Reenzarini

Tuesday 26 August 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 9



BAB 9

Telefon yang berbunyi , aku jawab tanpa melihat nama pemanggilnya.

            “Assalamualaikum , Fika sayang.” Suara garau menerjah ke telingaku.

            “Waalaikumussalam abang Amer,”suara lembut Afika  Najwa menyambut salamnya.

            “Fika, abang Amer ada berita baik nak beritahu Fika.” Amer tak sabar untuk berkongsi khabar gembira itu bersama insan yang tercinta.

            “Sebenarnya abang Amer diminta melapur diri awal bulan depan. Esok abang Amer akan ke Johor Bharu untuk mencari rumah sewa.” Beritahu Amer Rafik.

“Alhamdulillah! Seronoknya abang Amer.  Nanti Fika tanyakan kak Iffah kalau ada rumah sewa yang hendak di sewa dekat rumah dia. Kak Iffah pun bekerja di sana.” Berita itu turut membuatkan aku tumpang gembira.

            “Baiklah Fika, tolong tanya kak  Iffah cepat sikit. Abang  Amer kena cari rumah sewa dalam dua minggu ini.” Amer  Rafik pernah beberapa kali bertemu dengan Iffah Najihah. Iffah Najihah muda setahun dari Amer Rafik. Cuma dia kurang suka dengan perangai Iffah Najihah. Perangai Iffah Najihah agak berlainan dari perangai Fika. Gedik!

            “Insya-ALLAH. Sekejap lagi Fika tanya pada kak Iffah. Kak Iffah ada di kampung sekarang ni.”

            “Fika, abang  Amer rasa dah sampai masanya kita halalkan perkenalan kita ini.”

            “Fika ikut saja mana yang baik abang Amer. Tapi Fika nak kerja dulu baru kita bertunang. Boleh tak abang Amer?”  Tanyaku kepada abang Amer.

            “Okey! Selepas Fika dah bekerja barulah kita fikirkan pasal kahwin. Tapi tak mengapakan kalau kita bertunang dulu?”  Amer Rafik memberikan cadangan.

            “Insya - ALLAH, esok abang Amer singgah sini dulu. Boleh pergi dengan kak Iffah. Kak Iffah pun nak balik dah esok. Lagi pun dia dah biasa dengan tempat tu, bolehlah kak Iffah tunjukkan pada abang Amer.”

            “Baiklah , nanti abang Amer singgah ke rumah Fika. Okey kita jumpa lagi esok. Abang Amer sayangkan Fika. Assalamualaikum,” salam diberi sebelum memutuskan talian.
***********
            “Kak Iffah! Kak Iffah!” Panggilku dan terus membuka pintu bilik kak Iffah.

            “Fika! Kenapa tak ketuk pintu dulu. Terperanjat aku.” Marah Iffah Najihah. Biasalah mulutnya, kalau bercakap dengan aku  mana pernah elok.

            “Ada apa kau masuk ke bilik aku ni?” Tanya Iffah Najihah dengan nada kasar. Rokok di jarinya dihisapnya lagi. Asap rokok dihembusnya.          

            “ Kak Iffah, kenapa kak Iffah masih merokok? Kalau ayah tahu teruk kak Iffah kena dengan ayah.”Tegurku.

“Hoi! Aku punya sukalah nak merokok ke apa ke? Yang kau sibuk ni kenapa? Ingat kalau kau bagitahu ayah, nahas kau aku kerjakan.” Amaran kak Iffah berikan kepadaku.

“Abang Amer dah dapat kerja dekat Johor Bharu. Kak Iffah tahu tak dekat mana ada rumah sewa?” Tanyaku pada Iffah Najihah.

            “ Abang Amer, boyfriend kau tu ke?” Tanya  Iffah Najihah sambil merenung adiknya.  Misi baik ni! Bisik Iffah dalam hati.
           
“Yalah kak Iffah! Abang Amer mana lagi? Boyfriend Fika la. Takkanlah boyfriend kak Iffah pula.” Jawabku sambil tersenyum. Langsung aku tak perasan dengan kelainan kerut wajah kak Iffah.

            “Dia dapat kerja dekat Johor Bharu ke?” Tanya Iffah Najihah inginkan kepastian.

            “Yalah kak Iffah,” jawabku sambil tersenyum.

            “Dekat sebelah rumah aku tu ada sebuah rumah nak di sewa. Tapi tak tahulah sama ada dah ada penyewa atau tidak?”

            “Nanti kak Iffah tunjukkan rumah tu kepada abang Amer. Kalau tak ada penyewa, bolehlah abang Amer menyewa rumah itu.” Harap-harap rumah tu belum ada penyewa, doaku dalam hati.

            “Terlupa pula nak beritahu kak Iffah. Esok abang Amer singgah sini dulu. Nanti bolehlah kak Iffah tumpang ke Johor Bharu dengan abang Amer. Bolehlah kak Iffah tunjukkan rumah sewa tu pada abang  Amer.”

            “Elok sangatlah tu. Tak perlulah aku naik bas. Rimas.” Ewah! Selama ini boleh pulak naik bas ke sana sini.Getus hatiku. Kadangkala geram juga aku dengan kak Iffah ni.

            “Terlupa pula Fika nak cakap dengan kak Iffah. Abang Amer dah melamar Fika.” Beritahu aku dengan gembira.

“Bila dia melamar kau? Kerja pun belum lagi dah sibuk nak kahwin.Gatallah kau ni!” Marah kak Iffah.

“Baru tadi abang Amer melamar Fika. Tapi Fika nak bertunang dulu, bila dah bekerja barulah Fika nak kahwin dengan abang Amer. Abang Amer pun dah bersetuju dengan cadangan Fika. Tengoklah sebulan dua lagi barulah kami bertunang.” Beritahu aku dengan gembira.
Iffah Najihah mencebikkan bibirnya. Meluat melihat Afikah Najwa yang keriangan. Akan aku patahkan hati kau Fika, monolog Iffah Najihah dalam diam.

            “Kak Iffah dengan abang Johan bila lagi? Dah ada tarikh nak langsungkan majlisnya?” Tanyaku pula.

            “Entahlah, belum ada tarikh lagi. Mungkin tahun depan kut. Eh! Yang kau sibuk hal aku tu kenapa?”  Wajah Iffah langsung tak ceria. Berita yang disampaikan oleh Fika membuatkan hatinya cemburu. Sebenarnya Iffah telah jatuh hati pada Amer sejak diperkenalkan oleh Fika dulu.

            Iffah pernah bertandang ke rumah Amer sewaktu berkunjung dengan Fika ke rumah keluarga Amer. Keluarga Amer agak berada kalau nak dibandingkan dengan keluarga Johan. Ini membuatkan hatinya sakit bila Fika mendapat lelaki yang kaya. Dirinya perlu membuat sesuatu demi memenuhi impiannya itu. Misi akan bermula tak lama lagi.
           
            Ibu tentu menyebelahinya. Dirinya lebih disayangi oleh ibu berbanding Fika. Dia tidak akan membiarkan Fika mendapat lelaki yang lebih kaya dari apa yang dia dapat. Sejak dahulu dirinya tidak suka melihat Fika bahagia. Akan ku rampas kebahagiaan kau Fika!
**************
            “Jemputlah masuk Amer. Dah lama Amer tak ke sini. Apa khabar keluarga Amer di sana?” Kedatangan Amer disambut dengan senang hati. Amer sudah dikenali sejak berkawan dengan Afika Najwa tiga tahun yang lalu.

            “Keluarga Amer sihat macam biasa mak cik.” Jawab Amer Rafik ramah.

“Amer, jemputlah masuk.” Iffah Najihah tersenyum pada Amer. Sudah lama juga mereka tak bertemu. Kali terakhir pun semasa dirinya menemani Fika ke rumah keluarga Amer Rafik.
           
            “Terima kasih,” jawab Amer Rafik.

            “Mana pak cik?” Tanya Amer Rafik bila  encik Borhan tidak kelihatan di situ.
           
            “Pak cik keluar ke kedai sekejap. Nanti baliklah tu.” Jawab puan Khatijah.

            “Dengar kata Amer dah dapat kerja dekat Johor Bharu? Bila mula kerja?” Soal puan Khatijah.

            “Bulan depan mak cik. Dua minggu lagi,” jawab Amer Rafik.

            “Eloklah tu, Iffah kata ada sebuah rumah nak di sewa dekat rumah sewanya.” Beritahu puan Khatijah.

            “Betul tu Amer. Nanti kita bertolak awal sikit. Senang nak cari rumah sewa.” Ujar Iffah Najihah sambil tersenyum pada Amer. Cuba memikat hati Amer.

            Mata Amer meliar mencari buah hatinya. Sejak tadi Fika belum muncul di depannya. Di manakah Fika? Soal hatinya.

            “Fika mana, mak cik?” Tanya AmerRafik.

          "Fika sedang buat air untuk Amer. Cepat dapat minum, cepatlah kita bertolak,"  Iffah Najihah. tak ingin berlama-lama di rumah itu. Seronoknya dapat duduk berduaan dengan Amer di dalam kereta nanti.

No comments:

Post a Comment