Reenzarini

Saturday 31 May 2014

HANYA ENGKAU YANG TAHU 13



BAB 13

            "Awak nak makan apa Amar? Boleh saya pesankan untuk awak.” Tanyaku pada Amar Farish.

“Temankan saya makan, boleh?” Tanya Amar Farish.

“Saya dah makan." Pinggan yang masih belum luak dengan pasta makanan laut aku tunjukkan pada Amar Farish.

            "Kenapa tak habiskan, tak sedap ke?" Soal Amar Farish bila dilihatnya pinggan Qis masih berbaki dengan makanan.

            "Entahlah, saya tak ada selera nak makan." Entah kenapa hari ini aku kurang berselera. Nak demam kut?  Desis aku dalam hati.

            "Kenapa tak cuba nasi ayam. Nasi ayam dekat sini sedap tau. Saya selalu makan kalau datang ke sini."Beritahu Amar Farish pada Hajaratul Qistina.

            Aku mengelengkan kepala.

            "Nak saya pesankan untuk awak?" Tanya Amar Farish. Tubuh Hajaratul Qistina kelihatan agak kurus sejak akhir-akhir ini. Dulu tak adalah sekurus ini.Getus Amar dalam hati.

"Tak payahlah. Saya tak ada selera nak makan. Rasa macam nak demam saja." Aku menolak dengan baik pelawaan dari Amar Farish untuk memesan nasi ayam untukku.

            Mahunya tak demam. Kelmarin diriku ke tanah perkuburan. Setiap hari Sabtu, aku akan mengunjungi tanah perkuburan. Kerinduan pada arwah suamiku tak dapat ditahan lagi. Walaupun hari sudah seperti nak hujan, aku tetap pergi menziarahinya. Semasa sedang membaca surah yassin , tiba-tiba saja hujan turun. Dibiarkan saja dirinya dibasahi dengan hujan hingga selesai bacaan yassin.
           
             Bunyi handphone Amar Farish membuatkan lamunanku hilang berterbangan. Mataku kini tertumpu pada Amar Farish yang sedang menjawab telefon.

            "Hello, kak Mia… Amar ada dalam restoran nasi ayam," jawab Amar Farish.

            "Okey! Amar tunggu kak Mia dekat sini. Bye!"Handphone disimpan semula di dalam poket bila habis bercakap dengan kakaknya.

            "Jam di pergelangan tanganku , aku belek. Saya nak balik dulu." Beritahu aku pada Amar Farish.

            "Nak balik dah ke? Tak nak temankan saya makan dulu."Tanya Amar Farish.

            "Amar makanlah dengan kakak Amar." Belum sempat aku bangun, dua orang wanita sudah menghampiri kami.

 "Amar!Ini kerja Amar ya…… Patutlah tak nak temankan kak Mia dan mama shopping. Rupanya ada temujanji dengan awek cantik," usik Amirah Damia.

"Mama, kak Mia …..duduklah." Pelawa Amar Farish.
           
"Mama…..kak Mia ……kenalkan kawan Amar, Hajaratul Qistina."

"Qis, ini mama saya, Puan Sri Ariana dan ini kakak saya, Amirah Damia." Amar Farish memperkenalkan mama dan kakaknya pada Hajaratul Qistina

Aku menghulurkan tanganku pada mama Amar Farish. Tangan wanita itu aku cium dengan lembut. Sekadar menghormati wanita yang lebih tua dariku.

            "Apa khabar Puan Sri? Panggil saja Qis."Kemudian aku bersalam  pula dengan Amirah Damia.

            "Qis boleh panggil saya kak Mia. Amar, pandai Amar pilih. Cantik orangnya." Amirah Damia memerhati wajah Qis yang sudah kemerahan. Mungkin malu kerana diusiknya.

            "Cantikkan mama?" Tanya Amirah Damia pada puan Sri Ariana.

            "Cantik! Pandai Amar pilih. Mama berkenan. Bila-bila masa pun mama boleh pinangkan." Wajah Hajaratul Qistina di telitinya lagi. Tak jemu matanya memandang. Sepadan dengan Amar Farish, bisiknya dalam hati.

            Matilah aku, mama dah salah sangka.  Nak mampus, pinang bini orang?Tak boleh jadi , aku kena beritahu mama perkara yang sebenarnya. Gerutu Amar Farish dalam hati.
           
            "Mama…..mama dah salah sangka. Kami hanya berkawan, tak ada hubungan apa-apa." Amar Farish cuba menerangkan pada mamanya.

            "Tak payah nak malulah Amar. Kak Mia dah lama tunggu saat Amar perkenalkan seorang gadis pada kami. Kini dah tiba masanya Amar mengorak langkah ke depan."

            "Eh! Kak Mia ni, bukankah selama ini Amar mengorak langkah ke depan? Mana ada Amar mengorak langkah ke belakang." Sengaja Amar mengusik kakaknya. Terlupa tentang masalah tadi.

            "Loyar buruklah pula Amar ni. Tak usah nak bendul sangat Amar! Geram kak Mia dengan Amar ni." Terus lengan adiknya dicubit.

            "Adoi! Kak Mia , sampai hati cubit Amar." Amar Farish pura-pura merajuk. Mengalahkan budak tadika merajuk.

            "Padan dengan muka Amar , suka sangat main-mainkan kak Mia."

 Amirah Damia memang seorang wanita yang cantik dan elegan. Mama Amar pun apa kurangnya. Pujiku dalam hati. Tersenyum aku melihat telatah mereka berdua.

            "Mama….sebenarnya Qis tinggal di sebelah rumah Amar. Rumah yang baru saja siap diubah suai tu. Dah lama Amar kenal dengan Qis. Kalau tak silap Amar, adalah hampir tiga tahun." Kata-kata Amar membuatkan aku mencerlungkan mataku pada Amar.

            Rasanya aku hanya kenal Amar Farish tak sampai setahun. Macam mana pula boleh jadi hampir tiga tahun?Ah! Biarlah Amar nak cakap kami dah kenal berapa tahun pun. Tak perlulah aku nak menyibuk.Mungkin Amar ada sebab berkata begitu pada mamanya.

            "Jiran sebelah rumah Amar? Maksud Amar rumah yang sedang diubah suai tu?" Soal Puan Sri Ariana pada Amar Farish.

            "Yalah mama! Rumah mana lagi? Hanya itulah satu-satunya rumah yang mampu Amar beli." Jawab Amar Farish sambil tersenyum pada mamanya.

“Sudahlah Amar! Lebih dari itu pun Amar mampu beli. Saja Amar yang suka merendah diri.” Kepala Amar Farish diketuknya sekali.

“Aduh! Kak Mia, apa ketuk kepala Amar ni?” Kepala yang diketuk oleh kakaknya diusap perlahan. Dijelingnya kak Mia di sebelahnya.

Amirah Damia hanya tergelak kecil.
"Qis orang mana?"Mama Amar mula menyoal aku.

            "Qis berasal dari Perlis, Puan Sri." Jawabku. Wajah Puan Sri Ariana aku pandang sekali sebelum memandang ke tempat lain.

            "Sudah lama tinggal di KL?" Soal Puan Sri Ariana lagi.

            "Baru saja. Selepas tamat pengajian di Australia, Qis terus menetap di KL."

            "Dekat KL Qis tinggal dengan siapa?"  Soal kakak Amar pula.

            "Qis tinggal sendiri, " jawabku.

            "Rumah yang Qis tinggal tu sewa ke beli?" Soalan dari Puan Sri Ariana membuatkan aku tidak selesa.

            "Sebenarnya Puan Sri , rumah itu adalah peninggalan dari arwah suami Qis. Sudah hampir tiga tahun arwah meninggal." Sayu suaraku memberitahu mereka.

            "Maksud Qis, Qis adalah seorang balu." Terperanjat mereka bertiga bila mendengar Hajaratul Qistina adalah seorang balu.

            "Puan Sri, kak Mia. Qis nak minta diri dulu. Ada hal nak diuruskan."  Kataku sambil berdiri. Rasa tak selesa bila bercakap pasal diriku.

            Mereka hanya terdiam.  Amar juga langsung tak bersuara. Mungkin juga terperanjat dengan apa yang aku beritahu tadi. Setelah bersalaman dengan mereka , aku terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

            "Fuh! Lega, dapat berterus terang tentang statusku itu. Tak pasal-pasal jadi mangsa salah faham." Aku menghela nafasku dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Perlahan aku mengorak langkah menuju ke tempat meletak kereta.


 SORRY DAH LAMA TAK JENGUK BLOG. LAPTOP BUAT HAL. BARU HARI INI SIAP DIBAIKI.


No comments:

Post a Comment