Reenzarini

Thursday 18 December 2014

TAK MAMPU BERHARAP 15



BAB 15

“Rayyan!! Macam mana awak boleh ada dekat sini? Bukankah awak ada di wad?” Soalku agak terperanjat. Macam mana dia boleh terlepas dari wad?

“Saya datang dengan Taufik. Cadang nak isi perut yang sedang lapar ni.  Tak sangka pula boleh jumpa awak dekat sini.” Jawab Rayyan tanpa senyuman.

“La…kenapa tak cakap awak lapar. Kalau tidak saya boleh tolong belikan awak makanan.”

“Saya tak nak ganggu masa bahagia awak.” Jawab Rayyan. Cemburu melihat gadis kesayangannya itu sedang bergelak ketawa dengan lelaki lain.

“Lisa….siapa ni?” Soal Hisyam Zafril. Sejak tadi dia hanya mendengar perbualan mereka.

“Syam….kenalkan ini kawan saya yang masuk wad tu. Rayyan Hafiz. Rayyan…..kenalkan Hisyam Zafril.”

Hisyam hulurkan tangan untuk bersalaman dengan  Rayyan. Rayyan menyambut tangan yang dihulurkan padanya. Matanya tajam merenung lelaki yang bernama Hisyam itu. Sakit hati melihat mereka makan bersuap tadi. Apakah hubungan mereka berdua?

“Okeylah! Saya pergi dulu. Taufik dah panggil tu.” Kelihatan Taufik sedang mengamitnya.

“Hisyam, jumpa lagi. Saya pergi dulu. Kawan saya dah tunggu tu.” Rayyan terus berlalu tanpa menunggu jawapan dari Hisyam. Tak boleh nak tengok muka lelaki tu lagi. Lagi lama dia tunggu…..lebam biji mata lelaki tu kena penumbuknya. Sakit hatinya melihat gadis yang dicintai makan bersuap tadi.

Apa kena dengan Rayyan ni? Tak sihat tu buatlah cara tak sihat. Makanlah dekat wad tu. Sibuk saja nak makan dekat sini. Alih-alih mood tak baik.Tak lama kemudian sms masuk ke telefon bimbitku.

Balik cepat!! Dah lewat ni. Esok pagi jumpa saya dekat wad!!
Rayyan.

Lewat apa? Baru pukul sembilan. Rungut aku dalam hati. Aku pandang Rayyan yang sedang duduk semeja dengan Taufik. Pandangan mata Rayyan tajam merenung aku. Terus aku pandang tempat lain. Seram tengok Rayyan macam tu.

“Hisyam…..saya dah kenyang. Jom balik.” Aku tak nak tunggu lama lagi. Bukan nak ikut cakap Rayyan tapi tak selesa bila Rayyan asyik pandang aku sejak tadi. Macamlah aku ada buat salah pada Rayyan.

“Saya pun dah kenyang. Lisa tunggu di sini saya pergi buat bayaran di kaunter.”

“Jom!”Ajak Hisyam. Sewaktu berjalan keluar dari restoran sempat Hisyam mengangkat tangan pada Rayyan.  Hanya renungan tajam yang Rayyan balas pada Hisyam.

“Kenapa dengan kawan Lisa tu. Bad mood Syam tengok.” Soal Hisyam Zafril.

“Orang sakit macam tu la. Asyik nak angin saja.” Jawabku sambil tergelak. Mataku tanpa sengaja terpandangkan Rayyan yang juga sedang memandang aku. Masam saja wajahnya. Hai! Apa lagi yang tak kena dengan dia ni? Getus hatiku.

“Syam….sekejap. Saya nak jumpa Rayyan sekejap.” Baru aku teringat tentang kereta Rayyan.

“Pergilah. Syam tunggu dekat luar.”

“Baiklah sekejap saja. Kita jumpa dekat luar nanti.” Aku melangkah perlahan ke meja Rayyan dan Taufik.

“Rayyan….saya dah nak balik. Ini kunci kereta awak. Saya boleh balik dengan Hisyam.” Dihulurkannya kunci kereta kepada Rayyan.

“Ada saya cakap nak ambil kereta saya semula? Tak payah nak tumpang orang. Guna kereta tu.” Nada suaranya macam orang marah saja. Kecik hati aku. Mengenangkan emosi orang sakit aku abaikan saja perasaanku itu. Duhai! Sabarlah hati melayani kerenah orang sakit.

“Habis awak nak balik dengan apa?” Wajah tegang Rayyan aku pandang. Apa kena dengan Rayyan ni? Asyik nak marah saja.

“Tak mengapa Lisa. Saya akan hantar Rayyan balik ke wad nanti. Dia ni bukannya sihat sangat. Demam pula tu. Tapi degil. Nak juga keluar makan. Bukannya dia berselera nak makan pun. Tengok makanan yang ada atas meja ni bukannya dia makan pun.” Taufik mengadu padaku.

“La….awak demam ke?” Cepat saja tapak tangan aku letakkan ke dahi Rayyan. Memang dahinya agak panas.

“Awak demam ni Rayyan. Tak elok berembun dekat luar ni. Baliklah ke wad.” Ucapku setelah merasa tapak tanganku panas.

Rayyan pandang wajahku. Aku pandang kembali wajah Rayyan.

“Kenapa?” Soalku.

“Minta maaf. Tak sengaja nak pegang awak tadi.”  Aduh! Macam mana boleh terlajak ni?

“Tak mengapa. Saya tahu awak risaukan Rayyan.” Ujar Taufik. Menjawab bagi pihak Rayyan. Geram melihat wajah Rayyan yang mencuka sejak tadi.

“Rayyan……jaga diri. Balik wad nanti jangan lupa lap badan tu dengan air. Biar hilang panas badan tu. Siapa jaga awak malam ni?” Entah kenapa aku pula yang risaukan Rayyan yang sedang demam tu. Suka sangat jadi penyibuk.

“Jangan risau. Saya akan pastikan badan Rayyan dilap dengan air. Saya akan jaga Rayyan sampai tengah malam. Lepas tu baru saya balik. Jika Rayyan masih demam saya akan jaga Rayyan sampai awak datang pagi esok.” Terasa lega mendengar ucapan dari Taufik.

“Saya balik dulu. Esok saya bawa bubur ayam untuk awak.” Aku pandang Rayyan yang sedang memandangku. Cepat aku melangkah untuk meninggalkan tempat itu. Orang dah tak layan buat apa nak tunggu lagi. Kecik hati aku.

“Lisa…….” Segera aku berpaling semula bila terdengar Rayyan memanggilku. Rayyan mengamitku supaya mendekatinya.

“Kenapa Rayyan?” Tanyaku pada Rayyan.

Tangan kananku….. Rayyan capai dan kucup, kemudian diletakkan tanganku di pipinya yang panas. Tergamam aku dengan perlakuan Rayyan itu.

“Rayyan…..apa ni? Malu orang tengok.” Aku menarik tanganku dari pegangan Rayyan.

“Buat bekal untuk malam ini. Supaya demam ini cepat sembuh.” Taufik tergelak melihat perlakuan Rayyan itu. Memang dah angau kawan aku ni. Itu pun tak nak mengaku lagi.

“Pergi balik dah lewat ni. Balik terus jangan nak singgah di mana-mana!” Sempat lagi Rayyan berpesan denganku.

“Awak memang dah gilalah Rayyan. Suka-suka saja pegang saya. Sakit hati saya.” Marahku pada Rayyan.

“Aik! Tadi awak pegang saya boleh pula. Saya pegang sikit pun awak nak marah.” Perli Rayyan.

“Geram saya dengan awak! Tadi saya tak sengaja nak pegang awak.”Ujarku pada Rayyan sebelum melangkah meninggalkan Rayyan dan Taufik. Mujurlah Hisyam tak tengok kejadian tadi. Kalau tidak malu aku dengan Hisyam.

“Kau ni Rayyan….keras sangat dengan Lisa tu. Serba salah orang tu aku tengok.” Kelakuan Rayyan tadi ditegur oleh Taufik.

“Aku bukan apa Fik. Geram hati aku ni tak habis lagi. Aku ni tengah sakit. Lisa tu sedap saja makan bersuap dengan jantan tu. Hati mana yang tak geram?” Hatinya sakit bila melihat Lisa di suap oleh lelaki tadi. Entah apa nama lelaki tu? Terlupa pulak.

“Kalau iye pun cemburu, janganlah tunjukkan sangat cemburu tu. Lagi pun itu hak Lisa dengan siapa pun dia nak bersuap. Kau bukan siapa-siapa dengan Lisa tau.” Taufik menyedarkan Rayyan siapa dirinya yang sebenar.

“Tapi aku sayang dan cintakan Lisa. Dah lama aku pendamkan perasaan aku ini. Aku jadi geram bila ada lelaki yang cuba dekat dengan Lisa. Lisa pun satu. Dulu beria kata cintakan aku.”

“Aku tak tahu nak cakap apa Rayyan. Masa Lisa luahkan rasa cintanya pada kau. Kau hina dia. Kau tolak cinta dia. Sekarang Allah dah balikkan rasa benci kau tu. Terima sajalah Rayyan.”

“Aku menyesal kerana tolak cinta Lisa masa tu. Aku tak sangka aku akan jatuh cinta pada Lisa setelah aku hina dia. Dah tak sanggup rasanya aku pendam perasaan aku ini lama-lama.” Luah Rayyan pada Taufik.

“Sabarlah Rayyan. Satu hari nanti aku doakan kau dapat bersama Lisa. Sudahlah tu. Makan cepat. Nanti kecoh pula pasal kau hilang dari wad tu.”

“Jomlah kita balik ke wad.” Jawab Rayyan sambil membelek jam tangannya.

“Tadi kau cakap kau lapar. Kenapa tak makan?” Soal Taufik.

“Aku tak berselera nak makan. Tekak aku ni rasa sakit.”

“Kau demam ni Rayyan. Jomlah balik ke wad. Apa-apa hal susah pula aku nak jawab dengan ibu bapa kau. Jangan kau pengsan sudahlah. Teruk aku kalau kau pengsan dekat sini.”

“Aku tak nak makan. Balik nanti kau singgah ke seven eleven. Belikan aku roti. Perit tekak aku nak menelan makanan.”

“Iyelah! Jom balik.” Mereka keluar dari wad setelah membuat bayaran. 

**Macam tak ada sambutan pun sambungan novel ini.  Mana adik-adik yang selalu bagi komen tu. Nak tahu juga okey ke tak okey sambungan novel ini? 


5 comments:

  1. Best laaaaaa akak.. sambunglah sy mmg bce tp malas nk komen internet lembab.. percayalah kak ramai yg bce tp diorg tk komen

    ReplyDelete
  2. Best ilepsssss cepat sambung plss sy mmg minat kt rayyan dr dulu lgg..

    ReplyDelete
  3. Thanks adik-adik kerana membaca penulisan kak Reen. Ingat nak hentikan sampai bab 15 jika tak ada komen dari pembaca. Adik-adik bertiga ini adalah penyokong kak Reen selama ini. Kalau tak ada komen tak ada mood nak teruskan. Kak Reen akan sambung hingga bab yg seterusnya.

    ReplyDelete