BAB
3
“Apa!! Kelas dah batal. Geramnya aku. Aku punyalah
berjalan macam tak
jejak tanah. Tiba-tiba kelas dah
batal pula. Sudahlah tadi aku bergaduh dengan lelaki mana entah?” Ucapku dengan geram.
Aku melangkah keluar meninggalkan bilik kuliah.
Lebih baik aku
balik ke kolej kediaman. Baju aku pun dah kotor.
“Dania….
kau nak ke mana pula tu?
Kau merajuk dengan aku ke Nia?” Tanya Nur Alia.
Dia mengikut Dania dari belakang. Risau
pula jika Dania merajuk dengannya. Tapi Dania bukannya jenis yang mudah
merajuk. Desis Nur Alia dalam hati.
“Aku nak ke mana
lagi, Lia? Kau tak tengok aku ni dah macam apa
bermandikan kopi?” Aku terus menunjukkan baju kurungku yang berwarna krim berbunga kecil yang telah
di cemari dengan air kopi.
Nampak sangat kesan tumpahan air kopi tadi.
Dah macam peta la
pula.
“Apa kena dengan
baju kau tu Nia?” Tanya Zana pula
ingin tahu kenapa
baju Dania kotor
macam tu sekali.
”Tadi ada seorang lelaki, entah dari mana. Tiba-tiba saja muncul
depan
aku. Aku yang langgar dia atau dia yang langgar aku pun, aku tak tahu? Kopi yang
lelaki tu bawa tumpah
dekat lengan baju aku ni. Panas tau kopi yang dia bawa tu,” terang
aku pada mereka.
“Kau tengoklah sendiri lengan aku ni. Terasa
berdenyut dan sakit.
Perut aku ni tak tahu pula macam mana? Ada
rasa berdenyut juga , malu pula
aku nak selak baju aku ni.”
Beritahu aku sambil menunjukkan lenganku yang nampak
kemerahan kesan terkena air kopi yang panas tadi.
Dahlah kulitku putih
kemerahan. Nampak macam teruk sangat lecurnya. Padahal sikit saja kena
tadi.
”Laa!Kesiannya
kau
Nia. Kau pergilah klinik , nanti melarat pula. Kalau
berparut kau juga yang
rugi,” nasihat Nur Alia.
“Betul tu Lia, kesian dekat
aku.” Mulalah aku merengek sambil memeluk
bahu
Nur Alia. Konon ……sedihlah sangat.
Biasalah aku ni manja
sikit orangnya. Teman-teman pun dah
tahu perangai manja aku ni.
“Nurul Dania Danisha!” Jerit Lia
kuat.
“Tu
dia, kalah jeritan
tarzan.” Gelak aku.
“Jangan
nak mengada-ngada tangkap lentok kat sini!” Sergah Nur Alia.
“Kalau kawan-kawan kita tengok, mereka dah tahu
perangai manja kau ni,
tapi orang yang tak tahu
perangai kau ni ingat kita
ni lesbian
pula,” marah Nur Alia pada
Dania. Bukan marah betul pun, marah-marah manja. Dania dah masak sangat dengan
perangai Lia tu, tak sampai hati dia nak
marahkan Dania.
Dania yang terkejut
mendengar jeritan Nur Alia di telinganya terus berdiri tegak.
”Ishh! Apa ni Lia? Suka sangat jerit dekat
telinga aku. Kalau telinga aku pekak,
siapa yang nak dekat aku lagi? ” Manja
aku berkata sambil mencebikkan
bibirku pada Nur Alia.
“Orang nak manja sikit pun tak
boleh.
Kedekut!”
“Tak payahlah nak manja-manja. Tua bangka pun nak manja lagi,” geram
Nur Alia dengan Dania. Sengaja
di tunjukkan wajah yang
serius pada Dania.
“Apa
pula tua bangka , aku baru 19 tahun. Anak dara sunti lagi,” kataku sambil memeluk Nur Alia. Saja nak usik Lia.
“Hish! Baju
kau tu dah la
ada kesan air kopi, ada hati nak
peluk aku pula. Dah, dah, tak payah cakap
banyak lagi. Cepat pergi klinik. Takut
nanti kena jangkitan kuman pula,”
kata Nur Alia.
“Sayang juga kau dengan aku ya.” Aku masih lagi memeluk Nur Alia.
“Tahu tak apa! Sudahlah tu nak
manja-manja, cepat pergi klinik.” Gesa
Nur Alia lagi.
“Baiklah Lia, aku nak pergilah ni,” kataku
sambil tersenyum manja pada
Nur Alia.
“Sudahlah tu peluk aku.
Tak tahu ke baju kau tu dahlah kotor dengan
air kopi? Nanti dengan aku sekali
tak dapat nak pergi ke
library. Kalau dah
kotor baju aku , macam mana nak pergi ke sana?Kata Lia
sambil menolak tangan Dania yang masih memeluk pinggangnya.
“Suka sangat peluk
pinggang aku ni. Manja kau ni mengalahkan kucing aku dekat kampung tu. Sikit-sikit nak bergesel. Rimaslah aku, asyik kena peluk dengan
kau. Entah apa-apa? Manja sangat,” perli Nur Alia.
“Kalau kau dapat suami, aku tak tahu
la macam mana
dia nak melayan perangai
kau yang manja ni?” Agaknya
kalau ada suami tu kau
nak melekap 24 jam,” kata
Nur Alia sambil ketawa dan
menampar lembut bahu Dania. Yana
dan Zana turut
ketawa geli hati melihat
telatah kami berdua.
“Apa pula susah
dia nak layan
aku, syok lagi adalah.”
Aku ketawa sambil berbisik di telinga
Nur
Alia. Sengaja aku nak
usik Lia sebenarnya.
“Amboi!
Gatal pula budak ni. Nanti aku jumpa Datuk Yusuf , aku suruh dia nikahkan kau cepat-cepat. Gatal sangat, ” kata
Nur Alia sambil mencubit pipiku. Geram
kerana dimainkan oleh aku.
“Aduh! Lia, sakitlah pipi aku.
Janganlah cubit, nanti merah pula pipi aku.” Kataku ada Lia..
Entah kenapa , ramai yang suka mencubit
pipiku? Aku pun tak tahu kenapa mereka
suka mencubit pipiku?
“Ala, Ala, manjalah kau ni Nia. Sini aku tengok .
Alamak! Dah merahlah pipi kau. Macam
pakai
blusher sebelah saja,” kata
Nur Alia sambil mengosok
lembut pipi Dania. Kasihan pula
dilihatnya pipi Dania sudah berbekas merah, kesan cubitannya tadi,
“Sini……aku nak cubit sebelah lagi, barulah
nampak macam pakai blusher.” Usik Nur Alia.
“Lia! Tak
naklahhh sakittt.” Aku tepisn
tangan Nur Alia
perlahan. Cepat aku memegang tangan
Nur Alia yang cuba
mencubit pipiku lagi.
“Lia , jangan
cubit lagi ya. Sakit pipi
aku ni tau.” Aku
mengusap pipiku.
“Okey! Aku
janji tak cubit
lagi. Kali ini
pipi Dania diusapnya
lembut. Kalau orang
yang tak kenal
mereka berdua tentu
dah salah sangka
mengatakan mereka tu lesbian.
Yalah! Manja semacam
saja mereka berdua
tu , mana orang
yang melihat tak
salah faham.
Nur Dayana dan
Zana yang mendengar perbualan mereka berdua sejak tadi hanya ketawa
mendengar kata-kata Nur Alia.
“Nur Alia dan
Nurul Dania Danisha memang otak
gila-gila. Tapi manja mereka mengalahkan budak kecil
pula,” gerutu Yana perlahan.
Kepalanya digelengkan perlahan melihat
tingkah mereka berdua.
Nur Dayana
senang berkawan dengan mereka.
Sejak mereka berempat berkenalan tidak pernah sekali
pun mereka bermasam muka. Gaduh-gaduh manja tu biasalah, kan? Asam
garam kehidupan.
Mereka saling bertolak ansur, baik
dalam pelajaran mahu pun dalam kehidupan seharian. Sebab itulah mereka dapat mengekalkan keharmonian
di antara mereka berempat. Persefahaman
itu sangat penting demi
persahabatan mereka.
Sejak diawal perkenalan mereka, mereka
sudah berjanji akan berbincang kalau ada yang tak puas hati.
Walaupun
Nur Dayana dan Nurul Dania
Danisha datang dari keluarga yang berada
tetapi mereka tidak
pernah menyombong dengan Nur Alia
dan Zana. Di antara mereka berempat
hanya Dania dan Nur Alia yang
pandai memasak.
Mereka pernah ke rumah Dania. Memang Dania pandai
dalam soal memasak dan tidak
kekok bila berada di dapur. Pembantu rumah di rumah Dania hanya membuat kerja-kerja mengemas rumah dan membasuh
pakaian mereka sekeluarga.
Kalau boleh, satu hari nanti Nur
Dayana
juga ingin belajar dengan Dania dan Nur
Alia tentang masakan.
“Tengoklah satu hari nanti aku akan
buktikan pada mereka, aku juga mampu
melakukan semua itu,” bisik Yana perlahan. Insya-Allah! Semoga Allah kabulkan permintaannya
itu. Amin……
“Sebelum balik kau jangan lupa pula pergi jumpa doktor.” Pesan Nur Alia. Kami berdua kalau
bercakap kadangkala sebut nama
kadangkala tu panggil
aku ,
kau saja. Ikut suka
apa yang kami
nak panggil.
Asalkan kami bahagia.
“Okeylah! Aku nak pergi la ni. Lia, kau tak nak balik ke bilik ke? “ Aku bertanya pada Nur Alia.
“Aku nak
ke library nak cari
bahan untuk assignment yang belum siap. Tak
dapatlah aku nak temankan
kau. Kau boleh pergi
sendirikan? ” Soal Lia
.
Ala!
Ini yang tak seronoknya, tak ada
teman nak temankan aku.
Tapi apa boleh
buatkan, semuanya ada hal masing-masing. Tapi tak mengapalah aku pun tak
nak menyusahkan sesiapa pun. Bisik
hati Dania.
“Kau okey ke pergi sendiri,” tanya
Zana
“Tak mengapalah aku boleh pergi
sendiri, bukan jauh pun.
Kaki aku pun elok lagi bukan ada cedera pun,”jawab
aku pendek.
“Okey! Aku nak balik dulu,” beritahu aku pada mereka. Sebelum balik aku sempat bertanya
pula kepada Yana.
“Yana kau pun tak nak balik ke?” Tanya aku.
“Aku
pun nak ikut Lia ke library,” beritahu
Yana.
“Aku
pun ,” kata Zana sebelum
sempat Dania bertanya padanya.
“
Petang nanti ada kelas ,
jumpa kau dekat sana,” kata Zana lagi .
x nak update ke blog.
ReplyDeletex smpat nk update..maaf ye..:)
ReplyDelete