Reenzarini

Sunday 12 April 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 5



BAB 5

“Kenapa Hijaz menjerit? Dah macam tarzan pulak mama tengok!” Soal Datin Ariana. Hijaz masih mengosok belakang kakinya. Hijaz menjeling tajam padaku. Aku pulak hanya tercegat tak jauh dari situ sambil mendukung anak saudaraku. Matilah aku kalau lelaki itu beritahu semua orang.

“Eh! Tak ada apa-apa! Semut bagi gigitan salam perkenalan tadi tu.” Jawab Hijaz sambil tergelak. Sekali lagi tajam Hijaz menjelingku.

Aku hanya kaku di situ sambil mengigit bibirku. Mujurlah Hijaz tak bocorkan apa yang aku lakukan  tadi.

“Ada-ada saja Hijaz ni.” Ucap Datin Ariana sambil tergelak.

“Ha! Nia tunggu apa lagi tu? Letakkan Ayu dalam bilik.” Arah ibu.

“Baik ibu. Nak letaklah ni.” Segera aku membawa Ayu masuk ke bilik. Sebelum berlalu sempat aku besarkan biji mataku pada Hijaz Saufi.

Aku keresahan dalam bilik. Hatiku panas melihat tingkah Hijaz Saufi. Gatal merenyam! Mujur aku masih mampu bersabar. Ikut hati dah lama aku lempang pipi Hijaz.
**********
 “NIA! Kenapa lama sangat dalam bilik? Pergilah bantu mak siah hidangkan makan tengahari. Semuanya dah siap di masak, kan?” Ibu sudah berdiri di hadapan bilik.

“Seganlah ibu. Hijaz tu macam tak pernah jumpa orang. Gatal.” Aku mengadu pada ibu.

“Hish! Tak baik cakap macam tu. Dia kan bakal suami Nia.” Tegur ibu.

Baiklah sangat! Lelaki gatal merenyam macam tu nak jadi suami aku? Tolong! Tolong! Aku tak nak kahwin dengan lelaki gatal macam Hijaz. Kutuk aku dalam hati.

“Nia! Apa tunggu lagi, pergilah hidangkan makanan. Sempat lagi berangan.” Ibu sudah beredar ke ruang tamu.

Nak keluar ke tak keluar? Mahu atau tidak terpaksalah aku keluar dari bilik. Sewaktu aku lalu di ruang tamu, aku terpandangkan Hijaz yang duduk mengadapku. Yang lain sibuk berbual. Tajam pandangan matanya merenungku. Sebelum aku masuk ke dapur sempat aku tunjukkan penumbukku pada Hijaz.

“Mak Siah, apa lagi yang boleh Nia bantu?”Tanyaku pada mak Siah.

“Semuanya dah siap, tinggal nak makan saja. Nia pergilah ajak tetamu makan. Ajak ibu dan ayah Nia sekali.” Arah mak Siah. Mak Siah yang membantu segala kerja di rumah. Setiap hari mak Siah akan datang pagi dan pulang di waktu petang. Mak siah sudah dianggap seperti saudara sendiri.

“Alah! Mak Siah. Mak Siahlah yang pergi ajak tetamu kita makan. Malaslah Nia nak tunjukkan diri. Lelaki tu pandang Nia macam tak pernah melihat orang.” Aduku pada mak Siah. Tergelak mak Siah mendengar rungutan aku.

“Dia pandang sebab Nia ni cantik sangat.” Puji mak Siah sambil mencuit pipiku.

“Mana ada mak Siah. Nia biasa-biasa saja. Orang tu yang gatal tak pernah lihat anak dara. Mak Siah ajelah yang pergi panggil.”

Iyelah mak Siah pergi panggil mereka. Nia pun jomlah ke depan. Makan sekali dengan mereka.”Ajak mak Siah.

“Mak Siah pergilah. Sekejap lagi Nia menyusul.” Sepeninggalan mak Siah. Aku mengurut dadaku supaya bertenang, sekejap lagi nak berdepan dengan lelaki gatal tu lagi.

“Puan , tuan, jemputlah makan.” Pelawa mak Siah dengan hormat.

“Baiklah kak Siah.” Jawab puan Hadirah.

“Makanan pun dah siap, jomlah kita makan! Sekejap lagi boleh kita berbual lagi.”Ajak puan Hadirah.

“Mana Rania?” Tanya Datin Ariana pada puan Hadirah.

“Entahlah, ada di dapur agaknya.” Jawab puan Hadirah.

“Nia, jom makan sekali.” Ajak puan Hadirah.

“Ibu makanlah dulu, Nia nak kemas dapur. Berselerak!”Alasan aku berikan pada ibu. Padahal aku malas nak berdepan dengan Hijaz Saufi.

“Tinggalkan saja kerja tu. Mak Siah boleh kemaskan,” beritahu mak Siah padaku.

“Eh tak mengapa mak Siah! Nia boleh buat semua ini.”

“Mak Siah boleh kemaskan semua ini. Nia pergilah makan.”

Aduh! Mak Siah, kacaulah. Aku nak mengelak dari berdepan dengan lelaki gatal tu. Mahu atau tidak terpaksalah aku makan bersama tetamu yang datang itu. Aku memilih duduk di sebelah ibu. Tapi terpaksalah aku berdepan dengan Hijaz Saufi.

Mata Hijaz merayap di wajah gadis di hadapannya. Tak jemu matanya memandang wajah yang sedang makan berdepan dengannya.

“Ha Hijaz! Apa dipandang wajah Rania tu? Takkan boleh kenyang renung wajah Rania tu. ” Usik Datuk Amar. Sejak tadi dia perasan Hijaz asyik memandang wajah Rania Adira.

“Mana ada abah.” Jawab Hijaz Saufi. Hai! Macam manalah aku boleh terkantoi dengan abah.

“Tak ke mana Rania tu Hijaz, nanti jadi hak awak juga.” Ujar Dato’ Amar sambil tergelak.

Hish! Memalukan. Getus hatiku.

Tiba-tiba terasa ada sesuatu merayap di kakiku hingga ke betis. Aku pandang wajah Hijaz. Hijaz tersengih padaku. Ini tak boleh jadi. Aku menendang tulang kering Hijaz Saufi dengan penuh perasaan.

“Aduh!!” Jerit Hijaz Saufi sambil memegang betisnya. Matanya tajam merenung wajah aku.

“Hijaz! Kenapa tu?” Tanya ayah pada Hijaz Saufi. Semua menanti jawapan dari Hijaz Saufi.

“Ada semut api gigit kaki Hijaz, uncle. Sakit sangat.” Beritahu Hijaz Saufi pada ayahku.

“Mana pula datangnya semut api ni Dirah? Selama kita tinggal di sini tak pernah pula semut api ni gigit orang dalam rumah ni.” Ayah bertanya pada ibu dengan hairan. Ayah menundukkan kepalanya melihat ke bawah meja.

“Entahlah bang, Dirah pun tak tahu. Esok Dirah beli ubat semut.” Ujar ibuku pada ayah.

“Sakit lagi Hijaz? Nak sapu minyak gamat tak?” Tanya ibuku pada Hijaz.

“Dah okey mak cik. Nanti Hijaz gigit semut tu balik.” Ujar Hijaz sambil tergelak. Semua yang mendengar ikut tergelak kecuali aku yang asyik makan tanpa mengangkat muka.

“Kamu ni Hijaz ada-ada saja. Semut gigitlah. Semut bagi salam perkenalanlah. Hai! Macam-macam hal.” Bebel Datin Ariana sambil meneruskan suapan nasinya.
**********
“KENAPA awak nak bertunang dengan saya? Hari tu cakap lain sekarang cakap lain. Pening kepala saya dengan awak!” Marahku pada Hijaz Saufi. Ketika itu Hijaz berada di luar rumah.

“Aku terima kerana terpaksa. Kau ingat aku teringin sangat nak menikah dengan gadis kampung macam kau.” Hijaz Saufi pandang Rania Adira yang hanya berbaju kurung. Selekeh! Kutuknya dalam hati. Menidakkan kecantikkan gadis itu.

“La…..Kan senang cakap dengan mereka, awak tak sukakan saya. Habis cerita!”

“Aku yang habis kau tahu tak?” Kasar Hijaz Saufi menjawab.

“Kenapa pulak awak yang habis?” Tanya aku hairan.

“Abah ugut nak serahkan hartanya pada kau kalau aku tak mahu menikah dengan kau!”

“Apa kena mengena pulak dengan saya?”Tanyaku kembali.

“Entah! Manalah aku tahu? Aku pun tak faham dengan abah tu. Sayang sangat dengan kau. Aku ke kau anak dia? Tak faham betul!” Rungut Hijaz Saufi.

Tergelak aku mendengar kata-kata Hijaz Saufi.

"Kenapa kau gelak?" Tanya Hijaz Saufi.

“Yalah! Selama ini awak tinggal dengan abah awak tu sejak kecil lagi, kan? Saya baru hari ini berjumpa dengan abah awak. Mestilah awak anak abah awak.”

“Awak nak menikah dengan saya kerana nak bolot harta keluarga saya, kan?” Soal Hijaz Saufi.

“Tolong sikit ya! Harta ayah saya pun tak habis saya makan. Awak! Kalau nak tuduh tu tolonglah jaga perasaan orang lain. Awak yang sanggup buat apa saja demi nak bolot harta abah awak, kan? Kerana harta awak sanggup menikah dengan saya walaupun awak tak sukakan saya. Sekarang awak cakap siapa yang gilakan harta? Saya atau awak?” Soalku garang. Jangan buat main dengan aku. Ingat aku lemah nak biarkan dia pijak kepala aku.

Panas wajah Hijaz Saufi. Tak sangka gadis itu boleh tahan mulutnya. Ternyata dia tersilap besar dalam menilai gadis kampung seperti Rania Adira. Sangkanya gadis kampung seperti Rania Adira senang dibuli.

“Kenapa diam? Dah tak tahu nak jawab?” Aku tersenyum kemenangan.

Tak mengapa Rania Adira. Hari ini hari kau, tengoklah bila kau dah jadi bini aku. Aku buli kau cukup-cukup. Marah Hijaz dalam hati. Dendam membara dalam hatinya.


No comments:

Post a Comment