Saya nak cerita kisah sedih tentang seekor anak kucing yang telah dibawa balik atau di kidnap oleh kucing jantan kesayangan anak-anak saya . Nama kucing jantan anak-anak saya ialah Doreamon .
Dalam hujan lebat doreamon telah membawa balik seekor anak kucing yang baru lahir ke rumah saya . Kita selalu dengar kucing jantan selalu makan anak kucing . Saya tak tahu pula samada doreamon tu nak makan anak kucing tu atau tidak . Selalu kucing doreamon tak makan tikus atau binatang lain . Doreamon hanya tangkap dan main-main binatang yang dia tangkap tu .
Saya tak sangka pula doreamon akan kidnap entah anak kucing siapa pun saya tak tahu? Kemana saya nak hantar anak kucing yang sedang dalam kesejukan itu .Anak-anak saya masukkan anak kucing tu kedalam kotak kosong dan bawa masuk kedalam rumah .
Keadaan masa tu agak kelam kabut kerana kami sedang merampas dan melarikan anak kucing tu dari kucing jantan anak-anak saya.
Sejak dulu anak kucing kecil yang baru lahir saya takut dan geli nak tengok atau pun pegang .Tapi tangisan sayu anak kucing tu membuatkan saya tanpa berfikir panjang lagi terus pegang dan mengeringkan bulu-bulunya yang kebasahan . Luka-luka bekas gigitan kucing doreamon saya sapukan dengan ubat kuning yang ada d irumah saya .
Saya tahu anak kucing tanpa ibunya akan mati . Saya bagi anak kucing tu minum susu tepung . Saya belai-belai bulunya . Kesiannya anak kucing tu kerana mata nya belum lagi terbuka dan tali pusatnya masih belum kering . Comelnya kucing tu dan berwarna putih . Selepas minum susu anak kucing tu pun tidur . Kami selimutkan anak kucing tu supaya panas sedikit . Sekali sekala anak kucing tu menangis mencari ibunya .Akhirnya anak perempuan saya letakkan seekor patung bear mengantikan ibunya. Anak kucing tu pun memeluk patung bear tu . Tertidurlah anak kucing tu sekejap.
Sekali lagi anak kucing tu terjaga dan saya berikan susu menggunakan tiub untuk memberi ubat . Selepas minum susu anak kucing tu tidur semula dan saya selimutkan badannya dan letakkan didalam kotak dan letak bersama patung bear tadi .
Keesokan harinya saya bersihkan badannya semula dan berikan susu dan anak kucing tu tertidur semula . Anak-anak sepakat menamakan anak kucing tu Rain kerana anak kucing tu jantan dan dijumpai semasa hujan lebat .
Anak kucing tu tidur nyenyak hingga ke petang .Saya tak sangka pula anak kucing tu sedang nazak.
Saya berikan susu tapi anak kucing tu tak berapa nak menyusu . Saya belai-belai anak kucing tu untuk memanaskan badannya semula . Hati saya masa tu hanya Allah saja yang tahu . Saya menangis dalam hati melihat betapa sengsaranya anak kucing tu .
Semalam kita dikejutkan dengan kematian dua orang pahlawan negara kita . Bayangkanlah keluarga mereka yang kehilangan tempat bergantung . Waktu tu saya rasa nafas saya terasa sesak nak bernafas . Hanya kerana seekor anak kucing membuatkan nafas saya sesak .
Saya tak lupa semasa solat saya berdoa untuk anak kucing tu. sebak hati hanya saya yang tahu . Saya tak nak anak-anak tahu kesedihan saya . Saya nak menjadi kuat didepan anak-anak saya .
Selepas solat maghrib saya berikan susu pada anak kucing tu lagi tapi hanya sedikit sahaja anak kucing tu minum . Alangkah baiknya kalau saya tahu dimana ibu anak kucing tu . Tapi entahlah takkanlah saya nak pergi dari satu rumah ke rumah untuk bertanya siapa yang punya anak kucing tu . Anak perempuan saya memegang anak kucing tu untuk memanaskan badan anak kucing tu .
Anak kucing tu mula tersentak-sentak sekali sekala menandakan hayatnya dah sampai ke penghujung . Akhirnya anak kucing tu diam dan dah tak bergerak lagi . Saya usap-usap untuk memberikan kepanasan padanya .Saya beritahu anak-anak saya bahawa anak kucing tu dah mati .
Sedihnya hati . Saya menangis dalam hati tak nak anak-anak juga bersedih . Tabahlah hati. Walaupun hanya seekor anak kucing yang belum sempat mata melihat dunia dan hanya sempat saya belai selama sehari semalam tapi rasa hati saya sama seperti kehilangan seorang anak . Itulah perasaan seorang ibu .
Sebab hari dah malam saya selimutkan anak kucing tu seperti anak kucing tu sedang tidur dan masukan ke dalam kotak . Semasa baru nak tidur saya seperti terdengar anak kucing tu menangis.
Saya duduk dan berkata pada diri sendiri .Anak kucing tu dah mati .
Bila bangun pagi saya mengharapkan keajaiban supaya anak kucing tu hidup semula .
Keesokkan harinya anak-anak dak korek lubang untuk tanam mayat kucing tu . Anak kucing tu anak saya balutkan dengan kain dan masukkan ke dalam kotak tisu kosong . Siap di taburkan dengan bunga lagi . Saya langsung tak tengok kucing tu sejak bangun tadi kerana hati saya sedih sangat. Kata anak saya mulut kucing tu mengeluarkan darah . Sepanjang hari ada saja titisan airmata saya yang menitis bila terkenangkan anak kucing tu .
Berakhirlah seekor anak kucing yang kami namakan Rain...
Walaupun hanya sehari semalam membelai anak kucing tu tapi perasaan sayang pada anak kucing tu tak tahu macam mana nak di ceritakan....
sedihnya kak saya pun sayang sangat kucing bila kucing x makan aje dah susah hati saya 6 ekor kucing 4 dewasa 2 anak .
ReplyDeletememang sedih pun sebab kak reen sayangkan kucing.
DeleteNovel kak reen buat pun ceritanya sedih.Tak sempat nak update sebab kak reen tengah edit novel kak reen.Tk banyak masa yg ada.Ep 6 dh upload tapi belum disiarkan lagi.Sabarlah ya.