Reenzarini

Monday 6 October 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 18



BAB 18

“Dah pukul lima petang,” jawab Eric.

“Apa encik!!” Hampir terjatuh piring berisikan pizza dari tanganku. Mujurlah encik Eric sempat menyambut piring dari tanganku.

“Awak pengsan sejak pagi lagi. Saya dah panggil doktor yang bertugas tak jauh dari sini. Katanya awak baik-baik saja. Awak tidur sebenarnya. Semalam awak tidur pukul berapa? Letih sangat ke sampai tertidur masa nak temuduga? Cuma saya perlu bawa awak ke klinik untuk periksa kepala awak tu. Kena x-ray. Bimbang kalau ada darah beku.” 

Malunya aku…..betulkah aku tertidur? Baru aku teringat semalam aku tak boleh tidur. Mesti aku dah letih sangat tadi sampai aku tertidur. 

"Tak mengapalah encik Eric nanti saya pergi x-ray sendiri. Bilik siapa ini encik Eric?” Soalku.

“Kenapa? Bilik saya.” Soal encik Eric sambil memandangku.

 "Bilik encik? Bilik encik Eric?"Tanyaku lagi. Terperanjatnya aku bila tahu encik Eric ini adalah boss dekat sini.

           "Ya! Kenapa tak percaya?" Tanya encik Eric padaku.

“Siapa gadis yang datang menyerang saya pagi tadi?” Soalku pada encik Eric.

“Hah! Ada yang datang menyerang awak?” Soal encik Eric terperanjat.

“Ya! Pagi tadi semasa saya nak keluar dari bilik ini datang seorang gadis yang marah kerana saya masuk ke bilik ini tanpa kebenaran. Bila dilihatnya saya memakai jaket encik ditariknya saya hingga terjatuh terkena bucu meja itu.” Tunjuk aku pada encik Eric.

“Entah yang serang saya tu isteri encik tak?”Tanyaku pada encik Eric. Muka encik Eric aku lihat sudah kemerahan. Aik! Marah ke? Soalku dalam hati.

“Saya masih solo. Belum kahwin.” Jawab encik Eric. Encik Eric bergerak menuju ke meja kerjanya.

“Selina, masuk ke bilik saya. Panggil Alisa masuk sekali.” Arah encik Eric melalui intercom.

“Encik saya nak ke bilik air boleh? Tak mengapalah saya guna bilik air dekat luar saja.” Kantung aku ini dah penuh. Maklumlah dah seharian aku pengsan. Bukan pengsan lebih kepada tidur sebenarnya.

“Guna saja bilik air di sini. Saya tak kisah.” Encik Eric beri kebenaran padaku menggunakan bilik airnya.

Tanpa berlengah aku ke bilik air. Agak lama aku di dalam bilik air itu. Muka yang dah seharian tak aku cuci aku cuci dengan air sahaja. Apa yang perlu aku tukar. Aku tukarkan. Bila dah selesai aku keluar dari bilik air. Pintu yang baru aku buka separuh terus aku berhenti membukanya bila aku mendengar suara encik Eric yang sedang memarahi seseorang.
************
            “Beginikah perangai seorang setiausaha. Cik Fika itu adalah adik kawan baik saya. Berani awak cederakan dia. Apa saya nak jawab dengan abang dia bila dia tanya saya pasal ini? Saya ingatkan kepalanya luka kerana terjatuh. Rupanya awak yang cederakan dia!” Marah encik Eric.

“Maafkan saya encik Eric. Saya tak tahu cik Fika masuk ke bilik ini dengan kebenaran encik Eric. Saya cuma menjaga amanah encik Eric pada saya.” Jawab Selina.

“Itu alasan awak saja kan? Sebab pagi tadi saya warning awak sebab datang lambat. Tak tahu tapi awak boleh bertanya bukannya membuta tuli menyerang orang. Tak bolehkah awak berfikir sebelum buat sesuatu? Selalu saya mendengar rungutan dari staf di sini mengatakan awak terlebih sudu dari kuah. Awak ingat syarikat ini awak punya.” Suara Eric agak kuat kedengaran.

"Maafkan saya encik Eric. Saya tak sengaja nak cederakan dia."

"Sekali lagi awak buat perangai tahulah saya apa nak buat pada awak. Jangan ingat saya tak bagi amaran pada awak!"  Kali ini amaran keras Eric berikan pada Selina.

Perlahan aku menapak keluar dari bilik air dan duduk di sofa. Baru aku perasan aku memakai jaket encik Eric. Entah siapa yang pakaikan aku jaket ini? Pada hal aku dah serahkan jaket ini pada gadis yang bernama Selina itu. Sunyi bilik itu bila aku muncul di situ. Tidak ada siapa pun yang bersuara.

Piring dan mug bekas milo yang aku minum tadi telah tiada di atas meja kopi.

“Selina! Awak nak kerja lagi atau tidak di sini?” Tanya Eric tiba-tiba. Aku juga ikut memandang kearah mereka.

“Nak encik!” Jawab Selina. Aku lihat Selina sudah menangis.Kesian pula aku melihat Selina menangis.

“Kalau ikutkan hati saya , saya pecat awak hari ini.” Kebetulan mata aku dan mata encik Eric bertembung pandang. Cepat-cepat aku pandang ke tempat lain.

“Saya minta maaf encik. Lain kali saya tak buat lagi.” Matilah kalau kena pecat. Kereta dan sewa rumah nak bayar dengan apa kalau di pecat? Gumam Selina dalam hati.

“Saya nak awak minta maaf dengan Cik Afika.” Arah Eric pada Selina.

Selina menghampiri aku yang duduk di sofa.

“Cik Fika maafkan saya.” Selina menghulur tangannya untuk bermaafan denganku.

“Eh! Tak mengapalah. Kesilapan teknik tu. Saya faham awak hanya menjalankan tugas awak.” Jujur aku berkata.

“Sekarang awak boleh keluar. Saya pun dah nak balik.” Beritahu encik Eric pada Selina.

Balik! Iye tak ya juga! Kenapa aku masih duduk di sini? Tak ingat nak balik? Tanyaku dalam hati.

“Encik Eric, saya nak balik dulu.”Aku pandang Selina yang sudah keluar dari bilik itu. Tak seronok pula duduk berduaan dengan encik Eric.

“Eloklah tu. Saya pun dah nak balik. Tadi Am dah ingatkan saya supaya hantarkan awak balik. Aniza tak dapat nak menjemput awak.”

“Tak mengapalah encik Eric. Saya boleh balik dengan bas.” Tolakku.

“Tak ada bantahan! Am dah berpesan dengan saya supaya hantarkan adik Puterinya balik dengan selamat.” Ucap encik Eric sambil mengemas begnya.

“Jom!” Ajak encik Eric.

Aku serahkan jaket yang aku pakai pada encik Eric.

“Tak mengapa, pakailah. Minggu depan baru pulangkan pada saya.”

Minggu depan. Malaslah nak datang lagi ke sini.Gumamku dalam hati.

“Minggu hadapan baru awak mula bekerja. Biar dahi awak sembuh dulu.”Ucap encik Eric.

“Maksud encik Eric, saya dapat kerja ini?” Tanyaku kembali.  Senyuman sudah terukir di bibirku.

“Ya!” Jawab Eric.

“Terima kasih encik Eric. Alhamdulillah! Saya perlu sangat pekerjaan ini.”  Leganya hatiku.

“Saya tahu. Am dah ceritakan pada saya. Gembira?”Tanya encik Eric padaku. Am dah ceritakan tentang diri gadis itu. Apa salahnya dia bahagiakan gadis itu.

Alamak! Apa yang abang Am ceritakan pada encik Eric? Gerutu aku dalam hati.

“Jangan risau, yang baik-baik saja Am ceritakan pada saya.”  Pintu dibukakan untuk gadis itu.

“Selina, pastikan bilk saya bersih sebelum awak balik. Jangan lupa kunci pintu bilik saya.” Arah Encik Eric pada setiausahanya.

“Baik encik Eric.” Jawab Selina sambil memandang wajah gadis yang bersama encik Eric. Meluat melihat gadis yang telah menyebabkan dirinya dimarahi oleh encik Eric.

“Jom Fika, saya hantarkan awak balik.”  Encik Eric sudah mendahului aku ke lif. Aku mengikut encik Eric dari belakang. Seperti pagi tadi, sudah ramai yang menunggu di depan lif. Beberapa staf di situ menegur encik Eric. Kali ini aku tak hairan lagi bila aku tahu encik Eric adalah boss di situ.

“Encik tahu di mana saya tinggal?’ Soalku pada encik Eric. Waktu itu kami sudah keluar dari lif.

“Tahu.....saya pernah ikut Am hantar adiknya balik.” Jawab encik Eric.

“Rumah saya tak jauh dari situ.Taman bersebelahan dengan rumah sewa awak.”Ujar encik Eric padaku.

“Hah! Encik tinggal dekat situ juga?” Tanyaku kembali.

Encik Eric anggukkan kepalanya. Pintu kereta dibukakan untukku. Belum sempat aku masuk terdengar suara memanggil encik Eric. Kereta bukan main mewah lagi tapi hanya ada dua tempat duduk saja. Kereta apa entah?

“Eric!!” Panggil seorang gadis. Kami berpaling ke arah gadis itu.Seksinya! Ucapku dalam hati.

2 comments:

  1. Insya-ALLAH! Tunggu dulu.Kak Reen sibuk dgn persiapan pertunangan anak lelaki kak Reen.

    ReplyDelete