Reenzarini

Wednesday 26 March 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 11



BAB 11

            "Qalish! Jangan nak mengada," marah Qis. Tangannya  yang kotor dibasuh  di singki. Usai membasuh tangan dia mendekati Qalish yang sedang memeluk  leher Amar Farish.

            "Qalish, jom balik. "Ajak Hajaratul Qistina.

            "Qalish nak ikut papa." Jawab Qalish sambil memeluk leher Amar Farish.

            "Qalish! Papa Qalish kerjalah sayang." Qis cuba memujuk Qalish.

            "Ini pun papa Qalish." Jawab Qalish lagi. Pandai saja mulut comel itu menjawab.

            "Papa, boleh Qalish panggil uncle , papa?" Soal Qalish lagi sambil merenung wajah Amar Farish.

            "Boleh , apa salahnya panggil papa. Nanti ikut papa pergi beli kereta mainan yang lagi canggih." Pujuk Amar Farish. Sebenarnya dirinya dah biasa dengan keadaan ini.  Anak kakaknya kalau menangis mesti nak di dukung dan lepas tu kenalah belikan mainan untuknya.

            "Amar, jangan  ikutkan  sangat  budak  Qalish ni." Tegur Hajaratul Qistina. Geram dengan Qalish.Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.

            "Tak mengapa Qis, salah saya. Saya dah biasa dengan keadaan macam ni."

            "Jom Qalish, kita pergi kedai sebelah . Kita beli kereta mainan dekat situ. Nak? "Tanya Amar Farish.

            "Nak," jawab Qalish. Bahu Amar di peluknya.
           
            Amar Farish  keluar dari restoran KFC sambil mendukung Qalish.  

            Segera Qis mengikut dari belakang mereka. Dibuatnya Amar tu penjahat, nanti dibawanya  lari  Qalish  tu  naya  aje. Hish! Yang Amar pun pandai-pandai saja berjanji dengan Qalish. Bukan nak tanya aku dulu. Pandai-pandai saja buat keputusan. Ini yang aku geram.

            Setelah membelikan Qalish kereta mainan , Amar Farish mendukung Qalish ke kereta Qis. Sekali lagi Qalish buat hal.
           
            "Papa nak pergi mana?" Tanya Qalish. Petah mulutnya bertanya pada Amar Farish.

            "Papa  nak  balik  rumah  nenek  sekejap. Papa belum solat. Nanti papa jumpa Qalish lagi." Ucap Amar Farish.

            "Nak ikut papa." Rengek Qalish.

            Ah! Buat hal pula budak Qalish ni. Selalu tak macam ni. Gumam Qis dalam hati.

            "Tak boleh sayang. Ikut mama balik , " matanya sudah perasan wajah marah Qis di depannya.

            "Tak nak! Qalish nak ikut papa juga." Jerit Qalish.

            "Qalish , kenapa degil sangat? Dah tak nak dengar cakap mama."Marah Hajaratul Qistina.

            "Nak balik dengan papa. Nak naik kereta papa." Sekali lagi Qalish merengek. Pelukan dileher Amar Farish enggan dilepaskannya.

            "Okey! Papa hantar Qalish balik dulu." Janji Amar Farish.

            "Okey! Papa." Qalish sudah mula tersenyum riang.

            "Kenapa dengan Qalish ni? Sengaja nak buat mama marahkan Qalish? Mama penat dan mengantuk ni. Cepat balik. Mama nak tidur. Qalish nak mama tinggalkan Qalish?" Marah Qis. Tubuh Qalish dirampasnya dari Amar Farish.

            "Qis, kenapa nak marah-marah? " Tanya Amar Farish. Tubuh Qalish kini sudah kembali ke dalam pelukannya.
            "Saya penat . Sepanjang malam saya memandu dari Perlis. Baru tidur dah kena ganggu dengan bunyi orang bertukang dari rumah jiran. Sekarang, Qalish pula buat hal." Kata Qis sambil menangis, geram dengan apa yang berlaku.

            "Qalish, ikut mama balik. Kesian mama, mama letih. Qalish sayangkan mama tak?" Tanya Amar Farish lembut.

            "Sayang! " Jawab Qalish. Pipi Amar Farish dicium sekali. Tangannya dihulurkan pada Qis untuk didukung.

            Bukannya susah sangat nak pujuk budak Qalish tu. Yang Qis tu nak emosi kenapa? Desis Amar dalam hati.

            "Mama, sorry! Qalish sayang mama. Mama jangan tinggalkan Qalish macam ibu tinggalkan Qalish. " Tubuh Qis dipeluk bila berada di dalam dukungan mamanya. Airmata di pipi mamanya dikesat dengan jarinya.

            "Mama jangan nangis, nanti papa Qalish balik. Papa pujuk mama." Hajaratul Qistina memeluk Qalish. Tubuh Qalish diletak di sebelah tempat duduk pemandu. Tali pinggang keselamatan dipasang di badan Qalish.

            Biarlah dirinya bergerak dari situ. Malu , kerana menangis di depan Amar Farish. Wajah Amar sudah tidak dipandangnya.

            "Bye papa, jumpa lagi. I love you papa!" Flying kiss diberikan Qalish pada Amar Farish. Tergelak Amar Farish sambil melambaikan tangannya pada Qalish sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan matanya.

            Dadanya yang berdebar sejak tadi dipegangnya. "Hish! Teruklah kalau aku jatuh cinta pada isteri orang. Aku tak boleh layankan sangat hati aku ni, "gumam Amar Farish sendiri. Tapi tak dapat disangkal, dirinya benar-benar gembira bila berada bersama dengan Qis dan Qalish.

            Amar Farish kembali ke keretanya. Jam di pergelangan tangannya dibelek. Sudah hampir pukul tiga. Dirinya belum solat asar. Laju dirinya memandu balik ke rumah mamanya.

            Qis memandu keretanya masuk ke perkarangan rumah. Tensionnya bila balik ke rumah, suasana  bising membuatkan kepala Qis terasa sakit.

            Setelah menunaikan solat Zohor, Qis melelapkan mata sekejap. Qalish juga  tidur  selepas  selesai membuat kerja sekolahnya.Telinganya Qis sumbat dengan earphone supaya tak terganggu dengan bunyi bising dari rumah sebelah. Telinga Qalish juga Qis letakkan earphone supaya dia tidur lena. Hanya lagu-lagu muzik sentimental mengiringi tidur mereka.

            Mereka tidur hingga ke petang. Tak sedar alongnya, Hakimi Farhan sudah  balik. Terburu-buru Qis mengerjakan solat Asar.

            Usai solat , aku membancuh minuman panas untuk minum petang. Kek cawan dari peti sejuk aku keluarkan dan panaskan dalam microwave supaya hilang sejuknya. Aku menatang  dulang ke meja kopi, depan tv. Senang saja lepak dekat situ. Nak minum dekat luar pun dah tak boleh. Tentu berhabuk dekat luar tu.

            Hakimi Farhan turun sambil mendukung Qalish. Qalish pula sedang memeluk leher papanya. Manja.

            "Dah lama ke along sampai? Along cakap seminggu nak ke sana?" Tanyaku.

            "Baru saja along sampai. Kerja dah siap, along pun baliklah." Jawab Hakimi Farhan sambil melayan Qalish yang sedang menunjukkan  permainannya yang baru dibeli tengahari tadi.
           
            "Papa, ini mainan yang papa beli."Tunjuk Qalish pada Hakimi Farhan.

            Kereta mainan di tangan Qalish dibelek Hakimi Farhan.

            "Bila along beli maianan ni, Hajar?" Tanya Hakimi Farhan.

            "Bukan along yang beli, tapi jiran kita yang belikan untuk Qalish. Anak along tu macam tak cukup ada seorang papa. Jiran sebelah pun, dipanggilnya papa."Hajaratul Qistina menceritakan apa yang berlaku kepada alongnya.

p/s Sorry! Sibuk sangat tak sempat nak online. Semua ini versi yang belum di edit. Sorry jika ada kesilapan.

No comments:

Post a Comment