BAB 15
“Malas
aku nak cakap pasal Tina . Dia
manalah nak layan
orang susah macam aku ni.
Biarlah masa saja yang menentukannya.
Kalau ada jodoh aku dengan Tina adalah,
kalau tak ada tak adalah.” Lirih Zamil Ariff berkata.
Dia sedar siapa
dirinya. Kacak tidak….kaya
pun tidak… Biarlah
dia tumpukan perhatian
pada pelajarannya. Mudah-mudahan
satu hari nanti
dia dapat mengubah
hidupnya dan membantu
keluarganya. Itulah azamnya
sejak dulu lagi.
“La
…..Danish cepatlah makan. Jangan dipandang
lagi
gadis tu.” Tegur
Zamil Ariff.
“Aku nak
makanlah ni. Zamil sekejap
lagi aku ada
hal nak jumpa
gadis tu kau baliklah dulu , “ pesan Imran Danish. Pagi
tadi dia datang
dengan Zamil.
“Okey!
Aku tak kisah. Hang jangan risau Danish,
aku boleh tumpang Kim ni balik.”
“Kim! Aku
nak tumpang hang balik boleh
ka ?” Tanya Zamil pada Lukman
Hakim.
“Boleh!
Aku
pun nak balik mandi
dan solat sebelum pergi jemput Hani
aku ,” kata Lukman Hakim .
“Cantik
sangat tu. Aku tumpang hang la no Kim. Biaq pi kawan kita tu
dok
angau
sorang-sorang dia. "Mereka ketawa
serentak.
“Boleh saja
Zamil,” jawab Lukman Hakim pula. Selesai makan mereka beredar
dari situ. Imran
Danish sudah menghampiri
gadis itu dalam
diam-diam.
Sengaja dia
nak tengok gelagat
gadis itu bila
gadis itu tidak
perasan dia sudah
beredar dari situ. Diam-diam dia berada
di belakang gadis
itu.
“Lelaki ni dah berubah agaknya, masa mula- mula jumpa dulu
bukan
main
garang lagi macam rimau . Ini bukan main lembut lagi bercakap,
lembut gigi dari lidah .
Siap bersayang-sayang lagi dengan
aku . Dah tak sewel lagi kot . “
Hish! Mulut aku
ni jahat betul.
Kenapalah aku suka sangat cakap lelaki tu sewel? Kalau
masin mulut aku, lelaki
tu jadi sewel macam mana? Sekarang
aku tengok dia cakap pun macam orang angau
saja . Angau dengan
siapa? Angau dengan aku ke?
Jangan cari pasal Dania.
Nak mampus. Yalah teman tau la teman
dah bertunang, gumam
Dania dalam hati .
Dulu bukan main lagi beria nak bertunang
dengan aku. Konon takut aku terlepas
kepada lelaki lain
. Sekarang….. bila dah jauh dari mata
terus dia lupa
pada aku. Alih-alih dia yang mungkir janji , bukan
aku yang mungkir janji. Malas nak fikir pasal Ilham Fahmi buat
Dania sakit jiwa
saja. Sekali - sekala Dania lihat
lelaki tu masih memandang
ke arahnya . Bila Dania pandang ke arahnya
dia tersenyum . Dania buat tak tahu saja, cepat-cepat dia pandang tempat lain. Malas nak
fikir tentang lelaki tu.
Dania terus terleka menyemak
assignment di depannya
tu.
Entah bila
lelaki
tu dan kawan- kawannya pergi dari situ. Tengok-
tengok dia dah tak ada. Aku pandang di sekeliling
tempat itu. Selamat….. dia tarik nafas
lega
kerana lelaki tu dah pergi. Semput
aku dibuatnya dengan
lelaki tu.
“Dia tak ada, nasib baik dia dah
pergi. Lega hatiku . “ Sejak tadi aku rasa terganggu
bila setiap kali mataku memandang
kearah lelaki tu,
lelaki tu akan
tersenyum dan melambai
ke arahku.
“Awak cari saya ke?
” Tanya satu suara mengejutkan
aku dari belakang . Dari tadi
Imran Danish memerhatikan
gadis itu yang
sedang terjenguk-jenguk ke
sana ke mari sambil
duduk di situ. Mungkinkah
gadis itu sedang
mencarinya?
“Arghhh !!!!” Aku menjerit kerana terkejut mendengar
pertanyaan
lelaki tu yang berdiri
di belakangnya . Macam
biskut chipsmore pula, sekejap
ada sekejap tak ada. Aku
ni dahlah lemah semangat, bisikku dalam
hati.
Dia ni memang tau . Kalau
tak terperanjatkan aku memang
tak sah . Setiap
kali jumpa ada-ada saja yang membuatkan aku terkejut.
Kalau dah lama kenal
boleh sakit jantung aku dibuatnya. Mahu tidak… kalau dengan tiba-tiba saja dia
muncul di depanku, tentulah aku terkejut. Bagi salam tidak…. Mukadimah pun tidak…….tetiba saja bersuara mahunya aku tak terkejut.
Terkejut beruklah aku, gerutuku dalam hati.
“Awak!!!!
Terkejutnya saya. Nasib baik saya tak ada
heart attack! Awak ni memang
tau , suka sangat mengejutkan
saya.” Marahku. Kenapalah muncul
lagi di depanku.
“Alahai!!
Manjanya suara awak,” kata
Imran
Danish.
“Apa manja-manja? Saya menjerit
kuat macam tarzan pun awak
kata manja. Awak…..lain kali kalau nak
muncul
depan saya bagilah salam dulu . Tak adalah saya terkejut sangat . Kalau
saya kojol macam mana ? Tentu
awak dah jadi pembunuh tahu tak?” Kerana terlampau
geram aku cubit lengan lelaki
tu. Ha!
Baru puas hati
aku. Gerutuku dalam hati.
“Aduh sayang! Janganlah cubit saya,” Lelaki tu duduk
di sebelah aku sambil mengosok lengannya yang aku cubit tadi
. Berbisa lengannya dicubit
gadis itu.
Jangan tak tahu
aku ni mak ketam. Carilah
pasal dengan aku lagi.
Ha..kan dah dapat
habuannya.
“Awak! Jangan nak mengada-ngada bersayang-sayang dengan saya, saya tak suka. ” Marahku padanya.
“Kenapalah dia
ni suka sangat
cari pasal dengan
aku,” bisik aku perlahan. Aku
tak kira siapa
suruh dia terkejutkan
aku? Kalau aku kojol
macam mana? Aku ni ilmu di dada
pun belum penuh lagi. Aku lihat lelaki
tu sedang mengosok
lengannya yang aku cubit tadi.
“Awak…….sakitnya
lengan saya awak cubit.” Lengannya yang dah
merah kena cubit
tadi ditunjukkan kepada
gadis itu .
Alahai….berbisanya cubitannya tadi, gerutu Imran Danish
dalam hati.
“Rasakan,
siapa suruh awak suka sangat
kacau saya. Awak tahu
tak saya ni
kalau bab-bab jadi
mak ketam ni memanglah
kepakaran saya.” Beritahu aku pada lelaki tu.”
“Suka sangat
kacau orang? Kalau ya
pun awak banyak
sangat masa lapang
,awak pergilah kacau
orang lain.”
“Saya nak berkawan dengan awak,
sudikah awak menjadi kawan saya.” Imran Danish masih menanti jawapan dari gadis
itu.
Alahai! Nak
berkawan pula, getusku dalam
hati.
“Buat
apa awak nak
berkawan dengan saya?
” Aku memandang muka lelaki
yang duduk di sebelah.
“Saya
nak kenal lebih
dekat dengan awak,
boleh tak awak?” Soalnya
pada Dania.
“Sekarang
kita dah kenalkan?”
Soalku pada lelaki tu sambil
tersenyum .
“Manisnya senyuman awak. Saya suka bila
tengok awak tersenyum macam tadi ,manisnya. Lapangnya dada saya. Terubat kerinduan
saya pada awak,” katanya jujur.
“Gila ke apa awak ni? Kenal tidak bercinta jauh sekali, tetiba saja
nak rindukan saya.
Apa halnya awak
nak rindu segala, macamlah kita ni bercinta,” ujarku pada lelaki tu .
“Memang
awaklah kekasih saya di
dunia dan akhirat,” kata lelaki tu dengan selamba
badak saja. Badak pun tak
macam tu.
“Hish!
Tolong sikit ya. Apa
barang nak cintan
cintun segala. Saya
tak suka la awak
cakap macam tu dengan saya . Kalau awak nak berkawan boleh tapi hanya sebagai kawan saja
tak lebih dari itu. Ingat
tu! Kalau tidak , tak
ada kawan-kawan lagi. Kalau lebih-lebih saya tak boleh terima. Itu
syarat saya. Kalau awak terima syarat saya
, saya sudi berkawan dengan awak,”
ucapku serius .
“Okey! Just
friend. Saya Imran Danish bin Hisham.” Imran
Danish memperkenalkan dirinya
pada aku. Imran Danish menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan
gadis kesayangannya itu .
“Sorry!
Tak boleh salam kerana kita bukan mahram.” Jawabku sambil tersenyum.
Imran Danish menjatuhkan semula tangannya ke bawah
. “Sorry! Saya terlupa,”
kata Imran Danish.
“Saya Nurul Dania Danisha binti Yusuff.” Aku
pula memperkenalkan diriku
.
“Sedap
nama awak, apa saya nak panggil
awak?” Soal Imran
Danish padaku.
“Awak boleh
panggil saya Dania atau
Nia,”
jawabku sambil tersenyum
pada Imran Danish.
“Saya pula nak panggil awak apa?”
Soalku pada Imran Danish.
“ Awak
boleh panggil saya Im.” Jawab Imran Danish
pula.
Akhirnya
Imran Danish terpaksa
mengalah dengan syarat yang
di berikan oleh gadis itu. Terpaksalah Imran Danish
pendamkan perasaan cintanya pada gadis di depannya itu. Asalkan dia dapat bersama
gadis idamannya.
Mengenali gadis idamannya dengan lebih dekat adalah
azamnya. Bila ada peluang nanti barulah
Imran Danish berterus-terang dengan Dania.
Biarlah dia pikat
semasa mereka
berkawan. Lama kelamaan nanti Dania akan terpikat
juga dengan dirinya, gumam Imran Danish dalam
hati.
“Okey! Mulai hari ini saya
akan menjadi kawan
baik Nia. Saya harap persahabatan
kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat,”
ujar Imran Danish .
“Baiklah saya pun harap macam
tu,” ucapku sambil tersenyum pada Imran
Danish.
“Nia berasal
dari negeri mana ?” Soal Imran
Danish .
“Abah
Nia
berasal dari Pahang
dan ibu pula berasal dari
Perak. Sekarang ibu dan abah
Nia tinggal di Bangsar.
Nia dilahirkan di negeri Pahang. Nia ada
seorang
abang yang sangat Nia sayang
, nama
abang Nia adalah Iskandar Zukarnain . Nia panggil
dia , abang Is.”
“Danish
pula berasal dari
mana?” Aku pula bertanya pada
Imran Danish .
“Daddy dan mummy Danish berasal dari KL.
Kami tak ada kampung . Danish tak
pernah merasa pun macam mana rasanya
tinggal di kampung .
Kalau ada kesempatan saya
ingin pergi ke kampung
Nia. Boleh tak Nia?”
“ Insya-Allah satu hari nanti kalau ada
rezeki awak , Nia nak bawa awak
ke kampung kami. Keluarga
Saya ada dusun
di Perak . Kalau
tiba musim buah ,
tak tahu mana satu nak makan .
Banyak sangat buah-buahan di dusun keluarga Nia . Sampai kita tak
tahu nak makan yang
mana satu . Seronok tau
semasa berada di
dusun .” Beritahu aku sambil
mengenangkan saat-saat manis semasa berada
di dusun . Sudah agak
lama juga aku
tidak balik ke
kampung opah dan atuk .
“Seronoknya……
tentu udaranya nyaman bila
berada di dalam
dusun tu? Teringin juga saya nak merasa macam mana suasananya bila
berada di dusun tu .
Bila Nia nak bawa saya
ke sana? Saya dah
tak sabar nak
pergi ke sana,” beritahu Imran Danish padaku .
Last n3,sedang dalam penilaian. Terima kasih kepada semua pembaca yang menyokong kak Reen.
best.
ReplyDelete