BAB
7
Semasa Imran Danish hendak
ke rak buku , dia ternampak gadis yang
berlanggar dengannya beberapa hari lalu. Cepat-cepat dia bersembunyi di sebalik rak buku-buku di
situ. Dia memerhatikan gadis itu dari
celah rak buku
di situ.
“Comelnya dia. Kalau jadi isteri aku,
alangkah bahagianya aku. Eh!Apa la aku ni melalut sampai ke situ. Kenal belum, bercinta
pun belum dah cakap pasal isteri pula,” gumam Imran Danish
sendiri.
Imran Danish
mendekati meja yang di
duduki oleh gadis itu. Dari tadi Imran
Danish memerhati gadis itu. Dia duduk perlahan di sebelah gadis itu.
Nampaknya gadis
itu seorang diri kerana
tidak ada kawan-kawannya duduk di meja
itu.
" Inilah peluang
aku untuk mendekati
gadis idamanku itu," bisik
Imran Danish.
"Alahai! Minah ni! Langsung tak pandang kiri kanan.
Kalau ya pun.
Pandanglah aku yang duduk tercongok
sejak tadi lagi. Macho apa aku
ni." Imran Danish berkata perlahan.
Aku sedang sibuk mencari bahan untuk assignment di dalam library. Tak aku hiraukan apa yang berlaku di sekelilingku. Yang
penting , apa yang aku cari dapat membantuku
menyiapkan assignment
yang di beri oleh pensyarah.
”Uhuk! Uhuk!” Imran Danish berpura-pura batuk untuk menarik perhatian sidia.
Bunyi
orang batuk di sebelahku , membuatkan aku terkejut beruk. Beruk
pun tak terkejut
macam aku. Nasib baik aku tak melatah tadi. Kalau tidak, mahu jatuh saham aku . Mana tak terkejutnya, tiba-tiba saja lelaki tu duduk
di sebelahku. Entah bila dia duduk di sini?
"Ingatkan siapa tadi?
Laa….. sekali tengok lelaki
perasan
bagus ni rupanya . Ingat siapalah yang batuk hingga mengganggu aku tadi. Sakit tekak
kut? Teruk sangat bunyinya. Sejak bila pula lelaki perasan bagus ni
duduk di sebelah aku?" Gumam aku sendiri.
"Tempat lain , kan banyak lagi , buat apa la dia ni duduk di sebelah aku? Saja
tau dia ni nak
kacau –bilaukan jiwa aku yang tengah kacau ni. Aku ni dahlah
nak halang dari terjatuh cinta dengan dia, boleh pula dia selamba
badak saja duduk di sebelah aku. Siap
tenung aku pula tu
," gerutu aku lagi.
Ini yang orang tak
suka ni, tenung-tenung
macam ni. Bikin hatiku
tertawan.
”Maafkan saya, boleh saya pinjam
buku ini
sekejap ?” Tanya Imran Danish pada gadis
yang sedang merenungnya itu.
Comel sangat macam
nak cuit-cuit pipi
gebu gadis tu. Macam anak patung pun ada.
“Awak bercakap dengan saya ke?” Soalku ingin tahu.
“Saya nak pinjam buku ni
sekejap,” sekali
lagi Imran Danish bertanya pada
gadis itu sambil menunjukkan buku yang berada di depannya.
Aku memandang buku-buku yang aku letak
di situ. Aku nak pinjam untuk
rujukanku nanti.
Bukan senang nak
dapatkan buku-buku tu. Siapa
cepat dia dapat.
“Tapi saya nak guna buku ni,” Aku memandang lelaki
yang duduk di sebelahku.
“Sekejap
lagi saya nak pinjam semua buku-buku ini,” beritahu aku padanya.
“Nanti saya kembalikan buku ini pada awak,”
janji Imran Danish.
“Betul awak nak kembalikan buku ini pada saya?”
Soalku inginkan
kepastian sebab aku perlukan buku-buku itu untuk kerja-kerja kursus aku nanti.
Dibuatnya lelaki ni rembat dulu buku tu, macam mana? Aku
sangat memerlukan buku itu untuk assignmentku.
“Saya janji,
nanti saya akan pulangkan kembali pada awak,” balas Imran Danish sambil
tersenyum.
“Baiklah kalau dah macam tu,
nanti awak kembalikan buku ini
pada saya. Janji tau?”
Teragak-agak aku nak menyerahkan buku itu pada lelaki yang duduk di sebelahku itu.
Janganlah dia bawa lari buku ini, aku sangat memerlukannya untuk menyiapkan assignment aku ni. Bisikku dalam hati.
“Janji
,” jawab Imran Danish
sambil tersenyum pada
gadis manis itu lagi. Tak jemu matanya memandang gadis di
depannya itu.
Aku kembali dalam duniaku semula setelah menyerahkan buku itu pada lelaki di sebelahku
. Terleka aku seketika
menyemak
buku-buku yang akan aku
pinjam nanti.
”Boleh
saya ambil buku ni?”
Kali ini
Imran Danish ingin mengambil buku yang
lain pula.
Aku menghulurkan buku itu pada lelaki sambil menjeling
, buat isyarat konon aku tak suka di
ganggu. Aku memang tak suka di ganggu ketika sedang menyemak tugasanku itu. Sebab itulah aku lebih suka duduk
di meja yang berlainan
dari kawan-kawanku.
"Amboi, menjeling nampak. Manjanya
jelingan dia ,” getus Imran Danish sendiri tetapi hanya dia saja yang mendengarnya. Dia tahu
gadis itu tidak
suka diganggu. Sengaja dia buat-buat
tak faham. Seronok kacau gadis di sebelahnya itu.
Tanpa suara
aku menumpukan kembali pada apa yang sedang
dia buat tadi. Sekali
lagi lelaki itu meminta buku yang
lain pula. Aku mula rasa terganggu .
”Kali ni awak
nak buku apa pula?”
Aku berbisik bertanyakan lelaki itu, sebab
rasa terganggu dengan gangguan demi gangguan dari lelaki itu.
Rasa nak
tampar pun ada. Geram.
“Aku ni
dahlah sibuk nak
mencari buku-buku yang sesuai dengan assignment aku. Dia
ni pula asyik
mengacau aku aje.” Gerutu aku sendiri. Nasib baik aku bercakap dengan nada perlahan
takut di dengari oleh pelajar-pelajar lain. Pada hal dalam hatiku hanya ALLAH saja yang tahu betapa terganggunya aku.
”Saya cuma nak pulangkan semua buku-buku
yang saya ambil tadi.“Imran Danish menghulurkan
buku-buku yang dipinjamnya tadi. Tak
lupa dia mengucapkan terima kasih pada gadis itu.
“Sama-sama!” Jawab aku geram. Beberapa siswa
dan siswi yang berada di meja berhampiran, memandangku. Aku hanya menggangkat
tanganku memohon maaf.
Orang tengah
sibuk cari bahan
untuk tugasan , suka-suka
dia saja ganggu
aku, desis hati aku.
Wau! Garangnya
awek aku. Ceh ! Perasannya aku ni,
nama pun tak
tahu lagi mengaku awek aku.
Eh! Dia ada
pakai tag nama yang
tergantung dekat leher
dia kan? Tapi tak
nampak la pula
sebab terlindung di sebalik meja. Takkan aku nak
renung juga name
tag di dada dia tu .
Tak pasal-pasal nanti dia kata aku miang pula.
Susahlah macam ni. Gerutu Imran Danish dalam hati.
“Macam mana nak berkenalan dengan dia ?” Gumam
Imran Danish sendiri.
"Kalau awak senyum selalu macam
ni , kan manis. Kenapa nak sembunyikan lesung pipit awak tu."Bisik Imran
Danish di sebelah gadis itu.
Teguran
dari suara lelaki
tu mengejutkan aku yang
sedang melamun sendiri. Eh! Aku tengah termenung ke tadi, tak sedar bibirku menguntumkan senyuman pada
lelaki tu desis aku dalam hati .
“Siapa
senyum dengan awak. Awak jangan nak perasan,” jawab aku perlahan sebab tak nak menganggu
pelajar yang sedang
study
. Aku menjeling lelaki tu lagi.
Lelaki
tu hanya tersenyum.
Tapi ini yang aku tak
suka ni, dia
ni lelaki, tapi ada lesung pipit dikedua belah pipinya.
Hai Dania, itu pun
kau nak pertikaikan?
Bukankah itu kuasa Allah? Kenapalah dengan aku ni?
Dania kau jangan pedulikan dia. Abaikan saja.
“Buat apa awak ambil
buku-buku tu?” Soalku
perlahan
pada lelaki itu.
”Saja
saya nak belajar, tak boleh ke?”
Tanya Imran Danish sambil merenung
gadis yang duduk di sebelahnya.
Comelnya dia, getus hati
Imran Danish.
"Apa tenung-tenung
orang , cucuk
mata tu baru
tahu." Geram melihat lelaki itu dari tadi asyik mencuri pandang
wajahku. Bukannya aku tak perasan lelaki itu sering memandangku.
"Sebab awak comel sangat,
" ucap Imran Danish.
Cewah! Boleh selamba saja dia cakap
macam tu. Mula la aku rasa tak tentu arah.
Janganlah pandang aku macam tu. Jerit
aku dalam hati. Wajah lelaki di sebelah aku renung.
Kacaknya
dia. Hish!! Kenapalah aku boleh
terpuji lelaki ni, tapi memang kacak pun, puji aku . Tapi
hanya dalam hati.
Ish! Apa hal dia ni puji-puji aku pula. Gerutu
aku.
"Betul cakap saya, awak ni
comel sangat." Sekali lagi Imran Danish memuji gadis itu.
"Tahu, bukan awak saja yang
cakap tapi dah ramai yang cakap macam tu. Bagi diri saya setiap insan punya
kelebihan masing-masing, "jawab aku.
Macam manalah aku boleh melayan cakap lelaki
ni? Pada hal aku sedang sibuk mencari bahan-bahan untuk assignment yang belum siap. Ini
bahan ke mana, assignment
kemana? Last-last
mood nak belajar tu hilang macam tu
saja.
Kesian dekat aku. Lelaki ni punya pasallah, suka sangat ganggu mood aku. Gerutu aku di dalam hati.
Aku pula kalau
mood
aku tak baik, alamatnya monyok
sepanjang harilah aku ni .
Aku , kalau mood aku tak
baik jangan ada
sesiapa kacau aku.
Tak pasal-pasal kena hempuk
dengan aku nanti. Tengoklah
kalau ada yang
kacau aku nanti….
Sambung lagi........
ReplyDeleteInsyaallah.
ReplyDelete