Reenzarini

Friday 24 April 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 6


BAB 6

 Skrin handphone yang tertera lelaki gatal, aku pandang sekilas. Apa hal dia telefon aku?  Nak jawab ke tak nak jawab? Akhirnya aku menjawab juga panggilan itu.

“Hello! Assalamualaikum.”

“Kau kan, kalau tak tahu nak menjawab telefon, baik campak saja handphone kau tu dalam lombong.” Kuat dia menengking aku, hingga aku terpaksa menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Nasib baik tak pekak telinga aku.

“Hoi! Tak tahu nak bercakap elok-elok sikit. Ingat saya pekak.” Marahku kembali.

“Siapa suruh kau lambat jawab telefon, kan dah kena dengan aku.”Tengkingnya sekali lagi. Tak mahu kalah dengan gadis kampung tu.

“Suka sayalah telefon bimbit saya, bukannya telefon bimbit awak.” Balasku.

“Aku tak peduli telefon siapa? Apa yang aku tahu, kalau aku telefon, kau tak angkat siap kau!” Ugut Hijaz Saufi.

“Awak ni siapa? Tiba-tiba saja nak melenting tak tentu pasal? Cubalah bercakap tu elok-elok sikit! Tak pasal-pasal awak kena darah tinggi."

"Akulah siapa lagi?"

"Mana saya tahu aku tu siapa? Macamlah saya boleh tengok muka awak dekat telefon bimbit ni."Seronoknya dapat kenakan orang tu.

"Akulah! Hijaz Saufi."

"Apa hal telefon saya?” Tanyaku pada Hijaz Saufi. Orang dah berkasar, aku pun apa lagi. Jam di pergelangan tangan aku belek seketika. Dah masuk waktu lunch.

“Aku ada dekat bawah,” jawab Hijaz Saufi.

Aku tunduk ke bawah meja. “Mana….. tak nampak awak pun di bawah meja?” Tanyaku pada Hijaz.

“Hoi! Kau ingat aku gila nak duduk di bawah meja?” Jerkah Hijaz Saufi.

“Habis….tadi awak cakap awak ada dekat bawah.” Tanyaku blur. Sebenarnya sengaja nak menyakitkan hati Hijaz.

“Aku ada dekat depan pejabat kau,” jawab Hijaz Saufi.

“Cakaplah ada depan pejabat. Ini cakap ada dekat bawah, saya ingatkan awak ada bawah meja,” gerutu aku perlahan.

“Aku dengar apa kau cakap tu. Turun sekarang! Aku nak ajak kau pergi makan.” Arah Hijaz Saufi padaku.

“Tak naklah saya! Saya dah janji nak makan dengan kawan sepejabat.” Bantahku. Suka hati dia nak arah aku.

“Kau turun sekarang!” Jerit Hijaz Saufi lantang. Mujur dia berada di dalam kereta, tak ada siapa yang mendengar tengkingannya tadi.

“Woi! Sakit telinga saya tau!” Marahku sambil menjauhkan telefon bimbit dari telingaku.

“Tapi……” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, lelaki itu sudah memotong percakapanku.

“Tak ada tapi-tapi lagi. Ini arahan dari aku. Turun sekarang atau kau nak aku naik ke pejabat kau dan dukung kau bawa turun ke bawah? Kalau nak aku boleh naik sekarang juga.”

“Yalah! Yalah! Nanti saya turun.” Jawabku geram. Talian aku putuskan.

“Ros….aku tak dapat nak keluar makan dengan kau orang, mana Min?”Tanyaku pada Ros.

“Min ada dekat toilet. Kau ada janji nak keluar makan dengan bakal suami kau ke?” Soal Ros.

“Ya, dia ajak keluar. Entah mimpi apa semalam agaknya? Tiba-tiba saja muncul di sini.”

“Kalau macam tu pergilah cepat. Jangan buat orang tertunggu.” Ros sudah menolak aku keluar dari pejabat.

Okey! Aku pergi dulu Ros.” Segera aku melangkah ke pintu lif. Mujur lif baru saja terbuka. Berpusu-pusu pekerja masuk ke dalam lif. Lif sendat macam pot sardin. Semuanya nak turun makan tengahari. Lama pula lif nak sampai ke bawah.Tapi tak mengapa biar orang tu tertunggu-tunggu.

**********
Aku mencari Hijaz Saufi di kawasan parkir. Mana satu kereta dia?  Tak boleh ke dia tunjukkan dirinya pada aku? Macamlah aku ni ahli nujum, boleh tahu mana satu kereta dia. Satu hal pula nak cari kereta dia. Sebuah kereta berhenti betul-betul di depanku. Nasib baik tak langgar aku. Gila apa pemandu ni, tak jaga keselamatan orang. Kus semangat aku!

“Masuk! Kenapa lambat?! Aku cakap tadi cepat turun, kan? Kau memang suka bantah cakap aku, kan?” Sergah Hijaz Saufi setelah membukakan pintu kereta dari dalam.

Apa dia ni, terkejut aku pun tak habis lagi. Dah kena sergah dengan dia. “Ala! Ini pun dah cukup cepat saya turun. Awak ingat saya ada sayap boleh terbang turun?"

   Hijaz sembunyi senyum. Tapi kerana ego mana boleh mengalah dengan perempuan kampung ni.

 "Tadi saya cari kawan nak bagitahu tak jadi keluar makan dengan mereka. Waktu makan, lif dah penuh. Macam mana nak turun?” Segera aku memboloskan diri ke dalam kereta. Terasa sejuk dan nyaman. Lumayan juga kereta ini

“Telefon atau sms tak boleh ke?” Tanya Hijaz sambil menjeling aku tajam.

“Tak terfikir pula nak sms kawan-kawan saya.”

“Itu pun tak tahu, dasar gadis kampung, bengap!” Herdik Hijaz Saufi.

Bumm! Bunyi pintu kereta aku hempas kuat kerana sakit hati dengan Hijaz.

“Oi! Rosak pintu kereta aku tahulah apa aku nak buat dengan kau!” Tengking Hijaz.

“Kata kereta mewah! Takkan semudah itu nak rosak?” Balasku tak mahu kalah.

“Menjawab saja kerja kau!” Mencerlung mata Hijaz memandang aku. Ada aku peduli…..Aku kenyitkan mataku pada Hijaz.

            Dup! Dada Hijaz berdegup laju. Tak boleh jadi ni. Kena kuat bertahan. Sungut hati Hijaz.

“Kita nak ke mana?” Tanyaku. Malas nak peduli kemarahan Hijaz. Pasal pintu kereta pun nak marah. Kutukku dalam hati.

“Butik,” jawab Hijaz.

“Untuk apa?Saya lapar, nak pergi makan.”

“Cari baju nikah! Takkan nak makan dekat butik pula.” Hijaz pandu kereta dengan berhati-hati. Waktu tengahari memang jalan sesak.

“Baju untuk siapa?” Soalku.

“Untuk pembantu rumah aku!” Jawab Hijaz kasar.

La……Marah! Tanya pun salah. Kutukku dalam hati.

“Untuk siapa lagi? Untuk kitalah!” Sekali lagi suaranya kasar.

Aku hanya anggukkan kepalaku. Malas nak bertanya lagi. Nanti salah cakap pulak. Naik angin pulak orang tu.

**********

Hijaz membawa aku ke sebuah butik. Baju-baju yang terdapat di dalam butik itu membuatkan aku rambang mata. Kami dibantu oleh seorang wanita yang kelihatan anggun, walaupun sudah agak berumur.

Hijaz boleh pilih yang mana suka. Kak Ain nak masuk ke pejabat sekejap, sekejap lagi kak Ain datang semula."

"Okey! Kak Ain pergilah buat kerja kak Ain. Kami boleh pilih sendiri." Ujar Hijaz Saufi lembut.
 
 Allah! Dengan akak ni boleh pula dia berlembut. Kalau dengan aku macam singa tak makan seminggu. Garang gila. Kutukku dalam hati.

"Kalau nak kak Ain boleh panggil pembantu kak Ain bantu mana yang patut."

"Tak payahlah kak Ain. Tak selesalah kalau ada orang tengok kami pilih pakaian. Nanti kalau ada yang berkenan kami panggil mereka."

"Okey! Kak Ain pergi dulu. Nia! Pilih yang paling cantik dan paling mahal."

"Okey kak Ain! Beres." Sempat aku ketawa bersama kak Ain sebelum kak Ain beredar.

"Kau jangan nak ikut cakap kak Ain tu." Ujar Hijaz Saufi. Aku hanya tersenyum.

“Awak! Saya nak pilih baju yang ini.” Aku tunjukkan baju berkain lace yang sangat menarik perhatianku.Yang paling cantik dan paling mahal aku agak. Entah berapa ribu agaknya pakaian itu?

Hijaz mendekatiku dan mengambil baju kurung di tanganku.

“Cantik! Tapi warna pink, aku tak suka! Pilih warna lain.” Hijaz bagi cadangan.

“Saya tak suka warna lain. Nak warna pink juga.” Bantahku.

“Eii! Kau ni kan, ambil warna ni.” Sepasang baju kurung berwarna unggu cair Hijaz hulurkan padaku. Cantik. Pujiku dalam hati. Tapi aku lagi suka warna pink tadi.

Okey! Okey! Baju unggu ni kita pakai masa bersanding. Baju pink ini kau pakai masa bertunang. Selamat aku tak payah hadir waktu bertunang nanti.” Aku sudah tersenyum manis.

Dup!Alahai…..Ini yang aku tak suka. Tak payah nak senyum macam tu la. Buatnya aku terpikat, mampus aku dengan Julia. Segera Hijaz Saufi menjauhkan diri dari Rania Adira. Cuba mengawal rentak jantungnya yang sedikit berdebar sewaktu terpandang senyuman Rania Adira tadi.

“Terima kasih awak!” Ucapku sambil tersenyum manis. Akhirnya dapat juga aku memakai baju kurung pink ini.

“Tak payah nak sengih-sengih lagi! Cari baju untuk majlis nikah pula.” Ujar Hijaz Saufi tanpa memandang wajah Rania Adira. Rasa terancam pula pandang wajah gadis di sebelahnya itu.

“Kita cari baju angkat nikah warna putih pula ya,” cadangku. Hijaz anggukkan kepalanya.

“Pilih yang ini.” Hijaz tunjukkan baju kurung moden berwarna putih yang tak kurang cantiknya.

Setelah aku teliti baju kurung itu barulah aku perasan kainnya terbelah di belakang.

“Awak gila apa nak suruh saya pakai baju terbelah macam ni? Tak naklah saya pakai baju macam ni.” Aku kembalikan baju itu kepada Hijaz Saufi.

“Kenapa pula tak boleh? Seksi apa! Aku suka kau pakai macam ni.” Hijaz sudah sembunyi senyum. Sengaja nak mengusik gadis itu. Ada hati pulak nak usik segala. Hijaz garu kepala yang tak gatal. 

“Hijaz! Awak suka orang lain kongsi saya dengan awak? Baju tu pulak nak pakai dalam masjid, tak sesuai langsung.” Bidasku.

 “Tak sabar nak tunggu malam pertama kita.” Hijaz tersenyum gatal.

“Awak! Memang nak kena dengan saya.” Aku pijak kaki Hijaz dengan kasut tumit tinggi aku. Aku tak peduli kaki dia sakit atau tidak, apa yang aku tahu hati aku puas dapat pijak kaki dia. Rasakan penangan aku. Kemudian aku duduk di sofa. Album baju pengantin aku belek satu persatu. Hijaz masih lagi mengosok kakinya.

“Aduh!” Lama-lama remuk kaki aku kena dengan dia ni. Rungut Hijaz dalam hati.

“Hijaz!” Panggilku. Sempat aku gamit Hijaz supaya mendekati aku.

“Apa?” Tanya Hijaz Saufi. Mana tahu kena lagi dengan Rania Adira.

“Sinilah, cepat!” Panggilku lagi.

“Baju ini cantikkan?” Soalku pada Hijaz yang takut-takut untuk menghampiri aku.

“Ikut suka kau la nak baju yang mana satu. Aku ikut saja. Kalau aku bantah, takut kaki aku ni kau bantai sampai patah.” Kutuk Hijaz Saufi.

Aku sembunyi senyum. Tahu takut.

Kalah lagi, marah Hijaz dalam hati.


** Jangan lupa komen dari pembaca semua. Selamat membaca.

2 comments: