Hari ni saya nak cakap pasal novel saya yang bertajuk Suamiku pendendam nombor satu.Sudah hampir tiga tahun saya cuba menyiapkan novel ini. Saya sayang novel ini sebab novel ini adalah novel saya yang pertama . Susah juga nak buat novel. Mengambil masa sehingga hampir 3 tahun sebab saya nak novel ni lebih sempurna. Tapi tetap tak boleh nak puaskan hati saya pun.
Novel ini mengisahkan Nurul Dania Danisha yang telah bertunang dengan Ilham Fahmi(Am) sebelum Am ke luar negara dan Dania menuntut di Universiti Tempatan.Tunangnya telah curang dengan Dania dan bersekedudukan dengan penuntut yang sama-sama menuntut diluar negara. Imran Danish seorang pelajar telah jatuh cinta dengan Dania. Pada mulanya Dania cuba mengelak tapi akhirnya dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Imran Danish.
Kecurangan Am akhirnya dapat dihidu oleh abang Dania bila mereka terserempak dengan Am di Mall sedang berpelukan dengan Julia. Akhirnya mereka putus tunang. Dalam diam kembar kepada Imran Danish juga mencintai Dania. Imran Danish menghilangkan diri .Dania masih menanti kepulangan Imran Danish tanpa dia sedari sebenarnya Imran Danish telah meninggal dunia dalam kemalangan.
Ilham Fahmi kembali menagih cinta Dania bila rumahtangga yang di binanya dengan Julia musnah kerana kecurangan Julia. Demi mengelak dari Ilham Fahmi.Dania menerima lamaran dari Imran Daniel iaitu adik kembar tak seiras dengan Imran Danish.Daniel berkahwin dengan Dania untuk membalas dendam diatas kematian abang kembarnya. Bagi dirinya Dania adalah penyebab kematian abang kembarnya. Sejak hari itu bermulalah episod duka dalam hidup Dania. Perasaan cintanya pada Dania telah berubah menjadi dendam .
Semasa saya menulis novel ini seringkali saya dipengaruhi oleh watak Dania.Gembira ,sedih sering menghantui diri saya semasa menulis novel ini. Bila tiba bab sedih saya turut mengalirkan air mata dan bila ada watak lucu saya juga turut ketawa.Pernah juga anak-anak bertanya kenapa ibu ketawa? Saya jawab tak ada apa-apa. Alhamdulillah kerana suami tersayang dan anak-anak saya sentiasa memberi saya perangsang untuk terus menulis bagi mengisi masa lapang saya.
Selamat datang ke blog novelis Reen Zarini.. Sila berikan komen yang memberangsangkan untuk saya terus berkarya dalam penulisan novel..Terima kasih atas perhatian anda dalam blog Reen Zarini..
Sunday, 24 March 2013
Saturday, 2 March 2013
Kisah tentang Rain
Saya nak cerita kisah sedih tentang seekor anak kucing yang telah dibawa balik atau di kidnap oleh kucing jantan kesayangan anak-anak saya . Nama kucing jantan anak-anak saya ialah Doreamon .
Dalam hujan lebat doreamon telah membawa balik seekor anak kucing yang baru lahir ke rumah saya . Kita selalu dengar kucing jantan selalu makan anak kucing . Saya tak tahu pula samada doreamon tu nak makan anak kucing tu atau tidak . Selalu kucing doreamon tak makan tikus atau binatang lain . Doreamon hanya tangkap dan main-main binatang yang dia tangkap tu .
Saya tak sangka pula doreamon akan kidnap entah anak kucing siapa pun saya tak tahu? Kemana saya nak hantar anak kucing yang sedang dalam kesejukan itu .Anak-anak saya masukkan anak kucing tu kedalam kotak kosong dan bawa masuk kedalam rumah .
Keadaan masa tu agak kelam kabut kerana kami sedang merampas dan melarikan anak kucing tu dari kucing jantan anak-anak saya.
Sejak dulu anak kucing kecil yang baru lahir saya takut dan geli nak tengok atau pun pegang .Tapi tangisan sayu anak kucing tu membuatkan saya tanpa berfikir panjang lagi terus pegang dan mengeringkan bulu-bulunya yang kebasahan . Luka-luka bekas gigitan kucing doreamon saya sapukan dengan ubat kuning yang ada d irumah saya .
Saya tahu anak kucing tanpa ibunya akan mati . Saya bagi anak kucing tu minum susu tepung . Saya belai-belai bulunya . Kesiannya anak kucing tu kerana mata nya belum lagi terbuka dan tali pusatnya masih belum kering . Comelnya kucing tu dan berwarna putih . Selepas minum susu anak kucing tu pun tidur . Kami selimutkan anak kucing tu supaya panas sedikit . Sekali sekala anak kucing tu menangis mencari ibunya .Akhirnya anak perempuan saya letakkan seekor patung bear mengantikan ibunya. Anak kucing tu pun memeluk patung bear tu . Tertidurlah anak kucing tu sekejap.
Sekali lagi anak kucing tu terjaga dan saya berikan susu menggunakan tiub untuk memberi ubat . Selepas minum susu anak kucing tu tidur semula dan saya selimutkan badannya dan letakkan didalam kotak dan letak bersama patung bear tadi .
Keesokan harinya saya bersihkan badannya semula dan berikan susu dan anak kucing tu tertidur semula . Anak-anak sepakat menamakan anak kucing tu Rain kerana anak kucing tu jantan dan dijumpai semasa hujan lebat .
Anak kucing tu tidur nyenyak hingga ke petang .Saya tak sangka pula anak kucing tu sedang nazak.
Saya berikan susu tapi anak kucing tu tak berapa nak menyusu . Saya belai-belai anak kucing tu untuk memanaskan badannya semula . Hati saya masa tu hanya Allah saja yang tahu . Saya menangis dalam hati melihat betapa sengsaranya anak kucing tu .
Semalam kita dikejutkan dengan kematian dua orang pahlawan negara kita . Bayangkanlah keluarga mereka yang kehilangan tempat bergantung . Waktu tu saya rasa nafas saya terasa sesak nak bernafas . Hanya kerana seekor anak kucing membuatkan nafas saya sesak .
Saya tak lupa semasa solat saya berdoa untuk anak kucing tu. sebak hati hanya saya yang tahu . Saya tak nak anak-anak tahu kesedihan saya . Saya nak menjadi kuat didepan anak-anak saya .
Selepas solat maghrib saya berikan susu pada anak kucing tu lagi tapi hanya sedikit sahaja anak kucing tu minum . Alangkah baiknya kalau saya tahu dimana ibu anak kucing tu . Tapi entahlah takkanlah saya nak pergi dari satu rumah ke rumah untuk bertanya siapa yang punya anak kucing tu . Anak perempuan saya memegang anak kucing tu untuk memanaskan badan anak kucing tu .
Anak kucing tu mula tersentak-sentak sekali sekala menandakan hayatnya dah sampai ke penghujung . Akhirnya anak kucing tu diam dan dah tak bergerak lagi . Saya usap-usap untuk memberikan kepanasan padanya .Saya beritahu anak-anak saya bahawa anak kucing tu dah mati .
Sedihnya hati . Saya menangis dalam hati tak nak anak-anak juga bersedih . Tabahlah hati. Walaupun hanya seekor anak kucing yang belum sempat mata melihat dunia dan hanya sempat saya belai selama sehari semalam tapi rasa hati saya sama seperti kehilangan seorang anak . Itulah perasaan seorang ibu .
Sebab hari dah malam saya selimutkan anak kucing tu seperti anak kucing tu sedang tidur dan masukan ke dalam kotak . Semasa baru nak tidur saya seperti terdengar anak kucing tu menangis.
Saya duduk dan berkata pada diri sendiri .Anak kucing tu dah mati .
Bila bangun pagi saya mengharapkan keajaiban supaya anak kucing tu hidup semula .
Keesokkan harinya anak-anak dak korek lubang untuk tanam mayat kucing tu . Anak kucing tu anak saya balutkan dengan kain dan masukkan ke dalam kotak tisu kosong . Siap di taburkan dengan bunga lagi . Saya langsung tak tengok kucing tu sejak bangun tadi kerana hati saya sedih sangat. Kata anak saya mulut kucing tu mengeluarkan darah . Sepanjang hari ada saja titisan airmata saya yang menitis bila terkenangkan anak kucing tu .
Berakhirlah seekor anak kucing yang kami namakan Rain...
Walaupun hanya sehari semalam membelai anak kucing tu tapi perasaan sayang pada anak kucing tu tak tahu macam mana nak di ceritakan....

Suamiku Pendendam Nombor Satu Bab 4
BAB
4
“Okey! Aku pergi dulu,
kita jumpa petang nanti dekat bilik kuliah .” Ujarku pada mereka bertiga .
“Kau jangan lupa pula petang nanti ada
kelas . Jangan lupa kunci alarm untuk mengingatkan kau,” pesan Yana. Tahu sangatlah
Dania tu, kalau dah leka dengan
lakarannya dah tak
ingat apa dah.
“Okey ! Nanti aku kunci alarm. Tapi nanti sebelum kelas kau
tolong call
aku takut terlupa
pula,”pesan aku pada mereka.
“Baiklah nanti aku call kau,” janji Nur Alia.
“Okey! Aku
balik dulu .“ Sempat lagi aku
melambaikan tangan pada mereka bertiga. Aku bergerak menuju ke kolej kediamanku
untuk menukar pakaian sebelum
ke klinik.
“Ya-Allah!Sakitnya lengan aku ni,”gerutu aku sendiri.
Kesakitan itu membuatkan
aku merasa tidak selesa. Berdenyut semacam saja lenganku. Aku selak
lengan baju kurungku.
"Hah! Dah ada kesan kemerahan
lengan aku ni. Alamak, teruklah kalau berparut lengan aku ni."Kataku
sendiri.
“Sebelum aku balik ke bilik lebih baik aku ke
klinik dulu untuk dapatkan rawatan,”getusku
lagi.Tanpa berlengah, aku terus menuju ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana
kesan tumpahan air kopi panas tadi terasa
semakin berdenyut. Membuatkan diriku kurang selesa.
“Pagi-pagi
macam ni mungkin tak ramai pesakit
yang mendapatkan rawatan sebab masih ramai pelajar yang berada di bilik kuliah.
Selepas habis kuliah barulah mereka akan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Tentu
sekejap saja aku boleh dapatkan
rawatan di sana,” gumam aku perlahan.
“Eh! Lelaki perasan
bagus tadi la. Buat
apa dia dekat
sini ?” Buat apa lagi Dania
oi , tentulah nak dapatkan rawatan macam kau juga.
Demam agaknya? Bisik hati kecil
aku.
“Demam apa? Tadi
elok aje dia
marahkan aku, garang
bukan main lagi,” kataku sendiri. Sempat lagi aku kutuk lelaki
itu dalam hati.
"Alahai! Dania …tak baik tau
kutuk-kutuk orang. Berdosa tahu tak , sudah lupakah pesanan dari ustazah semasa bersekolah
dulu?"
Aku lihat baju lelaki itu yang berwarna putih , sudah dicemari dengan air kopi yang
tumpah tadi.
"Macam peta pula aku tengok."
Sudahlah baju dia berwarna putih, nampak sangat kesan
air kopi yang tumpah tadi. Aku pandang baju kurung aku pula, pemandangan yang sama.
“Dia pun kena juga ke tumpahan air kopi tadi? “ Soal aku sendiri. Baru padan dengan muka dia dan baru padan dengan muka aku. Dua -
dua sama
saja .Tak adalah aku saja
yang sakit. Barulah adil ,aku
tersenyum sendiri. Aku perasan lelaki itu
memandangku dan tersenyum.
Ek eleh! Apa
pandang- pandang? Ingat
orang senyum dengan dia. gumam aku
dalam hati. Aku menjeling
lelaki itu dan
memandang ke arah lain.
Tak ada hari aku
nak senyum dengan lelaki
yang perasan
bagus macam kau. Buang masa saja.
Tadi bukan main lagi kau marahkan aku . Siap
panggil
aku gedik lagi . Sekarang nak senyum-senyum
pula .
“Boleh
blahlah lelaki perasan bagus,” getus
aku sendiri .
Selepas
mendapatkan rawatan di klinik , aku terus
keluar untuk
balik ke kolej kediaman .
Lelaki tadi aku lihat masih lagi
berada
di luar klinik. Buat apa
dia tunggu dekat luar ni.
Orangnya dahlah tinggi, berdiri pula
macam tiang bendera. Nasib
baiklah badannya nampak
sasa , kalau tidak silap-silap
orang ingat tiang
bendera . He! He!
He! Jahatnya mulut kau Dania! Bisik aku dalam
hati.
“Agak -
agak apa lelaki tu
buat dekat sini?
Kenapa dia tak balik lagi? Tunggu kawan ke atau
dia tunggu
aku . “ He! He! He! Woi Dania!
Dalam sakit-sakit ni kau boleh lagi perasan
, desis hati aku .
Aku yang sedang berjalan melepasi lelaki itu,
terdengar lelaki itu memanggil
seseorang. Aku berpaling ke belakang dan memandang ke arah
lelaki itu yang sedang
memandangku .
“Panggil saya ke?” Soal aku.
Pertanyaan aku itu hanya dijawab dengan
anggukan kepalanya.
Aku tergelak kecil. Kepala
lelaki itu yang terangguk -angguk tu, dah serupa
burung
belatuk pula aku tengok.
"Hai Dania…..hati kau ni dah tak
betul agaknya ,
orang kacak macam lelaki tu kau
samakan dengan burung belatuk. Tak
patut, tak patut. Kenapa dia nak
jumpa aku? Aku ada buat salah pada dia ke? Takkanlah nak cari pasal lagi dengan
aku?"Tanya aku sendiri.
Lelaki itu menghampiri aku. Kini aku
sudah berdepan dengan lelaki perasan bagus tu. Hati
aku berdebar-debar menanti
kata-kata dari lelaki tu.
“Ada apa awak panggil saya?” Soal aku bila lelaki itu semakin mendekatiku.
“Awakkk
….aa sorry
,” kata Imran Danish. Aduh! Kenapa gagap pula ni? Getusnya
dalam hati.
Baru sekarang dia nak sorry-sorry dengan
aku, ingat lagu
super junior ke? Gerutu
Dania. Cukup lembut percakapan
lelaki tu, berlainan dari percakapannya
masa
langgar aku tadi.
Kalau tadi kalah
bapa singa.
"Hai….. aku ni
salah dengar ke? Ke…telinga aku
ni dah pekak?
Getus aku sendiri.
Huh! Dania, lelaki tu dah minta maaf boleh pula kau mainkan lelaki tu.
Nanti kalau lelaki tu angin satu badan, macam mana? Kau
juga yang susah cik Dania oi. Bisik hatiku.
“Sorry!
Naik lori ! ” Balas aku.
Mata lelaki itu merenungku sayu.
Terdiam sekejap
aku dengan renungan
mata lelaki itu.
Nak minta simpati
aku la tu, desis
aku dalam hati.
Padan dengan muka lelaki tu. Buat lawaklah pula aku ni.
Saja aku nak balas balik sebab lelaki tu dah marah dan panggil aku gedik tadi.
“Tadi bukan main lagi
awak marahkan saya , sekarang
nak sorry,
sorry pula .
Dah tak ada maknanya sorry awak tu .” Bidas aku lagi. Masih enggan menerima
permohonan maaf
dari lelaki tu.
“Tu la,
lain kali kalau nak cakap tu
hati-hatilah sikit , ni awak main hentam marahkan saya. Panggil saya
dengan panggilan gedik la, mahu
saya
tak marah dengan
awak. Macamlah saya seorang yang
bersalah. Kalau saya panggil awak jantan
gedik ,
awak marah tak?” Tanya aku pada lelaki tu.
Tidak menunggu lama di situ aku mula mengorak
langkah untuk balik ke kolej kediamanku. Malas nak
layan lelaki tu.
Dengan pakaian aku yang
dah kotor dan
badan yang dah
melekit ni membuatkan
aku rimas dan
nak cepat sampai
ke bilik.
“Awak,
awak,” panggil Imran Danish.
"Aduh! Dia ni la. Orang malas
la nak layan. Bolehlah pula dia panggil aku. Tadi bukan main lagi
dia marahkan aku. Garang bukan main lagi. " Aku mengomel sendiri.
"Minta maaflah ya, lain kali
sajalah aku layan
kau. Hari ini
aku dah penat
sangat nak layan
kau." Bisik Dania sendiri. Hanya telinganya saja yang mendengar.
“Awak!” Panggil Imran Danish
lagi.
"Apa?" Tanya aku
garang.
Terdiam Imran Danish. Terperanjat
kena sergah dengan gadis tu.
"Kalau tak tahu nak cakap apa? Lain
tahun saja awak
cakap." Kataku sambil memandang wajah lelaki tu.
Aku
pandang wajah lelaki
tu sebelum aku
melangkah meninggalkan lelaki
itu . Malaslah aku nak
layan lelaki tu. Balik
ke bilik lagi baik. Getusku dalam hati.
" Awak…."panggil Imran Danish lagi.
Langkah aku terhenti lagi. Aku memusingkan badanku mengadap
lelaki itu. Kedua belah tangan
aku cekak ke pinggangku. Kerek kau Dania.
"Saya tak nak awak cakap
apa-apa lagi. Faham? Saya nak balik." Wajah lelaki itu aku renung tajam.
Eh! Aku belum cakap apa-apa, dia dah
nak melenting. Gumam Imran Danish dalam hati. Wajah gadis yang sedang bercekak
pinggang itu direnungnya.
“Awak…..”Sekali
lagi Imran Danish
memanggil gadis itu.
“Apa lagi yang awak nak ni? Saya
tak ada masa
nak becakap dengan awak. Tolong jangan buang masa
saya!” Ucap aku sambil merenung wajah lelaki tu dengan
garang.
“Awak,"
panggil Imran Danish lagi. Entah kenapa lidahnya kelu untuk berkata-kata. Hanya
sepatah perkataan itu saja yang keluar dari mulutnya. Geram betul dengan mulut
aku ni,getus Imran Danish dalam hati.
“La
…… Dari tadi dok awak-awak
malaslah saya nak tunggu
lagi,” kata aku terus berlalu dari situ.
Sebelum
pergi aku sempat berkata kepada lelaki itu.
“ Malas saya nak berdepan dengan awak. Buat
sakit jiwa saya saja. Lebih baik saya balik ke kolej kediaman dan siapkan kerja-kerja kursus saya.
Ada juga faedahnya.” Ucap aku sebelum
berlalu dari situ .
“Awak, tunggu
dulu,” Imran Danish memanggil lagi. Tapi masih tak dipedulikan oleh gadis itu. Tadi ada
peluang tak nak cakap, sekarang bila dia dah pergi barulah terhegeh-hegeh nak
cakap, gerutu Imran Danish dalam hati.
“Boleh pula dia bercakap lembut dengan aku.” Laju aku melangkah menuju ke kolej kediaman , tidak aku pedulikan
panggilan lelaki tu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)