Reenzarini

Monday 4 August 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 6



BAB 6

            Akhirnya aku belajar di universiti tempatan. Walaupun mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian keluar Negara tapi hasratku ditentang oleh puan emak. Pada mulanya emak bersetuju membenarkan aku belajar di luar Negara tetapi seminggu kemudian emak berkeras tidak membenarkan aku belajar di luar Negara.

            Konon tak nak aku terpengaruh dengan budaya luar. Belajar di mana pun, pokok pangkalnya hati. Gerutuku dalam hati.

***********
            "Okey semua. Saya nak kamu semua siapkan assignment dua minggu dari sekarang. Saya nak semuanya dah ada di atas meja saya. Saya tak nak dengar alasan atau nak tangguh lagi. Faham semua?" Tanya encik Kamal sambil merenung mereka semua.

            "Faham encik Kamal," balas para siswa dan siswi. Suasana menjadi bising bila encik Kamal telah meninggalkan dewan kuliah.

            Aku bersama dengan dua orang kawanku berjalan menuju ke perpustakaan. Kami akan bekerjasama untuk mencari bahan-bahan  untuk dimuatkan di dalam kertas kerja kami nanti.

            Setelah sampai ke perpustakaan , kami bertiga memilih tempat duduk. Peralatan menulis, kami letakkan di atas meja sebelum mencari buku rujukan. Menanda tempat duduk kami supaya tak diambil oleh students lain.
            Buku-buku rujukan yang kami cari, kami bawa ke meja untuk mencari bahan-bahan penting untuk assignment kami.  Bila semuanya sudah dikumpul dan kami berpuas hati , barulah kami balik ke bilik. Sebelum balik kami sempat beli makanan untuk di makan di asrama.

            Begitulah kehidupanku setelah bergelar siswi. Sibuk mengejar impian untuk berjaya dalam pelajaran.
*******
            "Fika! Cepatlah, kata nak ikut kami ke Mid Valley?" Panggil Sarah.

            "Sekejaplah, aku baru selesai solat. Kau orang ni dah solat ke?" Soalku.

            "Kami ALLAH bagi cuti, " ucap Sarah dan Hanis serentak.

            Hari ini kami berada di rumah Sarah. Semalam adalah hari jadi Sarah. Kami bermalam di rumah Sarah. Cuti umum pun ada dua hari. Tak tahu hendak ke mana? Jadi Sarah sarankan kami menemaninya ke panggung wayang.

            Aku, Hanis dan Dina menemani Sarah ke Mid Valley.

            Sampai di sana, sudah ramai yang beratur untuk membeli tiket. Sarah mengarahkan  Fika membeli tiket dan dia membeli minuman dan popcorn untuk mereka. Biasalahkan kalau nak menonton wayang, mestilah ada pop corn.

            "Maafkan saya, ini Fika,kan?" Soal seorang lelaki yang sedang beratur bersebelahan dengan aku.

            "Eh! Kita kenal ke?" Soal aku pada lelaki itu. Wajah lelaki yang sedang beratur di sebelahku , aku pandang lama. Cuba mengingati siapakah lelaki itu?

            "Takkanlah Fika dah lupakan abang Amer?Abang Amer  yang terlanggar Fika tahun lepas. Sampainya hati Fika, lupakan abang Amer."Pura-pura merajuk.

 Wajah lelaki di sebelahku itu aku perhati lama.  Siapakah dia? Rasa macam nak kenal tapi di manakah aku pernah bertemu dengannya? Tanyaku dalam hati.

Wajah gadis itu Amer Rafik perhati. Semakin menawan gadis itu. Tak sangka boleh bertemu lagi dengan gadis itu. Mungkin ini peluang untuk mendekati gadis itu.

            "Abang Amer! Jeritku agak kuat. Aku menutup mulutku kerana malu mengundang perhatian beberapa  orang di sekitarku.

“Ingat pun, ingat tadi abang nak merajuk kerana Fika dah lupakan abang.”Ucap Amer Rafik sambil tergelak.

“Ya-ALLAH, tak sangka boleh jumpa abang Amer di sini." Sedikit teruja bila telah mengenal pasti siapakah lelaki itu? Perbualan kami terhenti setakat itu bila sampai giliran kami membeli tiket.
Bila aku selesai membeli tiket, aku berdiri tak jauh dari situ. Jam di pergelangan tangan aku belek. Ada lebih kurang setengah jam lagi nak masuk ke panggung wayang.

            "Mana pula Sarah, Dina dan Hanis?" Mataku tercari-cari mereka bertiga.

            "Mereka ni pergi beli bertih jagung ke pergi buat bertih jagung?" Bebelku sendiri.

            "Fika! Tunggu siapa?" Tanya Amer Rafik
           
"Abang Amer…. Fika tunggu kawan. Entah ke mana menghilang? Cakap pergi beli minuman. Pergi masak bertih jagung agaknya, begitu lama." Jawabku.

            "Abang Amer datang sini dengan siapa?" Tanyaku pula.

            "Dengan kawan-kawan abang. Fika pun kenal dengan mereka."

         Tergelak aku mendengar kata-kata Amer Rafik. Macamlah aku boleh ingat semua kawan-kawan abang Amer hari tu. Gerutuku dalam hati.

            "Abang….. macamlah Fika boleh ingat wajah semua kawan-kawan abang tu. Abang Amer pun kalau tak tegur Fika tadi mesti Fika tak kenal  dengan abang Amer." Ujarku sambil tersenyum.

            Amer Rafik ikut tersenyum.

            "Fika buat apa dekat KL ni?" Wajah jelita Fika dipandangnya tanpa jemu. Sudah bertambah matang Fika ni.

            "Fika belajar dekat UM." Jelas Afika Najwa sambil membalas pandangan Amer Rafik. Bila mata mereka bertembung, cepat saja Fika memandang ke arah lain. Cuba meredakan hati yang sedang berdebar.

            "Oh! Iye ke?" Tanya Amer Rafik inginkan kepastian.
           
"Betullah ,buat apa Fika nak tipu abang Amer."

            "Hari tu SPM Fika dapat berapa?" Soal Amer Rafik.

            "Fika dapat 10A1. Cadang nak belajar ke luar Negara tapi mak tak setuju. Jadi Fika belajar dalam Malaysia saja." Ceritaku sambil tergelak menutup kesedihan aku. Entah apa yang melucukan aku  pun aku tak tahu.

            "Fika! Puas kami cari kau." Sarah , Hanis dan Dina menghampiri Fika yang sedang berbual dengan Amer Rafik.

            "Eh! Sejak tadi aku ada di sini. Ke mana pula aku nak pergi? " Hairan dengan pertanyaan mereka berdua.

            "Kau orang pula merayapke mana? Sejak tadi aku tercari-cari kau orang bertiga." Tanyaku pulak.

            "Oh! Kami ke toilet sekejap. " Beritahu Sarah padaku.

            "Pergi toilet begitu lama?" Tanyaku seperti tak percaya..

            "Ramai orang dekat tandas tu, kenalah kami tunggu lama."  Jawab Dina pula.

            "Mana minuman dan popcorn yang kau orang nak beli tadi?" Tanyaku bila melihat tangan mereka kosong saja.

            "Kami baru nak belilah!" Terus mereka bergegas ke tempat penjual popcorn dan minuman.

            Mengeleng kepalaku melihat kekalutan mereka bertiga. Sesuai sangatlah mereka bertiga tu. Kepoh!

No comments:

Post a Comment