Reenzarini

Wednesday 16 July 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 3



BAB 3
“Fika nak ambil serbuk kari yang mak suruh beli tadi. Tertinggal dekat raga basikal.” Jawabku.

“Tak payah ambil! Pergi masuk dalam, berehat.  Biar mak pergi ambil.” Kesian dilihatnya Fika yang berjalan terhencot-hencot.

“Terima kasih mak! Ini yang buatkan Fika sayangkan mak.” Tubuh emak aku peluk erat.

          “Tak payahlah Fika nak memuji mak. Pergi masuk dalam, berehat.”Arah emak lagi. Tersenyum puan Khatijah bila melihat kemanjaan Afika Najwa dengannya.

            “Baiklah mak. Fika masuk dulu.” Lututku yang melecet tadi membuatkan jalanku sudah tak selancar pagi tadi. Seluruh badanku sudah terasa sakit dan lenguh-lenguh.

**********

            “Mak!!” Panggil Iffah Najihah kuat. Mana mak? Orang dah lapar mak pula ke mana?” Panggil Iffah Najihah.

            “Fika! Mak mana?” Tanya Iffah Najihah bila melihat Afika Najwa masuk ke dalam rumah.
“Mak ada dekat luar. Kak Iffah nak apa?”  Tanyaku pada kak Iffah.
           
“Yang engkau ni kenapa pula? Jalan macam orang cacat aje.”Soal Iffah Najihah.

            “Fika kena langgar dengan motosikal masa ke kedai tadi, kak Iffah. Beritahu aku pada kak Iffah.

            “Baguslah tu. Kenapa tak mampus terus? Tak adalah menyusahkan orang saja. Dasar menumpang.” Bebel Iffah Najihah.

            “Mak!” Jerit Iffah Najihah lagi. Geram kerana panggilannya tak bersahut.

            “Kenapa ni Iffah? Tak malu ke dengan jiran tetangga. Menjerit mengalahkan apa?” Marah puan Khatijah.

            “Mak pergi mana?” Bentak Iffah Najihah bila emaknya muncul di situ.

            "Mak pergi belakang, ambil daun kari.” Beritahu  puan Khatijah sambil melangkah masuk ke dapur. Malas nak melayan kerenah anaknya lagi.

            “Mak! Mak dah masak ke? Orang dah laparlah.” Iffah Najihah mengosok perutnya yang sudah berkeroncong.

            “Bertuah punya anak! Bukannya nak tolong kita masak. Bangun dahlah tengahari, tahu nak makan saja.” Geram puan Khatijah melihat anak gadisnya yang pemalas.

“Mak! Orang lapar. Bukannya nak dengar mak membebel.” Bentak Iffah Najihah.

Mengalahkan budak tiga suku. Getus aku dalam hati.

            “Sekejaplah! Mak nak masaklah ni. Kalau nak makan cepat tolong mak masak. Cepat boleh makan.” Pujuk puan Khatijah dari arah dapur.

            “Ala! Mak suruhlah anak pungut tu tolong mak. Orang malaslah nak tolong mak. Orang pening kepala.” Bentak Iffah Najihah.

Mana tak pening , asyik membuta saja. Bisik aku dalam hati.

           “Tak baik Iffah cakap macam tu. Fika pun anak mak juga. Mak yang susukan Fika setelah adik Fika meninggal.” Tegur puan Khatijah. Dah penat dirinya menegur Iffah, tetap macam tu juga perangainya.

            “Orang tak pernah anggap Fika tu adik orang. Fika tu tetap orang luar." Bentak Iffah Najihah. Tak suka bercakap pasal Fika.

            "Astaghfirullahaladzim! Kenapa dengan Iffah? Semakin hari semakin teruk perangai Iffah. Kadangkala mak takut tengok perangai Iffah macam ni. Insaflah Iffah." Nasihat puan Khatijah. Salah dirinya kerana sejak kecil lagi dibiarkan saja bila Iffah membuli Fika.

            “Mak memang tak sayangkan Iffah. Mak lebih sayangkan Fika, kan?  Kalau Fika tu semuanya baik. Iffah ni yang jahat.” Meluap-luap marah Iffah Najihah pada Afika Najwa.

            “Selama ini, mak dah banyak lebihkan Iffah. Itu pun tak cukup lagi ke Iffah? Apa yang Iffah nak semuanya mak tunaikan. Fika tu , segala kemahuannya mak halang kerana tak mahu Iffah kecil hati. Tak cukupkah apa yang mak buat untuk Iffah  selama ini?” Sedih hati puan Khatijah melihat perangai Iffah yang tak pernah berubah.

            “Malaslah orang nak dengar bebelan mak. Orang dahlah pening, mak asyik membebel saja. Lebih baik orang pergi tengok televisyen dekat depan. Dah siap masak, mak panggil orang makan.” Tanpa memikirkan hati emaknya terus Iffah ke ruang tamu.

            Menitis airmata puan Khatijah setelah Iffah beredar dari situ. Salah dirinya kerana terlampau memanjakan Iffah Najihah. Sekarang dah keras, susah nak di lentur lagi.

            “Mak, biar Fika bantu mak masak. Kesian mak masak sorang-sorang.” Segala percakapan kakaknya tadi didengarinya. Biarlah , asalkan dirinya masih ada tempat berteduh. Walaupun dirinya bukan siapa-siapa dalam hidup keluarga ini, dirinya tetap  berada bersama mereka selagi dirinya diperlukan.

            “Kaki Fika kan sakit, pergilah berehat. Mak boleh masak sendiri.” Airmata di pipi di usap dengan jari.

            “Fika dah okeylah mak. Biarlah Fika yang masak. Mak duduklah di sini temankan Fika.” Aku menarik tangan emak dengan lembut.

“Emak duduk di sini.” Aku minta emak duduk berehat di situ.
           
            “Betul ni Fika dah okey?”Tanya puan Khatijah.

            “Betul mak!  Cuma lutut Fika saja yang masih sakit. Kalau sakit sangat, esok Fika ke klinik.” Aku  berjalan di depan emak. Kaki yang masih sakit aku gagahkan berjalan.
           
            “Fika, maafkan mak. Mak dah banyak melukakan hati Fika. Selama ini mak banyak menyebelahi Iffah. Mak harap Fika faham. Mak buat semua tu sebab tak nak Iffah berkecil hati.”

            “Fika faham mak. Mak janganlah risau. Fika tak apa-apa. Kalau bukan mak dan ayah yang menjaga Fika, tak tahulah apa yang akan terjadi pada Fika? Budi mak dan ayah pada Fika, akan Fika kenang selagi hayat Fika dikandung badan.”Tubuh puan Khatijah  aku peluk erat. Walaupun sering terluka tapi hormatku pada emak tak pernah berubah.

            “Fika sayangkan mak. Hanya maklah yang menjaga Fika selama ini. Fika terhutang budi pada mak dan ayah.” Aku masih memeluk emak.

            “Mak! Lambat lagi ke nak makan? Kalau asyik berbual saja, bila nak siap?” Jerit Iffah Najihah dari ruang tamu. Sakit hatinya mendengar segala kata manis Fika pada emaknya.

Cemburu ke? Bisikku dalam hati.

“Sekejap lagi kak Iffah. Fika tengah bantu mak masak ni,” jawab Afika Najwa dari dapur. Laju saja tanganku menyiapkan masakan. Tak mahu kak Iffah naik angin lagi. Dasar orang menumpang, kenalah aku sedar diri. Selagi boleh mengalah aku akan mengalah.

            Bukan susah pun. Semua bahan masakan telah disediakan oleh emak. Hanya perlu dimasak saja.

            “Kau ni Iffah! Cubalah bersabar sikit. Kalau nak makan dengan cepat , pergilah tolong Fika tu!” Puan Khatijah menghampiri anaknya Iffah Najihah yang sedang leka menatap kaca televisyen.

            “Aik! Mak dah bela Fika tu pula. Orang ni anak mak , mak kena ingat tu. Fika tu hanyalah anak pungut. Yang mak nak bela tu kenapa?” Sakit hati Iffah kerana emaknya membela orang luar.  Sampai bila-bila pun dirinya tak dapat menerima Fika.
           
            “Assalamualaikum!” Salam kedengaran dari luar.

            “Waalaikumussalam!” Jawab puan Khatijah sambil membuka pintu.

            “Apa hal bising sampai keluar abang dengar? Tak malu ke dengan jiran tetangga kita?” Tegur encik Borhan.

“Mak tu ayah. Suka sangat bela orang luar.” Iffah Najihah mengadu pada ayahnya.

            “Siapa orang luar tu Iffah?” Soal ayahnya.

1 comment: