Reenzarini

Thursday 3 April 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 12



BAB 12

            " Rumah sebelah dah ada orang beli ke? " Tanya Hakimi Farhan. Semasa sampai tadi  tidak ada sesiapa yang kelihatan di situ, tapi Hakimi perasaan ada longokan batu di halaman rumah itu.

            Aku hanya menganggukkan kepalaku.

            "Eloklah tu, ada juga jiran Hajar. Tak adalah gelap saja rumah tu. Kadang-kadang along pun seram tengok rumah yang suram tu." Wajah seram along Hakimi tunjukkan padaku.
           
            "Eh! Along ni saja tau, nak takutkan Hajar." Marahku. Pahanya aku tampar.

            "Betul apa along cakap. Rumah tu penuh dengan pokok-pokok besar. Buatnya  benda tu bergayut di situ…… hi! seram along." Usik Hakimi Farhan lagi.

            "Along! Suka cakap yang bukan-bukan. Malam ni along dengan Qalish tidur di sini, temankan Hajar. Siapa suruh cakap yang bukan-bukan?" Muncung bibir aku , marahkan along Hakimi.

            "Baiklah, malam ni along temankan Hajar, tapi esok along kena balik rumah along. Dah lama along tak balik. Entah dah jadi sarang tikus rumah along tu."Kata Hakimi Farhan sambil mengunyah kek cawan.
            Usai minum petang , aku keluar ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunga mawar. Alangkah terkejutnya aku, bila melihat pokok mawarku sudah diliputi dengan debu.

            "Masya Allah habis pokok bunga aku berdebu." Rungutku. Aku menyiram  pokok-pokok bungaku yang sudah diliputi dengan debu itu.
**********
            Hujung minggu begini, aku lebih selesa memandu sendirian ke Pasaraya di Cheras. Abang Omar bercuti kerana melawat keluarganya di kampung.  Kak Hani telah pun bersalin dan berpantang di rumah keluarganya di Melaka.

            Setelah memarkir kereta. Aku melangkah menuju ke kedai Popular. Tempat di mana diriku sering menghabiskan masa memilih buku-buku dan novel.
           
            Biarlah, asalkan diriku bahagia begini. Kupilih beberapa buah novel yang terbaru dan beberapa buah buku tentang perniagaan. Hanya buku-buku in I yang sering menemaniku di waktu aku kesunyian.

            Selepas itu, aku melangkah ke kaunter bayaran dan setelah selesai membuat bayaran aku melangkah keluar dari kedai buku itu. Berlegar-legar aku di situ.
           
            Kakiku kini melangkah ke sebuah butik yang menjual pakaian. Aku memilih beberapa pakaian untuk kupakai ke pejabat dan pakaian harianku.  Setelah berpuas hati aku membuat bayaran.

            Tidak tahu hendak ke mana? Akhirnya aku melangkah ke sebuah restoran. Aku memilih tempat yang agak tersorok. Jauh dari pandangan mata umum. Sambil makan aku memerhati pengunjung yang datang. Masing-masing bersama pasangan masing-masing. Tapi diriku hanya keseorangan.

            Wajah arwah suami yang kurindui hadir dan tersenyum padaku. Terbayang saat kami mengunjungi pusat beli belah di situ.Masih terbayang-bayang keriangan kami membuat persediaan majlis pernikahan kami. Akhirnya pecah juga tangisku, bila terbayangkan wajah yang aku rindui semakin menjauh.

            "Abang, Qis rindukan abang." Sendu masih menyesak dadaku. Airmata laju membasahi pipinya.

            Beberapa helai tisu dihulurkan padaku, membuatkan aku tersentak. Kupandang orang yang menghulurkan kertas tisu padaku.

            Amar Farish! Bisikku dalam hati. Entah bila, Amar Farish berdiri di sebelahku? Diriku sendiri tenggelam dalam kesedihan hingga tak perasan bila Amar Farish hadir di sebelahku. Tisu di tangan Amar, aku ambil dan gunakan untuk mengelap pipiku yang basah.

            "Qis , kenapa awak menangis? Kalau ada masalah cakaplah dengan saya. Saya boleh jadi pendengar yang baik." Wajah muram Hajaratul Qistina dipandangnya. Dirinya turut merasai kesedihan Qis.

            "Saya tak apa-apa Amar. Cuma terlebih emosi." Aku mengesat baki  airmata di pipiku.
            Amar Farish mengeluh. Kenapalah setiap kali mereka terserempak, Qis selalu dalam kesedihan. Apakah yang menyebabkan Qis bersedih? Hatinya melonjak ingin tahu.

            "Qis datang dengan siapa?" Tanya Amar Farish.

            "Sendiri, "jawabku.

            "Mana Qalish?" Soal Amar lagi.

            "Dia balik ke rumah papanya." Jawabku lagi.

            "Qis tak tinggal bersama suami Qis, ke?" Soal Amar Farish lagi.  Beberapa hari yang lalu dia ada melihat seorang lelaki bersama Qalish keluar dari rumah Qis. Kacak orangnya. Mungkin itu suami Qis.

            Aku mengelengkan kepalaku.

            "Habis, Qis tinggal dengan siapa?" Soal Amar Farish lagi. Tertanya-tanya Amar Farish dengan status Hajaratul Qistina.

            "Saya tinggal sendiri."Terasa sesak dadaku dengan pertanyaan Amar itu. Teringat kembali pada arwah suami yang telah tiada. Cuba dikuatkan hatiku supaya tak menangis.

            "Qis dah bercerai dengan suami ke? Maaf , kalau pertanyaan saya ini melukakan hati Qis. Saya dah tak tahan melihat Qis menangis. Bersedih macam ni. Hati saya rasa sakit setiap kali melihat Qis menangis." Amar Farish berterus terang pada Hajaratul Qistina.

            Aku mengelengkan kepalaku. Enggan bercakap tentang diriku.

            "Tak mengapa Amar, saya sedikit emosi hari ini." Selamba aku menjawab pertanyaan Amar Farish. Kenapa pula Amar nak sakit sakit? Kami bukannya kenalan atau sesiapa pun. Gerutuku dalam hati.

            "Amar datang seorang ke? " Soalku pula. Tidak mahu bercakap tentang diriku.
           
            "Saya temankan mama dan kakak datang shopping." Jawab Amar Farish.

            "Habis di mana mereka?" Tanyaku.

            "Masih lagi shopping. Naik lenguh kaki saya mengikut mereka membeli belah. Tadi saya nampak Qis masuk ke dalam restoran, jadi saya bagi alasan dahaga. Dapatlah saya lari dari ikut mama dan kakak saya shopping."

            Tergelak kecil aku mendengar ucapan Amar itu.

            "Biasalah wanita," jawab aku sambil tergelak.
            "Qis pun termasuk golongan itu ke?" Sengaja Amar ingin mengusik Hajaratul Oistina.

            "Saya kalau shopping tak banyak, hanya sebanyak ini." Beberapa buah beg kertas di sebelahku, aku tunjukkan pada Amar.  Terbeliak mata Amar Farish.

            "Banyaknya," Amar Farish berkata tanpa sedar.

            Tergelak Hajaratul Qistina mendengar kata-kata Amar Farish.

            "Ini keperluan saya untuk beberapa bulan. Tak adalah saya shopping setiap bulan."  Membetulkan tanggapan dari Amar Farish.

            "Jemputlah duduk."Aku pelawa Amar duduk. Baru aku perasan, sejak tadi Amar Farish masih lagi berdiri.

            "Terima kasih!" Kerusi di depan Hajaratul Qistina ditarik dan Amar melabuhkan punggungnya di situ. Sudahlah ke hulu ke hilir mengikut mama dan kakaknya shopping. Naik lenguh , kakinya mengikut mereka sejak tadi.

1 comment: