Reenzarini

Tuesday 23 December 2014

HATI YANG SEDANG DILANDA KERISAUAN

Banjir yg sedang melanda Kelantan membuatkan kak Reen dilanda kerisauan. Anak perempuan kak Reen yg sedang belajar di sana turut terkandas. Bas ke utara di batalkan. Sepatutnya anak kak Reen akan balik dengan bas malam ini setelah exam petang ini habis.Tapi turut terkandas kerana banjir dan tanah runtuh dekat Grik. Risaunya hati kak Reen. Pagi tadi anak cakap terpaksa meranduk airdari rumah sewa ke tempat belajar hingga paras pinggang demi nak ambil exam. Dua kali dapat anugerah dekan tapi kali ini anak cakap nak jawab exam petang ni dgn kepala yg kosong tak dapat nak berfikir. Kak Reen cakap tak dapat anugerah dekan pun tak apa asalkan anak kak Reen selamat.Tak ada bantuan dekat kawasan anak kak Reen belajar. Kesian katanya dengan penduduk dekat situ. Bangunan empat tingkat pun tenggelam.
Sungai Kelantan tak jauh dari bangunan tempat anak kak Reen belajar. Makanan hanya maggi yg dibeli dari tesco. Ya Allah.....kita dekat sini mkn. sedap-sedap tapi mereka dekat sana hanya makan maggi. Tak tertelan masakan yg ada di rumah bila teringatkan anak yg hanya makan maggi. Itu pun sebab tesco masih dibuka .Macam mana kalau tesco tutup kerana banjir apa pelajar-pelajar tu nak makan? Harap bantuan akan dihantar dengan segera. Kak Reen doakan anak Kak Reen dan penduduk yang dilanda banjir akan selamat. Aminnn.....

No comments:

Post a Comment