ALHAMDULILLAH! NOVEL SPNS DAH SIAP TEPAT JAM 12 MLM. SEMALAM. BERSEMPENA DENGAN BIRTHDAY RZ HARI INI. SETELAH MENGALAMI BERMACAM MASALAH AKHIRNYA BERJAYA JUGA RZ MENYIAPKANNYA. DIAM TK DIAM DAH HAMPIR 3 TAHUN RZ CUBA MENYIAPKANNYA. SEKARANG TENGAH EDIT PULA.
BAB
13
Cepat-cepat aku menundukkan kepalaku dan bersembunyi di sebalik fail, berpura-pura
menyemak assignment
yang telah siap
disemak. Buat-buat tak nampak
Imran Danish.
“Tolonglah, janganlah dia datang ke sini.” Semakin berdebar dadaku.
Tapi harapan hanya tinggal harapan , aku dapat melihat
Imran Danish sedang berjalan ke arahku. Kenapa
dia ke sini? Adakah dia dah nampak aku yang sedang mengintip dia tadi? Kacau betullah dia ni! Banyak lagi kafetaria
lain, kenapa kafetaria
ini juga yang dipilihnya?
Gumam
aku dalam hati .
Akalku cepat saja berfikir.
Lebih baik aku bersembunyi
di bawah meja. Kau dah hilang akal ke
Dania nak bersembunyi di bawah meja. Apa
salahnya sesekali buat
kerja gila, bukan
kena bayar pun, desis
hatiku. Tanpa berfikir panjang
aku terus saja menyusup
di bawah meja.
Harap-harap
dia tak nampak aku bersembunyi di bawah meja. Alamak, beg sandang dan fail aku
masih ada di atas meja. Terlupa pula aku nak bawa sekali ke
bawah meja. Mudah-mudahan dia tak perasan semua tu. Hati aku semakin berdebar
menanti saat ketibaan Imran Danish ke
meja tempat aku bersembunyi. Aku perasan
ada sepasang kaki yang memakai
kasut berjenama Nike berhenti
berdekatan meja yang aku
duduk tadi.
"Aduh! Masak aku kalau dia menjenguk ke bawah meja ni.
Janganlah jenguk….janganlah jenguk. Gerutu aku sendiri.
”Hai! Sorang
saja ke?”
Imran Danish menjengukkan kepalanya
ke bawah meja dan bertanya kepada gadis
yang duduk di bawah meja itu.
“Assalamualaikum!” Aku memberi salam dan berpura-pura
mencari sesuatu di bawah meja tu.
“Waalaikumussalam!” Jawab Imran Danish. Dia tersenyum
kerana menyedari kesilapannya tidak memberi
salam kepada gadis
itu.
“Awak buat apa
di bawah meja
ni?” Tanya Imran Danish. Nampak sangat muka gadis tu
dah kemerahan kerana malu, bisiknya dalam hati. Hampir pecah gelak Imran Danish
melihat gadis itu bersembunyi darinya di bawah meja. Tak ada tempat lain ke nak bersembunyi?
Lucu.
Cuba
ditahan gelaknya itu. Bukan dia tak perasan gadis itu gelabah
bila melihatnya masuk ke kafetaria tadi. Sungguh lucu bila melihat
gadis itu tergesa-gesa
menyusup di bawah meja untuk mengelak darinya. Macam-macam la dia ni. Muka gadis itu
yang dah kemerahan sungguh comel dipandangan mata
Imran Danish. Mungkin menahan perasaan malu agaknya.
“Sasasaya kutip duit syiling
10 sen yang
terjatuh tadi,” terang
aku pada
Imran Danish yang masih lagi menundukkan kepalanya ke bawah meja tu.
Aku menunjukkan duit syiling
yang berada di atas lantai kafe
itu. Aku mengutip duit syiling itu dan
tersenyum manis. Nak
cover
malulah tu. Entah duit
syiling siapalah yang
tercicir tu? Nasib baiklah
aku ternampak sekeping syiling sepuluh sen di atas lantai. Kalau tidak kantoi
aku dengan Imran Danish.
“ Ha! Dah jumpa duit syiling
tu kenapa awak
masih
berada di bawah meja ni
lagi? Keluarlah cepat.” Dihulurkannya tangan untuk membantu
gadis tu keluar
dari bawah meja.
“Tak
payahlah bantu saya. Saja saya nak test,
seronok juga duduk di bawah meja ni. Duduk lama-lama sikit apa salahnya,”
ujarku pada Imran Danish sambil menepuk lantai jubin.
Konon-konon nak test lantai itu.
“Sudah-sudahlah tu nak test
duduk bawah meja
ni. Saya tengok pengurus kafetaria ni pun dah tengok
awak semacam
saja.” Mata Imran Danish memandang
pengurus kafetaria yang sudah tertinjau ke arah mereka berdua.
Apa taknya
semua orang duduk di kerusi, awak pula duduk di
lantai, bawah meja pula tu.
Tak ke pelik namanya?”
Usik Imran Danish. Macam-macam pula
minah ni. Seronok
sangat ke duduk
di bawah meja tu?
“Sudahlah tu, keluarlah dari
bawah meja tu.
Sini saya bantu
awak.” Dihulurkan tangannya
untuk membantu gadis itu
keluar dari bawah
meja.
“Tak
mengapalah, saya boleh
keluar sendiri.”Aku enggan menerima
bantuan dari Imran Danish. Ish! Dia ni
pun , boleh tak pergi
jauh sikit. Macam mana
aku nak keluar ni. Tempat ni
dah la sempit,
bertambah sempit dengan
dia ni. Menyemak
saja dekat sini. Gerutu
aku dalam hati.
Akhirnya
Imran Danish mengalah bila bantuan
darinya tak diperlukan. Di perhatinya gadis
itu yang sedang
berusaha keluar dari
bawah meja. Kesian
pula dia tengok ,
begitu susah nak
keluar dari bawah
meja tu. Masa masuk
tadi cepat saja
dia tengok gadis
tu menyusup masuk bawah meja. Tapi
nak keluar nampak
susah pula. Nak dibantu…orang
pula tak nak
bantuan kita. Tolong tengok
sajalah.
Dengan
bersusah payah aku merangkak keluar dari bawah meja tetapi malang tak
berbau, kepalaku terhantuk ke bucu meja.
“Aduh!” Aku mengusap kepalaku yang terhantuk
tadi. Sakitnya.
Imran Danish juga ikut mengusap kepala gadis itu.
Aku tepis tangan yang
sedang mengusap kepalaku itu .
“Jangan sentuh orang la. Orang tak
suka tau.” Aku menjeling lelaki tu . Apa pegang-pegang, dahlah aku terkantoi
bila tertangkap bersembunyi di bawah meja tadi . Ini
dah terhantuk ke meja
pula .
Malang betul nasibku.
“Awak tak
apa-apa ke? Sakit lagi kepala awak? ” Soal Imran Danish.
Aku duduk semula di
kerusi yang aku duduk
sejak sampai ke kafe
tad
“Dah okey ke
kepala awak tu?” Soal
Imran Danish lagi, dia masih lagi merenung
gadis di depannya .
“Okey!”
Jawab Dania sambil mengusap kepalanya yang terhantuk
tadi. Masih terasa sakit
di kepalanya. Duit syiling yang dijumpainya
tadi, dia biarkan saja di
atas meja . Bukan duit
syiling aku pun
. Biarkan saja di
atas meja ni, desis hati
Dania .
“Awak sorang saja ke?” Soal Imran Danish lagi.
Kini dia telah duduk di sebelah gadis itu.
“Awak ada nampak
kiri dan kanan saya ni?
Ada sesiapa ke bersama saya?” Pertanyaan Imran Danish dijawab dengan
pertanyaan juga. Dah tahu, nak bertanya lagi, gumam
aku lagi.
Imran Danish tersenyum mendengar
jawapan dari gadis itu sambil duduk di kerusi yang
masih kosong .
“Boleh saya duduk di sini?” Tanya Imran
Danish sambil merenung
wajah gadis itu .
Huh! Dari tadi tak habis - habis lagi ke
nak renung
aku ? Kita tau la kita ni
comel , tak payahlah awak nak tenung kita macam tu.
“La!
Awak dah duduk pun, baru awak nak tanya saya? Kalau
nak duduk, duduk sajalah. Tak payahlah nak minta
kebenaran saya. Kafe
ni bukan saya yang punya,” sinis
aku menjawab.
Aku mengambil tisu basah dari dalam beg sandang.
tapak tanganku yang kotor tadi aku kesat dengan tisu basah.
Imran Danish memerhati saja ketika aku mengelap kedua-dua tapak tanganku.
”Kenapa
dengan tangan awak tu ?”Tanya Imran Danish ingin tahu. Takut kalau gadis
kesayangannya itu cedera.
“Awak tak nampak apa saya sedang
buat ni?” Perli
Dania pada lelaki
tu .
Imran Danish tergelak bila mendengar gadis tu memerlinya . Lucunya gadis ni
. Seronok dapat berbual dengannya . Terasa lapang dadanya.
“Entah apa yang lucu
sangat , dari tadi asyik
tersengih saja. Tak betul apa mamat ni. Kenapalah aku suka
sangat kata dia ni tak betul,”
kata Dania perlahan.
Tak
sayang mulut betullah aku ni .
Dania tampar mulutnya perlahan-lahan.
“Kenapa
awak tampar mulut awak
tu?” Soal lelaki tu pada
Dania.
“Tak ada apalah ,” jawab Dania. Tak sangka pula dia perhatikan
perlakuan aku itu .
“Malunya
aku!” Bisikku perlahan .
“Saya
sukalah bila bercakap dengan awak. Hati
saya rasa terhibur bila saya bercakap dengan awak. Lawak betul awak
ni.”
“Awak
jangan nak buat lawak . Awak ingat
saya
ni pelawak ke apa?
Tak ada masa saya nak hiburkan hati awak,” bidasku pada Danish.
”Maaflah kalau saya ganggu awak,”
ucap Imran Danish sambil memandang
wajah comel di depannya.
“Tahu pun
awak sedang mengganggu
saya, kalau dah
buat apa kacau saya
lagi .
Pergilah duduk dengan kawan-kawan awak,” sinis
aku berkata pada
lelaki tu .
“Kesian saya tengok awak duduk sorang-sorang
, sebab tu saya
datang tegur
awak.
“Tak mengapa ….. Saya lebih suka duduk bersendirian
daripada berkawan ramai-ramai menyusahkan saja,” Ucap
Dania lembut . Dah datang
balik perangai manja Dania ni.
“Mana
kawan-kawan awak?” Soal Imran Danish .
“Mana awak tahu tentang kawan-kawan saya
tu?” Giliran aku pula
bertanya pada Imran
Danish. Selama ni awak
intip saya ke?” Serkap aku lagi.
“Saya pernah nampak
awak bersama dengan
mereka . Itu yang saya
tanya awak tu . Manalah tahu kalau-kalau awak perlukan
teman . Saya boleh temankan awak . Saya pun tak
ada apa-apa nak buat. Sekejap
lagi kawan-kawan saya
pun ada hal masing-masing.”
“Tak mengapalah.
Saya dah biasa macam ni. Tak
perlu awak nak temankan saya.
Kawan-kawan saya ada hal
dekat luar, tak
dapat nak temankan
saya.
Jumpa teman lelaki mereka.”
“Habis
awak ni belum ada
boyfriend lagilah ya?” Tanya Imran
Danish ingin menduga.
“Siapa
cakap? Pandai-pandai saja awak
cakap orang tak ada boyfriend,”
ucapku sambil menjeling pada lelaki tu. “Boyfriend saya ramai tau,” jawabku manja.
best...
ReplyDeletemaking menarik....... nak lagi....
ReplyDeletebab 14 plz