Reenzarini

Tuesday 18 November 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI (TEASER 1)



          TEASER 1


Tiba-tiba saja kepalaku terasa berpusing. Aku rebah tiba-tiba.

            “Fika!!” Terdengar satu jeritan. Pandanganku sudah gelap tak ingat apa-apa.

         “Kak Milah suruh Amran sediakan kereta. Shikin! Bawakan beg tangan Fika.”Arah Eric cemas. Dia perlu segera ke hospital. Tak mahu sesuatu terjadi pada Afika Najwa, cinta hatinya.

            “Baiklah encik Eric.” Berlari Jamilah ke mejanya untuk memanggil Amran.
  
             “Kenapa dengan sicantik manis ni?” Soal Raymond yang baru tiba di pejabat.

“Pengsan.” Jawab Shikin.

“Biar saya bawa Fika ke klinik. Ini beg tangan Fika, kan?” Beg tangan Fika diambil dari tangan Shikin. Tubuh Fika di dekatinya. Baru saja tangannya hendak menyentuh tubuh gadis itu yang berada di dalam pegangan Eric dia telah dihalang.

“Nanti dulu.” Eric menahannya. Jangan sesiapa berani nak sentuh gadis kesayangannya itu.

“Saya akan hantar Fika ke hospital. Awak semua uruskan pejabat macam biasa.  Kak Milah batalkan semua temu janji saya hari ini.” Tubuh gadis itu dicempungnya masuk ke dalam lif. Beg tangan di tangan Ray sempat di rampasnya sebelum masuk ke dalam lif. Marah kerana Ray cuba mendukung Fika sebentar tadi. Entah kenapa dia mudah sangat cemburu bila gadis itu didekati lelaki lain.

Tergelak Ray dengan tingkah bossnya.Cemburu tak habis-habis.

*********
 Aku membuka mata. Entah di mana diriku berada? Aku memandang di sekelilingku.  Terdapat botol  air yang tergantung di sebelahku.

             “Hospital? Siapa yang bawa aku ke sini?” Tanya aku sendiri.

          “Fika…..dah sedar?” Soal encik Eric yang baru saja masuk ke bilik. Terdapat jambangan bunga mawar merah di tangannya. Cantik. Sempat lagi aku memuji di dalam hati.

          " Encik Eric..... "Panggilku perlahan.

           "Ada apa Fika?"

“Saya dekat mana ni encik Eric?” Tanyaku pada encik Eric. Hanya kami berdua saja di dalam bilik itu.

            “Awak dekat hospital.” Jawab encik Eric.

            “Siapa  bawa saya ke sini?” Soalku pada encik Eric.

         “Saya yang bawa Fika ke sini. Pagi tadi semasa saya sampai ke pejabat, Fika pengsan. Mujurlah saya sempat sambut Fika.” Encik Eric menceritakan apa yang berlaku pagi tadi.

“Terima kasih encik Eric kerana sudi bawa saya ke sini. Saya menyusahkan encik Eric saja. Saya boleh keluar dari wad sekarang tak? Mahal tempat ni, saya tak mampu nak bayar bil rawatan di sini.” Aku sudah duduk tapi aku baring semula kerana kepalaku terasa pening. Perut pula terasa memulas. Aku memejamkan mataku. Cuba menahan kesakitan.

            “Fika….. kenapa?” Tanya encik Eric cemas. Diterpanya aku yang sedang memejam mata.

            “Kepala saya pening, perut rasa senak,” jawabku perlahan.

        “Saya nak keluar wad. Saya nak balik.” Pintaku. Aku masih risaukan bayaran bil hospital. Entah berapa bayarannya untuk sehari? Di mana aku nak cekau duit untuk bayaran bil rawatanku nanti?

          “Fika kan tak sihat lagi. Kata doktor, Fika demam. Tentu doktor tak benarkan Fika keluar wad dalam keadaan macam ni. Tunggu awak sihat dulu, baru keluar wad.” Lembut Eric memujuk Fika.

            “Saya tak nak susahkan encik Eric.”

  “Tak susah pun. Awak, kan pekerja saya. Mestilah saya ambil berat pada awak. Awak jangan risau pasal bayaran bil hospital. Semuanya syarikat yang tanggung.” Beritahu encik Eric.

Barulah terasa lega hatiku. Cakaplah awal-awal semua bil rawatan syarikat yang tanggung. Buat susah hati aku saja. Terasa ada kelainan dalam diriku tapi aku belum pasti apa yang membuatkan aku rasa tak selesa.

Baju yang aku pakai  adalah baju pesakit. Siapa yang tukarkan baju aku?Tanyaku dalam hati. Aku raba kepalaku. Oh! Tidak…..di mana selendang yang aku pakai pagi tadi?

            “Encik Eric…..”Panggilku dengan suara yang masih lemah.

            “Ya…. Fika nak apa?” Encik Eric menghampiriku. Bunga mawar yang dibawanya diletakkan di sebelah katil. Siap ada pasu bunga lagi.

         “Mana selendang saya. Saya tak selesa macam ni. Encik Eric bukan mahram saya.” Ah! Bukannya encik Eric faham pun kalau aku cakap pasal mahram. Bisikku dalam hati.

            “Ada…..nurse yang tanggalkan masa Fika pengsan tu. Saya letak dalam almari.”

           “Tolong ambilkan, saya nak pakai.” Malu kerana encik Eric dah lihat keseluruhan rambut yang aku jaga dari pandangan yang bukan mahram selama ini.

Encik Eric menuju ke almari yang berada di sudut bilik. Selendang yang disangkut pada penyangkut baju diserahkannya pada aku. Segera aku belit selendang di kepalaku. Barulah terasa lega.

            Encik Eric memerhati aku sejak tadi. Rasa kekok pula duduk berduaan di dalam bilik ini.
           
            “Semalam awak makan apa?” Soal Eric ingin tahu.
           
            “Saya makan sama dengan apa yang encik Eric makan semalam.” Jawabku.
           
           “Saya pun makan apa yang awak makan. Kenapa awak seorang yang keracunan? Saya tak rasa apa-apa pun?” Tanya encik Eric.

           “Sebenarnya saya tak boleh makan cili padi. Semalam saya makan banyak cili padi, sebab tu sakit perut.” Beritahu aku pada encik Eric.

            “La! Kenapa tak cakap semalam. Kalau tahu awak tak boleh makan pedas , saya tak ajak awak makan semua tu.” Nampak wajah encik Eric yang kesal kerana tak tahu tentang itu.

           “Tak mengapa encik Eric. Bukan salah encik Eric. Salah saya. Saya yang makan tak ingat dunia. Sekarang dah susahkan encik Eric pula.” Kataku lemah. Sesekali terasa memulas perutku.

           “Saya tak kisah berapa kali pun nak susah. Asalkan awak sihat. Pagi tadi saya risau  bila tengok awak pengsan.”

            “Encik Eric……saya lapar. Boleh tak belikan saya bubur ayam?”

           “Ya-ALLAH! Terlupa pula saya. Saya ada bawakan awak bubur ayam.” Encik Eric bangun mengambil plastic yang berada di atas meja dekat sofa.
           
Aku rasa aku dengar Eric sebut nama Allah. Mungkin juga aku silap pendengaran.

            Ragu-ragu pula aku dengan bubur yang Eric belikan untukku. Entah dari apek mana dibelinya bubur itu? Tapi tengok dari plastic yang dibawanya itu dah dapat agak dari mana dibelinya bubur ayam itu. Alhamdullillah! Halal.

            Bau harum bubur ayam, membuatkan perutku berbunyi. Buat malu aku saja perut ni, bisikku dalam hati.

            “Nak saya suapkan?” Tanya encik Eric. Encik Eric naikkan bahagian kepala katil supaya aku dapat bersandar di katil.

            “Tak perlu…. saya boleh makan sendiri,” jawabku. Bubur ayam aku suap perlahan. Dengan tangan kanan yang di masukkan drip membuatkan tanganku terasa sakit bila aku bengkokkan tanganku. Jarum terasa mencucuk pergelangan tanganku.

            Kriukk....Terdengar perut encik Eric pula berbunyi. Aku memandang wajah encik Eric. Encik Eric hanya tersengih, malu kerana perutnya berbunyi. Memalukan tuan saja perut ni. Gerutu Eric dalam hati.

            “ Encik Eric….. belum makan ke?” Soalku sambil tersenyum.

            “Saya terlupa nak makan kerana terlalu risaukan awak.”

“Nak kongsi makan dengan saya?” Tanyaku. Kesian pula melihat encik Eric yang kelaparan kerana aku.
           
“Fika tak kisah berkongsi makanan dengan saya?” Soal encik Eric padaku.

            “Saya tak kisah, sini saya suapkan encik Eric. Jangan sampai perut encik Eric pula masuk angin.” Encik Eric duduk di birai katil. Aku menyuap bubur ayam ke mulut encik Eric.

         “Emm! Sedapnya, tak sangka bubur ayam sesedap ini. Baru pertama kali saya beli.” Lebih-lebih lagi berkongsi makan dengan Fika, bisik Eric dalam hati.

             Kami makan hingga habis satu bekas bubur ayam.

       “Fika…..ini ada saya belikan ayam goreng kentuckey untuk kita makan bersama. Fika makanlah.” Bekas yang berisikan beberapa ketul ayam goreng dihulurkan pada gadis itu.

  Kalau tahu encik Eric beli ayam goreng, tak payahlah aku berkongsi makan bubur ayam dengan encik Eric.

            “Fika……makanlah.” Encik Eric hulurkan bekas berisikan ayam goreng padaku.

        Malu-malu aku mengambil seketul paha ayam goreng. Aku makan perlahan. Tak mahu dikatakan gelojoh.

            “Mana sosnya?” Tanyaku.

            “Mana ada sos, saya tak ambil pun.” Jawab encik Eric sambil mengunyah ayam goreng.

“La…. kenapa tak ambil sos? Tak sedaplah makan tanpa sos.” Rengekku. Terlupa dengan siapa aku  bercakap?

            “Fika, kan tak boleh makan sos. Sos tu ada cuka. Nanti perut awak sakit lagi. Nanti, bila awak dah sihat saya bawa awak makan ayam goreng lagi.”

            “Dah….Makanlah, lepas ni awak makan ubat pula.” Pujuk Eric lagi.

            Lambat-lambat aku makan.  Ditemani oleh encik Eric. Berselera kami makan. Lebih-lebih lagi sejak pagi lagi kami belum makan.

           Sepanjang aku berada di wad, tak seorang pun yang dibenarkan melawatku. Hanya abang Am dan isterinya serta Aniza saja yang dibenarkan melawatku.



          Setelah tiga hari berada di hospital aku dibenarkan keluar wad. Sejak hari itu, setiap kali makan. Encik Eric akan memantau apa yang dimakan oleh aku.  Jika tak dapat keluar makan bersama encik Eric. Encik Eric akan berpesan pada Shikin, Nita atau kak Milah supaya tidak membenarkan aku makan makanan yang pedas. 

            Kasihan mereka melihat Fika. Macamlah Fika tu kekasih encik Eric.  Hingga berkali-kali Fika merajuk dengan sikap encik Eric. Semuanya tak boleh. Mengalahkan menjaga bini dalam pantang, kata Jamilah yang telah beranak tiga.

            “Encik Eric! Saya nak makan asam pedas.”  Tanganku yang sedang menyenduk kuah asam pedas ditarik oleh encik  Eric.
           
“Fika, kan tak boleh makan pedas? Nanti sakit lagi.”

“Saya teringin nak makan. Dah lama saya cari asam pedas macam ni. Rindu asam pedas yang mak masak.”

 “Saya risau kalau awak jatuh sakit macam hari tu.”

            “Tak mengapa, saya hanya tak boleh makan cili padi. Asam pedas ni bukannya ada letak cili padi. Saya teringin nak makan asam pedas. Boleh la encik Eric.” Rayuku pada encik Eric.

            Eric masih berfikir samada nak benarkan Fika makan asam pedas atau tidak. Bimbangkan jika Fika sakit perut macam dulu.

            “Tak payah makanlah kalau macam ni. Tak makan sehari bukannya  nak mati.” Aku terus meninggalkan pingganku di atas meja. Merajuk dengan encik Eric.

            “Fika…..” panggil encik Eric.

            Tak aku pedulikan panggilan encik Eric itu. Aku terus berjalan balik ke pejabat. Sakit hati dengan encik Eric. “Macamlah aku ni bini dia. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semua tak boleh.” Marahku sambil berjalan. Rasa nak menangis pun ada tak dapat makan asam pedas. Rindu sangat dengan emak.

            Aku masuk ke bilik selepas solat zohor. Perut yang berbunyi aku biarkan saja. Akhirnya aku ke pantri bila terasa perutku pedih. Milo aku bancuh satu mug.

            “Fika…..” panggil encik Eric. Aku keluar dari pantry tanpa mempedulikan panggilan encik Eric.

            “Fika….nanti dulu.” Pergelangan tanganku ditarik oleh encik Eric.

“Lepaslah.” Marahku.

“Ini ada saya belikan nasi untuk awak. Kita makan sama-sama ya.” Ajak encik  Eric.

“Saya dah kenyang.” Jawabku tanpa memandang encik Eric.
           
        “Tengok ni apa yang saya belikan untuk Fika? Tengoklah sini.” Bungkusan asam pedas ditunjukkan di depan gadis itu.

Terliur aku melihatkan bungkusan asam pedas di tangan encik Eric. Bulat mataku merenung asam pedas di tangannya. Nak makan asam pedas. Rengekku dalam hati.

“Temankan saya makan. Tak ada selera nak makan sorang-sorang. Kalau ada teman tu berseleralah sikit.” Pandai Eric memujuk Fika.

          Aku sudah tersenyum bila melihat asam pedas kesukaanku tadi. Rajukku hilang entah ke mana?

            “Ha! Kan, manis kalau senyum macam tu.” Pipi gadis itu dicuitnya lembut.

Aku menampar lengan encik Eric. “Gatal, suka-suka cuit pipi orang.” Marahku.

           “Dah! Jangan merajuk lagi. Rugi kalau merajuk. Tak dapat rasa asam pedas ni. Sedap tau.” Umpan Eric.

            Pinggan nasi dihulurkan pada gadis itu. Lauk asam pedas di masukkan ke dalam mangkuk. Ada lagi beberapa lauk yang Eric beli.  Semuanya lauk yang tak pedas.

         "Nah makan ni, tapi jangan banyak sangat kuahnya." Pesan encik Eric padaku sambil menghulurkan mangkuk asam pedas.

            Eric tersenyum bila melihat Fika mula menjamah makanan yang di belinya. Rajuk Fika tidaklah terlalu susah untuk dipujuk. Senang hatinya melihat wajah ceria gadis itu.
*********
“Kau senanglah Fika jadi kesayangan boss. Bolehlah senang-senang hati goyang kaki sebab boss sayang.” Ucap Shikin.

“Eh! Tolong sikit. Aku kerja macam nak tercabut otak. Ingat senang nak buat akaun. Aku bukan makan gaji buta tau!” Ujarku pada mereka. Kerja macam nak mati boleh lagi kata aku goyang kaki. Ayat cari maut tu! Gerutu aku dalam hati.

“Iyelah! Tapi taklah seteruk kami. Kami ni pantang buat silap sikit. Kena marah dengan boss.” Balas Nita pula.

“Iyelah tak pernah kena marah! Kau tak ingat dulu ada orang kenakan aku dengan tambah angka dalam laporan aku. Mujurlah encik Eric perasaan. Encik Eric marah sampai aku menangis.” Aku ingat lagi bagaimana kemarahan encik Eric hingga aku menangis dan hampir meletak jawatan.

“Sudahlah tu! Kalau buat salah mestilah kena marah. Cepat makan. Solat belum lagi.” Tegur kak Milah.

“Baiklah kak Milah!” Ucap kami serentak sambil ketawa.

Jam di pergelangan tangan aku belek sekilas. Dah hampir satu setengah. Laju aku menghabiskan makanan aku.

“Fika nak pergi solat dulu, kak Milah.” Laju aku melangkah ke surau. Dipertengahan jalan menuju ke surau aku terserempak dengan Ray.

“Hai! Si cantik manis. Lama tak jumpa. You apa khabar?” Tanya Ray.

“Sihat,” jawabku sambil tersenyum.

You nampak lainlah sekarang. Rasanya baru beberapa hari I tak jumpa you.”

Apa yang lainnya? Aku belek diriku. Inilah pakaian yang biasa aku pakai bila ke pejabat. Blouse cannel pasar malam berbunga kelabu, pink dan seluar slack longgar hitam, bersama selendang hitam berbunga pink. Selendang sepuluh ringgit juga dari pasar malam. Nak beli dekat pasaraya mahal harganya. Beli dekat pasar malam jimatlah sikit asalkan hati aku berkenan.

Look gorgeous!” Puji Ray. Setiap kali berjumpa ayat Ray sentiasa manis. Semanis gula.

“Tak habis-habis dengan pujian awak tu.”Aku dah tak hairan dengan pujiannya. Dah selalu sangat dipuji. Dah tak rasa apa-apa kalau dipuji.

“Betul I cakap. You pakai apa pun tetap cantik.” Puji Ray lagi. Seronok dia tengok gadis yang seorang ni. Cantik , manis dan yang mahal tu berwajah pan Asian. Suka dia mengusik gadis itu.

Satu lagi dia suka tengok wajah boss nya yang masam kelat kalau tak percaya tunggulah sekejap lagi pasti muncul.

“Ray! Dah tak ada kerja lain ke selain dari mengayat anak dara orang?”Satu suara menegur  dari belakang. Tak payah tengok dah tahu siapa orangnya.

Ha….kan dah cakap. Ini kes cemburulah ni. Dah suka tak nak mengaku. Nanti aku kebas baru nak melalak. Gerutu Ray dalam hati.

“Err….encik Eric.” Ray mengaru kepalanya hingga rambut terpacaknya lunyai.

“Fika…..dah solat?” soal encik Eric.

“Belum encik Eric.”

“Tunggu apa lagi? Sekejap lagi lambat pula masuk kerja. Saya tak suka pekerja masuk kerja lambat.” Dipandangnya gadis itu hingga membuatkan gadis itu gelabah.

“Err……Nak solatlah ni.” Segera aku beredar dari situ. Tak berani nak pandang boss lama-lama rasa semacam aje…..takut pun ada.

“You ni Eric. Jangan tunggu lama-lama. Nanti I kebas si cantik manis. Melalak you” Ray tergelak sebelum pergi dari situ.

   "Beranilah you kebas." Sempat Eric tunjukkan penumbuk pada Ray sebelum Ray meninggalkannya. Makin kuat ketawa Ray melihat tingkah Eric itu.

2 comments: