Reenzarini

Thursday 19 June 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 1



BAB 1

            "Fika ! Puan Khatijah memanggil dari arah dapur.

            "Ya….. Ada apa mak? Fika kat dalam bilik."  Afika Najwa menyahut panggilan puan Khatijah. Matanya masih ralit memandang buku di tangannya. Exam pun dah tak lama lagi. Pejam celik, pejam celik. Hanya tinggal sebulan saja lagi.

            "Fika!Pergi ke kedai sekejap. Belikan serbuk kari ikan. Mak nak masak kari kepala ikan."

            "Sekejap mak. Fika nak baca buku," Ujar Afika Najwa pada puan Khatijah.

            "Afika Najwa! Cepatlah, mak dah nak masak ni." Desak puan Khatijah lagi. Kini dirinya sudah berada di dalam bilik Afika Najwa.

            "Mak , kenapa tak suruh kak Iffah saja yang pergi beli. Kak Iffah bukan buat apa pun. Fika sedang study ni. Exam pun dah tak lama lagi. Kak Iffah, kan sedang bercuti." Tanya Afika Najwa bila dilihat emaknya sudah muncul di depan biliknya.

             Asyik dirinya saja yang disuruh emaknya ke kedai. Kakaknya jangan harap nak bangun selagi matahari tak meninggi. Itu pun setelah perut kakaknya lapar barulah kakaknya bangun.
             "Iffah sakit kepala.  Tengah tidur. Takkanlah nak suruh Iffah yang pergi beli. Lagi pun hari tengah panas. Alah sekejap saja Fika, naiklah basikal." Puan Khatijah terus berlalu ke dapur.

            Nampaknya dah tak boleh nak tolak lagi. Mahu tak mahu, terpaksalah Afika Najwa meninggalkan buku yang sedang di pegangnya.

            "Pergi tu, cepat sikit balik. Jangan nak menyinggah ke mana-mana pula." Sempat puan Khatijah berpesan pada Afika Najwa.

            "Baiklah mak ," jawab Afikah Najwa.

            Setelah membeli serbuk kari yang dipesan oleh emaknya, Afika Najwa mengayuh basikal dengan laju untuk cepat sampai ke rumahnya. Cepat sampai, cepatlah dirinya dapat mengadap bukunya semula.

             Semasa melintas jalan raya , seliparnya terjatuh di tengah jalan.

            " Selipar aku! Jeritnya kuat. Mana ada siapa yang mendengarnya, tempat itu jauh dari rumah orang.

            Fika memberhentikan basikalnya di tepi jalan dan berjalan ke tengah jalan untuk mengambil selipar yang tejatuh tadi. Semasa dirinya sedang menunduk mengambil seliparnya, dia perasan sebuah motosikal sedang menghampirinya dengan laju.
            Sreeek!!! Bunyi tayar bergesel di jalan kuat kedengaran , membuatkan Afika Najwa kaku tak bergerak. Dirinya umpama orang lumpah , langsung tak dapat bergerak. Beberapa buah motosikal mengekori rapat di belakang motosikal tadi.

            Vroommm…….Konvoi kut, sempat lagi dirinya bermonolog dalam hati.

            "Mak!!" Jerit Afika Najwa kuat. Matanya sudah terpejam rapat bila motosikal berkuasa tinggi itu sudah semakin menghampirinya.
           
            Dum! Motosikal itu sudah melanggar tubuhnya membuatkan Afika Najwa terhumban jatuh ke jalan. Motosikal itu pula sudah terbabas ke tepi jalan.
           
            "Aduh!" Afika Najwa cuba bangun tapi kakinya terasa sakit. Mungkin kakinya telah terseliuh.

             Riuh dengan bunyi motosikal berkuasa tinggi dan beberapa orang penunggang sedang membantu penunggang motosikal itu bangun. Motosikal itu di tolak ke tepi jalan.Penunggang itu membetulkan motosikalnya. Mungkinkah ada kerosakan?

            Hish! Bukan nak tanya orang cedera ke tidak , sibuk dengan motosikal dia saja.

            Penunggang itu mendekati Afika Najwa.

            "Eh! Janganlah dia apa-apakan aku," bisik Afika Najwa.
            "Awak tak apa-apa ke? " Tanya Amer Rafik. Dirinya sendiri terperanjat bila gadis itu tiba-tiba saja berada di tengah jalan. Sudahlah tempat itu berhampiran selekoh yang terlindung dari pandangan matanya. Mujurlah dirinya sempat membrek motosikalnya tetapi motosikalnya tetap melanggar gadis itu, tapi tidaklah terlalu kuat perlanggaran itu.

            Amer Rafik membantu gadis itu bangun tapi gadis itu tidak dapat berdiri, mungkin kaki gadis itu terseliuh.
           
            Dicempungnya gadis itu ke tepi jalan.Takut tak pasal-pasal kena langgar pula dengan kenderaan lain yang lalu di situ. Suasana bingit dengan deruman bunyi enjin motosikal berkuasa tinggi.
           
            Terpukau Afika Najwa bila di angkat ke tepi jalan. Malunya dengan mata yang sedang melihat mereka.

            "Amer , awek mat Salleh." Kedengaran salah seorang dari mereka mengusik lelaki yang mencempung Afika Najwa tadi.

            Skirt yang Afika Najwa pakai tadi telah terkoyak di tepinya, menampakkan sebahagian pahanya yang putih gebu. Mungkin tersangkut di motosikal lelaki itu.

            Afika Najwa cuba menutup bahagian yang terkoyak itu dengan tangannya. Lutut yang bergesel di jalan tadi sudah mula mengeluarkan darah. Pedih. Desis Afika Najwa dalam hati.

            Tangan Afika Najwa memegang skirtnya yang terkoyak itu. Malu kerana mereka dikelilingi oleh sekumpulan lelaki. Mengundang mata yang nakal melihat pahanya yang terdedah. Dirinya berharap mereka tidak ada niat yang tak baik pada dirinya.

            Amer Rafik perasan gadis itu cuba menutup skirtnya yang terkoyak. Dicapainya jaket denim dari motosikalnya dan menutup paha gadis itu.

            "Terima kasih."Afika Najwa mengucapkan terima kasih pada lelaki itu.

            "Kau orang pergi dulu , nanti aku menyusul."

            "Okey! Kami pergi dulu. Apa-apa hal jangan lupa info kami." Bunyi motosikal menderum laju meninggalkan tempat itu. Hanya beberapa orang penunggang yang masih tinggal di situ.

            "Sakit di mana? Biar abang tengok." Tanya Amer Rafik.

            "Kaki saya….. Mungkin terseliuh kut?" Afika Najwa mengerakkan kakinya tapi terasa sakit.

            "Aduh! Sakit!" Jerit Afika Najwa.

            "Boleh abang pegang kaki adik? " Amer Rafik meminta kebenaran dari gadis itu untuk memegang kaki gadis itu.

            Afika Najwa hanya mengganggukkan kepalanya.

            Amer Rafik memegang pergelangan kaki gadis itu. Kaki gadis itu terseliuh. Terdapat juga kesan calar di kaki gadis itu.
           
            "Apa nama adik?" Tanya Amer Rafik. Cuba membuatkan gadis itu terleka berbual dengannya.

            "Afika Najwa. Panggil saja Fika." Jawabku lembut.

            "Sedap nama, secantik orangnya juga, Amer." Usik salah seorang penunggang yang sedang mengerumuni mereka berdua.

            Terdiam Afika Najwa kerana diusik lelaki yang sedang duduk di sebelah lelaki itu.

            "Kaki adik ni okey ke Amer?" Tanya seorang lelaki yang tak kurang kacaknya. Wajahnya seperti berdarah campuran. Nak kata orang China, tak nampak sepet pun matanya. Mungkin berdarah campuran orang putih kut. Pipi lelaki itu kelihatan gebu tanpa secalit noda pun. Hish! Sempat lagi aku tilik muka lelaki tu.

            "Aku agak terseliuh saja." Jawapan dari Amer Rafik menyentak lamunan Fika yang asyik merenung wajah gebu lelaki tadi. Tak jemu matanya  memandang lelaki itu.

            "Nama abang, Amer Rafik. Panggil saja abang Amer. Yang macam anak China tu pula Affif Naufal, ini pula Farhan dan yang itu Firdaus. "Beritahu Amer Rafik pada gadis yang bernama Afika Najwa itu.

            "Fika buat apa kat tengah jalan tadi?" Amer Rafik cuba membuatkan Afika Najwa terlupa pada kesakitan di kakinya.

           

2 comments:

  1. kak x sambung lagi ke hanya kau yang tahu,cerita baru ni pun best walau baru baca bab 1.

    ReplyDelete
  2. sorry dik, biasalah kan kak Reen hanya masukkan 15 bab saja. Slmt membaca.Sayang adik!

    ReplyDelete