BAB 1
"Fika ! Puan Khatijah memanggil
dari arah dapur.
"Ya….. Ada apa mak? Fika kat
dalam bilik." Afika Najwa menyahut
panggilan puan Khatijah. Matanya masih ralit
memandang buku di tangannya. Exam pun dah tak lama lagi. Pejam celik, pejam
celik. Hanya tinggal sebulan saja lagi.
"Fika!Pergi ke kedai sekejap.
Belikan serbuk kari ikan. Mak nak masak kari kepala ikan."
"Sekejap mak. Fika nak baca
buku," Ujar Afika Najwa pada puan Khatijah.
"Afika Najwa! Cepatlah, mak dah
nak masak ni." Desak puan Khatijah lagi. Kini dirinya sudah berada di dalam
bilik Afika Najwa.
"Mak , kenapa tak suruh kak
Iffah saja yang pergi beli. Kak Iffah bukan buat apa pun. Fika sedang study ni. Exam pun dah tak lama lagi. Kak Iffah, kan sedang bercuti."
Tanya Afika Najwa bila dilihat emaknya sudah muncul di depan biliknya.
Asyik dirinya saja yang disuruh emaknya ke
kedai. Kakaknya jangan harap nak bangun selagi matahari tak meninggi. Itu pun
setelah perut kakaknya lapar barulah kakaknya bangun.
"Iffah sakit kepala. Tengah tidur. Takkanlah nak suruh Iffah yang
pergi beli. Lagi pun hari tengah panas. Alah sekejap saja Fika, naiklah basikal."
Puan Khatijah terus berlalu ke dapur.
Nampaknya dah tak boleh nak tolak
lagi. Mahu tak mahu, terpaksalah Afika Najwa meninggalkan buku yang sedang di
pegangnya.
"Pergi tu, cepat sikit balik.
Jangan nak menyinggah ke mana-mana pula." Sempat puan Khatijah berpesan
pada Afika Najwa.
"Baiklah mak ," jawab
Afikah Najwa.
Setelah membeli serbuk kari yang
dipesan oleh emaknya, Afika Najwa mengayuh basikal dengan laju untuk cepat
sampai ke rumahnya. Cepat sampai, cepatlah dirinya dapat mengadap bukunya
semula.
Semasa melintas jalan raya , seliparnya
terjatuh di tengah jalan.
" Selipar aku! Jeritnya kuat. Mana
ada siapa yang mendengarnya, tempat itu jauh dari rumah orang.
Fika memberhentikan basikalnya di
tepi jalan dan berjalan ke tengah jalan untuk mengambil selipar yang tejatuh
tadi. Semasa dirinya sedang menunduk mengambil seliparnya, dia perasan sebuah
motosikal sedang menghampirinya dengan laju.
Sreeek!!! Bunyi tayar bergesel di
jalan kuat kedengaran , membuatkan Afika Najwa kaku tak bergerak. Dirinya
umpama orang lumpah , langsung tak dapat bergerak. Beberapa buah motosikal
mengekori rapat di belakang motosikal tadi.
Vroommm…….Konvoi kut, sempat lagi dirinya
bermonolog dalam hati.
"Mak!!" Jerit Afika Najwa
kuat. Matanya sudah terpejam rapat bila motosikal berkuasa tinggi itu sudah semakin
menghampirinya.
Dum! Motosikal itu sudah melanggar
tubuhnya membuatkan Afika Najwa terhumban jatuh ke jalan. Motosikal itu pula
sudah terbabas ke tepi jalan.
"Aduh!" Afika Najwa cuba
bangun tapi kakinya terasa sakit. Mungkin kakinya telah terseliuh.
Riuh dengan bunyi motosikal berkuasa tinggi
dan beberapa orang penunggang sedang membantu penunggang motosikal itu bangun.
Motosikal itu di tolak ke tepi jalan.Penunggang itu membetulkan motosikalnya.
Mungkinkah ada kerosakan?
Hish! Bukan nak tanya orang cedera
ke tidak , sibuk dengan motosikal dia saja.
Penunggang itu mendekati Afika
Najwa.
"Eh! Janganlah dia apa-apakan
aku," bisik Afika Najwa.
"Awak tak apa-apa ke? "
Tanya Amer Rafik. Dirinya sendiri terperanjat bila gadis itu tiba-tiba saja
berada di tengah jalan. Sudahlah tempat itu berhampiran selekoh yang terlindung
dari pandangan matanya. Mujurlah dirinya sempat membrek motosikalnya tetapi motosikalnya tetap melanggar gadis itu,
tapi tidaklah terlalu kuat perlanggaran itu.
Amer Rafik membantu gadis itu bangun
tapi gadis itu tidak dapat berdiri, mungkin kaki gadis itu terseliuh.
Dicempungnya gadis itu ke tepi
jalan.Takut tak pasal-pasal kena langgar pula dengan kenderaan lain yang lalu
di situ. Suasana bingit dengan deruman bunyi enjin motosikal berkuasa tinggi.
Terpukau Afika Najwa bila di angkat
ke tepi jalan. Malunya dengan mata yang sedang melihat mereka.
"Amer , awek mat Salleh." Kedengaran salah
seorang dari mereka mengusik lelaki yang mencempung Afika Najwa tadi.
Skirt yang Afika Najwa pakai tadi
telah terkoyak di tepinya, menampakkan sebahagian pahanya yang putih gebu. Mungkin
tersangkut di motosikal lelaki itu.
Afika Najwa cuba menutup bahagian
yang terkoyak itu dengan tangannya. Lutut yang bergesel di jalan tadi sudah
mula mengeluarkan darah. Pedih. Desis Afika Najwa dalam hati.
Tangan Afika Najwa memegang skirtnya
yang terkoyak itu. Malu kerana mereka dikelilingi oleh sekumpulan lelaki.
Mengundang mata yang nakal melihat pahanya yang terdedah. Dirinya berharap
mereka tidak ada niat yang tak baik pada dirinya.
Amer Rafik perasan gadis itu cuba
menutup skirtnya yang terkoyak. Dicapainya jaket denim dari motosikalnya dan menutup paha gadis itu.
"Terima kasih."Afika Najwa
mengucapkan terima kasih pada lelaki itu.
"Kau orang pergi dulu , nanti
aku menyusul."
"Okey! Kami pergi dulu. Apa-apa
hal jangan lupa info kami." Bunyi motosikal menderum laju meninggalkan
tempat itu. Hanya beberapa orang penunggang yang masih tinggal di situ.
"Sakit di mana? Biar abang
tengok." Tanya Amer Rafik.
"Kaki saya….. Mungkin terseliuh
kut?" Afika Najwa mengerakkan kakinya tapi terasa sakit.
"Aduh! Sakit!" Jerit Afika
Najwa.
"Boleh abang pegang kaki adik?
" Amer Rafik meminta kebenaran dari gadis itu untuk memegang kaki gadis
itu.
Afika Najwa hanya mengganggukkan
kepalanya.
Amer Rafik memegang pergelangan kaki
gadis itu. Kaki gadis itu terseliuh. Terdapat juga kesan calar di kaki gadis
itu.
"Apa nama adik?" Tanya
Amer Rafik. Cuba membuatkan gadis itu terleka berbual dengannya.
"Afika Najwa. Panggil saja
Fika." Jawabku lembut.
"Sedap nama, secantik orangnya
juga, Amer." Usik salah seorang penunggang yang sedang mengerumuni mereka
berdua.
Terdiam Afika Najwa kerana diusik lelaki
yang sedang duduk di sebelah lelaki itu.
"Kaki adik ni okey ke
Amer?" Tanya seorang lelaki yang tak kurang kacaknya. Wajahnya seperti berdarah
campuran. Nak kata orang China, tak nampak sepet pun matanya. Mungkin berdarah campuran
orang putih kut. Pipi lelaki itu kelihatan gebu tanpa secalit noda pun. Hish!
Sempat lagi aku tilik muka lelaki tu.
"Aku agak terseliuh saja."
Jawapan dari Amer Rafik menyentak lamunan Fika yang asyik merenung wajah gebu
lelaki tadi. Tak jemu matanya memandang
lelaki itu.
"Nama abang, Amer Rafik.
Panggil saja abang Amer. Yang macam anak China tu pula Affif Naufal, ini pula
Farhan dan yang itu Firdaus. "Beritahu Amer Rafik pada gadis yang bernama
Afika Najwa itu.
"Fika buat apa kat tengah jalan
tadi?" Amer Rafik cuba membuatkan Afika Najwa terlupa pada kesakitan di
kakinya.
kak x sambung lagi ke hanya kau yang tahu,cerita baru ni pun best walau baru baca bab 1.
ReplyDeletesorry dik, biasalah kan kak Reen hanya masukkan 15 bab saja. Slmt membaca.Sayang adik!
ReplyDelete