Reenzarini

Sunday, 24 March 2013

BILA REEN ZARINI MENULIS

Hari ni saya nak cakap pasal novel saya yang bertajuk Suamiku pendendam nombor satu.Sudah hampir tiga tahun saya cuba menyiapkan novel ini. Saya sayang novel ini sebab novel ini adalah novel  saya yang pertama . Susah juga nak buat novel. Mengambil masa sehingga hampir 3 tahun sebab saya nak novel ni lebih sempurna. Tapi  tetap  tak boleh nak puaskan hati saya pun. 

Novel ini mengisahkan Nurul Dania Danisha yang telah bertunang dengan Ilham Fahmi(Am) sebelum Am ke luar negara dan Dania menuntut di Universiti Tempatan.Tunangnya telah curang dengan Dania dan bersekedudukan dengan penuntut yang sama-sama menuntut diluar negara. Imran Danish seorang pelajar telah jatuh cinta dengan Dania. Pada mulanya Dania cuba mengelak tapi akhirnya dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Imran Danish.
Kecurangan Am akhirnya  dapat dihidu oleh abang Dania bila mereka terserempak dengan Am di Mall sedang berpelukan dengan Julia. Akhirnya mereka putus tunang. Dalam diam kembar kepada Imran Danish juga mencintai Dania. Imran Danish menghilangkan diri .Dania masih menanti kepulangan Imran Danish tanpa dia sedari sebenarnya Imran Danish telah meninggal dunia dalam kemalangan.
Ilham Fahmi kembali menagih cinta Dania bila rumahtangga yang di binanya dengan Julia musnah kerana kecurangan Julia. Demi mengelak dari Ilham Fahmi.Dania menerima lamaran dari Imran Daniel iaitu adik  kembar tak seiras dengan Imran Danish.Daniel berkahwin dengan Dania untuk membalas dendam diatas kematian abang kembarnya. Bagi dirinya Dania adalah penyebab kematian abang kembarnya. Sejak hari itu bermulalah episod duka dalam hidup Dania. Perasaan cintanya pada Dania telah berubah menjadi dendam .
  

Semasa  saya menulis novel ini seringkali saya dipengaruhi oleh watak Dania.Gembira ,sedih sering menghantui diri saya semasa menulis novel ini. Bila tiba bab sedih saya turut mengalirkan air mata dan bila ada watak lucu saya juga turut ketawa.Pernah juga anak-anak bertanya kenapa ibu ketawa? Saya jawab tak ada apa-apa. Alhamdulillah kerana suami tersayang dan anak-anak saya sentiasa memberi saya perangsang untuk terus menulis bagi mengisi masa lapang saya.





 

7 comments:

  1. entry baru dah bercelaru la dik.Laptop buat hal.entry yg baru kak Reen masukkan ni mungkin sambungannya yang dulu.
    lepas ni kena buat semula.dah hampir seratus peratus nak habis.laptop pula buat hal.lepas ni lambatlah lagi kak reen nak masukkan entry baru.sorrylah ya.

    ReplyDelete
  2. kalau mcm 2 xde r next episode untuk cerita ni..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry baru dah masuk hingga bab 7 :)

      Delete
  3. assalamualaikum akak.. saya just nak komen pasal blog akak je.. background membuatkan tulisan tak berapa nampak sebab semak sikit dengan bunga2.. satu lagi akak, akak buat tajuk novel pastu kumpul banyak2 bab kat tepi ke mana2 jelah.. senang cari.. maaf kalau kurang senang atas teguran saya.. wassalam..

    ReplyDelete
  4. baru terbace... ape pun best...

    ReplyDelete