku alihkan pandanganku kembali pada abang Amer.

“Fika simpanlah cincin ini. Buatlah keputusan samada Fika masih cintakan abang atau tidak? Abang tunggu keputusan Fika. Tapi abang nak Fika tahu hati abang masih cintakan Fika macam dulu juga.” Amer Rafik terus pergi setelah membayar bil minuman yang tak sempat kami minum.

Aku yang ditinggalkan hanya duduk termenung, merenung kotak di tanganku. Apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku masih cintakan abang Amer? Perlukah aku menerimanya kembali?

“Fika…..awak okey?” Tanya Eric yang masih berdiri di situ. Hatinya risau Fika menerima lelaki itu kembali. Bagaimana dengan dirinya jika Fika kembali pada lelaki itu? Kotak di tangan Fika direnungnya. Mahu saja dia merampas kotak cincin itu dari tangan Fika.  Tapi apa dayanya.
*********
Selesai aku matikan computer dan mengunci laci meja terus aku keluar dari pejabat. Pejabat hampir lengang ketika itu. Teman-teman yang selalu menemani aku makan tengahari sudah tiada di tempat masing-masing. Awal-awal lagi aku dah maklumkan aku tak dapat makan bersama mereka.

“Nak ke mana?”  Soal Eric. Bila dilihatnya gadis itu sudah menuju ke lif.

Langkahku terhenti. Berdebar jantungku. Aduh! Tak habis-habis nak ekori aku. Sejak pertemuan aku dengan abang Amer. Encik Eric sering menyibukkan aku dengan kerja-kerja di pejabat. Semakin hari semakin mendesak. Nak keluar makan pun hanya dengan dia saja. Nak keluar makan dengan teman sepejabat pun mesti encik Eric akan menempel bersama.

            “Saya nak keluar sekejap.” Jawabku.

“Nak ke mana?” Soal Eric ingin tahu.

“Encik Eric tak ada hak nak tahu ke mana saya pergi.”

“Nak pergi dating ke?” Soal Eric lagi. Terasa cemburu bila melihat gadis itu dekat dengan lelaki lain. Dia sudah menganggap gadis itu kepunyaannya. Dah teruk dia angaukan Fika. Siang dan malam hanya Fika yang dirindui.
           
          “Nak pergi dating pun, apa salahnya? Sekarang bukan waktu pejabat, masa rehatkan?” Balasku kembali.
           
             “Fika nak dating dengan siapa? Dengan Amer Rafik, kan?” Soal Eric geram. Jalan Fika dihalangnya.

            “ Bukan urusan encik Eric.” Balasku. Semua yang  aku buat  mesti dia nak  ambil tahu. Pergi dengan siapa? Dekat mana? Eii….semuanya dia nak tahu.

            “Ingat aku ni bini dia ke? Semua nak tahu.” Bebelku perlahan.

            “Fika…..saya ambil tahu sebab saya cintakan awak. Saya akan pastikan awak jadi isteri saya.” Wajah cantik di depannya direnung dengan perasaan kasih. Semakin hari dia semakin cintakan gadis itu.  Apakah cintanya akan berbalas?

“Encik Eric…...” Macam tak percaya encik Eric cintakan aku, bisikku dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku menekan telefon bimbit di tanganku.

             “Tunggu sekejap, sekejap lagi saya sampai.Okey! Jumpa nanti. Telefon bimbit di tangan aku matikan taliannya. Encik Eric yang berada di depanku itu aku jeling sekilas.

            “Boleh saya pergi sekarang?” Aku renung mata Eric.

            “Fika……. temankan saya lunch. Saya lapar.” Rayu Eric sambil mengosok perutnya. Tak rela melihat Fika keluar bersama dengan lelaki lain. Pandai-pandai buat andaian yang Fika nak keluar dengan lelaki.

“Maafkan saya, encik Eric. Saya dah ada temujanji. Lain hari saja saya temankan encik  makan. Encik Eric pergilah makan sendiri.”

            “Saya tak benarkan Fika keluar.” Eric mendepangkan tangannya menghalang Fika keluar.

            “Encik Eric tak ada hak nak halang saya keluar. Sekarang waktu rehat saya. Tolong ke tepi, saya dah lambat ni.”
           
            Eric dengan berat hati melepaskan Afika Najwa pergi. Sedar dirinya bukan siapa-siapa pada gadis itu. Fika…..kenapa buat abang macam ni? Jerit hati Eric.
**********
Sorry! Aku terlambat.” Kerusi di depan Sarah aku tarik perlahan.

It's okey Fika! Apa yang terjadi sebenarnya.” Sarah makin tak sabar nak tahu.

            “Apa lagi? Orang tu la , buat hal pula. Tak bagi aku keluar. Macamlah aku ni bini dia. Tak fahamlah aku dengan encik Eric tu.” Aku mengadu dengan Sarah.

            Sarah tergelak mendengar cerita Afika Najwa. Sarah ialah kawannya semasa belajar dulu.

“Eh! Kau tahu tak? Tadi encik Eric cakap dia cintakan aku. Aku macam tak percaya pula dengan apa yang diucapkannya.” Diceritakan apa yang dikatakan oleh Eric tadi.

“Habis tu apa kau cakap?” Makin tak sabar Sarah ingin tahu.

            “Masa dia cakap tu aku terkejut. Tak tahu apa nak cakap. Kebetulan kau telefon. Aku abaikan saja ucapannya itu.”

            “Kau blah macam tu saja?” Soal Sarah sambil membeliakkan biji matanya.

            “Perkara ini mendadak saja. Kau tahukan apa yang pernah aku alami? Aku takut nak terima cinta yang  encik Eric hulurkan pada aku.”

            “Mendadak apanya? Dah setengah tahun kau kerja dekat situ. Apa yang kau tunggu lagi. Bukan salah kau. Kau layak mencari cinta baru. Bina semula hidup kau. Aku sebagai teman, tetap nak yang terbaik buat kau. Fika….. jangan nak menghukum diri kau atas kesalahan orang lain. Bukan salah kau, Fika.” Nasihat Sarah.
           
“Aku takut kalau aku bersama dengan Eric , dia akan dirampas oleh wanita lain macam abang Amer dulu.”

“Masya-Allah Fika! Semua itu dah ketentuan dari Allah. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku? Itu semua rahsia Allah. Tanya pada hati kau, apa perasaan kau bila ada berdekatan dengan Eric?” Panjang lebar Sarah menasihatkan aku.

“Bila aku berdekatan dengan Eric, hati aku rasa berdebar-debar. Entahlah, tak tahu bagaimana aku nak terangkan pada kau , Sarah?”

“Ha! Itu tandanya hati kau dah mula terbuka untuk dicintai.”

“Aku belum bersedia Sarah.”
           
“Habis, kau nak tunggu sampai bila? Sampai bila kau nak bersedia? Sampai orang lain sambar Eric dulu.” Tanya Sarah.

            “Kau saja, kan nak buat hati aku tak tenang, kan Sarah?” Muncung aku sudah sedepa.

            “Dah kau tu lembab sangat.  Dia jatuh hati pada orang lain baru padan dengan muka kau tu. Tak bersedialah konon.” Sengaja Sarah mengapi-apikan hati Fika.
           
            “Aku perlukan waktu Sarah.”Ujarku lemah. Tak semudah itu aku nak menerima cinta baru.

            “Waktu apa lagi yang kau perlukan Fika?’ Sarah mengeluh hampa.
           
“Tak baik mengeluh Sarah.” Tegurku.
           
           “Ini kau punya pasal la Fika.” Akhirnya mereka berdua tergelak. Beberapa pelanggan menoleh pantas kepada mereka.
           
“Abang Amer nak bersama dengan aku semula.” Tiba-tiba saja keluar cerita pasal abang Amer.

What ? Dah gilakah Amer tu? Kau jangan cari pasal Fika. Kakak Iffah kau tu dia nak letak di mana?”

“Bukan aku cari dia. Dia yang cari aku.”

“Apa dia nak dengan kau?”

“Dia nak kami menikah setelah dia ceraikan kak Iffah.”

“Memang gilalah Amer ni. Dia ingat nikah kahwin ni hanya mainan.” Berapi marah Sarah pada Amer Rafik.

“Habis kau cakap apa dengan Amer tu?” Soal Sarah ingin tahu.

“Aku tak tahu nak cakap apa?” Jawabku.

“Kau kena buat keputusan Fika. Jangan biarkan perkara ni macam tu saja.”

“Aku tahu. Aku dah buat keputusan. Cuma aku belum mampu nak berdepan dengan abang Amer.”

“Bagaimana dengan encik Eric?”

“Entahlah aku tak tahu Sarah.”

“ Geram betul aku dengan kau ni. Lembab! Goda dia, Fika. Buatlah manja-manja sikit.” Sarah berikan cadangan padaku.

“Gilalah kau nak suruh aku goda dia. Geli aku mendengarnya. Dia boss aku. Aku ni siapa? Dia tu siapa? Aku hanyalah budak kampung Sarah. Bagai langit dengan bumi.”

“Dia dah cakap dia cintakan kau. Apa lagi kau nak tunggu. Terima sajalah. Macam ni la Fika. Malam nanti kau solat Istiqarah.” Cadangan Sarah berikan padaku. Air di dalam gelas aku sedut perlahan. Jam di pergelangan tangan aku belek. Sudah hampir pukul 2.00 petang.

            “Aku balik ke pejabat dulu Sarah. Lambat balik mengamuk pula boss aku tu. Terima kasih sebab belanja aku makan.” Beg tangan aku galas di bahuku.

            “Jumpa lagi. Ingat apa yang aku cakap tadi?” Balas Sarah sambil tersenyum.

Tanpa berlengah aku keluar dari restoran. Tak mahu terlambat masuk ke pejabat. Tak pasal-pasal kena sembur dengan singa dekat pejabat tu.

            Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke pejabat.  Tedengar suara kekecohan dari bilik encik Eric. Nampaknya singa dah mengamuk.
           
            “Apa kena pula encik Eric tu?’Tertanya aku sendiri. Staf berada di meja masing-masing. Menikus masing-masing bila terdengar suara Eric marahkan seorang staf.  Sudah pukul 2.00 petang.

Aku terus masuk ke surau setelah berwuduk. Solat Zohor aku tunaikan dengan penuh khusyuk. Segala masalah ditolak ke tepi.

“Fika! Boss nak jumpa Fika.” Beritahu Jamilah bila aku masuk ke pejabat.

“Kenapa dengan encik Eric tu kak Milah?” Soalku.

“Entahlah, kak Milah pun tak pasti apa puncanya encik Eric mengamuk?”

“Tak mengapa kak Milah. Biar Fika masuk tengok.”

“Hati-hati Fika. Nanti dengan Fika sekali diamuknya.” Risau Jamilah dengan perangai Eric. Sudah lama encik Eric tak mengamuk. Hari ini entah angin apa yang datang melanda hingga naik angin macam tu.

            Tok! Tok! Tok! Pintu aku ketuk sebelum masuk menemui encik Eric.

“Masuk!” Laung Eric dari dalam pejabatnya.

            “Ada apa encik Eric nak jumpa saya?” Hatiku berdebar kali ini bila berjumpa dengan encik Eric. Entah penyakit apa yang aku alami? Adakah kerana pengakuan cinta dari encik Eric tadi? Malu kut?

“Ha! Dating sampai tak ingat nak masuk kerja.” Lantang Eric bersuara. Matanya tertumpu di skrin computer.

“Eh! Dah lama saya masuk kerja.  Kenapa encik Eric nak jumpa saya?” Tanyaku pada encik Eric tanpa mempedulikan perliannya kepadaku.

“Mana laporan kewangan yang saya minta tu.” Lantang Eric bertanya pada Afika Najwa. Mata  Eric merenung wajah yang dicintainya itu. Tapi kerana geram sengaja dilantangkan suaranya.
           
“Encik Eric cakap dalam masa seminggu. Hari ini baru sehari. Mana boleh saya siapkan dalam masa sehari. Bukan sikit. Banyak Fail yang saya kena semak.” Balasku.

“Pergi ambil fail tu sekarang. Tahu banyak kerja tapi sempat lagi pergi dating.” Sempat lagi Eric mengomel.

Aku mengikut saja arahan encik Eric itu. Dia, kan boss. Bisik hatiku. Aku keluar mengambil fail kewangan dari bilikku. Kemudian aku bawa masuk ke bilik encik Eric.

            “Duduk di depan saya. Dan buat semakkan sekarang.” Arah Eric dengan tegas.

            “Tak mengapalah encik Eric, saya boleh buat di bilik saya. Tak selesalah buat dekat sini.”

            “Awak boss atau saya boss?” Tanya Eric.

            “Encik Eric la boss, siapalah saya?” jawabku.

            “Tahu pun. Tunggu apa lagi. Sekarang buat dekat sini.” Arah  Eric sekali lagi.

“Saya buat dekat sofa boleh?” Tanyaku manja. Sengaja mengoda encik Eric. Hatiku sedikit demi sedikit sudah terpikat pada encik Eric.

             Eric hanya menganggukkan kepalanya.

       Thanks encik Eric. Ini yang saya sayangkan encik Eric ni.” Ucapku sambil tersenyum.

            Terbeliak mata Eric mendengar kata-kata Afika Najwa. Tak pernah pula gadis itu berperangai begini. Dating tadi hingga berjangkit sampai ke pejabat ke?

            “Ops! Terlebih sudah.” Aku tutup mulutku dengan tapak tangan. Malulah konon. Sarah! Teruknya cara kau ajar aku mengoda encik Eric. Gerutu aku dalam hati.

Selesanya duduk di sofa sambil menyemak fail kewangan. Sesekali aku menjeling encik Eric. Kalau dapat tidur atas sofa ni sedap juga. Getus hatiku.

            “Jangan nak curi tulang.” Ucap Eric. Matanya masih tertumpu di skrin computer.

“Encik Eric……petang nanti temankan saya makan.” Lembut aku meminta.

Dating sampai tak lalu nak makan?” Sesekali Eric pandang wajah Afika Najwa.

“Tak berseleralah nak makan encik Eric. Asyik teringatkan encik Eric saja. Encik Eric dah makan?” Wajah encik Eric aku pandang lama.

“Manalah saya berselera nak makan sorang-sorang.” Jawab encik Eric sambil memandang wajah Fika.

“Saya pun tak berselera nak makan. Dah biasa encik Eric yang temankan saya makan setiap hari. Mana boleh saya makan dengan senang hati. Asyik ingatkan encik Eric saja.” Manja aku berkata. Hei! Nak muntah dengar suara ku yang gedik. Sewaktu makan tadi aku kurang berselera nak makan. Asyik ingatkan encik Eric yang belum makan.

“Hai! Dah keluar makan dengan kekasih hati buat apa ingatkan saya lagi?” Sekali lagi encik Eric perli aku. Merajuk minta dipujuk.

“Tadi saya keluar makan dengan Sarah. Mana ada saya keluar dengan lelaki. Encik Eric saja yang suka buat andaian yang bukan-bukan. Ini yang nak merajuk ni.” Aku renung wajah encik Eric.

“Betulkah Fika keluar makan dengan Sarah? Tak tipu ni?” Senyuman sudah terukir di bibir encik Eric. Mata pun dah bercahaya kembali.

Aku anggukkan kepalaku tanda mengiakan pertanyaan encik Eric itu.

Okey! Petang nanti temankan saya makan.” Hilang rajuknya.

“Alright boss. Boleh saya buat semua ni dalam bilik saya. Boleh?”

“Buat dekat sini.” Arah encik Eric.

Boring betullah, kalau buat dalam bilik aku, boleh juga dengar lagu. Mataku semakin lama semakin layu. Mengantuk tiba-tiba saja datang mengoda. Sudah beberapa kali aku menguap. Akhirnya mataku tertutup rapat.

            “Fika I love you,” jari jemari Fika di cium Eric dengan lembut. Afika Najwa sudah terlena. Comel sungguh wajah gadis itu sewaktu sedang tidur.

            “Eric, I love you too,” jawab Fika dalam mamai sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Manis sekali dipandangan mata Eric.

            “Fika….. Fika,” panggil Eric. Bibirnya tersenyum mendengar pengakuan dari Fika. Dalam tidur Fika bercakap. Mata gadis itu masih tertutup rapat.

            “Apa ni mengigau siang-siang?” Tanya Eric. Pipi gadis itu diusapnya lembut.

            Aku membuka mataku perlahan  Pandangan pertama adalah wajah encik Eric. Lama aku merenung wajah encik Eric. Segera aku duduk.

            “Eric….. saya juga cintakan Eric.” Mataku merenung mata Eric. Teringat mimpiku tadi. Selama ini lelaki dalam mimpiku adalah encik Eric. Macam mana aku boleh tak perasan. Peluang sudah di depan mata terima sajalah.

            Ya, saya tahu.  I love you more.” Lembut Eric berbicara.

            “Fika sayang….. kita  kahwin?” Ajak Eric. Peluang ini tak akan disia-siakannya begitu saja.
           
“Tapi encik Eric kena masuk Islam dulu. Saya tak nak encik Eric masuk Islam kerana nak kahwin dengan saya. Lagi pun bila masuk Islam, encik Eric kena …….” Tak sanggup aku nak sebut. Malu.

“Sanggup ke Eric lakukan semua itu?” Tanyaku malu-malu.

            “ Sayang betul-betul tak tahu ke?” Tanya Eric sambil tergelak.

“Tahu apa?” Soalku kembali.

            “Tahu bahawa saya Islam sejak lahir.”  Eric tersenyum pada Afika Najwa.

            “Apa!  Encik Eric ….. Islam sejak lahir ?” Tanyaku inginkan kepastian. Macam mana aku boleh tak tahu ni? Bengap kau Fika. Itu pun boleh tak tahu.

            Yes darling. My name is Eric Farhan Haikal Lim.” Kata Eric sambil menarik hidung Fika.

“Aduh! Apa pegang-pegang ni.” Hidung yang Eric pegang tadi aku usap lembut.

“Sakit ke sayang?” Tangannya cuba mengusap hidung gadis itu.

“Hei! Suka-suka saja nak sentuh orang.” Tangan Eric, aku tepis perlahan.

“Bila dah halal boleh, kan?” Ucap Eric sambil ketawa.

“Mengada!” Ucapku. Muncungku sudah sedepa.

“Kenapa saya tak tahu encik Eric Islam sejak lahir?” Soalku.

            “Kenapa tak tanya?” Jawab Eric.

            “Sayang, kita kahwin. Be my wife.” Lagi sekali aku terima lamaran dari Eric. Aku anggukkan kepalaku tanda mengiakan.

            Aku tersenyum pada encik Eric. Sudah sampai masanya aku menerima lamaran seseorang. Jika dulu hatiku berat untuk menerima. Kini sudah sampai masanya aku mengorak langkah ke hadapan.

“Sayang sudi jadi isteri abang?” Soalnya sekali lagi.

Sekali lagi aku anggukkan kepalaku. Malu bila encik Eric panggil aku sayang dan bahasakan dirinya abang.

“Horee! Nak kahwin! Nak kahwin!” Eric menjerit kesukaan. Aku turut tersenyum melihat encik Eric melompat kegembiraan. Adakah aku masih bermimpi? Tolong bangunkan aku jika aku mermimpi.



4 comments:

  1. Hahah eric yg gelojoh dan tk menyempat nyempat

    ReplyDelete
  2. best sangat2..... tapi.... afif naufal mana menghilang? kenapa ku rasakan seperti afif naufal abang kandung fika

    ReplyDelete