BAB
18
“Dah
pukul lima petang,” jawab Eric.
“Apa
encik!!” Hampir terjatuh piring berisikan pizza dari tanganku. Mujurlah encik
Eric sempat menyambut piring dari tanganku.
“Awak
pengsan sejak pagi lagi. Saya dah panggil doktor yang bertugas tak jauh dari
sini. Katanya awak baik-baik saja. Awak tidur sebenarnya. Semalam awak tidur
pukul berapa? Letih sangat ke sampai tertidur masa nak temuduga? Cuma saya perlu bawa awak ke klinik untuk periksa kepala awak tu. Kena x-ray. Bimbang kalau ada darah beku.”
Malunya
aku…..betulkah aku tertidur? Baru aku teringat semalam aku tak boleh tidur.
Mesti aku dah letih sangat tadi sampai aku tertidur.
"Tak mengapalah encik Eric nanti saya pergi x-ray sendiri. Bilik siapa ini encik Eric?” Soalku.
"Tak mengapalah encik Eric nanti saya pergi x-ray sendiri. Bilik siapa ini encik Eric?” Soalku.
“Kenapa?
Bilik saya.” Soal encik Eric sambil memandangku.
"Bilik encik? Bilik encik Eric?"Tanyaku lagi. Terperanjatnya aku bila tahu encik Eric ini adalah boss dekat sini.
"Ya! Kenapa tak percaya?" Tanya encik Eric padaku.
"Bilik encik? Bilik encik Eric?"Tanyaku lagi. Terperanjatnya aku bila tahu encik Eric ini adalah boss dekat sini.
"Ya! Kenapa tak percaya?" Tanya encik Eric padaku.
“Siapa
gadis yang datang menyerang saya pagi tadi?” Soalku pada encik Eric.
“Hah!
Ada yang datang menyerang awak?” Soal encik Eric terperanjat.
“Ya!
Pagi tadi semasa saya nak keluar dari bilik ini datang seorang gadis yang marah
kerana saya masuk ke bilik ini tanpa kebenaran. Bila dilihatnya saya memakai jaket encik ditariknya saya hingga
terjatuh terkena bucu meja itu.” Tunjuk aku pada encik Eric.
“Entah
yang serang saya tu isteri encik tak?”Tanyaku pada encik Eric. Muka encik Eric
aku lihat sudah kemerahan. Aik! Marah ke? Soalku dalam hati.
“Saya
masih solo. Belum kahwin.” Jawab encik Eric. Encik Eric bergerak menuju ke meja kerjanya.
“Selina,
masuk ke bilik saya. Panggil Alisa masuk sekali.” Arah encik Eric melalui intercom.
“Encik
saya nak ke bilik air boleh? Tak mengapalah saya guna bilik air dekat luar
saja.” Kantung aku ini dah penuh. Maklumlah dah seharian aku pengsan. Bukan
pengsan lebih kepada tidur sebenarnya.
“Guna
saja bilik air di sini. Saya tak kisah.” Encik Eric beri kebenaran padaku
menggunakan bilik airnya.
Tanpa
berlengah aku ke bilik air. Agak lama aku di dalam bilik air itu. Muka yang dah
seharian tak aku cuci aku cuci dengan air sahaja. Apa yang perlu aku tukar. Aku
tukarkan. Bila dah selesai aku keluar dari bilik air. Pintu yang baru aku buka
separuh terus aku berhenti membukanya bila aku mendengar suara encik Eric yang
sedang memarahi seseorang.
************
“Beginikah perangai seorang
setiausaha. Cik Fika itu adalah adik kawan baik saya. Berani awak cederakan
dia. Apa saya nak jawab dengan abang dia bila dia tanya saya pasal ini? Saya ingatkan kepalanya luka kerana terjatuh. Rupanya awak yang cederakan dia!” Marah encik Eric.
“Maafkan
saya encik Eric. Saya tak tahu cik Fika masuk ke bilik ini dengan kebenaran
encik Eric. Saya cuma menjaga amanah encik Eric pada saya.” Jawab Selina.
“Itu
alasan awak saja kan? Sebab pagi tadi saya warning
awak sebab datang lambat. Tak tahu tapi awak boleh bertanya bukannya membuta tuli menyerang orang. Tak bolehkah awak berfikir sebelum buat sesuatu?
Selalu saya mendengar rungutan dari staf
di sini mengatakan awak terlebih sudu dari kuah. Awak ingat syarikat ini awak
punya.” Suara Eric agak kuat kedengaran.
"Maafkan saya encik Eric. Saya tak sengaja nak cederakan dia."
"Sekali lagi awak buat perangai tahulah saya apa nak buat pada awak. Jangan ingat saya tak bagi amaran pada awak!" Kali ini amaran keras Eric berikan pada Selina.
"Maafkan saya encik Eric. Saya tak sengaja nak cederakan dia."
"Sekali lagi awak buat perangai tahulah saya apa nak buat pada awak. Jangan ingat saya tak bagi amaran pada awak!" Kali ini amaran keras Eric berikan pada Selina.
Perlahan aku menapak
keluar dari bilik air dan duduk di sofa. Baru aku perasan
aku memakai jaket encik Eric. Entah siapa yang pakaikan aku jaket ini? Pada hal aku dah serahkan jaket ini pada gadis yang bernama Selina itu. Sunyi
bilik itu bila aku muncul di situ. Tidak ada siapa pun yang bersuara.
Piring dan mug bekas milo yang aku minum tadi telah tiada di atas meja kopi.
Piring dan mug bekas milo yang aku minum tadi telah tiada di atas meja kopi.
“Selina!
Awak nak kerja lagi atau tidak di sini?” Tanya Eric tiba-tiba. Aku juga ikut memandang
kearah mereka.
“Nak
encik!” Jawab Selina. Aku lihat Selina sudah menangis.Kesian pula aku melihat Selina menangis.
“Kalau
ikutkan hati saya , saya pecat awak hari ini.” Kebetulan mata aku dan mata
encik Eric bertembung pandang. Cepat-cepat aku pandang ke tempat lain.
“Saya
minta maaf encik. Lain kali saya tak buat lagi.” Matilah kalau kena pecat.
Kereta dan sewa rumah nak bayar dengan apa kalau di pecat? Gumam Selina dalam
hati.
“Saya
nak awak minta maaf dengan Cik Afika.” Arah Eric pada Selina.
Selina
menghampiri aku yang duduk di sofa.
“Cik
Fika maafkan saya.” Selina menghulur tangannya untuk bermaafan denganku.
“Eh!
Tak mengapalah. Kesilapan teknik tu. Saya faham awak hanya menjalankan tugas
awak.” Jujur aku berkata.
“Sekarang
awak boleh keluar. Saya pun dah nak balik.” Beritahu encik Eric pada Selina.
Balik!
Iye tak ya juga! Kenapa aku masih duduk di sini? Tak ingat nak balik? Tanyaku
dalam hati.
“Encik
Eric, saya nak balik dulu.”Aku pandang Selina yang sudah keluar dari bilik itu.
Tak seronok pula duduk berduaan dengan encik Eric.
“Eloklah
tu. Saya pun dah nak balik. Tadi Am dah ingatkan saya supaya hantarkan awak
balik. Aniza tak dapat nak menjemput awak.”
“Tak
mengapalah encik Eric. Saya boleh balik dengan bas.” Tolakku.
“Tak
ada bantahan! Am dah berpesan dengan saya supaya hantarkan adik Puterinya balik
dengan selamat.” Ucap encik Eric sambil mengemas begnya.
“Jom!”
Ajak encik Eric.
Aku
serahkan jaket yang aku pakai pada encik Eric.
“Tak
mengapa, pakailah. Minggu depan baru pulangkan pada saya.”
Minggu
depan. Malaslah nak datang lagi ke sini.Gumamku dalam hati.
“Minggu
hadapan baru awak mula bekerja. Biar dahi awak sembuh dulu.”Ucap encik Eric.
“Maksud
encik Eric, saya dapat kerja ini?” Tanyaku kembali. Senyuman sudah terukir di bibirku.
“Ya!”
Jawab Eric.
“Terima
kasih encik Eric. Alhamdulillah! Saya perlu sangat pekerjaan ini.” Leganya hatiku.
“Saya
tahu. Am dah ceritakan pada saya. Gembira?”Tanya encik Eric padaku. Am dah
ceritakan tentang diri gadis itu. Apa salahnya dia bahagiakan gadis itu.
Alamak!
Apa yang abang Am ceritakan pada encik Eric? Gerutu aku dalam hati.
“Jangan
risau, yang baik-baik saja Am ceritakan pada saya.” Pintu dibukakan untuk gadis itu.
“Selina,
pastikan bilk saya bersih sebelum awak balik. Jangan lupa kunci pintu bilik
saya.” Arah Encik Eric pada setiausahanya.
“Baik
encik Eric.” Jawab Selina sambil memandang wajah gadis yang bersama encik Eric.
Meluat melihat gadis yang telah menyebabkan dirinya dimarahi oleh encik Eric.
“Jom
Fika, saya hantarkan awak balik.” Encik
Eric sudah mendahului aku ke lif. Aku mengikut encik Eric dari belakang. Seperti pagi tadi, sudah ramai yang menunggu di depan lif. Beberapa staf di situ menegur encik Eric. Kali ini aku tak hairan lagi bila aku tahu encik Eric adalah boss di situ.
“Encik
tahu di mana saya tinggal?’ Soalku pada encik Eric. Waktu itu kami sudah keluar dari lif.
“Tahu.....saya pernah ikut Am hantar adiknya balik.” Jawab encik Eric.
“Rumah
saya tak jauh dari situ.Taman bersebelahan dengan rumah sewa awak.”Ujar encik Eric padaku.
“Hah!
Encik tinggal dekat situ juga?” Tanyaku kembali.
Encik
Eric anggukkan kepalanya. Pintu kereta dibukakan untukku. Belum sempat aku
masuk terdengar suara memanggil encik Eric. Kereta bukan main mewah lagi tapi hanya ada dua tempat duduk saja. Kereta apa entah?
“Eric!!”
Panggil seorang gadis. Kami berpaling ke arah gadis itu.Seksinya! Ucapku dalam hati.
BEST ADA LAGI X KAK TQ.
ReplyDeleteInsya-ALLAH! Tunggu dulu.Kak Reen sibuk dgn persiapan pertunangan anak lelaki kak Reen.
ReplyDelete