Reenzarini

Wednesday 2 July 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 2



BAB 2

            Mujurlah Amer Rafik bukannya seorang yang panas baran. Kalau orang lain tak tahulah, siap Fika kena maki hamun.

"Fika nak ambil ini." Selipar di tangannya diangkat perlahan.

Amer mengelengkan kepalanya. Kerana sebelah selipar, hampir meragut nyawa mereka berdua.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi, bahaya tau. Tengok kiri dan kanan dulu, barulah melintas jalan." Nasihat Amer Rafik. Macam sesi mengajar budak darjah satu pula.

"Fika dah form berapa?" Tanya Amer Rafik.Masih lagi  mencuri perhatian Fika, supaya melupakan kakinya yang sakit.

"Tingkatan lima. "Jawab Afika Najwa. Sesekali Fika mengerutkan dahinya kerana terasa sakit dengan urutan tangan Amer Rafik.

"Tak lama lagi nak exam. Abang doakan Fika berjaya dengan cemerlang. Boleh masuk university." Tangannya masih mengurut kaki Fika yang terseliuh. Bila di lihatnya Fika terleka, terus direntapnya kaki Fika.

Krupp!! Bunyi kakinya  membuatkan Afika Najwa terperanjat. Cepat sekali lelaki itu membetulkan semula sendi kakinya yang terseliuh itu. Lutut Afika Najwa yang sudah berdarah kerana melecet, dicuci dan disapu dengan ubat kuning. Kemudian dbalut , supaya darah yang sedang mengalir itu berhenti.

"Cuba bangun, abang nak tengok sakit lagi ke tidak?" Amer Rafik membantu Afika Najwa bangun.

Perlahan Afika Najwa mengatur beberapa langkah ke hadapan.

            "Nampak macam dah okey!" Ucap Affif Naufal.
           
"Sakitnya sudah agak berkurangan, cuma terasa sengal sikit, " beritahu Afika Najwa sambil memandang wajah Affif  Naufal, kemudian memandang wajah Amer Rafik.

Entah kenapa dia suka memandang wajah lelaki yang bernama Affif Naufal itu? Takkanlah dirinya jatuh cinta dengan lelaki itu. Setiap kali bertembung pandang dengan lelaki itu matanya akan dilarikan ke tempat lain.

"Terima kasih abang Amer."Ucapan terima kasih tak lupa Afika Najwa ucapkan pada Amer Rafik.

"Ini ubat kuning, sapu pada luka Fika tu." Sebotol ubat kuning dihulurkan pada Afika Najwa. Mujurlah dia teringat membawa sebotol ubat luka.

"Terima kasih abang Amer dan abang-abang semua." Ucap Afika Najwa.

"Sama-sama," jawab Amer Rafik serentak dengan kawan-kawannya.
           
"Argh!' Jerit Afika Najwa kuat.

"Kenapa Fika? Sakit lagi ke?" Soal Amer Rafik. Terperanjat dirinya, bila mendengar jeritan Afika Najwa.

Mereka yang berdiri di situ juga menanti jawapan dari Afika Najwa.          

"Emak Fika sedang menanti serbuk kari yang Fika beli tadi." Baru Fika teringat tadi dirinya ke kedai kerana membeli serbuk kari untuk emaknya.

"Oh! Abang ingatkan apalah tadi? Buat suspen saja Fika ni." Ujar Amer Rafik.

Kawan-kawan Amer Rafik juga ikut tergelak.

"Abang Amer, Fika nak balik dulu. Nanti mak mengamuk pula bila Fika lambat balik."

"Ini kad abang Amer, kalau ada apa-apa hubungi abang Amer." Sekeping kad dihulurkan pada Afika Najwa.

Afika Najwa mengambil kad yang dihulurkan oleh Amer Rafik  kepadanya.

Oh! Amer Rafik bakal bergelar doktor. Gumam Afika Najwa dalam hati.

Beberapa keping duit kertas turut dihulurkan pada Afika Najwa.

"Nak buat apa dengan duit ni?" Tanya Afika Najwa.

"Nanti Fika pergi klinik, dapatkan rawatan."Ujar Amer Rafik. Kalau dirinya memandu kereta sudah lama di bawanya gadis itu ke klinik. Takkanlah nak bawa anak dara orang dengan motosikalnya.

"Tak perlulah abang Amer. Dah elok dah. Balik nanti Fika sapu minyak angin gamat saja." Jawab Afika Najwa sambil menolak duit yang dihulurkan padanya.

"Ambillah Fika, abang ikhlas nak bagi pada Fika." Duit itu dimasukkan ke dalam jaket yang telah di ikat di pinggang Fika.
"Abang, Fika tak nak. Fika dah okey, "lembut Afika Najwa berkata pada Amer Rafik.

"Ambil sajalah Fika. Abang Amer dah bagi." Kata salah seorang dari kawan abang Amer.
           
Afika Najwa berbelah bahagi nak terima ke tak?

"Baiklah, terima kasih abang Amer. Fika balik dulu." Afika Najwa berjalan perlahan menuju ke basikalnya. Masih terasa sengal di kakinya.

"Baik-baik bawa basikal. Jumpa lagi!" Pesan Amer Rafik sebelum menaiki motosikalnya. Mujurlah motosikalnya tidak ada kerosakan. Bunyi motosikal mereka menderum bising, meninggalkan Afika Najwa yang sedang mengayuh basikalnya perlahan.

            Sampai di depan rumahnya, Afika Najwa menongkat basikalnya di halaman rumah. Matanya meliar mencari emaknya. Takut kalau emaknya marahkanntya kerana terlambat balik.

"Fika ke mana? Dah lama mak tunggu. Tadi mak dah pesan jangan singgah di mana-mana, kan?" Marah puan Khatijah.

"Fika tak singgah ke mana-mana mak. Fika kemalangan. Ada motosikal terlanggar Fika tadi." Terang Fika pada emaknya.

"La! Fika , macam mana boleh jadi macam tu? Selalu mak pesan, naik basikal tu hati-hati. Kena langgar dekat mana? Ada luka tak?" Tanya puan Khatijah cemas. Bukan dia tak sayangkan Fika.Tapi hati anaknya Iffah lebih di jaga. Tak mahu anaknya berkecil hati jika dia melebihkan Fika.

"Sikit saja lukanya mak. Dah bubuh ubat pun. " Jawab Afika Najwa.

" Itulah mak selalu pesan, lain kali hati-hati bila naik basikal."
           
Afika Najwa adalah anak yang diserahkan oleh kawan puan Khatijah yang berketurunan Cina. Ibu bapanya telah memeluk Islam sebelum melahirkan Afika Najwa. 

Ayahnya pula berasal dari Belanda. Kecantikan yang ada pada Afika Najwa diwarisi dari ibu bapanya. Kini Afika Najwa membesar sebagai seorang gadis yang sangat cantik. Berkulit putih gebu. Berwajah Pan Asian. Matanya pula berwarna kelabu. Tak dinafikan Afika Najwa memang seorang gadis yang cantik. Afika Najwa juga mempunyai seorang abang yang sebaya Afifah Najihah.

"Mak! Maafkan Fika. Fika tak sengaja nak balik lambat."Tangannya memegang tangan puan Khatijah. Memohon ampun dari emaknya.

"Sudahlah tu, pergi masuk berehat. Mak nak masak. Mana serbuk kari yang mak pesan tadi?" Soal puan Khatijah.

"Ya-ALLAH! Terlupa pula Fika. Sekejap Fika pergi ambil." Afika Najwa berpatah balik ke basikalnya.

"Nak ke mana pula tu?" Tanya puan Khatijah.

No comments:

Post a Comment