Reenzarini

Tuesday 5 May 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 7



BAB 7

            BUNYI MUZIK yang kuat di sebuah kelab malam terkemuka, begitu membinggitkan telinga. Rata-rata pengunjung yang datang, begitu ligat menari mengikut rentak muzik. Masing-masing mula dikuasai air haram.

            Hijaz Saufi duduk termanggu di kerusi sambil menikmati minumannya. Sejak abahnya diserang sakit jantung, dia sudah tidak berani balik dalam keadaan mabuk.Minumannya kini hanyalah air coke. Pandangan mata Hijaz Saufi tertumpu ke pentas menari. Julia sedang ligat menari di pentas menari sambil berpelukkan dengan pemuda tak dikenali.

Mood Hijaz untuk menari hilang entah ke mana? Kepalanya berserabut dengan majlis yang akan berlangsung tak lama lagi. Dia tidak boleh mengelak lagi. Jika dia mengelak, dia akan kehilangan segalanya.

Sudah hampir tiga tahun dia bercinta dengan Julia. Untuk berkahwin dengan Julia, Julia belum bersedia melepaskan bidang lakonan dan peragaan yang diceburinya. Bagi Hijaz Saufi selagi mereka tidak berkahwin, dia tetap menjaga kesucian Julia hingga mereka bernikah. Walaupun Julia menyatakan tidak kisah menyerahkannya pada Hijaz, tapi Hijaz tetap menjaga kesucian Julia hingga sah menjadi miliknya.

Dam! Tangan Hijaz kuat menepuk meja. Air dalam gelas berkocak kuat.

“Kenapa ni Hijaz!” Julia duduk di sebelahnya sambil merangkul leher Hijaz Saufi.

Hijaz mengelengkan kepalanya. Cari nahas bagitahu Julia pasal pernikahannya nanti. Mahu mengamuk Julia, kalau dia tahu aku bakal menikah tak lama lagi. Getus Hijaz Saufi dalam hati.

“Jom menari sayang,” Julia menarik tangan Hijaz ke pentas menari. Hijaz menurut tanpa membantah. Tangan Hijaz memeluk pinggang ramping Julia. Sesekali bibirnya menyentuh pipi Julia tanpa mengira dosa. Badan Julia melekap ke badan Hijaz Saufi.

“Sayang,I penat! I nak berehat sekejap. You menarilah!” Pipi Julia dikucupnya lembut.

Okey baby, you berehat dulu. I nak menari lagi. Malam masih muda.” Julia terkinja-kinja di pentas tari.

Hijaz kembali duduk di meja mereka sambil menyedut minuman yang baru dipesan. Matanya memerhati Julia yang sedang ligat menari. Sesekali Julia memaut leher pemuda yang sedang menari dengannya. Nampaknya Julia sudah mabuk.

Dia sayangkan Julia tapi jika Julia bercumbu dengan lelaki lain, tiada sekelumit pun perasaan cemburunya. Bukan sekali dua dia melihat Julia bercium dengan lelaki lain tetapi dia sedikit pun tidak cemburu. Mungkin kerana dia juga bebas bercium dengan mana-mana perempuan. Dia bangga memiliki Julia yang digilai ramai lelaki. Tubuh Julia bebas diraba dan dipeluk lelaki-lelaki yang menari bersama dengan Julia. Julia selalu memakai skirt pendek dan sendat terbelah di dada, membuatkan lelaki gila bayang. Cuma satu syarat Hijaz Saufi letak pada Julia. Jangan sesekali bawa lelaki balik ke rumah dan tidur dengan mana-mana lelaki. Mahkota Julia hendaklah sentiasa dijaga hingga mereka menikah.

“Sayang,” Julia muncul di sebelahnya sambil memeluk leher Hijaz erat. Kemudian Julia mendekatkan bibirnya untuk mencium bibir Hijaz. Hijaz melarikan wajahnya. Bau masam dari mulut Julia memualkan tekaknya. Sejak bila dia rasa tak selesa dengan bau arak? Dia sendiri tidak pasti. Pelukkan Julia dileraikannya.

“Sayang…….”Rengek Julia yang sudah mabuk. Hijaz mengelengkan kepalanya melihat Julia yang sudah terlentok di kerusi.

“Jom! I hantar you balik, Julia.” Tubuh Julia dipapahnya hingga ke kereta. Julia di dudukkannya di sebelah tempat duduk pemandu. Laju kereta Hijaz Saufi menuju ke kondo kepunyaannya. Kondo hadiah dari abahnya tapi Julia yang tinggal di situ. Kalau abahnya tahu Julia tinggal di situ, teruk dia kena dengan abahnya. Dia sudah berura-ura untuk membeli sebuah rumah teres mewah tak jauh dari situ sebelum abahnya perasan Julia tinggal di kondonya..

Setelah menghantar Julia pulang, Hijaz Saufi terus memandu menuju ke rumah keluarganya. Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas. Sudah pukul dua pagi. Panaslah telinganya mendengar bebelan abahnya sekejap lagi.

**********

MAJLIS menyarung cincin pertunangan, diadakan sehari sebelum majlis pernikahan kami. Keluarga mertua dan rombongan pengantin lelaki tinggal di sebuah hotel tak jauh dari kediaman kami. Dalam majlis pertunangan itu Datin Ariana menyarung cincin pertunangan ke jari manisku disaksikan sanak saudara kedua belah pihak yang hadir. Hijaz Saufi tidak hadir ke majlis pertunangan kami. Dia ditinggalkan di hotel.

Keesokkan harinya majlis pernikahan diadakan di rumah keluargaku.Majlis pernikahan berlangsung dengan begitu lancar dan meriah sekali. Dengan sekali lafaz, aku sudah bergelar seorang isteri kepada Hijaz Saufi. Air mataku laju menitis ke pipi tatkala lelaki itu sah bergelar suamiku. Entah mengapa saat bibir Hijaz  lembut mengucup ubun-ubun kepalaku, terasa satu perasaan meresap dalam hatiku. Perasaan apakah itu?

Majlis agak meriah, maklumlah ayah mempunyai ramai rakan dan taulan. Usai majlis, kami berehat seketika di ruang tamu.

“Hijaz! Tinggal beberapa hari di sini.Bantu mana yang patut! Lepas tu baru bawa Nia balik ke rumah kita. Majlis sebelah pihak kita akan diadakan minggu hadapan.” Tegas suara Dato’ Amar memberi arahan.

“Tapi abah, Hijaz tak ambil cuti pun. Banyak kerja di pejabat perlu Hijaz siapkan.” Hijaz membantah arahan abahnya. Pandangan matanya jatuh kepada isteri yang duduk di sebelahnya. Diam saja tak tahu ke nak tolong aku bagi alasan pada abah? Bebel Hijaz Saufi dalam hati.

“Tak mengapa Hijaz tinggallah di sini untuk beberapa hari. Semua kerja dekat pejabat tu biar abah yang bereskan. Hijaz tinggal saja di sini.”

Hijaz mengeluh. Apa yang keluar dari mulut abahnya adalah arahan untuknya Tiada bantahan lagi. Mahu tak mahu dia mesti patuh dengan arahan abahnya.

“Baiklah abah!” Jawab Hijaz Saufi perlahan. Tangan abah dan mamanya disalami diikuti oleh isteriya.

 Setelah abah dan mama bertolak ke KL barulah aku masuk ke bilik. Hijaz aku tinggalkan bersama abang Razman. Entah apa yang dibualkan mereka aku pun tidak pasti?

Usai solat asar, aku duduk di katil yang berhias indah. Kaki yang terasa sakit lenguh aku usap lembut. Tiba-tiba aku dilanda kesedihan. Jika pengantin perempuan yang lain, waktu ini mesti asyik berkepit dengan pasangan mereka , tetapi aku, duduk bersendirian. Air mata yang menitis aku biarkan mengalir membasahi pipiku.

Tok! Tok! Tok!Segera aku kesat air mataku bila terdengar bunyi pintu diketuk dari luar.

“Nia….aku gerak dulu. Dah lama aku kat sini.” Azira menghampiriku.

“Nia……Kau kenapa?” Tanya Azira bila melihat aku menutup muka dengan tapak tanganku.

“Dia bencikan aku Zira!” Tangisan aku mula kedengaran.

“Siapa?” Soal Azira kembali.

“Suami aku, Hijaz. Dia bencikan aku. Dia hina aku kerana berasal dari kampung.” Jawabku. Aku menceritakan segala yang telah Hijaz katakan kepadaku.

“Ruginya jika dia tak tahu nak menghargai gadis secantik dan sebaik kau. Bersabarlah Nia. Satu hari nanti dia akan sedar.Dia akan  menyesal kerana layan kau begini. Tunjukkan pada dia kau bukan sebarang kampung Nia!” Pujuk Azira.

“Terima kasih Zira kerana sudi mendengar masalah aku.” Air mata aku usap hingga kering. Ya-Allah! Kuatkanlah hatiku untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Akan aku korbankan segalanya untuk ibu dan ayah. Tekad hatiku.
                               
“Sama-sama. Aku doakan kau bahagia, Nia. Sudah, jangan nak fikirkan lagi semua itu. Banyak-banyaklah bersabar. Aku balik dulu!” Tubuhku dipeluk Azira sebelum dia pulang. Tinggallah aku sendirian. “Rania Adira! Kau mesti kuat untuk menghadapi segala yang datang.”

**********

Hijaz Saufi menolak pintu bilik yang berukir indah. Sebaik pintu bilik dibuka, kelihatan isterinya masih segar bugar membaca novel sambil bersandar di kepala katil.

Hijaz terpaku melihat wajah isterinya tanpa tudung. Rambut yang panjang sampai ke pinggang, dibiarkan lepas bebas membuatkan Hijaz terpukau. Inilah pertama kali dia melihat isterinya tanpa tudung dan tanpa mekap. Cantik! Cantik asli, bisik hati Hijaz. Entah kenapa jantungnya berdetak laju. Ini yang tak suka. Asal nampak dia, hatinya berdegup laju. Hijaz Saufi mula gelisah.

“Masuklah, kenapa berdiri dekat situ? Takkan nak kena dukung kut.” Aku perasan Hijaz sedang merenungku. Macamlah sebelum ini dia tak pernah melihat aku. Ini mesti penyakit gatalnya datang lagi. rungutku dalam hati.

Hijaz mencebik sambil menutup pintu bilik. Pandangannya tertumpu pada isterinya yang masih bersandar di kepala katil. Isterinya hanya berbaju longgar dan berseluar trek. Memang terserlah kekampungan. Kutuk Hijaz dalam hati.

“Kenapa tak tidur? Kau tunggu aku?!” Bentak Hijaz Saufi. Tak mahu berlembut dengan isterinya.

“Awak jangan nak perasan. Saya dah biasa membaca sebelum tidur.” Balasku geram.

“Baguslah macan tu. Aku ada hal nak cakap dengan kau. Kau tahu, kan aku menikah dengan kau kerana terpaksa?”

“Tahu! Saya terima awak setelah solat istikharah dan kerana tak mahu menjadi anak derhaka.” Jawabku.

“Kau jangan berharap aku akan belai kau macam pasangan yang dah menikah.” Sinis Hijaz berkata.

“Saya tak kisah! Asalkan awak benarkan saya terus bekerja.Itu dah cukup baik! Awak kena tahu pekerjaan saya sentiasa berhubung dengan client, termasuk client lelaki. Satu lagi, saya mesti menemani boss bila berjumpa client. Harap awak tak kisah dan tak cemburu.”

Lantak kaulah nak terus bekerja ke apa ke, aku tak kisah! Apa yang aku mahu kita berlakon di depan keluarga kita.”

“Awak nak saya buat apa?” Soalku. Jangan dia minta aku buat yang bukan-bukan sudahlah.

“Tolong berlakon seperti kita ni pasangan bahagia. Selepas setahun kita buat keputusan.”

Tu dia ah! Baru menikah dah fikir pasal bercerai. Kerja gila! Gerutu aku dalam hati.

"Tak payahlah nak tunggu setahun. Dua tiga bulan cukuplah."  Ingat aku kisah sangat. Pinggan tak retak nasi tak dingin. Orang tak nak aku lagi-lagi tak ingin!

"Aku cakap setahun! Setahunlah! Suka bantah cakap aku." Balas Hijaz Saufi.

Aku jeling Hijaz Saufi. Suka marah orang. Rungutku dalam hati.

“Kau ni, aku tengok agak kekampungan.Tengoklah pakaian kau ni, kolot.Tak bolehkah kau pakai up to date sikit.  Macam manalah abah dan mama boleh pilih kau jadi menantu mereka. Sedangkan dekat luar tu masih ramai perempuan yang lagi hebat dan lagi cantik dari kau.” Sempat lagi Hijaz Saufi kutuk penampilan aku. Nantilah kau Hijaz, kau tak tahu aku ni bukan sebarang kampung tau.

“Kau faham tak apa aku cakap ni?” Tanya Hijaz Saufi. Geram pula melihat isterinya langsung tak ada perasaan. Ingatkan dia nak menangis bila kena hina tadi. Dia boleh buat bisu saja. Ini yang geram ni.

p/s Jangan lupa komen dari pembaca semua.  Terima kasih. Kak Reen sayang anda semua.

No comments:

Post a Comment