BAB
8
Suasana
di Stesen bas Pudu Raya yang sesak membuatkan kepalaku terasa sakit.
Sejak tadi aku dan abang Amer menunggu ketibaan kakakku , Iffah Najihah.
“Mana
kak Iffah ni, lambat lagi ke bas nak sampai, abang Amer?” Mataku mencari-cari kelibat
kak Iffah.
“Sabarlah
Fika, sekejap lagi sampailah kakak Fika tu.” Pujuk Amer Rafik.
“Fika
bukan apa abang Amer, rimaslah dengan suasana yang bising dan ramai orang macam
ni.”
“Abang
dah tanya di kaunter tiket tadi. Bas tu dah nak sampai. Kita tunggu sekejap
lagi. Fika dahaga tak? Kita pergi minum dulu.”
“Tak
perlulah abang Amer. Fika tak dahaga. Susah pula jika kak Iffah sampai kita tak
ada di sini, nanti tercari-cari pulak dia,” jawabku.
Bila
kak Iffah muncul di depan mata, barulah kami terasa lega.
“Dah
lama Amer tunggu Iffah?” Tanya Iffah Najihah sambil tersenyum. Suaranya sengaja
dimanjakan untuk mengoda Amer Rafik. Fika yang menghulurkan tangan kepadanya
untuk bersalam tidak dipedulikannya. Fikirannya hanya tertumpu pada Amer Rafik.
Cerita emaknya tentang Amer Rafik membuatkan hatinya semakin bernanah. Tak akan
dibenarkan Fika mendapat suami yang lebih dari dirinya. Tidak sekali-kali dibenarkannya
Fika hidup bahagia.
"Jom! Kita ke rumah abang Amer." Ajak Amer Rafik. Beg di tangan kak Iffah abang Amer ambil dan bawa ke kereta.
Sewaktu aku membuka pintu kereta di sebelah penumpang, cepat saja kak Iffah memboloskan dirinya di sebelah abang Amer. Aku hanya mengalah dengan kak Iffah. Tak mengapalah aku duduk saja di bahagian belakang. Abang Amer hanya memandang wajahku. Senyuman aku berikan pada abang Amer. Abang Amer membalas senyumanku.
"Jom! Kita ke rumah abang Amer." Ajak Amer Rafik. Beg di tangan kak Iffah abang Amer ambil dan bawa ke kereta.
Sewaktu aku membuka pintu kereta di sebelah penumpang, cepat saja kak Iffah memboloskan dirinya di sebelah abang Amer. Aku hanya mengalah dengan kak Iffah. Tak mengapalah aku duduk saja di bahagian belakang. Abang Amer hanya memandang wajahku. Senyuman aku berikan pada abang Amer. Abang Amer membalas senyumanku.
Sepanjang perjalanan ke rumah abang Amer tak habis-habis kak Iffah berbual dengan abang Amer hingga aku tidak berkesempatan untuk berbual dengan abang Amer. Apabila aku hendak bersuara ada saja yang hendak di cakapkan oleh kak Iffah.Kenapalah dengan kak Iffah ni?
Abang Amer memandu kereta masuk ke perkarangan sebuah rumah yang agak besar,. Tak sangka keluarga abang Amer memiliki rumah yang tersergam indah begini. Bagaikan sebuah istana.
Abang Amer memandu kereta masuk ke perkarangan sebuah rumah yang agak besar,. Tak sangka keluarga abang Amer memiliki rumah yang tersergam indah begini. Bagaikan sebuah istana.
Melihat
kekayaan keluarga Amer Rafik membuatkan Iffah Najihah semakin berazam memiliki Amer
Rafik. Sekali lagi sakit hati Iffah Najihah bila memikirkan Fika akan hidup
dalam kemewahan jika berkahwin dengan Amer Rafik. “Tak boleh jadi ni. Aku
perlu lakukan sesuatu.”Bisik Iffah Najihah.
“Fika,
kak Iffah…jemputlah masuk.” Pelawa Amer Rafik.
“Mama….kenalkan
ini Fika , orang yang Amer ceritakan selama ini. Bakal menantu mama. Fika ini
mama abang. Puan Suriana.” Ucap Amer Rafik sambil tergelak.
“Jemputlah
masuk Fika. Sudi juga Fika datang ke rumah aunty.”
“Terima
kasih aunty,” ucapku sambil menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan mama abang Amer. Tiba-tiba Iffah Najihah mencelah
dan menolak Afika Najwa ke tepi. Tangan mama
Amer Rafik diraihnya.
“Apa
khabar aunty?” Tangan puan Suriana
dicium dan tubuh wanita itu dipeluknya dengan mesra.
“Baik,
siapa ni Amer?” Soal puan Suriana hairan.
“Mama,
inilah kakak Fika, Iffah Najihah. Lupa pula Amer nak cakap dengan mama yang kakak Fika nak temankan Fika datang ke rumah kita.” Amer Rafik memperkenalkan Iffah Najihah pada mamanya.
“Jemputlah
masuk.” Pelawa puan Suriana. Tiba pula giliran Fika untuk bersalaman dengan puan
Suriana.
“Apa
khabar aunty?” Ucap Fika lembut.
“Baik,”
tubuh Afika Najwa ditariknya dan dipeluk dengan penuh kasih sayang.
“Terima
kasih kerana sudi datang ke rumah aunty.
Cantiknya Fika. Patutlah Amer tu angau sangat.”Ucap Puan Suriana sambil memberikan
senyuman kepada Afika Najwa.
“Biasa
saja aunty.” Jawab Iffah Najihah. Eh ! Eh! Dia pula yang sibuk.
“Ana….kalau
iye pun nak berkenalan dengan bakal menantu, ajaklah masuk dulu. Tak payahlah nak
buat jejak kasih depan pintu ni.” Tegur encik Kamal Ehsan.
“Fika
inilah papa abang.”
“Apa
khabar uncle?”Tanya Iffah Najihah sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan encik Kamal Ehsan.
“Baik.”
“Uncle apa khabar?” Tanya Fika sambil tersenyum
pada papa abang Amer.
“Baik,
jemputlah masuk.” Ajak encik Kamal Ehsan
“Terima
kasih uncle.” Ucapku sambil tersenyum
pada encik Kamal Ehsan.
“Fika
, Jihah jomlah masuk.” Ajak puan Suriana sambil menarik tangan Afika Najwa masuk
ke dalam rumah.
“Cantiknya
rumah aunty. Tak pernah saya jumpa
rumah yang begini cantik. Pandai aunty
menghiasnya.” Puji Iffah Najihah, cuba bermulut manis dengan puan Suriana.
“Biasa
saja Iffah! Bukan mak cik yang menghiasnya .Pereka hiasan dalaman yang
menghiasnya.” Wajah gadis di depannya dipandang lama. Kenapa rupa mereka
berlainan? Tanya Puan Suriana dalam hati.
“Kenapa mak cik?” Tanya Iffah
Najihah bila dilihatnya puan Suriana memandang wajahnya.
"Oh! Tak ada apa. Jom makan.
Semuanya dah siap terhidang." Ajak puan Suriana.
Setelah makan tengahari aku membantu
mama abang Amer mengemas. Setelah selesai aku meminta diri untuk tumpang solat.
Encik Kamal Ehsan pula ke pejabat kerana ada hal.
“Maafkan Fika. Boleh Fika tumpang
solat?” Tanyaku kepada puan Suriana.
“Eh! Boleh , apa salahnya. Biar aunty tunjukkan bilik tetamu.” Aku
mengikut puan Suriana ke bilik tetamu.
“Fika, ini bilik tetamu, kiblatnya
sebelah sana. Fika ada bawa kain telekung?” Tanya puan Suriana.
“Ada aunty,” jawabku lembut.
“Bilik air di sana.” Tunjuk puan
Suriana kepadaku. “Dah sudah nanti, turun ke bawah. Kita berbual lagi.” Tenang
hatinya melihat wajah lembut Fika. Pandai anaknya memilih bakal isteri.
“Baiklah
aunty.” Jawab Afika Najwa. Puan Suriana
meninggalkan Afika Najwa sendirian. Dia kembali ke ruang tamu.
“Iffah tak nak solat ke?” Tanya puan
Suriana kepada Iffah Najihah.
“Err! Iffah uzur aunty.”Jawab Iffah gagap. Dia mana
pernah solat sejak masuk ke maktab. Dirinya penuh bergelumang dengan dosa.
“Tak mengapalah kalau dah uzur.”
“Aunty,
kenapa biarkan Amer bercinta dengan Fika?” Iffah cuba masuk jarum dengan
mencucuk puan Suriana.
“Kenapa pula tak boleh? Fika tu adik
Iffah, kan? Cantik pula tu. Aunty dah
berkenan dengan Fika. Bertuah Amer dapat bakal isteri macam Fika. Cadangnya
selepas Amer dah bekerja nanti, kami nak hantar rombongan peminangan ke rumah
keluarga Iffah. Nak pinang Fika.” Beritahu
puan Suriana. Terpancar kegembiraan di wajah puan Suriana.
“Aunty
tahu ke Fika tu siapa?”Cucuk Iffah lagi.
“Fika tu adik Iffah. Kan?”
“Bukan makcik , Fika tu anak pungut.
Entah dari mana datangnya pun Iffah tak tahu? Siapa keluarganya pun kami tak
tahu. Entah anak haram ke?” Beritahu Iffah Najihah.
“Siapa pun Fika, di sisi Allah kita
sama saja.” Jawab puan Suriana. Sebenarnya dia sudah tahu Fika tu hanya anak
angkat. Anak kenalan emak Iffah. Amer Rafik telah menceritakan segalanya
tentang diri Fika.
No comments:
Post a Comment