Reenzarini

Monday 28 July 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 5



BAB 5
           
            Hari ini keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Tepat pukul sepuluh pagi aku sudah berada di sekolah. Hatiku berdebar-debar menanti keputusan diumumkan. Adakah aku lulus dengan cemerlang seperti peperiksaan percubaan dulu?

            "Rozie! Aku takut kalau dapat keputusan tak elok." Aku mengadu pada kawan baiknya Rozie.

            "Apa yang kau bimbangkan Fika. Keputusan exam kau selama ini tak pernah mengecewakan kau. Tak payah nak risaulah. Kau mesti dapat keputusan yang cemerlang Fika." Pujuk Rozie. Hatinya sendiri turut berdebar-debar menanti keputusan diumumkan.

            "Insya-ALLAH! Aku pun berharap aku mendapat keputusan yang cemerlang. Rozie." Beritahu aku pada Rozie.

            Kami masih menanti nama kami dipanggil oleh guru yang bertugas. Nama Rozie juga sudah dipanggil sebentar tadi. Kenapa pula nama aku belum dipanggil? Sedangkan nama aku yang berada paling teratas dari nama Rozie.

            "Fika! Aku dapat 7A1," jerit Rozie sambil meluru memeluk tubuh aku. Terperanjat aku dengan jeritan dari Rozie itu. Tubuhku pula erat dipeluk oleh Rozie.
           
            "Eh! Kau ni Rozie, buat aku terperanjat saja. Suka sangat pun, janganlah menjerit macam tu. Terperanjat aku." Aku urut dadaku yang terperanjat tadi. Mujur tak ada sakit jantung. Kalau tidak tak pasal-pasal dalam ICU.
           
            "Fika aku berjaya mendapat 7A1." Beritahu Rozie lagi. Gembira tak terkira hati Rozie.

            "Tahniah Rozie!" Ucapku sambil berpelukan dengan Rozie sekali lagi.

            "Nama kau belum dipanggil ke Fika?" Tanya Rozie padaku.

            "Belum!" Jawabku.

            "Afika Najwa binti Ahmad Al Hag!" Panggil cikgu Johan.

            "Saya cikgu," jawab Afika Najwa bila dipanggil oleh cikgu Johan.

            "Pengetua nak jumpa awak. Masuk ke bilik pengetua sekarang." Arah cikgu Johan. Serius saja air mukanya. Takut aku melihatnya.

            "Baiklah cikgu," jawabku.

            "Fika! Kenapa pengetua nak jumpa dengan kau?" Soal Rozie.

            "Entahlah , aku pun tak tahu? Rozie! Teruk sangat ke keputusan aku, sampaikan pengetua pun nak jumpa aku?"  Aku bertanya pada Rozie.

            "Mustahil kau dapat keputusan yang teruk Fika. Selama ini kau sentiasa cemerlang." Rozie memujukku.
           
            "Rozie! Aku masuk jumpa pengetua sekejap. Entah berita apa yang pengetua nak bagitahu aku? Aku berharap berita gembira yang akan aku terima."Ujarku sebelum masuk ke bilik pengetua.

            Tok! Tok! Tok! Tanganku yang mengigil mengetuk pintu bilik pengetua.

            "Afika Najwa! Masuklah." Panggil pengetua. Guru kelasku juga sedang duduk berdepan dengan pengetua.

            Ya Allah! Bantulah hamba-MU ini.Ucapku dalam hati.

            "Assalamualaikum cikgu." Salam tak lupa aku berikan pada mereka.

            "Waalaikumussalam!" Jawab pengetua serentak dengan guru kelasku.

            "Ada apa pengetua panggil saya?" Tanyaku pada pengetua..

            "Afika Najwa, saya ucapkan tahniah kerana awak mendapat 10A1," ucapan tahniah pengetua ucapkan padaku sambil menghulurkan slip peperiksaan kepadaku. Mengigil tanganku mencapai slip peperiksaan yang pengetua hulurkan padaku.

            "Tahniah Fika," ucap cikgu Mona sambil memelukku.

            "Terima kasih cikgu. Semua ini kerana jasa cikgu-cikgu yang mendidik saya selama ini," ucapku sambil menitiskan airmata. Airmata kegembiraan sebenarnya.
           
            "Semua ini atas usaha awak Fika." Ucap cikgu Mona. Gembira kerana anak didiknya telah berjaya dengan cemerlang.

            Beberapa orang guru yang mengajarku turut mengucapkan tahniah kepadaku.

            Aku keluar dari pejabat pengetua dengan wajah yang muram. Sengaja nak berlakon di depan Rozie.

            "Fika! Bagaimana dengan keputusan kau?" Wajah muram Afika Najwa dipandangnya. Berdetak jantung Rozie melihat wajah muram Afika Najwa. Beberapa orang teman sekelasku juga turut mengerumuni aku.

            "Rozie!" Tubuh Rozie aku peluk.

            Tak tahu apa yang harus dikatakannya pada Afika Najwa. Samada mendiamkan diri atau memujuk Afika Najwa.

            "Rozie! Aku dapat 10A1," jerit aku sambil memeluk Rozie.

            "Ya - ALLAH! Tahniah Fika. Kau buat aku terperanjat saja tadi. Aku ingatkan kau dah gagal. " Ujar Rozie. Dia tumpang gembira dengan kejayaan Fika itu. Beberapa orang rakan sekelas yang baru mendapat tahu kejayaan Fika , mengucapkan tahniah padanya.
           
            "Rozie! Aku balik dulu. Nak bagitahu emak dan ayah aku tentang kejayaan aku ini." Tanpa menunggu lagi Aku ke tempat meletak basikal. Basikal aku kayuh dengan laju untuk sampai ke rumah. Tak sabar nak khabarkan pada emak dan ayah.

            "Emak! Ayah! Fika lulus." Ayah dan emaknya yang sedang berehat dibawah pohon rambutan diterpanya. Terperanjat emak dan ayah dengan jeritan aku yang tiba-tiba itu.

            "Kenapa ni Fika? Tak bolehkah elok-elok sikit? Hai! Budak ni terperanjat emak tadi." Tegur puan Khatijah.

            "Ayah! Emak, Fika lulus. Beritahu Afika Najwa lagi." Slip peperiksaan dihulurkan pada ayahnya.

            "Alhamdulillah! Tahniah Fika!" Ucap encik Borhan setelah membaca slip peperiksaan Fika.

            "Terima kasih ayah, " ujar Afika Najwa pada ayahnya.

            "Tahniah Fika!" Puan Khatijah memeluk tubuh Afika Najwa. Afika Najwa tetap anaknya walaupun bukan dirinya yang melahirkan Afika Najwa.

            "Ayah, cikgu cakap Fika ada peluang belajar dekat luar Negara. Dengan keputusan Fika ini, mungkin Fika boleh dapat biasiswa. Fika ingat nak mohon buat persediaan melanjutkan pelajaran ke luar Negara nanti." Apa yang dikatakan cikgunya diceritakan semula pada ayah dan emaknya.

            "Tapi perbelanjaan untuk melanjutkan pengajian ke luar Negara, mahal . Kami tak mampu nak biaya pengajian Fika di sana."Kata puan Khatijah.

            Terdiam Afika Najwa mendengar kata-kata emaknya.

            "Bukankah kita ada simpanan untuk Fika, Tijah? Mana pergi duit yang Jasmine bagi pada awak tu?"Soal encik Borhan. Selama ini segala perbelanjaan untuk Fika adalah dari duit yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah kandung Fika. Bukan sedikit duit yang ditinggalkan untuk Fika.

            "Abang dah lupa? Duit tu saya dah gunakan untuk Iffah. Bukan sikit perbelanjaan semasa Iffah belajar di U swasta tu bang."

            "Kenapa awak guna duit tu Tijah? Itu amanah orang. Awak tak takut dengan dosa ke Tijah? Abang dah cakap tak payah masuk ke Kolej swasta tu. Mahal, tapi awak ikutkan sangat anak awak. Keputusan periksa Iffah tu pun bukannya elok sangat.” Tak sangka isterinya telah menggunakan wang yang telah di tinggalkan untuk Afika Najwa.

            "Eh! Saya pula yang salah." Marah  puan Khatijah. Mencuka wajahnya di marah oleh suaminya di hadapan Afika Najwa.

            "Tak mengapalah ayah, mak. Belajar di mana pun sama saja." Jawabku. Tidak mahu emak dan ayahnya berbalah kerana diriku. Agak kecewa sebenarnya tak dapat melanjutkan pengajian ke luar Negara.

            "Maafkan kami Fika." Ucap encik Borhan. Kesal dengan apa yang telah berlaku.

            "Tak mengapa ayah. Fika faham. Fika masuk dalam dulu ayah , mak."Tanpa menunggu lagi aku masuk ke dalam rumah. Hampa dan pilu hatiku hanya Allah saja yang tahu.

1 comment: