Reenzarini

Sunday 2 November 2014

SAAT CINTA MULA BESEMI 21



“Selina! Suruh Fika jumpa saya. Sekarang juga!” Agak kasar suara  Eric kedengaran melalui intercom.

“Baiklah encik Eric. Saya panggil Fika masuk sekarang.”Ujar Selina sambil tersenyum.

“Padan muka kau Fika. Kau terimalah kemarahan dari boss nanti. Harap-harap kau akan dipecat.” Perlahan Selina berkata.

“Fika! Encik Eric nak jumpa. Sekarang juga.”

“Sekejap lagi saya pergi jumpa boss.” Jawabku. Mataku masih tidak berganjak dari fail yang sedang aku pegang. Bukan senang nak buat pengiraan.

Selina beredar setelah menyampaikan pesanan dari encik Eric.

“Ya-ALLAH! Mana pula datangnya sepuluh sen ini?” Berpinar mataku sejak tadi mengadap fail pembayaran lebih masa pekerja.Tadi terlebih lima puluh sen sekarang sepuluh sen pula. Geram betul. Kena kira lagi sekali. Kali ini kena kosongkan minda dulu. Jangan fikir apa-apa.

Akhirnya dapatlah aku menarik nafas lega. Selesai sudah pengiraan jumlah bayaran elaun kerja lebih masa pekerja-pekerja di situ. Aku menyimpan semuanya dalam laci meja.Kemudian aku kunci meja itu. Kuncinya aku simpan dalam beg tanganku.

Pintu pejabat encik Eric aku ketuk. Setelah mendapat arahan dari  masuk. Barulah aku masuk.

“Duduk! Encik Eric mengarahkan aku duduk.

"Kenapa lambat. Dah lama saya tunggu.”  Soalnya lagi.  

"Saya tengah buat kiraan untuk bayaran pekerja." Jawabku.

“Ada apa encik Eric nak jumpa saya?” Tanyaku pada encik Eric. Terasa ada yang tak kena dengan encik Eric.

“Bagaimana awak buat kerja ni, Fika?”Sebuah fail dicampak ke atas meja di hadapanku hingga terkena daguku.

“Aduh!” Jeritku kerana terasa sakit. Aku usap daguku dengan tapak tangan.

“Fika….maafkan saya. Awak okey kan?” Encik Eric menerpa ke arahku.

“Kenapa encik Eric marah-marah?” Tanyaku sambil merenung wajah encik Eric. Dagu yang tergores fail tadi aku usap lagi dengan jariku. Terasa pedih.

“Fika….sorry….. saya tak sengaja. Tadi saya sedang marah.” Ucap Eric. Rasa bersalah pula kerana terlampau ikutkan kemarahannya hingga menyebabkan gadis kesayangannya cedera.

“Kenapa? Kalau marah boleh buat sesuka hati . Rasa nak campak fail ini ke wajah saya, encik campak saja. Kenapa tak bunuh saya saja?” Air mata tiba-tiba saja gugur membasahi pipiku. Rasa kecil hati dengan encik Eric.

“Fika…..dagu awak dah berdarah.”Sapu tangannya dihulurkan padaku.

“Tak payah!” Ujarku sambil mengelap pipi yang basah.

“Fika…..”Eric cuba memujuk lagi. Kali ini dia sendiri yang menekap dagu Fika yang berdarah.

“Tak payah nak pegang-peganglah.” Aku tepis tangan encik Eric yang sedang mengelap darah di daguku. Sapu tangan di tangan encik Eric aku rampas dengan geram. Aku tekap luka di daguku.

“Fika…..ikut saya pergi klinik.” Ajak encik Eric. Tangannya menarik tanganku.

“Tak payah!” Tadi marah-marah sekarang nak pujuk pula. Tangannya aku tepis.

“Sapu minyak gamat ni.” Sebotol minyak gamat dihulurkan pada Fika. Minyak gamat itu sentiasa berada di atas mejanya.

Aku mengambil minyak gamat dari tangan encik Eric. Sedikit minyak gamat aku calitkan ke daguku. Terasa pedih.

“Saya tak sengaja nak cederakan awak. Tadi saya tengah marah.” Rasa bersalah kerana ikutkan rasa hati.

“Marah tu kan amalan syaitan. Ah! Mana encik Eric tahu pasal semua tu.” Bidasku.

“Saya tahu saya tak patut marah-marah tadi.”Ujar encik Eric.

“Apa yang encik Eric marah sangat tadi?” Soalku. Sesekali aku memegang daguku yang terasa bengkak. Mujurlah tak teruk sangat bengkaknya.

“Awak tengoklah sendiri. Macam mana saya tak marah? Bukan sikit kesalahan yang awak buat.”  Eric menyatakan kekesalannya padaku.

Aku buka fail yang encik Eric campak tadi. “Kenapa dengan fail ini?” Soalku kembali. Main campak saja. Sudahlah hujung fail itu tajam. Kalau kena mata tadi macam mana? Gerutuku dalam hati.

“Awak tengok berapa bayaran yang awak tulis di situ?” Tegang kembali wajah encik Eric.

“Lima ratus ribu. Hah! Bukankah  pagi tadi aku tulis sebanyak lima puluh ribu. Bagaimana boleh jadi lima ratus ribu pula?” Soalku lebih kepada diriku sendiri.

“Saya tak tahu bagaimana cek ini boleh tertulis sebanyak ini?” Jawabku sambil memandang wajah encik Eric.

“Kalau bukan awak yang tulis siapa lagi?” Soal encik Eric padaku. Seolah-olah tidak mempercayai kata-kataku itu.

“Saya tak tahu. Saya hanya tulis lima puluh ribu. Saya betul-betul tak tahu bagaimana semua ini berlaku?”Waktu tu air mataku kembali bergenang di tubir mataku. Sedih.

“Mujurlah saya semak semula sebelum tandatangan. Kalau tidak rugi syarikat kita. Apa saya nak jawab dengan papa?” Encik Eric menyatakan kekesalannya padaku.

Aku perhati semula apa yang tertulis di atas cek itu. Cuba mengesan jika ada yang mencurigakan.

“Encik Eric, saya dah tahu bagaimana ini semua berlaku.” 

“Encik tengok ni. Selama ini saya hanya menggunakan dakwat hitam basah. Tapi di hujung ini kosongnya ditulis menggunakan dakwat kering. Ada orang yang telah menambah kosong di sini.Tapi siapa yang melakukan semua ini?” Seingat aku, aku hanya serahkan pada Selina untuk tandatangan dari encik Eric.

“Pada siapa awak serahkan fail ini? Kenapa tak serahkan sendiri pada saya? Susah sangatkah nak jumpa saya? Benci tengok saya hari-hari?”Soal encik Eric. Rahang pipinya sudah bergerak menandakan dia sedang menahan marah.

“Pada mulanya saya nak serahkan sendiri pada encik Eric. Tapi Selina tak benarkan saya masuk ke bilik encik. Katanya encik belum balik ke pejabat. Mahu atau tidak terpaksalah saya serahkan pada Selina. Kunci di dalam simpanan Selina.” Beritahu aku pada encik Eric.

“Lain kali kalau saya tak ada. Simpan dulu dalam bilik awak. Jangan mudah percaya orang luar. Ini syarikat kita.”

Eh! Siapa orang luar? Maksud syarikat kita tu tempat aku bekerja kut? Tak faham dengan apa yang encik Eric cakap. 

“Selina yang nak serah sendiri pada encik Eric.”

“Saya ingatkan awak benci nak jumpa dengan saya.” Gurau encik Eric.

“Mana ada saya benci, saya suka jumpa encik. Erk! Bukan! Bukan! Encik!” Aku gawangkan kedua belah tanganku. Ish! Apa aku cakap ni. Buat malu aku saja. Gerutu aku dalam hati.

Encik Eric ketawa terbahak-bahak.

Eh! Eh! Macam suka pula tengok aku gelabah. Malas nak cakaplah kalau macam ni. Muncungku sudah sedepa.

“Fika…..sebenarnya dalam bilik ini dan di luar sana ada cctv. Setiap tingkat telah dipasang cctv. Staf di sini tak perasan. Semua cctv ini saya boleh pantau melalui handphone. Setiap hari saya akan tengok semula apa yang berlaku di pejabat. Selain itu kita ada sebuah bilik yang akan merakamkan apa yang berlaku.”

Handphone di atas meja diambil dan di telitinya. Entah apa yang sedang encik Eric tengok pun aku tak tahu.

Tiba-tiba aku lihat encik Eric berdiri. Merah padam wajahnya. Dipandangnya wajahku. Rahangnya bergerak-gerak menandakan kemarahannya. Aku sendiri tak faham apa yang berlaku pada encik Eric. Marahkan aku ke?Hatiku tertanya-tanya.

“Encik Eric…..”panggilku lembut. Encik Eric pandang aku lama hingga aku menundukkan mukaku ke bawah. Aku ada buat salah ke? Gumamku dalam hati.

“Fika….apa yang berlaku sewaktu saya keluar tadi?”Soal encik Eric.

“Hah! Apa yang berlaku?” Soalku kembali.

“Ada apa-apa yang awak rahsiakan dari saya?” Soal Eric lagi.

“Tak ada apa yang berlaku encik Eric.” Jawabku. Manalah aku tahu apa yang berlaku?

“Kenapa dengan belakang tangan awak tu?” Soal encik Eric. Dari tadi dia sudah perasan belakang tangan gadis itu yang putih bersih kelihatan lebam.

“Hah! Kenapa dengan belakang tangan saya?” Tanyaku semula. Aku pandang belakang tanganku. Ada lebam di situ. Eh! Kenapa dengan belakang tangan aku ni? Takkanlah pasal kena tolak dengan Selina hingga membuatkan belakang tanganku lebam? Tertanya aku dalam hati.

“Selina yang tolak awak kan?” Soal Eric inginkan kepastian.

“Entah saya tak tahu.”Jawabku. Aku pun tak pasti apa kena dengan belakang tanganku ini. Tak berani aku nak menuduh Selina. Tak pasal-pasal berdosa main tuduh saja.

Handphone di tangannya encik Eric tunjukkan padaku. Kelihatan aku telah ditolak oleh Selina. Bukan setakat itu saja yang kelihatan tetapi rakaman suara juga dapat didengari.

“Kali ini Selina tak dapat nak lari lagi.” Ujar encik Eric. Terbukti semua kesalahan terletak di bahu Selina.

“Awak nak tahu satu lagi kesalahan Selina? Dia yang telah menambah angka kosong dalam laporan awak tu.”

“Hah! Bagaimana encik Eric tahu?” Soalku ingin tahu.

“Saya tahu la.” Jawab Eric.

“Encik Eric semua tu salah saya. Saya yang cuai. Saya rela tanggung semuanya. Saya akan letak jawatan. Saya minta maaf.”

“Siapa yang benarkan awak letak jawatan? Jangan sesekali nak letak jawatan!”Jerkah encik Eric.

“Saya…saya…”Gugup aku hendak berkata. Takut melihat kemarahan encik Eric itu. Air mata tak usah cakaplah. Basah pipiku dengan air mata.

 “Apa saya….saya. Saya tak suruh awak letak jawatan tapi saya cuma nak tahu pada siapa awak serahkan fail ini?” Suara Eric kembali lembut bila melihat air mata yang mengalir di pipi gadis yang telah bertahta di hatinya.

“Saya serahkan pada Selina.”Jawabku.

“Hmm….awak serahkan pada Selina.” Betullah apa yang dilihatnya di cctv tadi. Selina yang punya angkara.

Aku hanya anggukkan kepalaku tanpa memandang wajah encik Eric. Takut….

“Fika…maafkan saya kalau awak terasa dengan kata-kata saya tadi.”

“Tak apalah encik Eric. Salah saya. Saya yang perlu bertanggungjawab.” Ucapku sambil mengelap air mataku. Malu pula kerana menjadi seorang gadis yang lemah di depan encik Eric.

“Dah….jangan menangis lagi. Saya bukannya marahkan awak.” Ujar encik Eric sambil memandangku.

Iyelah tu tak marah. Yang garang tadi tu siapa? Gerutu aku dalam hati.

“Saya nak bagi tahu awak satu rahsia.”

“Rahsia apa encik Eric?” Soalku kembali.

“Awak nampak lagi cantik bila menangis. Hidung awak kemerahan bila awak menangis.” Ujar encik Eric sambil tersenyum.

“Encikkk!!” Geram aku dengan boss aku ni. Tadi menakutkan aku sekarang nak main-mainkan aku pula.

Tergelak Eric mendengar jeritan Fika itu. Comel.

“Okey….. dah habis merajuk?” Soal encik Eric sambil mendekatkan mukanya ke mukaku. Mata kami saling berpandangan membuatkan aku malu. Terus aku pandang ke bawah.

“Encik Eric jangan nak gatal ya. Agaknya sewaktu jumpa girlfriend tadi terlebih gatal kut.” Bidasku.

Terbahak-bahak encik Eric ketawa. Dah kenapa dengan lelaki di depanku ini? Lawak sangatlah tu.

“Malaslah nak cakap dengan encik lagi. Sakit hati saya.” Aku berjalan ke pintu. Belum  sempat aku memegang tombol pintu tubuhku ditarik hingga ke sofa.

“Fika….tunggulah dulu. Duduk sini.” Arah encik Eric padaku. Jari jemariku digenggamnya.

Ini dah lebih ni. Aku jeling tangan yang sedang memegang jari jemariku.

Sorry! Terlupa. Bukan mahram tak boleh pegang. Kalau dah nikah baru bolehkan?” Soal encik Eric sambil tersenyum.

Tahu pula boss aku ni pasal mahram ni. Mungkin terbaca di mana-mana. Getus hatiku.

“Tahu pun.” Jawabku.

“Kalau menikah dah boleh pegang kan? Kalau macam tu kahwin dengan saya.” Ajak encik Eric sambil tersenyum. Matanya asyik sekali  merenung wajah gadis itu. Luka di dagu gadis itu mujurlah hanya tergaris kecil saja walaupun berdarah tadi.

Apa punya soalanlah boss aku ni! Apa kata kalau aku kenakan dia balik? Gumamku dalam hati.

“Ialah dah halal! Bolehlah pegang. Tapi kalau macam encik Eric kenalah masuk Islam dulu. Kalau dah masuk Islam tu kenalah ehem! ehem dulu.” Ujarku sambil ketawa. Dalam malu-malu aku mengenakan encik Eric.

“Apa maksud awak ehem…ehem tu?” Soal encik Eric sambil tersenyum. Senyuman nakal. Sebenarnya dia sudah dapat menangkap apa yang dikatakan oleh gadis itu.

“Maksud saya encik Eric kena bersunat dulu. Tak takut ke? Silap-silap terpotong terus. Habislah encik.” Saja aku menakutkan encik Eric. Ada hati nak aku jadi bini dia boleh jalanlah!

“Eh! Boleh, boleh. Saya tak kisah.Untuk awak, saya sanggup lakukan apa saja.” Ujar encik Eric.

“Malaslah saya nak cakap lagi!” Terus muncung mulutku. Tak tahu nak cakap apa lagi. Akhirnya aku yang termalu sendiri.

Encik Eric menghampiri mejanya. Melalui intercom dia mengarahkan Selina masuk ke biliknya.

“Selina! Masuk ke bilik saya.”

“Baik boss!” Jawab Selina. Senyuman terukir di bibirnya. Tentu teruk Fika kena marah dengan boss tadi. Dia sempat memasang telinga di pintu encik Eric sewaktu Fika masuk tadi. Tapi tak sempat nak dengar habis sebab kak Milah telah menegur perbuatannya.

Setelah mengetuk pintu dia masuk ke bilik encik Eric. Sewaktu dia masuk kelihatan Fika sedang duduk di sofa. Dia pasti Fika telah menangis setelah melihat hidung Fika yang kemerahan. Fika hanya menundukkan kepala merenung ke lantai. Terbit senyuman di bibir Selina. Mampus kau Fika. Cari pasal dengan aku lagi. Terbit sengihan di bibirnya.

“Yang awak tersengih ni kenapa? Seronok sangat!” Sergah encik Eric.

“Ada apa boss nak jumpa saya?”  Senyuman manis diberikan pada encik Eric.

“Duduk.” Arah Eric. Fail tadi di campak kembali di atas meja.

“Saya nak awak terangkan pada saya apa yang berlaku?” Eric menanti jawapan dari Selina.

Fail di atas meja Selina buka dan baca. Sekali lagi dia tersenyum. Masa untuk memburukkan nama Fika. Biar Fika dipecat kerana kesalahannya itu.

“Emm….kenapa banyak sangat bayaran untuk projek ini. Setahu saya bayarannya hanyalah lima puluh  ribu saja. Siapa yang  silap  tulis sampai lima ratus ribu?” Soal Selina. Berpura-pura tak tahu.

“Bagaimana awak tahu bayaran projek ini hanya lima puluh ribu saja? Sedangkan hanya Fika saja yang tahu harga bayaran projek ini.” Soal Eric.

“Saya….saya…..tengok fail yang Fika bagi tadi. Terdapat cek yang belum encik tandatangan.” Tergagap-gagap Selina berkata.

“Kalau awak tengok cek dalam fail ini tertulis lima puluh ribu. Bagaimana di sini tertulis lima ratus ribu?”Bidas Eric kembali. Rahang di pipinya bergerak-gerak menandakan dia sedang menahan kemarahan.

“Saya tak tahu encik Eric. Fika yang tulis cek itu.”Jawab Selina sambil memandang Fika yang duduk diam di sofa.

“Fika kau yang tulis cek ni kan?” Soal Selina.

“Awak masih nak tegakkan benang yang basah Selina?”

“Apa yang boss cakap ini. Saya tak faham.”

“Lebih baik awak beritahu saya bagaimana semua ini berlaku sebelum saya naik angin!”Jerkah Eric hingga Selina tersentak.

“Saya tak buat apa-apa boss. Saya hanya letakkan di atas meja boss. Fika yang tulis semua tu.” Jawab Selina. Masih nak salahkan Fika.

“Mulai hari ini saya pecat awak Selina! Saya tak perlukan pekerja seperti awak.”

“Encik Eric! Kenapa pecat Selina. Biarlah saya yang letak jawatan kerana saya yang cuai.” Hingga kini Fika belum sedar yang Selina telah membuat onar padanya.

 “Awak duduk diam dekat situ. Biar saya saja yang uruskan perkara ini.” Sekali encik Eric pandang  aku  terus aku duduk diam. Tak berani nak naikkan kemarahan encik Eric lagi. Tak pasal-pasal aku yang kena nanti.

“Kenapa boss pecat saya. Semua ini salah Fika. Kenapa saya yang tanggung kesalahan Fika?”

“Sebab awak dah lakukan kesalahan yang besar Selina. Sekarang awak keluar dan kemas barang-barang awak dan pastikan awak tak bawa apa-apa fail atau barang dari syarikat ini.” Arah encik Eric.

“Encik tak boleh buat saya begini. Semua sebab boss nak lindungi Fika kan? Apa yang Fika dah bagi pada encik hingga encik syok sangat dengan dia?” Tanya Selina. Masih lagi menyalahkan Fika. Matanya mula berair. Apa dia nak makan jika telah dipecat. Bukan senang nak cari pekerjaan.

 "Kurang ajar!Jaga sikit mulut awak tu. Jangan suka salahkan orang diatas kesalahan awak tu. Saya tak laporkan pada polis pun sudah cukup baik." Turun naik dada encik Eric menahan marah.

"Kak Milah! Panggil pengawal dekat bawah naik ke sini. Bawa sekali surat yang saya suruh kak Milah buat sebentar tadi. Pastikan Selina tak bawa apa-apa fail atau barang pejabat keluar dari syarikat ini. Selina saya pecat kerana pecah amanah.”Arahan Eric berikan pada kak Milah.

“Fika!! Kau tergamak buat aku macam ni hingga aku dipecat.” Selina sudah menerpa pantas menghampiri Fika. Tangannya sudah diangkat tinggi untuk menampar gadis itu.

Belum sempat dia melayangkan tangan ke pipi mulus gadis itu dia sudah di tolak jatuh.

“Jangan berani nak tampar Fika. Sekali dulu awak dah tampar,  tapi jangan harap saya nak biarkan awak lepas kali ini.” Eric menggenggam penumbuknya tanda geram.  Tubuh Fika dipeluknya dari belakang menghalang Selina menghampiri gadis kesayangannya itu. Dia dapat merasa tubuh Fika yang sedang menggigil dalam pelukannya.

Menjerit-jerit Selina marahkan aku. Pintu ditolak dari luar. Masuk Jamilah bersama dengan dua orang pengawal. Mereka memegang tangan Selina. Meronta-ronta Selina untuk melepaskan diri.

“Jangan halang aku! Biar aku tampar betina jalang ni.” Jeritan Selina boleh didengar hingga keluar bilik.

  Pang!!

 "Lain kali cakap tu biar bersopan sikit." Marah Eric. 

“Kenapa ni Eric? Tanya Susan yang meluru masuk bila melihat kekecohan yang berlaku. Dilihatnya Eric sedang memeluk tubuh Fika. Menimbulkan cemburu di hatinya.

I dah pecat Selina.”

“Tapi kenapa?” Soal Susan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

“Tolong I Susan. I tak bersalah. Semua ini salah Fika!” Selina cuba meraih simpati dari  Susan. Dia tahu Susan bencikan Fika.

Aku yang sedang menggigil ketakutan baru sedar encik Eric sedang memelukku. Lantas aku cuba menjauhkan tubuhku dari encik Eric. Aku berpindah tempat duduk. Encik Eric menghadang tubuhku dari pandangan Selina.

“Apa sebenarnya berlaku Selina?” Tanya Susan lagi.

“Fika tersilap tulis cek. Dia nak salahkan aku pula.” Beritahu Selina pada Susan.

“Nampaknya awak masih tak sedar lagi kesilapan awak Selina. Baiklah. Kak Milah panggil semua staf di tingkat ini ke bilik mesyuarat. Saya nak buat penjelasan apa yang berlaku.”

"Baiklah boss, saya keluar dulu." Eric anggukkan kepala.Mengiakan.

"Apa yang berlaku ni boss?" Soal Ray yang baru terdengar kekecohan itu. 

"I baru saja pecat Selina. Dia salah guna kuasa yang diberikan padanya." 

          "Elok sangatlah tu boss. Dah lama I geram dengan tengok perangai perasan dia tu."

“Bawa Selina ke bilik mesyuarat.” Eric arahkan dua pengawal tadi membawa Selina ke bilik mesyuarat. Meronta-ronta Selina tidak mahu mengikut mereka ke bilik mesyuarat.

“Eric, tolong jelaskan pada I apa yang berlaku?” Susan masih belum berpuas hati.

“Kita jumpa dalam bilik mesyuarat. Fika….awak okey? Boleh jalan tak?” Soal Eric.

“Boleh.” Jawabku lemah.  Aku perasan Susan menjelingku. Aduh! Janganlah Susan jadi musuh aku.

“Susan! You tunggu apa lagi. Pergi ke bilik mesyuarat.” Arah Eric pada Susan.

“Huh! Tak habis-habis dengan betina ni.” Tengking Susan.

“Cakap tu baik-baik sikit. Jangan sampai I cili mulut you. Tolong hormat I sebagai boss you.” Tegang saja suara encik Eric.

You nak bela sangat perempuan ni kenapa?” Soal Susan sambil menjeling aku yang duduk tak jauh dari situ.

“Eh!Suka hati I la nak bela siapa pun. Yang you risau tu kenapa?” Balas Eric kembali.

You dah berubah Eric.” Susan  keluar dari bilik sambil menghentakkan kakinya.

“Macam-macam!” Rungut encik Eric.

  Langkah Susan aku pandang hingga hilang dari mata. Adakah aku yang mengganggu hubungan mereka?

"Kenapa dengan sicantik manis ni boss?" Tanya Ray. 

            "You tunggu di bilik mesyuarat. Nanti I umumkannya."

          "Hai boss, macam nak umum majlis pernikahan pula I tengok. Boss jangan. Merana I kalau boss nikah dengan sicantik manis I ni." Ujar Ray sambil tergelak.

            Encik Eric ikut ketawa.

            Apa yang suka sangatlah dua orang ni? Bergurau yang bukan-bukan. Gerutu aku dalam hati.

"Okey boss I keluar dulu. Harap berita yang boss sampaikan nanti bukan berita yang mengecewakan I." Terus Ray keluar dari bilik pejabat encik Eric.

"Jom Fika. Kita pergi bilik mesyuarat."

**********
“Semua dah berkumpul encik Eric.” Beritahu kak Milah pada encik Eric.

“Terima kasih kak Milah. Kak Milah boleh duduk.” Ucap encik Eric.

Jamilah memilih duduk di sebelah Afika Najwa. Senyuman sempat dilontarkan pada gadis itu. Tangan gadis itu digenggamnya untuk memberikan kekuatan pada gadis itu. Senyumanya dibalas oleh gadis itu.

“Assalamualaikum! Terima kasih kerana sudi berkumpul di sini. Kita berkumpul hari ini kerana hendak memberitahu tentang pemecatan setiausaha saya iaitu Cik Selina.” Kedengaran bisik-bisik dari staf. Mungkin kurang senang kerana Eric memberi salam. Setahu mereka Eric bukannya Islam. Eric berketurunan Cina.

“Waalaikummussalam,” jawab kak Milah perlahan. Aku kerling kak Milah sekilas. Sempat kak Milah angkat kening pada aku.

“Pemecatan itu dibuat kerana Selina telah pecah amanah. Dia telah melakukan kesalahan besar. Kesalahan yang boleh membuatkan syarikat ini mengalami kerugian.”

You ada bukti tak Eric? Jangan main tuduh saja.” Soal Susan. Masih nak membela Selina.

“Insya-ALLAH! Berani kerana benar. Ini buktinya. Fail yang dipegang oleh Selina itu adalah satu projek syarikat Maple.” Eric menerangkan pada pekerja yang hadir. Eric telah memasang skrin terus dari rakaman cctv. Rakaman itu menunjukkan Selina sedang menulis sesuatu di dalam fail itu.  Ketika itu Selina sedang berada di bilik Eric. 

Selina menundukkan kepalanya kerana malu. Sedar dia telah melakukan kesilapan. Kesilapan yang menjerut lehernya sendiri. Kalau dia tahu dalam bilik itu ada cctv takkan dia berani melakukannya.

“Untuk pengetahuan semua. Selina telah menambah angka kosong dalam cek pembayaran satu projek. Sebenarnya bayaran projek itu adalah lima puluh ribu tapi Selina telah menambah angka kosong menjadikan lima ratus ribu. Tujuannya supaya Afika Najwa pegawai kewangan kita dipersalahkan dan dipecat.” Terang Eric lagi. Terdengar bising suara staf di situ bercakap.

“Tak patut tu boss! Ini menganiaya namanya.” Suara itu datangnya dari Ray yang duduk tak jauh dari situ. Beberapa orang staf juga turut menyokong  kata-kata Ray.

“Terima kasih Ray kerana menyokong I.” Ucap Eric sambil tersenyum.

I  bukan sokong you. I sokong sicantik manis!”Ucap Raymond sambil disertai oleh suara tepukan dari staf di situ. Riuh sekejap bilik mesyuarat itu.

Eric mencebikkan bibirnya sambil menunjukkan penumbuk pada Ray. Tergelak mereka yang berada di situ.

“Saya cuba pecat Selina dalam diam tapi dia tetap tak mahu menerimanya. Tetap nak buat kecoh juga. Jadi saya tunjukkan cctv ini supaya semua berpuas hati. Saya harap tak ada yang menyalahkan Afika Najwa. Nasib baik saya tak bawa perkara ini ke tengah yang melibatkan pihak berkuasa. Kesalahan ini amatlah besar. Boleh menjatuhkan syarikat Maple.”

“Eric! Sepatutnya awak pecat juga Afika Najwa kerana cuai. Bukannya menyalahkan Selina seorang.” Susan masih tak berpuas hati dengan keputusan Eric. Jika gadis itu dipecat senanglah hatinya.

“Afika Najwa tak bersalah! Selina yang berkeras nak serahkan fail itu pada I.” Akui Eric. Masing-masing menganggukkan kepala tanda mengiakan kata-kata Eric itu. Selina yang sedang menangis tidak dipedulikan oleh mereka.

“Ini pula rakaman Selina menghalang Fika masuk ke bilik saya. Ada siapa lagi yang tak berpuas hati sila kemukakan sekarang. Saya tak mahu ada yang tak berpuas hati di kemudian hari.” Eric memandang di sekeliling.

“Selina, maafkan saya kerana terpaksa pecat awak. Sudah berkali-kali saya berikan amaran pada awak tapi awak tetap tak ubah perangai juga.” Selina yang sedang menangis dipandangnya. Lain kali jangan nak cari pasal dengan gadis kesayangan aku. Getus Eric dalam hati.

"Encik Eric, tolonglah maafkan saya. Saya janji tak buat lagi." Rayu Selina pada encik Eric.

"Maafkan saya Selina. Keputusan saya muktamad. Selina, ubah sikap awak."

"Encik Eric tak adil buat saya macam ni." 

"Adilkah awak buat Fika macam tu. Hari ini Fika .Esok orang lain pula." Tegas Eric berkata.

“Okey! Semuanya dah selesai. Pengawal sila pastikan Selina tak bawa sebarang fail keluar dari bangunan ini.” Arah Eric pada pengawal. Kemudian semua staf bersurai termasuk Susan yang masih tak berpuas hati.

“Jaga kau Fika! Kau dah sebabkan aku hilang mata pencarian. Jangan ingat kau nak hidup aman. Aku akan pastikan kau menderita.” Ugut Selina sebelum dibawa pengawal ke mejanya.

“Jangan nak ugut! Saya akan pastikan awak mereput dalam penjara. Jangan kau berani ganggu Fika.” Balas Eric. Kali ini dia tak akan teragak lagi melibatkan pihak yang berkuasa jika Selina mengganggu bakal isterinya. Hush! Perasannya.

Hei!Betina. Aku akan pastikan kau dapat pembalasan.” Jerit Selina sebelum dibawa keluar dari bilik mesyuarat.

"Semua boleh bersurai."  Arah Eric.

          "Boss! Nasib baik boss tak umumkan berita yang mengecewakan I." Ucap Ray sambil tergelak.

            "Itu belum lagi. Coming soon!" Jawab Eric.

           "Alamak! Habislah I." Ujar Ray sambil memegang dadanya.

            Eric mengelengkan kepalanya.

            “Fika….awak okey!” Tanya encik Eric.

Aku anggukkan kepalaku.

“Kita batalkan dulu makan malam kita malam ini. Awak rehat saja malam ini. Malam esok baru kita keluar makan.” Cadang encik Eric.

Aku anggukkan kepalaku. Tak tahu nak cakap apa.

**************

p/s .Sila komen samada nak satukan fika dan Amer Rafik atau nak satukan Fika dan Eric. Kak Reen tengah celaru ni. Dgn Amer Rafik pun kesian dgn Eric pun kesian. Yg mana satu pilihan pembaca.

4 comments: