Reenzarini

Sunday 28 December 2014

TAK MAMPU BERHARAP 17


BAB 17

“Apa semua ini Rayyan? Kenapa nak jadikan saya kambing hitam? Bagaimana kalau perempuan tu berdendam dengan saya? Tak pasal-pasal saya kena bunuh dengan perempuan tu.” Bertalu-talu Lisa bertanya pada Rayyan Hafiz yang masih memeluk tubuhnya.

 Dia ni terpengaruh dengan cerita filem kut? Boleh pula terfikirkan yang bukan-bukan. Rungut Rayyan dalam hati.

         “Lepaskan saya, Rayyan! Tak malu ke awak peluk anak dara orang. Saya bukan mahram awak.” Marah Lisa pada Rayyan. Dada Rayyan ditolaknya kuat. Langsung tak berganjak. Sakit hati.

         “Jangan nak cuba lepaskan diri awak dari saya. Ingat..... awak dah tandatangan surat persetujuan untuk berkahwin dengan saya.” Fail yang telah ditandatangan tadi ditunjukkan pada Lisa Adrianna.

             Lisa Adrianna membaca apa yang terkandung dalam surat yang ditandatanganinya tadi. Terbeliak mata Lisa melihat apa yang terkandung dalam perjanjian itu.

“Saya tak nak! Awak dah tipu saya, Rayyan.Ini semua tak adil. Kenapalah saya boleh percayakan awak?” Jerit Lisa Adrianna kuat. Dia tak peduli kalau staf di situ mendengar pertengkaran mereka berdua. Geram punya pasal, buat Lisa hilang akal.

“Boleh tak jangan menjerit?” Rayyan mendekatkan wajahnya dengan wajah Lisa.

            Eleh! Tadi masa perempuan tu datang sini, dia pun menjerit tak hengat dunia. Aci kerat kuku kalau staf di sini tak mencuri dengar pertengkaran mereka. Eh! Apa ni? Muka Rayyan Hafiz semakin dekat di wajah Lisa. Lisa tolak dada Rayyan Hafiz lebih kuat dari tadi. Terdorong lelaki itu ke belakang.

        “Jangan nak rapat kalau tak mahu berumah di wad.” Kedua belah tangan Lisa Adrianna genggam erat. Bersedia untuk menyerang Rayyan bila-bila masa. Jangan ingat dia lemah.
           
Rayyan tersenyum. Comel pula dilihat wajah cuak Lisa Adrianna. Ada hati nak pukul orang.Tak padan dengan perempuan.
           
            “Nak jadi isteri saya tak?” Tanya Rayyan Hafiz sambil tersenyum. Masih main-main dengan Lisa.

          “Jangan nak buat lawak boleh tak? Lawak awak tu tak kelakar langsung.” Geram Lisa Adrianna dengan petanyaan Rayyan tadi. Rasa macam nak tumbuk saja muka Rayyan yang handsome tu.

“Saya tak bergurau dengan awak, Lisa. Boleh tak awak terima tawaran saya ini.”

“Cewah! Macam tawaran bagi kerja pulak. Awak ingat nikah ni boleh buat main-main?” Balas Lisa Adrianna.

“Apa pulak main-main. Saya cakap betul ni.” Bidas Rayyan Hafiz.

“Jangan nak mengarut boleh tak Rayyan?” Geram Lisa dengan Rayyan.

            “Lisa, awak tak akan rugi kalau jadi isteri saya. Saya kaya, saya kacak. Pokoknya awak tak akan rugi apa-apa.” Rayyan cuba memujuk Lisa Adrianna.

            Ewah! Macam orang promosi barang pulak. Dulu masa aku sukakan dia tak nak terima, tapi sekarang bila aku tak nak….. Nak pujuk aku pula. Getus Lisa dalam hati.

            “Saya tak nak!”  Lisa Adrianna sudah bercekak pinggang.

            “Saya tak peduli awak nak ke tidak, jadi isteri saya. Apa yang saya tahu dalam masa terdekat ini awak akan jadi isteri saya. Kalau tidak kita jumpa di mahkamah.” Ugut Rayyan Hafiz.

            Amboi! Main ugut pula Rayyan ni. Itu saja yang dia tahu.Ugut, ugut, ugut. Menyampah……

            “Awak ugut saya Rayyan?” Tangan Lisa masih di pinggang.
           
            “Awak rasa?” Soal Rayyan kembali.

         “Awak ni suka sangat paksa saya. Saya kata saya tak nak, saya tak naklah.” Nafas Lisa Adrianna turun naik menahan marah. Rayyan ni memang nak makan penumbuk.

“Saya bagi masa untuk awak berfikir selama seminggu. Kalau jawapannya tidak.  Kita jumpa di mahkamah.”Kata putus Rayyan berikan.

Jumpa dekat mahkamah? Lebih baik tak payah bagi masa kalau jawapannya nanti Rayyan tak boleh terima. Geram betul Lisa dengan Rayyan ni. Asyik-asyik ugut benda yang sama saja.

“Sekarang ikut saya.” Arah Rayyan Hafiz.

“Nak ke mana? Saya tak nak!” Jerit Lisa Adrianna kuat.

“Ikut sajalah. Banyak tanya pula.” Rayyan pula yang geram dengan Lisa Adrianna.

“Saya nak tahu juga ke mana awak nak bawa saya?”  Balas Lisa Adrianna.

“Awak kalau tak bangkang cakap saya memang tak sah. Saya tak bawa awak larilah. Saya nak tunjukkan tempat duduk awak. Dah tiba masa kerja. Potong gaji baru tahu!” Rayyan terus berjalan keluar dari biliknya. Geram.

Malu pula kerana terfikirkan yang bukan-bukan. Kan dah malu.

“Hello cik adik! Tak habis lagi melamun?” Rayyan menjengulkan kepalanya di sebalik pintu.

            Aduh ! Kantoi lagi. Lambat-lambat Lisa berjalan menuju ke arah Rayyan.

“Rayyan! You need a wife, kan? Why not, awak tampal dekat papan kenyataan di luar tu. Beritahulah pasal awak sedang mencari isteri. Dekat luar tu masih ramai yang lebih cantik dan seksi dari saya. Macam awak cakap tadi, awak handsome , kaya…… siapa yang tak nak? Saya memang tak sesuai dengan awak. Awak dah lupa apa yang pernah awak cakapkan pada saya dulu? Kita bagaikan langit dengan bumi.” Seronok Lisa tengok muka Rayyan dah berbahang merah. Marahlah tu. Ada dia peduli? Boleh blah!

            “Tapi saya sayangkan awak, Lisa.” Rayyan Hafiz mendekati Lisa. Hatinya terbakar. Pandai-pandai nak suruh aku tampal dekat papan kenyataan pasal cari isteri. Nak mampus kalau ayah aku tahu, gumam Rayyan Hafiz dalam hati.

            Tubuh Lisa ditarik masuk ke pejabat Rayyan semula. Pintu dikunci.

Lisa dah cuak. Janganlah Rayyan apa-apakan aku. Tadi siapa suruh gatal sangat nak bagi cadangan. Rayyan dah naik angin aku juga yang takut. Gumam Lisa dalam hati.

          “Rayyan! Awak nak buat apa?” Lisa Adrianna menolak Rayyan. Langsung tak bergerak. Malah tubuhnya yang semakin rapat dengan Rayyan.

            “Apa awak cakap tadi? Awak tak cintakan saya? Bukankah selama ini awak cinta mati dengan saya?” Mukanya di dekatkan ke wajah Lisa. Lisa pejamkan mata. Takut…..

Tahu takut, gumam Rayyan Hafiz dalam hati. Cuba ditahan hatinya supaya tak ketawa. Dia cuma nak gertak Lisa saja.

            “Tapi saya dah tak cintakan awak.” Ucap Lisa sambil merenung mata Rayyan. Weh!  cinta aku pada Rayyan semakin mendalam jika hari-hari menatap wajah handsome Rayyan.  Tapi handsome saja buat apa, kalau perangai macam penyangak! Kutuk Lisa Adrianna dalam hati.

            “Saya akan buat awak cintakan saya, Lisa. Itu janji saya.” Dahiku tiba-tiba saja dikucup Rayyan. Terperanjat Lisa Adrianna.

            “Rayyan!! Apa ni? Awak ni, kan Rayyan, orang gila baru terlepas dari Hospital Bahagia ke? Suka-suka cium orang. Kalau hari-hari jumpa orang gila yang gatal macam ni boleh jadi saya pula yang gila dan kena tahan dekat Hospital Bahagia.” Marah Lisa Adrianna.

            “Memang saya gila. Saya gilakan awak Lisa. Sudah lama saya gilakan awak.” Bisik Rayyan Hafiz di telinga Lisa.

“Orang gila kena layan macam ni.” Sekali Lisa hentakkan lututnya di celah paha Rayyan. Semasa belajar dulu dia sempat belajar mempertahankan diri. Tapi taklah sehebat mana.

“Aduhhh!!Lisa! Apa ni?” Jatuh terduduk Rayyan sambil memegang bahagian yang dihentak Lisa tadi.

“Jangan berani nak cium saya sesuka hati.” Gertak Lisa Adrianna.

“Ok! Saya tunggu jawapan dari awak. Tapi jangan hentak lagi bahagian yang sensitif ini. Tak pasal-pasal kita tak ada zuriat nanti.” Sempat lagi Rayyan mengekek ketawa.

“Jangan buat lagi macam tu saya tak suka.” Balas Lisa Adrianna.

“Insya-ALLAH….. Jom…… Saya tunjukkan tempat duduk awak.” Tubuh Lisa di tarik ke arah pintu.

            “Rayyan! Lepaskanlah saya.Tadi dah janji tak buat lagi. Ini apa? Main tarik-tarik pulak. Awak tak malu ke dengan staf awak dekat luar tu? Nanti apa kata mereka. Baru saja janji tak buat lagi. Dah lupalah tu. Nak kena hentak lagi?” Lisa tolak tangan Rayyan yang sedang memeluk bahunya.

            “Op! Sorry…..terlupa.” Jawab Rayyan sambil tersengih. Ingat handsome sangatlah tersengih macam tu.

Menyampah aku tengok. Terlupa konon, saja nak ambil kesempatan. Gerutu Lisa dalam hati.

“Cepatlah saya ada meeting ni.” Jam di pergelangan tangan dipandang sekali lagi.

“Ini tempat duduk awak.” Tempat duduk Lisa hanya di luar bilik Rayyan.

“Saya duduk di sini?” Soal Lisa pada Rayyan.

“Iyelah! Takkanlah nak duduk sebilik dengan saya pulak. Kalau awak nak, saya on saja.” Tersengih Rayyan.

“Gatal,” gerutu Lisa Adrianna.

 “Lisa…..ikut saya pergi meeting.” Arah Rayyan sebelum mengatur langkah menuju ke lif.

 “Sekarang ke?” Soal Lisa Adrianna. Langkah Rayyan sudah menjauh. Terpaksalah Lisa mempercepatkan langkahnya mendapatkan Rayyan yang sudah berada di dalam lif.

 "Lisa!" Panggil setiausaha Rayyan. 

              "Ada apa kak? Saya dah lambat.Nak pergi meeting dengan encik Rayyan."

   "Akak nak bagi fail ini.Encik Rayyan terlupa nak ambil." Beritahu setiausaha Rayyan Hafiz.

             "Okey kak! Saya pergi dulu."Laju Lisa menuju ke lif.

            "Cepatlah Lisa. Kita dah lambat ni."Panggil Rayyan yang sudah hendak masuk ke dalam lif.

"Rayyan!!" Jerit Lisa Adrianna. Sempat dia memboloskan diri ke dalam lif. Terkekeh-kekeh Rayyan ketawa.

"Awak ni suka sangat mainkan saya. Penat saya berlari." Turun naik dada Lisa menahan kepenatan. Nafasnya terasa semput. Mujur tak ada penyakit asthma.


      SELEPAS mesyuarat tadi Rayyan mengajak Lisa Adrianna singgah di sebuah pasaraya terkemuka.
  
           “Rayyan! Kita nak buat apa di sini?” Tanya Lisa Adrianna.

           “Saya  ada something nak beli.” Jawab Rayyan.

            Mereka masuk ke sebuah butik. Butik pakaian wanita.

          Rayyan mula memilih baju-baju yang terdapat di dalam butik itu.  Baju-baju yang dipilihnya diserahkan pada jurujual di situ.

            Mata Lisa tertumpu pada sepasang baju kebaya berwarna merah jambu. Lisa memegang kainnya. Lembut. Dia cuba bandingkan dengan kulitnya. Sesuai. Bila Lisa tengok harganya, diletakkan kembali baju itu di tempatnya. Gaji  tiga bulan pun tak lepas. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

      “Tak nak cuba ke?” Tanya Rayyan pada Lisa. Entah bila Rayyan sudah berada di samping Lisa Adrianna.

        “Tak payahlah. Tak sesuai dengan saya,” alasan Lisa Adrianna berikan pada Rayyan.

         Rayyan memanggil jurujual di situ dan menunjukkan baju kebaya tadi.

      “Lisa pergi cuba baju ni. Lepas tu tunjukkan pada saya,” tubuh Lisa ditolaknya hingga sampai ke bilik mencuba pakaian. Mahu tak mahu terpaksalah Lisa mencubanya. Lisa keluar dan berhadapan dengan Rayyan.

      “Cantiknya Lisa dalam pink.” Rayyan mendekati Lisa dan menanggalkan tanda harga di leher baju itu.
           
  Dia ni tak tahu ke aku ni memang cantik. Pakai apa pun cantiklah. Gerutu Lisa dalam hati.
           
         “Pakai baju ini balik ke pejabat, jangan berani nak bantah. Nahas awak.” Bisik Rayyan di telinga Lisa Adrianna.

     Lisa masuk semula ke bilik persalinan mengambil pakaiannya. Dasar lanun tak boleh nak dibangkang.Kutuk Lisa dalam hati.

         Jurujual tadi menyerahkan beg kertas kepada Lisa Adrianna setelah bayaran dibuat.

          Baju yang dipakainya semasa datang  tadi, Lisa masukkannya ke dalam beg kertas itu. Sekali lagi Lisa membelek dirinya di dalam cermin. Lawa juga aku pakai macam ni. Dah lama tak pakai kebaya labuh macam ni.

         Eh! Sejak bila pula aku pernah pakai baju kebaya labuh. Mana pernah aku pakai baju macam ni. Ini baru pertama kali aku pakai. Itu pun sebab Rayyan yang paksa aku. Kalau tidak jangan harap aku nak pakai baju kebaya. Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

        Setelah Rayyan membayar harga baju-baju yang dipilihnya, mereka ke tempat parkir di ruang bawah pasaraya.

           “Ini semua baju-baju awak. Pakai semua ini bila ke pejabat. Saya tak nak PA saya selekeh saja. Jangan ingat saya nak ambil kesempatan. Tak teringin pun.” Ujar Rayyan sebelum masuk ke dalam kereta.

  Eleh! Tak teringin konon. Yang dia paksa aku kahwin dengan dia tu bukan teringin ke? Gerutu Lisa Adrianna dalam hati.

           Lisa Adrianna perasan mereka kini telah melencong dari jalan menuju ke pejabat.

“Rayyan! Awak nak ke mana? Ini bukan jalan nak ke pejabat. Awak nak bawa saya ke mana Rayyan?” Lengan Rayyan ditamparnya.

         “Woi! Apa ni ? Sakitlah.” Lengan yang Lisa tampar tadi Rayyan usap perlahan. Boleh tahan minah ni. Sakit lengannya kena tampar  dengan Lisa Adrianna. 

          “Lebih baik awak cakap kita nak ke mana? Turunkan saya di sini. Saya tak suka awak buat saya macam ni.” Lisa Adrianna cuba membuka pintu tapi telah di kunci oleh Rayyan. Akhirnya Lisa mendiamkan diri. Tubuhnya membelakangkan Rayyan. Sakit hati dengan Rayyan.  Ikut kepala dia saja.

        “Lisa….kita dah sampai.” Lisa menbuka matanya bila mendengar suara memanggil namanya. Tak sangka dirinya boleh tertidur. Terperanjat bila dilihatnya Rayyan dekat di wajahnya. Spontan Lisa Adrianna menolak tubuh Rayyan.

          “Aduh! Sakit tau.” Jerit Rayyan bila kepalanya terhantuk ke pintu kereta.
  
          “Gatallah lagi.” Kata Lisa Adrianna pada Rayyan.

 “Jom turun. Kita dah sampai.” Ajak Rayyan Hafiz.
           
            Terpegun aku melihat rumah yang tersergam indah bagaikan Mahligai. Terdapat beberapa buah kereta mewah di bawah garaj.
  
           “Rumah siapa ni Rayyan?” Tanya Lisa Adrianna.

“Rumah orang.” Jawab Rayyan Hafiz.

           Lisa Adrianna menjeling Rayyan Hafiz. Sakit hati dengan jawapan Rayyan itu.



       **Jgn. lupa bagi komen.

4 comments: